Sebuah tulisan yang benar-benar mengingatkan tentang Tuhan. Setiap inci, setiap detik penceritaan begitu berhikmah, tidak sedikitpun melalaikan. Karya Fajar Agustanto ini tidak mengetengahkn kisah cinta suami isteri, atau poligami semata-mata, bahkan watak Farah dalam cerita benar-benar membuatkan saya reflect kembali diri saya di hadapan Tuhan. Dakwah, jihad, tarbiyah, semuanya bersatu dalam e-book ini. Diolah sesuai dengan era terkini, pastinya buku ini sesuai dibaca oleh remaja-remaja, teristimewanya buat muslimah-muslimah di luar sana.
Farah merupakan seorang muslimah yang dilahirkan dalam keluarga yang berada, namun begitu tarbiyah yang hebat berjalan di dalam keluarganya. Aktiviti dakwahnya juga rancak. Dia gadis yang sungguh bersemangat dalam berdakwah dan berjihad. Farah tetap kekal dengan sifat zuhudnya. Dia tidak pernah berlebih-lebih dalam makanan dan pakaian, meskipun kedua-dua orang tuanya lebih daripada mampu untuk itu semua. Dia juga punyai rasa itsar, sungguh bukan sesuatu yang mudah untuk sebuah pengorbanan. Sungguh, terlalu banyak akhlak terpuji daripada watak Farah ini untuk disebutkan. Sangat banyak dan sangat hebat akhlaknya sehingga jauh sekali untuk dibandingkan dengan diri ini.
Ehm, yang menurutku agak janggal(mungkin bagi saya kurang nyaman)adalah pemilihan kosa kata 'anti' yang dilontarkan oleh seorang ibu untuk anaknya, meskipun mungkin di kalangan terbatas anti yang dari bahasa arab berarti anda/kamu ini biasa digunakan.