Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentangkan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap orang Muslim supaya dengan sifat-sifat tersebut ia benar-benar menjadi seorang Muslim.
Bahagian pertama ini menjelaskan syarat-syarat yang wajib ada pada setiap orang yang menggabungkan dirinya dengan agama Islam.
Matlamat dari bahagian ini adalah untuk menjawab seluruh persoalan-persoalan ini disamping menerangkan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam ke atas seorang Muslim supaya penggabungan mereka ke dalam agama Islam menjadi penggabungan yang sah dan benar dan seterusnya ia menjadi seorang Islam yang benar.
Bahagian kedua buku ini pula menerangkan kewajiban beramal untuk menegakkan Islam dan kewajiban menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah.
Bahagian ini juga menerangkan ciri-ciri atau sifat-sifat Harakah Islamiyyah, sasaran-matlamatnya, cara-cara pergerakannya, falsafahnya, cara atau jalan kerjanya serta sifat-sifat yang wajib ada pada diri orang yang menggabungkan diri dengannya.
ولد في طرابلس بلبنان، وتعود أصول عائلته إلى تركيا، فوالده محمد عناية ووالدته عائشة، وهو متزوج من منى حداد. حائز على دكتوراه في الدراسات الإسلامية واللغة العربية. أسس مع زوجته جامعة إسلامية خاصة وهي جامعة الجنان في طرابلس، وهي من القليلات بين نساء الحركة اللاتي عرفن بجهدهن الفكري والدعوي. وله أربع بنات وولد. توفي عصر السبت يوم 20 جمادى الثانية عام 1430 هـ الساعة الرابعة والدقيقة ال45 عن عمر يناهز 76 عام في مستشفى أوتيل ديو الذي نقل اليه قبل وفاته بأيام إثر إصابته بأزمة صحية. [عدل]مسيرته
إنخرط في العمل الإسلامي في لبنان منذ خمسينيات القرن العشرين، وكان من الرعيل الأول بين مؤسسي الحركة الإسلامية في لبنان والتي نشأت في عقد الخمسينيات متأثرة بجهود الإخوان السوريين وعلي رأسهم الشيخ مصطفى السباعي. أصبح بين 1962 و1992 أميناً عاماً للجماعة الإسلامية وهي فرع الإخوان المسلمين في لبنان. انتخب كعضو في مجلس النواب سنة 1992 وأسس جبهة العمل الإسلامي مع المحافظة على عضويته في الجماعة الإسلامية. تولى مبادرة سياسية للخروج من أزمة السلطة القائمة بين الحكومة اللبنانية برئاسة فؤاد السنيورة وحلفائها والمعارضة بقيادة حسن نصرالله وميشال عون ونبيه بري، وأم المصلين وخطب الجمعة في أكبر تجمع للمعارضة يوم الجمعة 8 ديسمبر 2006 في ساحة رياض الصلح في بيروت. تظهر مؤلفاته ميلاً لكتابات سيد قطب، على الرغم من أن أداءه السياسي يوصف بالمعتدل. وحظي باحترام الوسطين الإسلامي والسياسي اللبناني والدولي بشكل عام، كما يعد يكن من الشخصيات الداعية إلى التقريب بين أهل السنة والشيعة، حيث سجلت بعض المصادر مواقف له في هذا الصدد، أبرزها إمامته لجموع المصلين الشيعة والسنة في بيروت آواخر سنة 2006 [2].. [عدل]مؤلفاته
جنان طرابلس لبنان أصدر عدة مؤلفات، ترجم معظمها لعدد من لغات العالم، وتزيد على 35 مؤلفاً ومن أبرزها: مشكلات الدعوة والداعية. كيف ندعو إلى الإسلام؟ نحو حركة إسلامية عالمية واحدة. الموسوعة الحركية (جزءان). ماذا يعني انتمائي للإسلام؟ حركات ومذاهب في ميزان الإسلام. الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة. نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر. المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين. الإسلام فكرة وحركة وانقلاب. الشباب والتغيير. المتساقطون على طريق الدعوة. أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي. قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية. ليت قومي يعلمون(طبع مباشرة بعد وفاته) أشرف على رسالة ماجستير الباحث الجزائري :بدرالدين زواقة -برهان- بعنوان :نظرية الرأي العام وتطبيقاتها في الفكر الإسلامي بقسم الإعلام جامعة الجنان - بتقدير ممتاز -، وهي الرسالة الوحيدة التي أشرف عليها.
Ada kelainan jika anda menghabiskan buku ini ketika berumur 25 tahun.
Anda sudah melihat dunia. Kenal realiti. Anda bukan lagi di sekolah. Di sekolah, jika kita mendengar 'harakah', pasti hanya terbayang PAS & Ikhwanul Muslimin semata-mata.
