MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga. Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar. RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
The book entitled "Mikhail" is a suspense romance thriller about a hired killer who kill his old enemies because of his past. The book is written in a style of multiple POV with a lot of scenes changes which could make the most ADD of us disinterest and skip some chapters (which quarter of the book, its quite fine to skip over and still maintain the story progression).
I don't really know why the author relied on using multiple POV in his books. Although I had tried my hand on multiple POVs, I find that reading and writing it was tiresome to the story and although it may bring up the word count but essentially doesn't contribute anything to the storylines. Albeit, its not too complicated for me but overtime I'm thinking that RAM is trying to make himself sound genius to show that readers doesn't even surf internet or something. Is it necessary to info dump everything from a translated version of quackery conspiracy theorists of the internet? Honestly, I'm fine if you want to explain quantum physics in three chapters long but information like hidden symbols in 1USD dollars made me think about Dan Brown and his tiresome way of trying to make his books into bricksized but left the plot hanging out of balance.
The idea of the book was providing fast paced entertainment for the readers which I found to be a disadvantage since its in written words. I never actually like spy novels or flash mystery novels since its way much better in movie form. Plainly as I could, I never knew Ramlee Awang Murshid would do an airport novel. Yes, the book is by definition an airport novel, something to read in a long duration of time and forget about it. In fact, there's a part of the chapter in which Mikhail make excuse to go to a bookstore in an airport which is hilarious.
I've read a lot of these "time-draining" fictions but thrillers fiction are the most irritating part of these fiction subsets. Most specifically, MALE fiction mixed with romance. Honestly I do understand the writer is not a female, but why do I always find woman author made better male character than a male authors ever does to a female characters. Why can't authors ever do unisex books? Keep it neutral and interesting, like alpha male and alpha female or omega female and beta male who turned alpha and etc.
Two of the major female characters in this novel was Zetty and Rai who are sisters and one of them is a cop while another is a corporate person who helped with their father's company. Rai apparently was Mikhail's love at the first sight and with whom Rai's had Stockholm's Syndrome with since Mikhail should have killed Rai first before he could murder any of the people in KL list. The romance part of the book made me sullen and disinterest. I like it better if Mikhail was paired with Zetty. All Rai ever do was cry and run away and get captured again which is boring. She's like a supporting character to the main male character and fall all over his shoes trying to bring him to the bright side of the force. I don't even know why she's acting so lovelorn in that way beside my conclusion that she had psychological breakdown that leads her to have feelings for him. To be honest, I'd wish Mikhail actually impersonate as someone else to gain their confidence and use Rai and then crush her feelings until she feel heartbroken enough to kill herself which leads to the sufferings of her family indirectly. Oh well, I'm not the author.
At the end of the book, although we were indulged with various gun fights and romance and conspiracies. There's also the glaring obscenities of plot holes. When I read thrillers, there's usually a continuation so I didn't really focus on the depth of the depicted storylines. But with the stand-alone book centred on an international link of professional killers who are intend on murdering economic links of people, there's not too much to show the readers the big organization behind the whole thing. It was hinted, it wasn't shown. It's supposedly a big thing but with the deus ex machina on board, I don't think it will ever be mentioned. At all.
If you cut out the story into 'tree of connecting' things, you'll see strings of something that are incoherent with the whole ABC's Revenge storyline.
I don't know why but the cover is so darn ridiculous (the guy is running "ayam2 kuching2" with a gun... wth?) I can't believe publishers still do copy paste covers anyway. Karangkraf, my four year old niece can do better covers with instagram. Please fire your cover artists or give him a lomocam and just get out of the building and take pictures with it.
I don't know how this book does it but whenever I read the 'paranormal fantasy' part of this book with its constant detailed on sunlight flared across the eye thing, I remember this meme or specifically..
Does Ramlee Awang Murshid ever realize he's doing a JJ Abrams in this book?
It started strong but half way, it started to lose its way and fall back to obscurities between "would-be awesome" to "plain facepalming". If you need a mindless fast pace novel, feel free to get this book. If you don't like the idea of insta-love, multiple POVs or Bourne rip-off in anything, skip this book.
sebelum ini saya agak kecewa dengan Ramlee Awang Murshid dengan buah tangannya UNGU KARMILA yang saya anggap sebuah novel yang ditulis sekadar untuk menepati dateline yang telah ditetapkan. tetapi selepas selesai menguliti novel MIKHAIL ini tanggapan saya serta merta berubah seterusnya amat mengkagumi penulisan seorang wartawan ini yang saya anggap amat menakjubkan dan di luar jangkaan.
MIKHAIL adalah sebuah novel THRILLER karaya Ramlee Awang Murshid yang terbaru selepas UNGU KARMILA dan trilogi BAGAIKAN PUTERI. ia mengisahkan tentang kehidupan seorang pembunuh bersiri yang bernama Mikhail yang beranggapan berhak membunuh sesiapa sahaja yang bersangkutan dengan kematian keluarganya beberapa tahun yang lampau. pada permulaan plot saya percaya bahawa novel ini akan berkisar berkaitan seorang pemuda yang mempunyai dendam kesumat yang melampau dan akan membunuh setiap hari demi melunaskan tuntutan hawa nafsunya yang tidak lagi termampu untuk di tahan.Tetapi.....
TERNYATA KEPERCAYAAN SAYA ITU AMATLAH TIDAK BERASAS SAMA SEKALI
novel ini amat di luar jangkaan fikiran saya.Ramlee bijak bermain dengan gaya penulisannya untuk memastikan pembaca berfikir secara kriktikal selari dengan pembacaan yang dilakukan. Mikhail ternyata bukanlah sekadar pembunuh bersiri profesional tetapi individu kelahiran seorang insan bermasalah yang diculik dan dilatih dengan segala kemahiran peperangan dan taktikal untuk kepentingan sebuah kumpulan yang ingin mengusai DUNIA!!!.
