Jump to ratings and reviews
Rate this book

Angin Dingin Dari Utara

Rate this book
Seperti pohon kemboja yang tegar, dia bersendirian mengharungi cabaran hidup di perantauan. Sebagaimana batang kemboja yang keras menahan setiap gores dan calar, begitu hatinya dikeraskan untuk menerima segala kemungkinan. Namun setegar kuntum kemboja, kelopaknya lembut mewangi. Begitulah dia yang jika dikenali dan didekati, membahagiakan dan penuh dengan cinta yang membara, pada keluarga, pada negara, pada agama dan pada suaminya. Jika kemboja bunga pusara, sampai berkuburkah dia di sana?
1 person is currently reading
103 people want to read

About the author

Siti Hazneza Abdul Hamid

7 books35 followers
Siti Hazneza Abdul Hamid berasal dari Pulau Pinang. Beliau adalah graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Teknologi Bio-Sumber.

Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan beberapa buah cerpen, novel dan puisi. Cerpen beliau yang pertama berjudul Datang Bawa Cencaluk, Balik Bawa Pujangga telah diterbitkan dalam Dewan Siswa pada Oktober 2002.

Dalam bidang penulisan puisi pula, Siti Hazneza lebih cenderung menulis dalam Bahasa Inggeris. Setakat hari ini empat buah puisi beliau telah diterbitkan oleh Nobel House, masing-masing tiga di Amerika Syarikat dan satu di United Kingdom.

(2007)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (47%)
4 stars
23 (32%)
3 stars
11 (15%)
2 stars
2 (2%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
May 20, 2015
Aku mungkin antara yang bertuah kerana berjaya mendapatkan naskah ini terus dari booth CESB di pbakl lalu. 50% off. (Sesuatu yang melucukan bila ada pembaca yang sanggup membayar berkali-kali ganda daripada harga yang dinyatakan di naskah).

Setuju dengan pandangan seorang sahabat, titik tolak ANGIN DINGIN DARI UTARA ini adalah kerana terluka. Terluka dengan hidup di tanah kelahiran sendiri membuatkan Nabila Amin Azhar sanggup membawa diri ke Kanada dengan tekad tidak pulang-pulang lagi.

Ohhhhh.... jika dipandang dengan mata kasar, Amin telah dicap sebagai anak derhaka kerana sanggup meninggalkan keluarga hanya kerana jiwanya yang telah terluka.

JUJUR.... ini adalah naskah pertama yang menyingkap kisah si anak derhaka hingga aku setuju dengan tindakannya. Lakaran penulis untuk pelaku utamanya mewajarkan setiap tindakan, tekad, keputusan dan kedegilan yang diambil. Sukar amat menjadi seorang Nabila Amin. Disapa sebagai Amin hanya kerana si ayah yang terlalu inginkan lelaki sebagai anak sulung. Kemesraan antara Azhar-Amin mengocakkan ketenangan Nadirah (si isteri merangkap si ibu). Amin dijadikan rival. Amin dilayan seperti madu bukannya anak dara sendiri. Semua kasih sayang dan perhatian dicurahkan kepada si Adik. Luka Amin makin berdarah.

Hati Amin yang sudah luka parah dikecilkan lagi dengan rakan-rakannya yang suka mengambil kesempatan atas sikap tidak melawannya. Amin dijadikan batu loncatan untuk mencapai sesuatu. Kemuncaknya, Amin berjauh hati bila Mie menolak perasaannya. Amin bertekad mempertaruhkan akademiknya sebagai passport untuk keluar dari lingkungan yang memenjara jiwanya.

Ohhh... kerasnya kepala seorang Nabila Amin! Sanggup menjalinkan perkahwinan jarak jauh dengan suami pilihan keluarga hanya semata-mata tekad telah dibulatkan. Sanggup meminta keluarga mertua menghantar Nashrique ke Kanada ketika si suami didianogsis mengidap luekimia. Tega membawa anak dalam kandungan berseorangan semata-mata melayan kecil hati. Bila Adam Itqan dilahirkan sanggup memisahkan si anak dengan si bapa hanya kerana kedegilannya.

Mujurlah kehadiran Nashrique Iskandar dan Adam Itqan sedikit mencairkan hatinya yang beku. Sanggup mengotakan janji kepada Nashrique apabila melahirkan Adam di Malaysia biarpun hanya di Perlis. Sanggup pula Amin melepaskan Adam ke Malaysia setelah umurnya 4 tahun kerana mahu anaknya diasuh dengan budaya timur.

