Luka yang berbekam di hati amat sukar diusir. Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir. Maruahnya dipijak, perasaannya terkoyak. Adakah kerana latarbelakang keluarga, dia dipersenda? Lantas diperkotak katik sewenang-wenangnya? Widad sedar... alangkah sakitnya menjadi manusia yang tak punya apa...
ingatkan dah tak boleh maafkan Raof, sib baik dia cepat2 insaf :)
Macam ada persamaan watak Raof - Adam Sohot yang sarcastic dan Widad - Laura yang cool , tapi cerita ini ada kekuatannya sendiri sehingga dicetak semula dengan wajah baru
Tersenarai dalam list Ulang Baca. Lama jugak naskah ini dipinjam hingga aku pun dah terlupa dengan Widad n Raof. Bila kembali ke tangan, sesuatu menggamit aku untuk menghadam kembali kisah pasangan menyakitkan hati ini.
Ini antara novel terawal NB. It was written back in 2004 (sama tahun dgn Cinta Pertama). Langgam bahasa dan pementasan plot juga agak sama antara keduanya. Ringkas tanpa banyak campurtangan watak sampingan. Tumpuan 'spotlight' memang difokuskan untuk Widad dan Raof semata-mata. Pelaku lain yg wujud seperti ahli keluarga juga antoganis (Lily dan Datin Jenab) menjadi pengukuh dengan apa yang ingin disampaikan.
Sesuatu yang berbeza kerana jarang sekali (rasanya belum lagi setakat hari ini) anak manja + suami kacau jiwa seperti Raof diangkat sebagai tema sesuatu naskah. Sisi buruk Raof dikupas sebaiknya dan sisi baik (aku lebih suka mendefinasikan sebagai LEMAH) Widad direncahkan secukupnya oleh penulis.
Kesimpulannya..... jangan manjakan sangat anak2 (terutamanya lelaki) takut nanti akan wujud the next Raof :(
p/s; Rasanya aku lebih geramkan si Widad daripada si Raof. Sebelum terikat dengan perkahwinan terancang tersebut, Widad adalah seorang yang tegas, berpendirian, pandai mematahkan kata2 si Raof a.k.a pandai mejawab.... tapi bila dah sah menjadi isteri, si Widad dah macam patung cendana. Ikut suka hati si Raof nak buat apa sahaja. Mungkin ini yang dilakarkan sebagai taat seorang isteri. Huh! si Widad ni memang nak kena sekeh!
8.7.2013
Can a spoiled son be a good husband? Definitely NO!
Bagiku itu sebenarnya intipati Hati Yang Luka. Dan kebetulan hati yang dilukai adalah anak seorang pemandu, tinggal di belakang rumah dan gadis kesayangan si ibu. Yang x kebetulannya, si gadis berpelajaran tinggi, berani, sopan, manis, cantik, 'dingin' dengan 'tarikan magnet' yang kuat.....
Ada ke, seorang husband yang pertuturan harian mcm nak makan bini...tapi atas katil macam singa tercabut gigi? Definitely YES!
Kadang-kadang terpikir jugak, 'terencat' ke si Raof ni? Tapi, betul kan? Kita takan menghargai apa yang kita ada selagi kita x kehilangannya........
Tebal jugak buku ni, tak sangka dpt habiskan dlm masa sehari. jalan cerita yang tidak membosankan. i like penulisan norhayati berahim but i HATE RAOF! eeeeeeeeeee geramnya rasa macam nak tenyeh2 jer lelaki macam tu. Widad terlalu baik utk lelaki yg macam Raof. hehe ter emosional pulak.
ekcili watak widad mengingatkan saya pada watak Ana dalam 'Nota cinta buatmu'. husband dia dlm nota cinta buatmu perangai macam Raof la! sepatutnya i baca 'hati yg luka' dulu , lepas tu baru baca nota cinta buat mu, baru terubat sikit kot sakit hati. hehe.. i lebih prefer Nota cinta buat mu sebab dia tinggalkan husband dia yg suka menyakitkan hati tu walaupun isterinya baik sangat2.
tapi norhayati berahim memang best! i look forward to reading more of her books.
Membaca buku lama dari NB, HYL yang KakChik baca ni diterbitkan kembali bawah penerbitan NB Kara.
Norhayati Berahim memang suka bermain dengan kisah masyarakat dalam karya-karya beliau. Kali ini coretan dua darjat yang memang masih sinonim dalam masyarakat kita.