Mikhail ternyata bukan seorang tetapi ada berpuluh orang yang diberi kod persendirian seperti Mikhail 155, Mikhail 496 dan lain-lain. setiap seorang Mikhail ini telah di BrainWash oleh kumpulan tersebut untuk melupakan kisah zaman lampau mereka dan memasukkan fakta lain di memori mereka dengan kisah dendam kesumat yang tidak mudah terpadam. dengan memori yang telah tersemat kemas dalam minda tersebut mereka akan bertindak membunuh sesiapa sahaja yang berkaitan dengan memori dendam itu
sebagai contoh, Mikhail 155 telah dimasukkan fakta di dalam pemikirannya bahawa keluarganya telah dibunuh dengan kejam atas pengkhianatan dalam perniagaan.dan Mikhail ini akan bertindak membunuh mereka yang telah melakukan pembunuhan terhadap keluarganya tanpa mengetahui bahawa dia sekadar dijadikan alat untuk memenuhi kepentingan kumpulan berkepala besar itu.
akhirnya, muslihat kumpulan itu telah terbongkar apabila salah seorang daripada Mikhail telah tersedar asal-usulnya selepas mengalami satu penyakit paranormal yang sukar dijelaskan. dia juga telah mengalami suatu perasaan yang sepatutnya tidak akan ada pada setiap Milkhail iaitu sifat BELAS KASIHAN, SAYANG DAN CINTA.
mungkin agak sukar untuk anda pembaca sekalian memahami apa yang saya ulaskan berkenaan Novel unik ini dan jalan penyelesaiannya mudah.anda perlu membaca novel ini!!! anda akan terbaring dan berasa berdebar-debar untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.anda pastinya tidak akan dapat menjangka sebarang pengakhiran atau kesimpulan cerita seperti yang dapat dilakukan oleh sesetengah novel Thriller PISCISAN.
saya merasakan bahawa novel terbaru ini telah berjaya mengalahkan trilogi BAGAIKAN PUTERI jika didasarkan kepada konsep jalan cerita, gaya penulisan dan kekompleksan cerita.tetapi trilogi BAGAIKAN PUTERI tetap ada keistimewaannya yang tersendiri.
seperti novel-novel Ramlee yang lain, novel ini turut dilampirkan dengan kepercayaan agama yang tulus, kasih sayang, kekeluargaan dan CINTA.kerana cinta sahaja yang boleh memusnahkan kejahatan!!!.latar tempat juga amat menarik iaitu di sekitar New Zealand dan Malaysia majoritinya.karakter yang terlibat juga adalah pelbagai seperti golongan korporat, barisan pertahanan negara seperti polis khususnya dan juga gologan kebanyakan di Malaysia.
apa yang paling saya kagumkan adalah pengetahuan Ramlee terhadap kecanggihan senjata, alat multimedia dan kemahiran perisikan amat tinggi dan diselitkan dalam karyanya dengan penuh dramatik dan bersahaja. selain dapat berhibur sambil membaca anda juga dapat meluaskan pengetahuan am dengan membaca karya hebat ini.
ahkiran, saya jangkakan novel seperti inilah yang perlu dijadikan bahan bacaan terbaik rakyat Malaysia yang gemarkan novel sebagai bahan bacaan utama.saya amat berharap dapat melihat novel ini difilemkan dengan kecanggihan teknologi luar negara supaya nampak lebih berjaya.bukannya sesetengah filem yang saya rasakan amatlah piscisan kerana mempamerkan gejala sosial yang semakin membarah dalam negara ini.akibatnya bukan semakin mengurangkan statistik kemaksiatan tetapi lagi meningkatkan pula selari dengan sifat generasi remaja masa kini yang gemar meniru apa yang mereka perhatikan.
ini bukan calang calang buku. mungkin dipengaruhi minat aku terhadap novel thriller yang melibatkan pembunuh upahan dan pembunuhan. tapi peratus untuk itu adalah kurang. sebab novel ni mmg terbaik! cuma mungkin ada kesilapan pada mata aku yang marhaen ini. permbunuhan dickens terlalu mudah seakan dia bukan suatu ancaman yang susah malahan ringan seringannya. tapi apa pun masih boleh diterima. plot twist yang banyak jugak lebih daripada satu. susunan plot yang cantik baik dan menarik di samping bahasa yang santai dan tidak memeningkan kepala.
tidak hairanlah mengapa ramlee awang mursyid bergelar novelis thriller no 1 malaysia. syabas!
Mikhail dibesarkan oleh Dickens dan diajar membunuh hanya untuk melampiaskan dendam pembunuhan keluarganya. Setelah 16 tahun meninggal Malaysia, Mikhail kembali menjejakkan kaki ke bumi bertuah itu untuk menyambung dendamnya. Mikhail juga kerap dilanda fenomena aneh yang tak dapat diterangkannya.
Dendam sememangnya menjadi barah dalam kehidupan seseorang. Dendam boleh membuatkan hidup tidak tenang dan sentiasa diamuk amarah.
Jalan cerita yang agak laju membuatkan SH leka membaca. Persoalan-persoalan yang muncul membuat SH turut berteka-teki. Dan apabila semua persoalan terjawab rasa geram memenuhi hati. Geram dengan jalan cerita dia. Yang diteka semua tak kena.
Dalang dalam naskah ni memang sangat mahir dalam memanipulasi. Insan yang dimanipulasi bahkan tidak menyedari yang dia sedang dipergunakan untuk kepentingan pihak lain.
Demi kuasa, harta, ramai yang sanggup menutup mata hati dan melakukan apa yang tak sepatutnya dilakukan. Membunuh, khianat, semuanya sanggup dilakukan. Asalkan apa yang diingini menjadi kenyataan.
Manusia bermuka dua sememangnya sering kita jumpa di dunia nyata. Tak ketinggalan juga di dalam naskah ini. Elemen talam dua muka turut terselit dalam karya ini.
Sedikit kurang berpuas hati di 1/3 terakhir cerita. Menuju ke penghujung cerita, jalan ceritanya seperti agak tergesa-gesa. Dan macam ada scene yang tiba-tiba ada. Ada yang perubahan sikap secara tiba-tiba. Macam terlalu drastik. Tak berapa cantik di situ.
MIKHAIL! Bukan sebarangan nama. Ini nama yang membawa Maut! Atas nama dendam dan membalas kematian ahli keluarganya yang dibunuh,Mikhail (yang berketurunan Melayu dan berasal dari Malaysia tetapi menetap di New Zealand) memburu mereka yang bersubahat atau terlibat di dalam pembunuhan tersebut. Dua orang sudah berjaya dibunuh. Masing-masing di China dan Mesir. Mikhail yang telah dilatih oleh Dickens untuk menjadi seorang pembunuh yang profesional dan cekap,telah datang ke Malaysia untuk membunuh Halim dan ahli keluarganya. Namun,tugasnya menghadapi rintangan. Rintangan itu bernama Cinta! Sementara itu,pada masa yang hampir sama,di Malaysia juga terdapat pembunuhan yang hampir modus operandinya dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Mikhail di luar negara,iaitu terdapatnya Killer Signature dalam wang bernot USD(United States Dollar)1. Bagaimanakah Mikhail mampu berada di dua buah tempat yag berlainan pada masa yang singkat? Adakah wujud Mikhail yang lain selainnya? Apakah rahsia yang terdapat di sebalik nama tersebut? Dapatkan jawapannya dengan membaca novel tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM)ini!