DAN

Aku suka dengan cara Nashrique mendera Amin. Nashrique bertaklik menjatuhkan talak sekiranya Amin tidak mahu mengikutnya pulang ke Malaysia. Ternyata tiada apa yang dapat memujuk Amin pulang ke pangkuan keluarga. Dia lebih rela kehilangan suami tercinta dan anak kesayangan daripada melanggar prinsip sendiri.

Nasib baiklah, kesudahan yang manis diberikan kepada Amin-Nashqrique-Adam. Nashrique akhirnya tewas dengan kedegilan Amin bila dia dan Adam berhijrah ke Kanada.

******

Memeluk naskah ini seolah-olah seperti diberikan se-jug ice lemon tea di bawah terik matahari dengan darjah kepanasan mencapai 40C.

Membandingkan ADDU dengan naskah2 penulis muda yang bersepah-sepah di pasaran dengan judul yang ntah apa-apa, seperti membandingkan LANGIT dengan BUMI.

Sungguh, aku rasa malu ketika menghadam naskah ini. Malu kerana sedar betapa jauhnya naskah sekarang lari dari norma-norma kesusasteraan itu sendiri. Ohhhh.... berapa lama lagi naskah2 kita akan 'tenggelam' dalam arus glamour dan komersial begini :(

Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
October 2, 2015
Nabila Amin Azhar tinggalkan semuanya kerana terluka. Baginya pelarian itu lebih tenang dan bahagia jika dibandingkan dia berada di sisi orang-orang yang dikasihi. Perginya dia bukan kerana dia membenci tetapi kerana dia tidak mahu lagi melukai hati-hati yang disayangi. Dia tabah dan terus bertahan dan bertahan untuk terus berjuang dibumi asing, Kanada. Perjuangannya di bumi asing memaksa dia menggagahkan diri melakukan tiga kerja dalam satu masa, padanya bukan tuntutan kewangan tetapi apabila badan dan minda sudah penat, sudah tentu dia senang terbuai lena tanpa perlu mengenangkan kesedihan dan keperitan yang dia tinggalkan jauh di bumi bertuah itu. Tekadnya bulat sehingga kehadiran darah daging sendiri masih tidak mampu menariknya untuk kembali ke tanah air sendiri. Apatah lagi cinta sang suami yang sentiasa dia dambakan. Dia rela berkorban sejauh itu kerana ada sesuatu yang sudah tidak mampu diubah oleh sesiapa kecuali ALLAH membalikkan hatinya itu.

‘Sedalam mana cinta saya kepada mereka, sedalam itu benci saya kepada diri saya’ – Nabila Amin Azhar; m/s 135

Nashrique Iskandar Ismail, wartawan perang menerima cadangan orang tua untuk menerima wanita pilihan keluarga iaitu anak teman ibunya sendiri. Padanya dia insan terpilih kerana ‘dilamar’ walid untuk menggalas tanggungjawab ke atas Nabila Amin Azhar, wanita kental yang terlalu sukar untuk ditelah isi hatinya. Kerana kasih dan cintanya kepada Nabila, dia berusaha untuk mengenali isteri melalui teman-teman rapat isterinya yang ditinggalkan sebagaiman Nabila meninggalkan keluarganya. Nabila digambarkan sebagai seorang teman yang terbaik dan manis tetapi kenapa kerasnya hati dia meninggalkan mereka bertahun lamanya? Cik Nashrique, lelaki yang telah menawan seluruh hati Nabila Amin tetapi dia masih tidak mampu menakluki minda Nabila untuk mengubah keputusan nekad yang telah dibuatnya bertahun dulu. Namun begitu kenapa selepas si isteri meletakkan seluruh kepercayaan kepadanya, Nashrique tega meletakkan taklik yang sudah pasti meleraikan ikatan yang menjadi nadi cinta mereka?

Penulis ini sekali lagi buat KakChik gembira dengan hasil karyanya kerana kita menemui banyak perkara dalam karya yang penuh suka duka buat watak utamanya. Nabila dan Nashrique, mereka melalui zaman kanak-kanak dan membesar dengan beban permasalahan yang hampir sama iaitu tiada ketenangan dan kebahagiaan yang mereka mahukan tetapi jalan penyelesaian yang mereka pilih adalah berbeza. Nabila Amin Azhar, memilih untuk menjauhkan diri dari keluarga, teman-teman dan tanah air sendiri kerana dia sudah tidak mampu untuk mengepung rasa kecil hati dan terluka dengan sikap dan perlakuan ibu dan adik sendiri. Dia mahu tunaikan kehendak Nouri untuk menjadi anak tunggal dan dia tidak mahu lagi melihat sinar cemburu di mata umi saat dia menjadi anak perempuan yang ‘mengambil alih’ tugas umi di rumah. Dia tega berkelana demi menyempurnakan impian mereka. Namun berbeza dengan Nashrique yang terus kekal berdiri di samping keluarga walaupun emak dan ayah sentiasa bertegang urat sepanjang dia melalui zaman itu, padanya tiada apa pun yang mampu membalas segala budi mereka terhadapnya.