Widad, menerima segala cacian dan ejekan Raof kerana status ibu bapanya sebagai pemandu dan juga pembantu di rumah keluarga Dato' Abdullah dan Datin Mala. Widad, anak yang sungguh menghormati perasaan orang lain. Setiap tutur kata dan perbuatan sering kali meletakkan insan lain di hadapan supaya tiada hati yang terluka dan menderita.
Berlainan sekali dengan Raof, lelaki yang dengan angkuh meletakkan darjat sebagai sempadan. Anak tunggal yang membesar dengan segala kemewahan dan kemanjaan. Pertunangannya dengan Widad yang diatur oleh keluarga telah menjadi sesuatu yang dibenci Raof. Kerana tajamnya lidah Raof, Widad mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dan kembali ke Sweden untuk menyambung pelajaran.
Widad kembali tiga tahun kemudian tapi dia terperangkap dalam permasalahan Raof kerana rasa kasihan dan simpati kepada Dato' Abdullah dan Datin Mala. Perkahwinan yang dirancang untuk membantu Raof lepas dari hukuman mahkamah. Namun sepanjang perkahwinan itu, Widad terus menderita walaupun pada zahirnya dia nampak bahagia. Raof masih lagi Raof yang dulu. Tidak pernah berubah apabila berhadapan dengan Widad. Kata-katanya kasar dan tajam sekali. Tapi apabila bersama di bilik tidur, Raof berubah karektor kepada lelaki yang penyayang dan lemah lembut.
Sekali keputusan mahkamah memihak kepada Raof, Widad berkeputusan untuk berpihah. Huh, padan muka Raof! Gelabah sampai tak cukup kata-kata nak memujuk Widad. Widad yang sudah keras hatinya. Widad yang sudah cukup terluka dengan perbuatan lelaki yang bernama suami.
Komentar:
Karya ni masih lagi relevan untuk dibaca walaupun sudah bertahun diterbitkan. Kita tak akan jumpa segala facebook, twitter dan seangkatan dengannya dalam karya ni. Dan ia bagaikan dejavu pada KakChik, sungguh senang untuk membaca tanpa ada semua anasir tersebut.
NB memang tidak pernah menghampakan dengan karya yang sarat dengan kisah masyarakat. Tidak perlu mempertikaikan segala bahasa dan plot, kerana semua itu sudah cantik. Cuma mungkin terdapat beberapa kesilapan dari segi perenggan yang terpisah di bahagian akhir, yang tiba-tiba ayat tersebut terputus dan sambungan berada di bahagian bawah perenggan tersebut.
Karektor Raof memang buat KakChik sakit hati membacanya. Dia memang cemburu tahap gaban. Haishhh.
Saya rasa kalau dihimpun semua hero novel Norhayati Berahim yang pernah saya baca, Raof ni adalah hero yang paling menjengkelkan saya. Haha. Bukan apa, egonya tinggi melangit. Lepas tu cakap dia saja yang betul, tak pandai jaga perasaan isteri dan juga teramat mengongkong isteri. Haish. Penyabar sungguh Widad isteri si Raof ni.
Widad dan Raof ni pernah bertunang. Kemudian pertunangan mereka diputuskan oleh Widad dengan alasan nak sambung pengajian. Padahal sebenarnya Widad terlalu kecewa sebab Raof selalu memandang rendah kedudukan Widad. Tak bagi muka langsung walaupun Widad dah 2 tahun jadi tunangan Raof. Yelah, Widad cuma anak seorang pemandu (ayah Raof), sedangkan Raof anak seorang berpangkat Datuk. Raof sebenarnya menaruh hati pada Widad, cuma 'kedudukan sosial' keluarga Widad tu yang menyebabkan dia rasa malu. Heh. Jadi Widad putuskan pertunangan mereka dan bawa diri ke Sweden untuk menyambung pengajian sekaligus nak membuktikan kepada Raof yang anak seorang pemandu juga boleh berjaya.
Elok je tak berapa lama lepas Widad pulang dari Sweden, Raof disaman oleh (bekas) teman wanitanya Lily yang menuduh Raof mencederakannya. Itu semua gara-gara Raof memutuskan hubungan mereka. Memang kaki propa sungguh Lily dengan maknya ni sampai nak bawa ke mahkamah segala. Haish. Jadi untuk membuktikan yang Raof tidak seperti yang didakwa, dia disarankan oleh peguam keluarganya untuk berkahwin. Di sinilah timbulnya idea untuk meminta pertolongan Widad.