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai novel ini,saya ingin berceloteh sedikit mengenai sejarah antara novel ini dengan saya. Novel yang bertajuk Mikhail ini saya beli pada tahun 2010,di sebuah kompleks membeli belah yang terkenal di Alor Setar,Kedah. Novel ini juga mencatat sejarah uniknya yang tersendiri apabila menjadi novel kedua yang saya miliki selepas 9 Nyawa. Seterusnya,menjadi pencetus semangat saya untuk mengumpulkan kesemua novel tulisan RAM,terutamanya yang diterbitkan oleh Alaf 21. Ini merupakan kali kedua saya membaca Mikhail. Terdapat dua (2) tujuan utama saya membacanya iaitu:
a) Kerana saya sudah lama tidak membaca novel berbahasa Melayu! Kebelakangan ini,saya lebih banyak membaca bahan bacaan yang berbahasa Inggeris. Bukan bermaksud untuk berlagak sombong. Cuma,buku-buku yang mengambil tempat di rak-rak buku saya lebih banyak yang berbahasa Inggeris. Jika tidak membaca buku-buku tersebut,dikhuatiri mereka akan 'menangis' kerana tidak ditatapi dan dibelai oleh tuannya! Haha...!
b) Sebab yang kedua adalah untuk memberikan rating dan ulasan novel-novel tulisan RAM yang masih saya tidak berbuat demikian. Pada masa kini,saya sudah memiliki kesemua novel RAM terbitan Alaf 21. Malangnya,masih ada yang masih tidak diberikan penilaian. Hal ini kerana ada beberapa novel beliau yang saya beli sebelum saya menemui laman sesawang Goodreads ini. Tambahan pula,Mikhail juga terpilih di dalam beberapa buku yang saya pilih untuk saya baca pada bulan September 2013 anjuran sebuah kumpulan membaca atau Reading Group yang diberi nama Read By Theme. Tema pada bulan tersebut adalah Weird/Odd/Unusual Titles. Saya merasakan tajuk novel ini,Mikhail,amat sesuai sekali dengan tema pada bulan itu.
Wow! Itulah impresi saya apabila pertama kali membaca Mikhail pada tahun 2010,tiga tahun yang lalu. Apabila membaca kali kedua,kesan kejutannya tidaklah seperti pada kali pertama kerana saya sudah mengetahui jalan dan penamat ceritanya. Namun demikian,saya tidak nafikan,membaca buat kali kedua masih memberikan kejutannya yang tersendiri kerana ada beberapa babak yang saya terlupa. Maklum sahajalah,saya kembali membaca novel ini selepas tiga tahun kali pertama membacanya. Malah,inilah novel Melayu pertama (pada pandangan saya) yang menyaksikan banyak watak yang dimatikan secara mengejut! Mikhail merupakan sebuah novel yang berkonsepkan thriller dan aksi. Namun,tipikal seperti karya-karya RAM yang lain,unsur-unsur lain seperti cinta,Islamik,kekeluargaan dan beberapa unsur yang lain turut menjadi 'perencah' yang membentuk 'formula' tulisan RAM yang tersendiri dan unik. Dialog yang digunakan adalah dalam bentuk 'Bahasa Melayu Rendah' yang menyaksikan penggunaan bahasa rojak yang diselangselikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu-Kedah (loghat) juga digunakan di dalam dialog pada sesetengah babak perbualan antara watak-watak. Naratif,bagaimanapun,menggunakan 'Bahasa Melayu Tinggi' atau bahasa Melayu formal. Pada masa yang sama,terdapat beberapa kejanggalan di dalam jalan cerita novel ini yang menjadi kelemahan utama. Tiga perkara yang dimaksudkan ingin saya utarakan di sini. Pertama,di dalam beberapa babak ketika Mikhail berada di Mesir,terdapat beberapa orang yang ditugaskan untuk membunuhnya. Persoalannya,kenapa Mikhail diburu dan siapakah mereka? Ini tidak dijelaskan oleh RAM secara teliti. Kedua,terdapat babak di mana sebuah hotel di Jordan diletupkan? Sekali lagi,apakah motifnya babak tersebut dimasukkan di dalam novel ini? Perkara ini tidak dijelaskan oleh penulis. Ketiga,babak pembunuhan terakhir yang saya anggap terlalu 'mudah' berakhir. Kadang-kadang,inilah kelemahan utama kebanyakan penulis thriller di Malaysia. Babak-babak aksi yang penting di dalam jalan cerita nampak mudah dan tidak kompleks. Kadang-kadang,seperti tidak melakukan kajian yang secukupnya dan ingin mencari jalan mudah serta singkat. Walau bagaimanapun,secara keseluruhannya,novel ini boleh dikatakan dihasilkan dengan baik dan masih menghiburkan untuk dibaca. Malah,pujian harus diberikan kepada penulis kerana berani untuk menyentuh isu yang sensitif dan kontroversi berkaitan dengan New World Order atau 'Tatacara Baharu Dunia'. Jika anda peminat setia RAM,pastikan anda mendapatkan Mikhail untuk melengkapkan koleksi RAM anda. Jika anda peminat watak Mikhail,jangan lupa untuk mendapatkan novel RAM terbaharu yang akan berada di pasaran pada bulan Oktober 2013. Watak tersebut dikatakan akan kembali di dalam novel yang bertajuk Magis!
Novel ni buat aku terkenang kisah Legasi Pejuang dan Hero. Tak sama cuma aku suka bila isu Yahudi yang licik dan jahat dipaparkan dalam novel santai begini [santai ke?] kih5 ;P
Tiada masalah sebenarnya nak menghadam novel ini terutamanya para pembaca tegar RAM. Ianya disampaikan dengan mudah, hmm dan aku rasa ianya terlalu mudah. Maaf ya tuan penulis. Aku tak rasa excited sebab daripada mulanya aku sudah mengagak siapa si Dickens itu. Jarang sebenarnya tekaan aku betul kalau tiba di tulisan RAM, tapi kali ini ianya benar-benar kena pada tempatnya.