Walhal di dunia realiti, spesifiknya di Malaysia, jemaah hadir dalam berbagai pakej dan nama. Adakah ada satu sahaja yang betul, sempurna, syumul atau semuanya betul? Tapi takkanlah semuanya betul, kan?
Di dalam buku ini sudah digariskan panduan kehidupan seorang muslim. Bagaimana hidup seseorang yang bergelar muslim, baik dari akhlaknya, pergaulannya, mahupun prinsip hidupnya.
Dan separuh kedua buku ini memfokuskan pada penglibatan seorang muslim pada jemaah. Gerakan harakah islamiyyah.
Seolah-olah penulis mahu memberitahu bahawa separuh dari menjadi seorang Muslim adalah menyertai jemaah. Ini adalah pendapat beliau yang tidak dapat saya setujui.
Bukanlah jemaah itu tidak penting di mata saya, tetapi tidaklah sepenting itu. Seolah-olah tidak menyertai jemaah (yang tepat), bermakna anda bukan seorang muslim yang sebenar. Jadi, jika anda percaya jemaah yang betul adalah jemaah anda, semua yang diluar jemaah tersebut, tidak sempurna sifat muslimnya, begitu?
Bagaimana pula dengan ulama, baik di zaman dahulu mahupun di zaman atom ini. Bukankah mereka pewaris nabi, bukan jemaah?
Mungkin perincian pada jemaah adalah terlalu kecil. Fokus seorang muslim, saya percaya, adalah menjadi seorang muslim yang bermanfaat untuk manusia. Tidak kiralah di dalam jemaah ataupun tidak. Tetapi yang terbaik adalah di dalam kumpulan, biar ada yang saling mengingatkan, ada yang saling memotivasi sesama kita.
Apapun, buku ini perlu dibaca. Bukan sebagai sumber rujukan utama, tetapi lebih kepada asas permulaan, mahupun ruang muhasabah buat mereka yang pernah membaca sebelum ini.
Aku mula baca buku ini waktu tingkatan 2. Waktu testosteron aku paling memuncak. Waktu aku masih punya idealisme tinggi yang dipundak. Tapi aku tak pernah baca habis buku karangan Fathi Yakan, sampailah baru tadi. Dan untuk aku menyelesaikan bacaan ini pada umur 20 tahun, setelah segala macam fahaman yang aku ketahui, realiti yang aku lihat sendiri ; aku lihat ada semacam kelompongan pada karya Fathi Yakan ini. Jangan salah angggap. "Apa erti saya menganut islam" memang patut menjadi bacaan wajib bagi mana-mana individu yang mahu atau sedang berjinak dengan (mana-mana) jemaah pun. Penulis pun tidak pernah apologetik berkenaan perihal ini.
Cuma satu aku pesan ; Jangan jadi literalis dengan buku ini !
qoute dari buku ini yang saya suka, "Saya diam tidak bertutur mestilah kerana fikir, dan saya bertutur mestilah kerana zikir, kerana berzikir mengingati Allah itu merupakan ubat yang palig mujarab untuk jiwa saya"
Sebuah buku yang memang jelas. Dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama menerangkan peranan asas muslim. Namun, bahagian ke-2 adalah yang terbaik.
Diceritakan satu persatu dengan jelas tujuan harakah islamiah, ciri-cirinya, matlamat, marhalah, dan sebagainya. Setiap satu dikupas dengan tersusun mengikut tertib yang baik.
Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang tidak dapat diterima kerana perkara yang dicadangkan tidak berasaskan Al-Quran dan Sunnah malah turut bercanggah dengan situasi semasa pada masa kini.
Baru sedar asas-asas kekurangan diri setelah baca buku ini.
I miss my 'old' school. I learn with this book. I'm not the one who read this. 'We' read this altogether. With my friends before sleeps. Some of us are sleeping but for sure we will cover back the chapters 'we' miss. Such a reminiscing moment to be remember. I will read this entire of my life. That's why I am not ashamed to tell anyone that I am a MUSLIM and proud of it :)
Alhamdulillah. Habis akhirnya buku ini. Part 2 buku ni memang membuka mata. Sekarang tinggalnya untuk praktikkan apa yg sudah di pelajari di sini. insyaAllah. Mari tunaikan 6 hak muslim terhadap muslim yang lain, insyaAllah.
an extra understanding about Islam and being a muslim, and how to practice it in daily life in a better way. quite complicated but it makes me have a deep thought.