Serba salah Widad nak buat keputusan. Namun, akhirnya Widad menerima lamaran keluarga Raof dengan beberapa syarat. Peliknya Raof boleh setuju dengan semua syarat tu tanpa fikir kesan di kemudian hari.
Perkahwinan mereka ni memang banyak turun-naiknya. Raof tu sangat suka menyindir Widad. Seolah-olah macam Widad tu tak berperasaan. Heh. Mujurlah dapat isteri penyabar. Kalau tak memang dah kena tinggal agaknya. Ops, teremosional pula. :P Sejauh mana agaknya Widad mampu bertahan sebagai isteri Raof ni?
Komen saya: Membaca kebanyakan review, memang rata-rata komen mengatakan menyampah dan geram dengan Raof, termasuklah saya sendiri. Haha. Kalau wujud di dunia nyata watak ni memang dah kena lempar batu agaknya. Sekalung tahniah buat penulis sebab berjaya mencorakkan watak Raof ni sampai kita rasa nak lenyek-lenyek je Raof ni. :)
Patulah bila kali pertama baca dulu memang rasa kisah ni biasa-biasa sahaja tipikal kahwin paksa. Zaman tu mmg tema mcm tu sedang hangat dipasaran. Lagi-lagi bila watak utamanya Si WIdad tu lemah dan asyik beralah je (dalam hati sempat cakap eh ni novel NB ke heroin mcm ni). Kurang bintang untuk itu.
1 Feb 2019
Perasaan membacanya masih sama, masih merasakan Widad ni lemah huh!. Cuma ada rasa simpati sikit. Mungkin urusan hati dan perasaan ni hanya yang mengalami je tahu. Rasa nak lepuk-lepuk je je si Raof tu tapi rasanya di hujung cerita tu dia dapat balasan yang sewajarnya mmg nak cakap padan muka je.
sebenarnya malas nk review..sbb sy ni antara org yg terlambat berjinak2 dgn karya NB.. tp skrg mmg suka dgn karya2 beliau..semua kena dgn hati setakat ni..
dalam Hati yang Luka ni..grrr..geram betul dgn Raof..sampai hati buat bini mcm tu..semua kerana ego.. nak say sorry dgn thank you pun susah ke??!!
NB suka buat watak utama hero dia ni seorang yang ego..lepas tu watak heroin seorang wanita yang kuat dan bijak..contohnya novel AKU BUKAN BILLY MILLINGAN..best jugak..suka.. :)
Membaca HYL tak mengambil masa yang lama, walaupun ketebalannya juga buat tangan lenguh nak memegangnya hehehe Mungkin kerana dah memang suka dengan NB jadi tak terasa la lenguh-lenguh tu ;D
Cerita tentang Widad dan Raof. Hubungan mereka bermula dengan keluarga Widad yang bekerja dengan keluarga Raof. Apabila meningkat dewasa, keluarga Raof yang memang sukakan Widad masuk meminang. Maka jadilah mereka tunangan dalam usia yang aku kira muda juga lah.
Raof ni memang ada sikit perasaan pada Widad tu. Yalah, Widad yang cantik, yang manis dan yang amat berbudi bahasa tu memang menarik hati sesiapa saja. Namun, dek kerana malu dengan status Widad yang hanyalah anak orang gaji di rumahnya itu buat dia mula menolak kehadiran Widad. Pentingkan status la kononnya! Widad yang mengerti membawa diri dan pertunangan mereka juga diputuskan. Widad ingin membuktikan yang anak orang gaji pun juga boleh berjaya.
Kepulangan Widad ke tanah air bertepatan di saat Raof memerlukannya. Itu semua gara-gara Raof yang memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Dia dituduh mengasari bekas kekasihnya dan diheret ke mahkamah. Raof yang ketika itu tiada jalan lain memohon bantuan Widad. Raof memerlukan Widad menjadi isterinya kerana mengikut saranan peguamnya, dia memerlukan alibi yang menunjukkan dia lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang bukannya seorang yang kejam seperti yang didakwa.
Widad yang tersepit dengan kehendak keluarga bekas majikan ayahnya tiada jalan lain. Mereka berdua berkompromi dan perkahwinan dilangsungkan dengan kadar segera. Sepanjang perkahwinan, Raof ni pelik orangnya. Suka perli-perli, menyakitkan hati Widad dengan kata-katanya tetapi dalam masa yang sama tetap melayan Widad dengan baik. Baik hati sangat lah Widad ni, kalau aku lah memang tak tunggu Raof tu.