Mikhail – ya! Dia bukan sekadar nama. Di sebalik namanya terhimpun seribu satu muslihat si Yahudi yang tak akan pernah berhenti mencari helah menjatuhkan kita. Hilang satu Mikhail, mereka ada beribu lagi Mikhail yang akan tampil ke hadapan.
Mikhail ada misi dendam yang dipendam hampir 16 tahun. Dia perlu menuntut bela atas kematian keluarganya yang ditembak mati. Ketika itu, muncul Dickens [Uncle Dick] yang membantu Mikhail dan membawanya lari jauh dari bumi Malaysia. Dickens umpama ayah buat Mikhail. Dengan Dickens, Mikhail dilatih untuk menjadi seorang pembunuh professional.
Dan kepulangan Mikhail ke tanah air mengubah perspesinya tentang misinya itu. Dia keliru antara siapa itu Tahir yang sering saja muncul dalam mindanya dan juga motif untuk membunuh anak-anak Dato’ Halim sedangkan selama ini fokusnya untuk membalas dendam pada si pelaku bukan keluarga si pelaku kejam itu. Tetapi kerana itu arahan daripada Uncle Dick, Mikhail teruskan.
Namun bila bertemu dengan Riena Raihana [Raihana], lain pula jadinya. Memandang Raihana buat hati Mikhail tak tentu. Di waktu percubaan pertama untuk membunuh Raihana, Mikhail menyedari sesuatu. Bukan dia saja yang harus membunuh Raihana, ada insan lain juga sedang memburu Raihana dan juga pastinya dirinya juga. Tetapi siapa?
Bayangan Tahir makin menghimpit. Uncle Dick bagai ada yang tak kena. Dan Mikhail ingin menyiasat apa sebenarnya berlaku. Mengapa dia dijadikan buruan sedangkan dia juga seorang pemburu? Killer signature – itu yang buat aku bertahan dengan buku ini. Apa lagi terpandang nama Attokz Dikulgai. Wah! Famous de amos sungguh ;)) Cuma rasanya aku pernah baca kisah pembunuhan tragik tulisan RAM yang lagi hebat daripada ini.
Watak Raihana benar-benar menguji tahap kesabaran aku. Aku faham yang watak Raihana amatlah berbeza dengan Mikhail. Selayaknya sebagai pasangan hidup Mikhail untuk saling melengkapi. Tapi entah, aku rasa Raihana tak cukup kuat untuk Mikhail. Are my expectations too high? *wink*
Aku lebih suka kalau Mikhail dipadan dengan Zetty. Nampak lebih gempak gitu kerana kedua-duanya pandai bermain senjata api hee ;))
Tapi... itu pendapat aku. Tak semestinya sama dengan selera kamu ;P
Mikhail dilatih oleh Uncle Dickens untuk menjadi seorang pembunuh yang kejam. Uncle Dick sentiasa akan mem'brainwash' Mikhail supaya menuntut bela atas kematian ayahnya Tuan Sadon dan ahli keluarganya yang lain. Pekerjaan lain Mikhail adalah seorang pekebun anggur di Cromwell, New Zealand. Atas arahan Uncle Dick Mikhail telah pergi ke China untuk membunuh Mr Yap dan kemudian ke Mesir untuk membunuh Mr Sundram. Setiap kali pembunuhan berlaku, mata wang 1USD akan diletakkan pada mayat. Arahan seterusnya, dia perlu ke Malaysia bagi membunuh dua lagi orang yang bertanggungjawab membunuh keluarganya iaitu Datuk Bakri dan Tuan Halim, juga anak-anak Tuan Halim Inspektor Zetty dan Raihana. Seterusnya satu persatu pembunuhan berlaku, bermula dengan Saiful dan rakan Jack.
Mikhail menghidapi satu penyakit... dia tidak boleh melihat terus cahaya matahari dan lampu. Dimana dia akan di bawa ke suatu masa yang lain. Seolah-olah melihat kehidupan seorang lelaki bernama Tahir...seorang penagih dadah yang tegar.
Mikhail gagal melaksanakan arahan untuk membunuh Raihana kerana terpaut dengan perasaan cinta, akibatnya dia juga diburu pembunuh upahan. Bagi menyelamatkan Raihana, Mikhail menculik Raihana, dan pada masa yang sama Inspektor Zetty mengikuti jejak Mikhail untuk menyelamatkan Raihana. Setelah dua kali diselamatkan dari pembunuh upahan, Raihana mempercayai Mikhail dan rela mengikuti Mikhail bagi merungkai misteri Tahir dan mengikut Mikhail ke Kedah. Setelah terbongkar identitinya sendiri Mikhail menyerah diri.
Pada masa yang sama, di KL... Jack mati ditembak dan Datuk Bahri mati diracun di dalam tahanan. Malah, Syarikat Tuan Halim dibom. Pembunuh upahan bukan dua tetapi tiga orang. Demi menyelamatkan nyawa keluarga Tuan Halim yang diculik, Mikhail perlu dijadikan umpan. Umpan untuk menangkap pemburu yang licik. Pemburu yang berselindung di dalam pakaian seragam polis.
Start baca dari bulan oct 2018 & bulan apr 2019 baru habis, lama tuuu 😂
Tbh buku ni best je, sebuah cerita fiksyen yang sangat berilmiah. Di awal penceritaan tu agak slow & tak berapa nak tarik minat saya untuk terus selak ke page seterusnya. But, lebih kurang lepas separuh bacaan, baru terasa menariknya cerita ni. Banyak plot twist & kejutan2 yang tak disangka. Apa2 pon yang penting sekali, happy ending! 😁
Bila si pemburu menjadi mangsa, siapa yang membaham siapa? .
Mikhail, otak dia disetkan oleh Dicken supaya membalas dendam terhadap manusia2 yang telah membunuh keluarganya, Tuan Sadon. Hingga menjadikan dendam yang sangat mendalam dalam jiwanya. Misinya cuma satu, membunuh semua pembunuh kelarganya. Jadi perancangan demi perancangan diplan oleh Dicken utk Mikhail membunuh.
2 orang mati di tangan Mikhail. Misi seterusnya, Dato Bakri dan Dato Halim serta 2 orang anak Dato Halim, Zetty dan Raihana. Apa motif Dicken membabitkan anak2 Halim? .
Dalam memburu Raihana, Mikhail turut diburu. Dia mulai keliru. Tambahan lagi si pemburu itu juga memburu Raihana. Keadaan makin genting. Mikhail telah jatuh hati pada Raihana. Dan dia membawa Raihana lari .