Buat mereka yang bergelumang dalam harakah Islamiyyah (gerakan Islam) atau dalam bahasa yang kerap digunapakai kini, ”haraki”, karya ini bukanlah sesuatu yang asing, bahkan pernah (digunakan “pernah” kerana saya sendiri tidak pasti sama ada ia masih lagi digunakan atau tidak kini) menjadi bacaan wajib buat mereka. Nama-nama pemuka haraki yang lain semisal Imam Hassan al-Banna, Syed Qutb, Dr Nasih Ulwan dan Syeikh Said Hawwa berserta karangan-karangan mereka turut sama menjadi bacaan yang harus digeluti dengan lumat oleh kelompok haraki.
Meskipun saya tidak membesar dalam suasana ini, namun, pergaulan dengan teman-teman lingkungan saya yang juga sebahagian daripada haraki serta bacaan-bacaan saya berkenaan jemaah ini, sedikit-sebanyak memberi pendedahan dan kefahaman berkenaan mereka. Ustaz-ustaz yang saya pernah menuntut kitab daripada mereka juga ramai bahkan lahir daripada jemaah ini. Namun, bukanlah sesuatu yang menghairankan juga apabila saya bertemu dan membaca karya-karya yang menentang jemaah haraki ini, sama ada yang ditentangnya itu ialah pemikiran yang terkandung di dalamnya, atau ahli-ahli yang bernaung di bawah jemaah ini. Istilah “haraki” sendiri bahkan, terkadang mengundang kegelisahan buat sebahagian orang.
Justeru, adunan daripada dua “kutub” yang saling bertentangan ini telah menghasilkan satu kefahaman [kurang lengkap] terhadap kelompok haraki. Namun, beberapa existing ideas yang tertancap pada pemikiran saya sebelum saya membaca buku ini pudar, bahkan menghasilkan kefahaman baharu yang lebih utuh.
Sebelum memerihalkan dengan lebih lanjut kefahaman baharu ini, saya ingin merumuskan keseluruhan buku: ia adalah satu garis panduan yang mendasar, luas dan agak terperinci tentang bagaimana ingin menjadi seorang Muslim yang sejati. Tiadalah berlebihan untuk saya mengungkapkan sedemikian kerana buku ini disusun dengan baik juga—dibahagikan kepada dua bahagian: (i) sifat-sifat yang perlu ada sebagai seorang Muslim, bermula daripada keimanan dan tauhid yang benar kepada Allah ﷻ , kemudian ibadat, akhlak dan pembinaan keluarga, seterusnya (ii) kewajipan melibatkan diri dalam harakah Islamiyyah.
Perihal kefahaman baharu pula: takrif “harakah Islamiyyah” pada hakikatnya tiadalah sesempit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang kini, sebaliknya menurut buku ini, harakah Islamiyyah itu ialah “tanzim ‘alami yang merangkumi semua mereka yang beramal memperjuangkan Islam di seluruh pelusuk bumi”. Justeru, jika seseorang individu atau sekelompok itu masih jua "beramal memperjuangkan Islam", masih tergolong dalam takrif harakah Islamiyyah—cakupan yang begitu luas!
Selain itu, dakwaan palsu yang mengatakan bahawa kelompok ini meminggirkan ilmu adalah tertolak, seperti yang didapati pada halaman 141 dan 142 bahawa ilmu menjadi kewajipan buat seorang Muslim, dan juga mestilah mereka mengenali fikiran, mazhab dan garis perjuangan hakikat jahiliah. Manakan mungkin seseorang itu mengetahui dasar sesuatu pemikiran sekiranya tidak mengutamakan ilmu. Mustahil diterima akal!
Juga, ciri pertama dalam gerakan Islam ialah “menjauhkan diri daripada dipengaruhi atau dikuasai oleh pemerintah dan ahli-ahli politik” (h. 184), tanpa menafikan penglibatan anggota-anggotanya dalam politik. Harakah Islamiyyah tiadalah bernisbah kepada politik.
Selain itu, mereka juga pada dasarnya adalah kelompok yang sabar kerana mereka mengetahui bahawa perjalanan gerakan Islam ini terlalu panjang, sukar dan mencabar. Darihal demikianlah, Imam Hassan al-Banna membahagikan gerakan ini kepada tiga peringkat iaitu (1) taarif; penyebaran fikrah kepada orang awam, (2) takwin; pembentukan kefahaman kepada jemaah dan (3) tanfiz; pelaksanaan amal [jihad] yang berterusan. Ini juga menolak dakwaan sesebahagian kelompok yang mengatakan bahawa jemaah ini tergesa-gesa dan terburu-buru untuk mencapai matlamat mereka.