Aku memang geram dengan si Raof tu. Gaya tulisan NB memang buat aku rasa nak ketuk-ketuk je kepala batu Raof tu! Ego sangat! Erk, napa aku pula yang emosional sangat ni? ;P
Letakkan cintaku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah [Blurb novel:]
Dalam ramai-ramai hero yang ada dalam novel yang pernah aku baca, hero dalam novel ni la yang paling bingai sekali.. Sakit hati betul aku dengan watak hero ni.. . . . Rasanya zaman sekarang ni ramai je lelaki bingai macam hero ni.. Manja terlampau sampai tak boleh nak buat keputusan sendiri.. Nak hadap dia sorang je gamaknya.. :p . . . p/s: Cukup la seorang je hero macam tu dan cukup la seorang je heroin macam tu.. Cukuplah watak-watak ni cuma ada dalam novel je.. ahahh...
Ekceli buku ni dah lama bli masa dia mula2 diterbitkan. I think i re- read lagi & lagi tanpa jemu. Maybe dah kat 5 kali kot. Jalan citer memang best. Norhayati Berahim berjaya menyiat2 hati sy bila membacanya. Sikap Raof yg suka membuli Widad melampau2. Sampaikan Widad jatuh tangga keguguran pon dia soh pi spital sendiri. Dia xmau anak sbb dia nak enjoy dulu sbb tu dia x suka baby tu wpon anak sendiri. Kawin buat perjanjian yg memakan diri sendiri kerana nak menang kes mahkamah. Novel ini memang x mengecewakan!!!!!
Bapak gila red flag si Raof ni.Sampai ke tamat aku tak suka dia.Tak faham kenapa ayah Wi beria ria back up si Raof ni. Watak Wi ni pun lembik betul ye.Macam mana kau boleh suka dekat Raof ni Wi??? Stress aku -_-
Sedih! Raof tersangat angkuh lalu membantah akan pertunangannya dengan Widad yang dirasakan tidak setaraf dengan dirinya. Widad memberi alasan yang dia mahu melanjutkan pelajarannya supaya pertunangan mereka terlerai. Tetapi setelah selesai pengajiannya, keluarga Roaf meminta pertolongan dirinya untuk menikahi Roaf. Widad akur akan permintaan orang tua lalu dia bersetuju. Selama pernikahannya dengan Roaf, Roaf mula mengenali diri Widad. Widad pula telah membuat pengakuan di mahkanah yang dapat menolong Roaf hingga dia terlepas dari hukuman. Akhirnya, terbit rasa sayang untuk Widad dalam hati Roaf. Dia sedar akan kesabaran serta pengorbanan yang telah Widad lakukan untuk dia sekeluarga.
sgt geram dgn Raof. Padan muka bila hidupnya haru biru setelah dia sedar Widad telah meninggalkannya. Lelaki yg egonya sungguh tinggi, too proud tapi manja keledek, selfish pun dia jugak la.
Ni kira re-reading la sebab saya pernah baca novel ni dulu, masa zaman sekolah. Pinjam kawan punya. HYL boleh dikatakan antara novel yang sangat best, sebab sampai sekarang, saya boleh ingat jalan cerita ni sikit sikit. Plus, zaman saya sekolah dulu, takde lambakan novel macam sekarang, dan mostly semua novel pun ada kelebihan masing masing.
HYL ni menceritakan kisah Raof dan Widad. Mereka pernah bertunang, tapi terputus sebab Raof tak suka Widad sebab Widad hanyalah anak driver ayah dia. Dorang ni kenal dari kecil dan Raof memang suka buli Widad. Nak dijadikan cerita, Raof disaman oleh ex-girlfriend dia atas tuduhan mencederakan dan bertindak ganas. Ala... Setakat kena tampar. Plus, minah tu memang mengada ngada. So, peguam mencadangkan Raof menikah, supaya mahkamah boleh dapat keterangan daripada isteri Raof yang Raof ni gentleman orangnya. So, Widad la jadi mangsanya. Lepas kahwin, dorang ni suka sama suka, walaupun Raof ni sentiasa bercakap kasar ngan Widad. Dan Raof pun tak pernah cakap sayang kat Widad. Tapi, before kahwin, dorang ada perjanjian yang bila Raof menang kes tu, dorang dikira bercerai. Tapi, Raof sign je borang tu, tanpa baca. Then, bila Widad dah pergi, mula la Raof jadi sasau. Duk menangis rindukan Widad. Akhirnya, dengan bantuan ayah Widad, mereka kembali bahagia.