Siapa pemburu sebenar? Siapa dalang disebalik semua ini? Satu demi satu kebenaran yang menyakitkan terbongkar. Orang yang tidak disangka2, rupanya dalang disebalik perihal ini. Kerana duit, manusia lupa diri. Kerana duit, manusia hilang maruah. Kerana duit, manusia sanggup berpaling tadah .
Antara memburu dan diburu, mana yang menjadi pilihan?
Mikhail adalah seorang pembunuh yang kejam yang dilatih oleh Uncle Dick untuk membunuh mereka yang pernah membunuh ahli keluarganya. Dan dia merupakan satu-satunya waris keluarga Tuan Sadon yang tinggal setelah ahli keluarga yang lain ditembak mati oleh rakan-rakan perniagaan ayahnya.
Setidak-tidaknya, itulah yang diketahui oleh Mikhail sejak bertahun-tahun lamanya. Rupanya kebenaran adalah sebaliknya!. Bermula dari abangnya, Tahir yang gian menagih dadah sehingga sanggup menjual adik sendiri kepada Tuan Sadon. Dialah Mahmud Fadzil atau Mikhail 496 yang hilang 16 tahun lalu dan disahkan kematiannya beberapa tahun selepas itu kerana dia tidak ditemui. Semuanya angkara abangnya Tahir yang begitu terdesak untuk melangsaikan hutang dengan Tuan Sadon. Sebagai cagarannya, adiknya dijual untuk kepentingan diri sendiri.
Mahmud @ kini dinamakan Mikhail di”brainwash” supaya membalas dendam terhadap sasaran yang tunjukkan oleh Uncle Dick. Rupanya Uncle Dick atau Dickens atau Tuan Sadon ini adalah antara ahli kongres Yahudi yang licik dan jahat. Tugas Mikhail ialah membunuh sasaran yang dikehendaki yang diketahuinya sebagai “musuh keluarganya” dan dia bukanlah pembunuh upahan atau bertindak membunuh sewenang-wenangnya. Dia sememangnya antara “Mikhail” terbaik yang mereka ada kerana kecekapan dan ketangkasannya. Tanpa Mikhail ketahui, sebenarnya Uncle Dick melatih banyak Mikhail dan setiap Mikahil diberi kod tersendiri.
Setelah menewaskan beberapa mangsa, Uncle Dick menugaskan Mikhail untuk membunuh Dato’ Halim dan dua anaknya iaitu Zetty dan Raihana, dan Dato’ Bakri. Oh, siapa sangka, sekeras-keras Mikhail yang hampir tidak punya perasaan, tiba-tiba boleh jatuh hati dengan Reina Raihana, anak Dato’ Halim.. Hmm.. bagaimana ya, pembunuh jatuh hati dengan sasaran?
Setiap kali pembunuhan berlaku, ada satu “killer signature” yang ditinggalkan oleh Mikhail iaitu wang $1 USD. (Di belakang buku ini, ada dicatatkan mengenai $1 USD ini dengan serba ringkas tetapi padat). Dalam masa yang sama, Mikhail seolah-olah menghadapi satu penyakit paranormal. Retina matanya tidak boleh terkena sinaran matahari atau cahaya yang terang. Apabila hal ini berlaku, dia akan tercampak ke satu dimensi lain dan perkara ini amat merisaukan dirinya.
Riena Raihanalah yang cuba membantu menyelesaikan kekusutan yang dihadapinya. Bersama kakaknya, Inspektor Zetty Erlina, mereka membawa Mikhail sehingga ke utara tanah air untuk menjejaki gambaran yang terdapat dalam fikiran Mikhail. Akhirnya mereka bertemu dengan jawapannya. Tahir, ialah abang kepada Mikhail dan dia telah insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya pada masa lampau dan kini dia mengusahakan tanah bendang peninggalan arwah kedua ibu bapanya. Dia sangat terkejut melihat kemunculan Mahmud @ Mikhail dan dialah yang menceritakan segala-galanya.
Pada masa yang sama, di Kuala Lumpur berlaku beberapa lagi kes pembunuhan kejam dan memaksa Inspektor Zetty pulang ke ibu kota. Kali ini dengan membawa Mikhail. Mikhail menyerah diri secara rela kepada pihak berkuasa. Akan tetapi, kes ini tidak selesai di sini sahaja. Berlaku beberapa kejadian yang kompleks sehingga kepada pertemuan beberapa Mikhail, adanya gunting dalam lipatan di dalam pasukan Inspektor Zetty, penculikan keluarga Zetty, Raihana yang hampir dihantar ke pakar psikiatari kerana dikatakan berdelusi, dan pertemuan dengan Aroha di Ladang Anggur di Cromwell, England.. 29 Februari, tarikh keramat bagi Mikhail, Raihana, dan lain-lain.. :)
Saya puas membacanya. Seperti melihat satu wayang pembunuhan ngeri yang terancang dan strategik. Buku ini mengajak pembaca berfikir dan terlibat sekali di dalam aksi-aksi lakonan watak-wataknya. Jom baca buku! :)
Idea menggunakan nama Mikhail sebagai kod nama pembunuh upahan dan bukan hak mutlak seorang individu memang menarik tapi secara keseluruhan, saya tidak sukakan novel ini. Teori konsiprasi sebagai tulang belakang novel – saya rasakan motif Uncle Dick atau Tuan Sadon mahu membunuh ‘kawan-kawan lamanya’ tidak cukup kuat untuk menyokong matlamat 'for a greater good' yang dibawa oleh 'secret society' ikutannya. Penamat novel ini longgar: Mikhail membunuh Tun Sadon, kemudian? Walaupun secara mudahnya kita tahu sebuah organisasi yang bergerak dalam senyap tidak dapat ditumpasakan oleh hanya seorang lelaki, seharusnya ada tersemat matlamat lebih besar di dalam hati Mikhail untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat yang tidak tahu apa-apa tentang pergerakan sebegini. Ramlee Awang Murshid menjadikan penamatnya seolah-olah “Asalkan 'happy ending' untuk aku, dah la.”
I am not a fan of thriller novels, but I fell in love with this book right away from the first chapter to the last. I love Mikhail (Mahmud) and never lost faith in him.
Author did a good job in weaving layers and layers of suspicions to keep away readers from guessing the culprit. At least for me, only at the last few chapters I know ASP Tim's death is the key to ending this novel.