Dalam buku ini juga, Dr. Fathi Yakan menolak gerakan Islam yang bersifat juz’i (bercerai-berai atau terpisah; tidak menyeluruh)—yang tertumpu hanya kepada parti politik Islam semata-mata, atau rohani semata-mata, atau amal kebajikan semata-mata, atau ilmu pengetahuan semata-mata, atau kebudayaan semata-mata. Seharusnya gerakan Islam itu bersifat menyeluruh meliputi segala macam hal; sesuai dengan sifat Islam sendiri yang syumul.
Dirumuskan, buku ini tidak harus dibaca hanya oleh kelompok haraki, bahkan semua Muslim. Semoga dengan buku ini, boleh meluruskan salahfaham terhadap kelompok ini, sekaligus membangkitkan semula semangat untuk mengamalkan Islam dengan sempurna dalam kehidupan kita.
A must-read book by all Muslims. We live in a time where everything for religion should be 'enough' and not more. Terasa seolah ilmu agama kita dah cukup, amal kita dah cukup, amal yang sedia ada diterima, tak rasa nak menambah, tak rasa nak perbaiki, tak rasa nak perbetulkan. Hakikatnya, kita masih jauh dari hakikat. Jauh dari hakikat Islam itu sendiri. Apa ertinya kita menganut Islam ? Adakah islam itu bertudung labuh dan berpurdah ? Atau berjubah serban 24/7? Atau bila study dengar nasyid or quran? Atau dalam kereta muzik maher zain? Adakah ini tanda-tanda kita Islam? Adakah dengan melakukan semua ini kita Islam? Timbul persoalan, seruan apa yang dibawa Rasul dahulu sehingga baginda ditentang habis-habisan, dikutuk, dimaki, dilabel dsb? Adakah setakat nak suruh semua hafal nasyid belaka? Huhuhu So get to know more about your religion. Let us see, what actually did our Messenger meant, when he said "I bear witness that there is no God to be worshipped except Allah, and prophet Muhammad is the messenger of Allah".
This book gives me the information that a Muslim should know and strive to be. It also makes me realize that we are still far away from being a complete Muslim. This book is a must read for every Muslim.
I read this book when I was 18-19 y.o. Now I'm 29.
That period was my initial exposure to Muslim Brethren (Ikhwan Muslimin) and its various offshoots at Malaysia.
Sure I was young and idealistic. I even had that "born again" Muslim experience. So "return back to Islam" was such a powerful bait to lure that lad.
After a decade I've literally spent some times exploring various sects within (Sunni) Islam. Name 'em, Tablighi-Jama'at, Ikhwan Muslimin (ISMA, IKRAM), Sunni-Sufis (Syazili, Naqsyabandi, Ba'alawi), Kalamites (Attasian).
So what are those "brags" intended for? Nothing... It's just that I have that comparative knowledge of the various sects.
In terms of Islamic sciences, what is illustrated by (Allahyarham) Fathi Yakan is almost none to be compared with the the vastness of the Islamic intellectual tradition. I remember watching a YouTube video of a Malay Ikhwan activist attempted to explicate Islamic theology by using this book. While his act of propagating Islamic awareness to his juniors is not to be questioned, his scholastic knowledge is rather doubtful. I doubt when an engineering undergrad attempted to explain about God like when I doubt an ustaz who attempted to repair a broken car.
In terms of mobilizing people, this is the knowledge that the late Fathi Yakan and other Ikhwanis worth for the round of applause. This is their competitive edge that can even be seen in many of the local offshoots of Ikhwan.
This is not really a criticism, because I was once an Ikhwan aspirant.
It's just to reiterate the point to let the activist-(Islamic)scholars educate people, and let the (Islamic)educated-activists mobilize the people.
Pertanyaan yang menjadi judul buku ini sangat pantas ditanyakan oleh setiap orang Islam kepada diri sendiri, supaya jasad, ruh dan akal kita yang lahir sebagai seorang Islam dapat digerakkan untuk menjawabnya.
Pastikah kita, kita sudah memiliki asas-asas pegangan dan amalan Islam yang sesuai dengan kehendak Maha Pencipta?
Buku ini menjadi silibus usrah di UIAM - memberi peluang kepada semua pelajar untuk memeriksa kembali status diri sebagai seorang Muslim.
APA Ertinya Saya Menganut Islam adalah buku asas yang menguak tabir ke arah pembabitan dalam gerakan Islam. Ia adalah buku yang memperbetulkan pandangan alam terhadap Islam daripada pemahaman yang bersifat ritual kepada tasawur Islam yang lengkap dan sempurna.
Buku ini ibarat manual kepada mana-mana individu sebelum melangkah lebih jauh dalam memahami atau membabitkan diri dalam gerakan Islam.
Actually i owned an English edition, but the ISBN at that book didn't hit anywhere, so, i guess, only come up with BM edition to put in my Goodreads shelf..