Jump to ratings and reviews
Rate this book

Setulus Cinta

Rate this book
Raudah & Akhbar

494 pages

Published January 1, 2005

40 people want to read

About the author

Norhayati Berahim

65 books206 followers
Novelist prolific writing since the age of 17, up to now has produced over 40 novels.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (30%)
4 stars
22 (39%)
3 stars
13 (23%)
2 stars
4 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
February 4, 2015
Misteri sungguh cara kematian Ahmad Aduka. Sebelum terbongkar kisah sebenar, penulis membawa kita bersiar-siar dengan kisah hubungan kekeluarga yang sangat erat antara Siti Hajar dengan anak-anaknya Raudhah, Rasul dan Rahimah disamping adik ipar Alang Baharom yang menjadi pendokong mereka bersusah payah bersama berbelas tahun.

Kisah ini diserikan dengan sekuntum bunga Mawar yang mencari bahagianya. Raudhah sangat berkarisma menggalas tugas menggantikan ibunya Siti Hajar memajukan perusahaan perabot peninggalan ayahanda yang dulunya hampir bangkrap. Terlalu sibuk dengan dunia perniagaan membuat dia lupa untuk fikir mencari pasangan dan berumahtangga sehinggalah dia diperkenalkan kepada rakan senior Rasul, Akhbar. Brutal juga cara mak Akhbar nak bermenantukan Raudhah, 2 kali Raudhah kena tipu dengan 2 beranak tu. Sabor je la. Watak hero NB ni memang pesen bergerak-gerak merayap. Miang yang wajib dipercepatkan kahwin, tak yah tunang lama-lama. Patut terus kahwin lepas kedua-dua pihak bersetuju untuk dinikahkan.

Lama sungguh cerita nak habis sebab bersiar-siar ni banyak persinggahan. Ramai juga watak tempelan diberikan perhatian untuk memberi kesan dan asbab kepada perilaku dan kejadian keatas pelaku utama. Bila rahsia dah terbongkar, aduhai kesian sama Siti Hajar. Walau bagaimanapun, dia lulus ujian hidupnya dengan cemerlang. Hidup Siti Hajar lebih bahagia daripada dahulu disamping lelaki yang tulus cintanya setelah puas menderita.

Seperti KZ, Cik Pah pun berjaya memegang SC yang covernya wanita berbaju kebaya. Cik Pah agak, wanita tu Siti Hajar yang dah berusia 50-an tetapi masih cantik dan ramping. Pssstt, patut hati Alang tak pernah terbuka untuk wanita lain.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
August 25, 2014
Weeee... aku dapat memegang naskah asal dengan lukisan atas kanvas wanita berkebaya lengkap berselendang terbitan Diwangsa P & D. Bangga sehhh..... :)

Tapi, itulah.....

Aku dihidangkan dengan se-set steamboat. Lengkap dengan segala bebola frozen, sayur-mayur, sumber protein, malahan ada kabohidrat juga. Yang aku capai hanya bebola beraneka sebab ia cantik dan menggiurkan (yang tinggi bahan perasa dan pengawetnya).

Samalah... aku hanya memilih untuk 'menghadam' kisah teruna-dara; Raudhah dan Akhbar. Kisah generasi pertama; Ahmad Aduka-Alang Baharom-Siti Hajar-Mei Lin, aku hanya cuit-cuit sahaja.

Tapi, apapun... aku faham dan ingat jika ditanya bentuk dan rupa se-set steamboat itu!

Oleh itu, wahai adik2... jgn tiru si Pembaca Rugi seperti saya!

p/s; Akhirnya, Nik Ariff (PTSL) punya teman selokap bahana 'kesalahan' yang sama; si Akhbar.



Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
March 13, 2021
[BOOK 21]

Setulus Cinta by Norhayati Berahim.
.

hahaha..jujurnya aku beli buku ni sebab, aku baca kat Goodreads yang buku ni, watak utamanya lebih kurang perangai Nik (Pesanan Terakhir Seorang Lelaki) yang sejenis gatal ya ampun.
.

So, bila start baca, aku macam confused, siapa watak utamanya ni. Raudhah dan Akhbar ataupun Siti Hajar - Alang - Aduka.
.

Siti Hajar ni isteri yang kematian suami, Aduka. Dia membesarkan 3 anaknya dengan bantuan adik iparnya, Alang. Tanpa diduga, rupanya, Aduka masih hidup. Persoalannya, kenapa Aduka tidak munculkan dirinya?
.

Raudhah ialah anak sulung Siti Hajar. Sudah berusia 30 tahun, tapi masih belum berkahwin. Akhbar yang sukakan dia pun, dia buat tak layan je. Sehinggalah mereka 'terpaksa' berkahwin akibat tipu helah mak Akhbar.
.

So, cerita ni sepatutnya menarik je. Tapi sebab banyak sangat cerita satu kampung yang dimasukkan, so, jadi confused yang mana watak utamanya. hahaha
.

p/s oh ya, kegatalan Akhbar ni macam 10% je daripada kegatalan Nik. haha
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 25, 2009
Tak sangka dpt baca byk gak buku norhayati Berahim kebelakangan ni..
thanks kpd yg sudi menyumbangkan. kisah kekeluargaan yg ada
misterinya.. sorang bapa yang disyakki mati di luar negara.. seorang
isteri yang setia menunggu, seorang pecinta yang setia meneman. yg
ni part drama.

ada jugak cinta orang muda yg dipaparkan utk menjadikan bacaan lebih
menarik, kisah cinta Raudah dan Akhbar. ntah kenapa kadang2 penulis
macam keliru nama Raudah dan Wardah, sedangkan watak wardah tak ujud
dalam cerita ini. tapi kisah mereka tetap menarik, chatting antara
Bunga dan Mawar juga menarik. kena baca kali kedua utk nak bagi
perasan Bunga tu sebenarnya adalah...

seperti biasa, cerita2 by norhayati berahim mesti dijadikan koleksi!

sure fine whatever
rinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 24, 2021
Cerita yang lain dari yang lain. Ahmad Aduka sanggup palsukan kematiannya kerana masalah kewangan.
Terumbang-ambing hidup Siti Hajar untuk membesarkan tiga orang anak mereka yang belum habis belajar.
Alang Baharom, adik Ahmad Aduka banyak membantu Siti Hajar menguruskan syarikat perabot suaminya dan sama-sama membesarkan Raudah, Rasul dan Rahimah.
Paparan seterusnya Raudah dan Rasul mengambil alih syarikat ayah mereka, perkahwinan Raudah dengan Akhbar serta Alang Baharom mengambil Siti Hajar sebagai isterinya.
Selepas 15 tahun, Ahmad Aduka muncul dengan isterinya Mei Lin untuk mohon kemaafan Siti Hajar. Terbongkarlah rahsia yang terpendam sekian lama oleh Ahmad Aduka.
Keseluruhan cerita yang agak menarik. Ada motivasi keluarga dan motivasi persahabatan. Saya paling suka watak Alang Baharom. Cuma ada sesetengah bahagian agak meleret dan membosankan. Adakalanya juga hambar.
Saya musykil kenapa penulis tidak nyatakan identiti baru Ahmad Aduka. Kematiannya dulu Siti Hajar dapat duit insurans makanya Ahmad Aduka tidak boleh jadi dirinya lagi.
Profile Image for Ellysha Samad.
16 reviews1 follower
October 31, 2012
Orang akan mudah mengatakan yang itu satu kesilapan. Memang mudah dan lantas meminta maaf...memang mudah tapi bahu yang menanggung,perasaan yang terguris tidak akan begitu mudah untuk sembuh...
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.