And the love story between Raihana and Mick elegantly seeps in the thriller context of the novel. Not cheesy but heartwarming. It made me believe that Mick is a strong guy and he will survive the disaster.
A note to the editor: I'm reading the 7th edition, on page 420, the word saya is repeated twice. I think it is not supposed to be there. I would love to buy a corrected copy. Thanks!
Pada pengikut setia kaya RAM,mungkin karya ini tidaklah seberapa tapi pada saya golongan yg sekali-sekala je cuba baca kisah2 Thriller & aksi,jadi wujudnya perasaan excited dan rasa tertanya-tanya. Sepanjang pembacaan kesabaran amat diperlukan sbb kena baca elok2 dan sopan walaupun rasa nak cepat2 je tp kena tahan jga. Suka kisah ini suka twist yg diciptakan walaupun byk yg boleh dipersoalkan tpi kisah2 begini mmg mcm tu lah penamat dan kesudahan,byk tanda tanya,byk yg boleh dipersoalkan.Pada saya,okey I luv it :D
Mikhail merupakan salah satu karya hebat Ramlee Awang Murshid yang mengangkat genre thriller aksi dengan campuran elemen psikologi dan misteri yang mendalam. Novel ini mengikuti perjalanan Mikhail, seorang pembunuh upahan yang kelihatan dingin dan tidak berperasaan, tetapi menyimpan rahsia dan konflik batin yang mengejutkan.
Kekuatan utama novel ini terletak pada jalan ceritanya yang penuh dengan plot twist. Ramlee bijak membina ketegangan dalam setiap bab, membuatkan pembaca sentiasa berteka-teki tentang motif sebenar Mikhail dan watak-watak di sekelilingnya. Naratifnya penuh dengan kejutan, mencerminkan kepakaran Ramlee dalam menyusun cerita yang kompleks tetapi mudah difahami.
Selain itu, pengarang turut mengangkat tema kemanusiaan dan keinsafan, yang menjadi elemen penting dalam perkembangan watak Mikhail. Pembaca akan teruja untuk menyelami perjalanan hidupnya, daripada seorang pembunuh tanpa emosi kepada seseorang yang mula mencari erti kehidupan dan kebenaran.
Dari segi gaya penulisan, Ramlee menggunakan bahasa yang mudah tetapi penuh kesan, menjadikan setiap babak terasa hidup. Latar tempat dan suasana diceritakan dengan teliti, memberikan gambaran yang jelas dan mendalam.
Secara keseluruhan, Mikhail adalah sebuah novel yang sangat memuaskan, terutama bagi peminat thriller psikologi. Ia bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan kesan mendalam tentang sifat manusia dan perjalanan menuju penebusan. Ramlee Awang Murshid sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah penulis thriller terbaik di Malaysia.
4.25⭐️ Aku selalu ada love hate relationship dgn karya² RAM. Ni salah satunya. Awal bab memang agak confusing dan membosankan sebab terlalu banyak watak yang di keluarkan. Tapi, still dapat catch up dan teruskan pembacaan sebab satu persatu watak dimatikan. Hanya wujud untuk dijadikan mangsa pembunuhan saja. Setuju. Sampai part Raihana bertemu dengan Mikhail, barulah lega sikit fikiran ni. Banyak dah dibongkarkan. Hujung² bab loaded dengan plot twist. Puas hati!! 👍🏻 Happy ending adalah salah satu part paling best bila aku baca genre action thriller. Tak semua watak utama perlu dikorbankan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mikhail merupakan novel triller pertama yang aku baca memandangkan aku ni kurang membaca novel. So, permulaan aku beli buku ni sebab ramai mula heboh perihal RAM, hasil buah tangannya yang cukup digemari. Jadi, aku tak mahu ketinggalan menjamah sedikit air tanganya. Tempah hari, aku ternampak senaskah yang bertajuk Mikhail ini.
Jangka masa yang aku ambil untuk habis kan adalah sangat sangat lama,lagi lagi bila sampai bab ke 25. Dimana Mikhail mula jatuh hati pada Raihana. Aku bosan dengan cerita si pembunuh yang jatuh cinta pada mangsanya. Maka, kepala aku sudahpun mengagak kesudahannya, dan bila dah bosan, aku gatal tangan terus baca mukasurat terakhir. Lagi mengecewakan, memang benar, mereka bersatu.
Akan tetapi, jangakaan aku meleset sama sekali bila aku mula tertanya tanya, apa yang akan jadi pada ayah Raihana, betul ke Zetty letak jawatan, siapa Tahir, apa yang terjadi sebenarnya.. dan bermacam lagi. Jadi aku paksa diri dan baca sampai habis.
Mengejutkan aku sendiri. Aku cuma mengambil masa tak sampai sehari untuk habiskannya. Dan ya, RAM memang pandai bermain dengan twist. Banyak aku tertipu sebenarnya. Sekaligus membuatkan aku semakin suka pada Mikhail. Aku cemburu pada Raihana! Bertuah sungguh dia! Haha.
Keseluruhan, RAM membuat research yang sangat teliti, plan pembunuhan yang sangat strategic, dan kemahiran RAM sebenarnya diturunkan dengan baik sekali dalam jiwa Mikhail. Segala percaturan Uncle Dic, kecekapan Zetty dalam tugasnya, kepintaran Raihana meng'handle' syarikat ayahnya. Malah not USD$1, aku teramat sukakannya. RAM memang rajin membuat research dan pandai menurunkan ilmu 'criminal mind' pada watak ciptaan dia. Aku suka buku ini.
aku ketinggalan zaman,aku memang tak tahu ada novel melayu yg bergenre thriller malah antarabagsa lagi!Sebuah novel yg sesuai utk diangkat ke filem,propaganda anti amerika-israel yg hebat!
I like this story because this time, the plot twists were actually good and well set up. Although the 'cult' of Mikhail in this story at first feels a bit conspiracy theory tin foil hat-ish thing but considering our political climate these days... are they really just a theory?
I would love to see a film or miniseries adaptation of this preferably by Viu or Astro Shaw. However, I wish they change it up a bit on the unnecessary romance. Raihana as a love interest is really bland and after reading 4 of RAM's book I noticed he's not really great in writing interesting romantic dynamic. The female love interest has the personality of air suam and the guy always have trauma. And it always starts with this "inexplicable attraction" (translation: the guy falls in love at first sight with a hot girl).