Raof ni antara hero yang paling bongok. Cara dia sayangkan Widad tu pelik. Dia tak nak anak. Katanya, nanti perhatian Widad kepadanya akan berkurang. Kesian Widad, sampai miscarriage. Dia tak bagi Widad stay lama lama atau tidur kat rumah mentuanya, katanya Raof tak boleh tidur tanpa Widad. Raof ni memang manja dan mengada ngada dari kecil. Bila dah kahwin, Widad layan dia macam raja.
Paling suka part Raof dah insaf. Punya la menangis nangis rindukan Widad. Hahahha...
P/s: ni merupakan antara karya terawal NB. Seawal kemunculan novel Cinta Pertama rasanya. So, HYL ada la part sweet sweet tu dan tak 'berat' dengan isu semasa seperti novel NB yang sekarang.
Betul-betul mix feelings baca buku Hati Yang Luka. Teruja dengan keunggulan peribadi Widad, keluhuran kasih dan kesabarannya ... bijak pula berkata-kata, walaupun tak banyak cerita tentang Masters apa yang berjaya digapai di Stockholm, Widad sebenarnya seorang yang tinggi tahap kematangannya. Memang watak wanita dalam karya NB biasanya berperwatakan gemilang, tapi Widad saya suka lebih sikit. Yang saya kurang suka macam biasa, walau macam mana hebat, sering kalah kepada rasa cibta terhadap lelaki. Cuma dalam cerita ni, bagi saya Widad bukan tunduk kepada kasihnya terhadap Raof, dia lebih kepada mengorbankan perasaannya dan harapan untuk diraih sebagai isteri oleh lelaki yang mencintainta kerana kasihnya terhadap orang tua, emak dan ayah serta Datik Abdullah dan Datin Mala. Widad juga begitu teguh berpegang kepada qadak dan qadar yang ditetapkan untuknya. She's one of a kind. Raof pula, alahaiii mamat ni. Nak kena pelangkung agaknya biar bergegar kepala dia. Namun, betapa bengang pun saya dengan Raof dan kebudak-budakannya, penerangan NB (melalui luahan hati dan penyesalan Raof sendiri) tentang mengapa Raof berperangai begitu rasa saya sungguh cemerlang. Saya jatuh kasihan pula dengan Raof. Apa kesudahan cerita ni? Baca tau... Kalau nak beli saya ada jual yang preloved hihi.
Cerita antara Raof dan Widad. Seorang anak Dato, seorang anak pemandu. Dalam Raof menafikan betapa Widad tak layak untuknya, akhirnya jodoh menemukan mereka.
Bolehkan Widad hidup bersama Raof, lelaki yang selalu merendahkan dirinya yang bergelar anak pemandu?
KOmentar saya. (mungkin ada spoiler, AWAS)
Saya suka cerita ni. Rasanya saya khatam begitu saja tak sampai sehari. Suka membaca bagaimana sabarnya Widad melayani karenah seorang suami dan ibu yang kasar bahasanya. Rasa teruja memikirkan betapa peliknya Raof, lelaki yang tidak tahu menunjukkan rasa cinta. Tak tahu wujud atau tak lelaki sebegini dalam dunia. Susunan cerita dan babak-babak menarik, gaya bahasa yang tidak meleret dan bosan, menjadikan novel ni BEST.
cuma satu,saya pelik kenapa Widad begitu merendah diri. Dia cantik, berpelajaran tinggi, tapi di depan Raof dia jadi lemah. Saya tak tahu siapa yang menghina siapa. Mungkin Widad sendiri dalam unconcious mind terasa terhina akan diri yang anak pemandu. (walau pengarang ada sebut Widad tidak kisah berbapakan pemandu) Kalau saya jadi Raof pun saya marah, dengan ayat-ayat Widad yang menikam. Selalu benar dia 'mengingatkan' dirinya akan taraf dia di sisi Raof.
apapun novel ini wajib ada dalam rak buku kaki novel. ^_^ saya sendiri sebulan menunggu, kerana stok habis di pasaran.
Kalau tak silap aku beli buku ni 2005, sehingga skrg aku masih suka cerita nih...:) Penulisan NB memang berkesan.. aku suka.. Sakit hati ngan Raof once terkena nangis kao..kekeke... tapi memang aku suka sangat novel nih..:)