I would love to read about a well-written romance subplot where two characters fall in love with each other alongside the plot progression instead of them choosing to stray from their whole characterisation for the sake of "a cute girl". I kind of wish that the love interest was the sister, Zetty. Now, the budding romance between an assassin and the police that wants to arrest him would be super interesting like El Professor and Raquel from La Casa de Papel. I just imagine how interesting the story would be where they had a good fight scene where Zetty has to fight off Mikhail who is also trying hard not to kill her only to ended up protecting her from another assassin, they form a bond and it would be interesting to see the internal conflict of Zetty having to choose between her duty and her love.
But RAM being RAM picked the blandest character and make the romance super cringy. Although I could've sworn when Zetty and Mikhail first met there was a tiny bit of romantic tension there. Maybe the initial plan was Mikhail x Zetty so idk what happened.
This time, the pacing was actually okay. The other characters and subplots actually serves to move the plot. I just wish the romantic plot wasn't boring.
Buku best karya salah seorang penulis kegemaran saya. Apa yang best? Action packed dan babak-babak suspense mendebarkan juga walau tak sampai tahap gaban. Macam biasa RAM teramat pintar pusing-pusing cerita supaya otak kota berpusing ligat juga untuk cuba terkehadapan dari watak, kita jadi berkobar-kobar meneka dan membuat telahan. Paling saya tak sabar nak tahu ialah "Siapa Tahir?". Kenapa bayangan Tahir selalu menghantui Mikhail. Bagi saya twist Tahir-Mikhail-Mahmud paling cemerlang dalam thriller MIKHAIL. Cerota ini bagi saya sanhat mendebarkan the first half of the book. Mati-mati saya juga percaya dengan motivasi perjuangan Dickens-Milhail. Saya pun bersemarak berseru dalam hati supaya cepat Mikhail menghapuska orang-orang jahat yang telah membunuh kejam keluarganya.... rupa-rupanya....
Satu yang saya tak berapa puas hati ialah sebab pengakhiran Uncle Dick agak terlalu ringkas. Beliau sebagai orang yang teras dalam membina seorang Mikhail, saya nak tahu lebih lagi kenapa dan mengapa dia buat macam tu, recruit anak-anak muda yang nerpotensi besar menjadi penjenayah. Adakah asasnya sebuah konspirasi cucu cicit Dajjal untuk menyesatkan umat Nabu Muhammad? Atau hanya berteraskan ketamakan terhadap duit? Ataukah ianya sebuah dendam tak bertepi si Zionis keparat? Atau apa?
Satu ini menarik, diselit watak blogger AttOkz Dikulgai. Kebetulan saya ada berurusan ringkas (mungkin belum selesai urusan) dengan orang yang namamya sama macam nama blogger bergeliga dalam buku RAM ni. Terpaksalah saya google AttOkz Dikulgai, ooooh barulah saya tahu beliau juga rupanya penulis dan orang besar juga dalam industri buku Malaysia. Duhhhh segan pulak saya yang kononnya pencinta buku ini tidak kenal nama beliau. Saya ingatkan beliau seorang yang menjual buku langka terpilih sama macam Encik Mafi hihi. Macam-macam info kita bolwh dapat jika rajin membaca tau... tak kisah la buku akademik, motivasi atau fiksyen. Yang penting buku. Jadi, baca lah !!
Antara buku2 RAM, ini yang paling aku sayang. Sebab nama Mikhail ni secara peribadinya istimewa bagi aku. Kali kedua aku beli buku ni sebab yang pertama dipinjam orang tapi tak dipulangkan. Kali kedua beli ni tahun 2015. Tahun 2020 baru aku baca 😂😂
3 bintang saja. Buku ni best. Sedap dibaca, berbaloi dibeli. Meskipun aku peminat penulis ni tapi aku tak boleh bias. Bagi aku ada banyak longgar. Bahasa pun adakalanya tak memikat maka ada bahagian yang jadi tak menarik.
Ada aspek teknikal yang aku rasa janggal dalam banyak tempat dalam naskah ni. Lokasi dan latar masa terlalu kerap berubah takde masalah bagi aku. Cerita masih boleh difahami, malah boleh diagak.
Cerita ni dah lama ditulis dan diterbit. Mungkin pada masa tu, aspek yang aku rasa kureng tu tak disedari. Pembaca pun tak banyak soal. Cuma bagi yang mungkin terbiasa atau boleh relate macam aku akan tertanya-tanya tapi persoalan tu tak nampak pula jawapannya.
Lagi satu aku dah baca Aku Bercerita dan Magis jauh lebih awal. Dua buku ni memang woww bagi aku dan aku suka Mikhail dalam Magis. Aku rasa kena baca Magis tu last antara semua buku RAM la sepatutnya.
Wow! Cerita kali ni memang banyak main dengan minda...kita sebagai pembaca pun kena tipu dengan Tuan Sadon.
Yang penting jangan cepat percaya dengan apa2 plot dialami oleh pembunuh kerana ada diantaranya tidak semua adalah benar. Ada diantara pembunuh - telah di 'brainwashed'.
Ada banyak plot twist - dari pembunuh yang kena tipu, ada diantara kisah yang disampai adalah tidak benar, kes abg yang menjatuhkan darah daging sendiri, Mikhail adalah code name,ada banyak pembunuh sebenarnya sampai kita kena baca betul2...yang pasti dari awal cerita sampai habis ada banyak penipuan cerita dan sedihnya ada musuh dalam selimut dipihak yang benar.🫣
Sedih time perpisahan abg dan adik. Kesian mak ayah yang kehilangan anak. Kerana duit, manusia jadi gelap mata.
Geram part satu watak nampak baik rupanya 🤬. Sebab tu aku cakap jangan cepat percaya..baca dulu sampai habis. Punyalah dari awal aku respect dia..hampeh dia kambing hitam kan orang lain rupanya..orang yang kambing hitam dapat 10% tapi dia dapat 90% dari wang yang diberi Tuan Sadon..😅
Dickens = Tuan Sadon ASP Tim = Robert Lau Mikhail 155 = Kharis Mikhail 496 = Mahmud Fadzil Mikhail baru = tidak diketahui
Antara watak pembunuhan. Mikhail adalah nama dari negara Russia. Saya jenis suka novel thriller + penyiasatan, memudahkan pembacaan dengan lancar. Jalan cerita menarik, cuma perlu fokus pada setiap watak kerana setiap watak adalah berkaitan.
Klimkas cerita ni, masa ASP Tim meletakkan jawatan sebagai anggota PDRM. Namun, taktikalnya mudah dibaca oleh Mikhail dengan penggunaan teknologi. Mondus operandi cerita ini, membunuh setiap ahli/bekas ahli kesatuan perniagaan yang tamak dan cuba untuk menjatuhkan semasa sendiri. Dickens mencipta Mikhail untuk membunuh berserta killer signature 1USD diletakkan di atas dahi mangsa.
Jalan cerita menarik berlatar belakangkan luar negara & Malaysia. Namun, dari pembacaan, mungkin ada sambungan kedua, sebab Mikhail baru sudah bersedia di Malaysia untuk memburu. Tak sabar tunggu sambungannya. Apapun, karya abang RAM tak pernah mengecewakan.
Mikhail seorang pemuda yang dilatih oleh Uncle Dick untuk menjadi pembunuh kejam dan menjalankan misi untuk membalas dendam menghapuskan mereka yang pernah membunuh ahli keluarganya. Dan dia merupakan satu-satunya waris keluarga Tuan Sadon yang tinggal setelah ahli keluarga yang lain ditembak mati oleh rakan-rakan perniagaan ayahnya. Itulah yang ditanamkan di dalam minda Mikhail oleh Dickens sejak hari kejadian pembunuhan keatas keluarga Mikhail terjadi. Namun kebenaran akan terungkap jua. Bermula dari Mikhail menjejakkan kaki ke Malaysia semula, bagi menjalankan misi membalas dendam terhadap mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan keluarganya 16 tahun yang lampau. Misinya terhalang oleh perasaannya terhadap Rihana anak kepada Datuk Halim salah satu sasaran dalam misinya. Setelah beberapa kejadian terjadi, Mikhail menyiasat kebenaran dan asal usulnya setelah bertemu abangnya, Tahir yang gian menagih dadah sehingga sanggup menjual adik sendiri kepada Tuan Sadon. Dalam masa yang sama, Mikhail seolah-olah menghadapi satu penyakit paranormal. Retina matanya tidak boleh terkena sinaran matahari atau cahaya yang terang. Apabila hal ini berlaku, dia akan tercampak ke satu dimensi lain dan perkara ini amat merisaukan dirinya. Keadaan itu seolah-oleh dia di alam mimpi, dan Mikhail kerap bertemu Tahir dan Mahmud di alam itu. Bayangan kejadian yang berlaku dihadapannya hanya boleh dilihat namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh Mikhail untuk menolong. Mikhail adalah Mahmud Fadzil atau Mikhail 496 yang hilang 16 tahun lalu dan disahkan kematiannya beberapa tahun selepas itu kerana dia tidak ditemui. Semuanya angkara abangnya Tahir yang begitu terdesak untuk melangsaikan hutang dengan Tuan Sadon. Sebagai cagarannya, adiknya dijual untuk kepentingan diri sendiri. Uncle Dick atau Dickens atau Tuan Sadon ini adalah antara ahli kongres Yahudi yang licik dan jahat. Setelah menewaskan beberapa mangsa, Uncle Dick menugaskan Mikhail untuk membunuh Dato’ Halim dan dua anaknya iaitu Zetty dan Raihana, dan Dato’ Bakri. “killer signature” yang ditinggalkan oleh Mikhail iaitu wang $1 USD. Akhirnya mereka bertemu dengan jawapannya. Tahir, ialah abang kepada Mikhail dan dia telah insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya pada masa lampau dan kini dia mengusahakan tanah bendang peninggalan arwah kedua ibu bapanya. Dia sangat terkejut melihat kemunculan Mahmud @ Mikhail dan dialah yang menceritakan segala-galanya.
Kisah pembunuh profesional Mikhail pembunuh yg terlatih dr kecil oleh Dicksens di Brainwash hingga jd seorang hati kering dan hati penuh dendam. Yg menarik ila terjadinya pembunuhan akan ada sign killer not USD 1 Dollar akan ditinggalkan bersama mayat dan penyakit paranormal Mikhail,urmm punca mental jugak ni.
Suspennya plot twist mmg buat diri jatuh rahang (over nyee)😝 betul laa kata Mikhail "Jgn terpedaya dengan seekor harimau yg berlagak seperti seekor kucing yg jinak"
Wang dan kuasa menjadi titik tolak kpd semua pembunuhan ini. Ternyata Bukan seorang je Mikhail sbb ada kod spt Mikhail 496,155, 159 dll...Patut laa siapa baham siapa?😒 Masing2 tak tahu rahsia Dicksens yg satu tu.
Baru selesai menamatkan bacaan novel Mikhail.Jujur aku katakan jalan cerita agak lambat dan membosankan.Tidak seperti karya-karya RAM sebelum ini yang sanggup bersengkang mata hanya untuk menamatkan bahan bacaan.
Seperti sedia maklum, Mikhail adalah sebuah novel thriller karya RAM.Agenda utama novel ini adalah dipengaruhi oleh wang bertunjangkan kuasa.Wang dan kuasa itu dijadikan sebagai sandaran satu simbol kejahatan.Pihak yang enggan memberi kerjasama akan dijatuhkan hukuman mati.Mikhail adalah alat kepada misi pembunuhan itu.
RAM akan tetap menjadi RAM. Kali ke-2 khatam buku ni. Masa pertama kali baca rasanya mungkin hanya boleh beri 4 bintang. Bila masuk kali ke-2 baca setelah mengukur jarak pembacaan selama lebih 10 tahun, buku ini masih berjaya memberi debaran yang bertimpa-timpa. Meskipun dah tau ada plot twist di situ, tetap tertanya-tanya siapa dalang? Siapa baik, siapa jahat? Hahahahaha.. Jadi untuk bacaan kedua kali ini markah penuh (5🌟) layak untuk diberi pada naskah ini. Tahniah RAM. Naskah yang wajib ada pada setiap pencinta novel action thriller.
This book really good! At first baca, storyline agak slow. And bila dah sampai ms berpuluh, wow! Makin misteri dan terlalu banyak plot twist. Dengan situation paranormal tu, incredible. Paling fav la part ni. Bila baca tu, kadang otak macam jatuh kejap, kadang termenung haha.
"Mikhail bukan sekadar nama"
Yaa, ternganga bila tahu plot twist di sini. Rupanya ada kisah disebalik nama Mikhail. Langsung tak sangka macam tu rupanya yg jadi. Isy isy. Uncle Dickens pun, mmg boleh agak dia ni something sangat!
Last, novel ni sangat lah best. Baru first time baca karya Ramlee Awang Murshid, terus rasa nak baca karyanya yang lain.