Karya ini juga memaparkan bidang kewartawanan dari sudut pelbagai terutamanya bidang ini digunakan untuk menyampaikan amanah kalam Allah secara halus dan juga perjuangan mereka untuk melihat agama Islam diterima masyarakat sekeliling dan melahirkan bahan bacaan yang lebih baik untuk pelbagai peringkat umur. Selain itu cara olahan penulis tentang negara-nagara yang dilewati watak-watak utama amat menarik dengan info-info yang tepat dan padat.

Sejujurnya karya ini membuat KakChik sedar bahawa bukan mudah kita mahu memuaskan hati orang-orang di sekeliling kita. Kerana itu, kita perlu berfikir terlebih dahulu untuk meluahkan sesuatu agar tidak ada hati yang terluka. Memang benar perumpamaan bahawa tajamnya lidah melebihi tajamnya mata pedang. Lihat sendiri kesengsaraan Nabila Amin Azhar yang terluka kerana lidah yang membawa diri dan tidak kembali lagi melainkan Allah membalikkan hatinya suatu hari nanti.

Dan perkataan yang terpahat di minda selepas habis membaca karya ini adalah KERANA TERLUKA.

Mungkin ada beberapa plot yang memaparkan ‘rahsia keintiman’ yang tidak sesuai dibaca oleh anak-anak kecil – dari sudut pandang KakChik.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
May 21, 2009
"Cik Nashrique! Apa ni? Lepaskan saya, Cik Nashrique," Namir meronta-ronta namun pelukan Nashrique menjadi semakin kukuh.

"Diam!" arah Nashrique tegas.

"Saya yakin dalam pelukan saya sekarang ialah isteri kesayangan saya, Nabila Amin Azhar," ujar Nashrique.

"Bagaimana Cik Nashrique begitu pasti?" tanya Namir.Nashrique menarik topi Namir dan rambutnya terurai. Namir dilentangkan di ruang tamu dan Nashrique menindihnya.

"Nash dah buktikan kewanitaan Bila. Kedua, hanya Bila yang panggil Nash, Cik Nashrique, Ketiga, Bila cium tangan Nash, itu tanda hormat pada suami. Keempat, Bila masak seperti umi. Kelima cerita Namir terlalu banyak persamaannya dengan Nabila. Bila tak pandai berbohong! Keenam mustahil orang sanggup biar orang lain duduk rumahnya dan dia sendiri pula tolong kemaskan. Kalau ya pun menghormati tetamu, tiga hari dah memadai. Ketujuh, minat menggunakan perkataan 'bakhwas'. Kelapan, Bila tulis surat ke Rumah Alhamdulillah setiap 7 hari bulan, 14 hari bulan unuk kawan di Malaysia, 21 hari bulan untuk Nash dan itu yang Namir buat," Nashrique mencuri nafasnya sekejap dan Nabila yang di bawahnya terkebil-kebil diserang begitu.

Aku mengenali penulis ini hanya pada nama saja. Walaupun begitu, beliau berjaya mengolah jalan cerita yang cukup menarik serta punya kelainan dari novel-novel cinta yang pernah aku baca. Tanpa aku sedari yang aku telah bersengkang mata hingga ke pagi kerana aku begitu teruja untuk mengetahui babak-babak yang seterusnya dan aku berjaya menghabiskannya hanya dalam masa sehari saja. Sudah pasti ianya akan menjadi salah satu koleksi novel yang terbaris di rak buku aku. Dari 5 bintang, aku boleh beri 4.5.

p/s Dari segi olahan dan ayat-ayat di dalam novel ini, aku berpendapat bahawa ianya sesuai untuk bacaan di peringkat dewasa.
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
April 11, 2013
Buku ni kaksu yg recommend dan bagi pinjam. Tengok kulit mcm biasa jer, penulis pon i'm not familiar sangat. tapi orang ckp never judge a book by its cover. well this is A MUST READ. Siti Hazneza memaparkan cerita yg sarat dengan kisah drama berat tapi menarik. pembaca santai like me pon boleh enjoy her writing. tahniah sbb lahir novel yg seperti ini.


character2 utama yg menarik! Amin, Nashrique dan tentulah Namir Al Haque. awal2 dah buat pembaca tertanya tanya dan ada perasaan ingin tahu. may be masa membaca dah dapat meneka and tht feeling masa membaca is really good! And when the truth is revealed, membuatkan pembaca tersengih sengih. ia tidak berakhir di situ, ada saja yang berlaku dan menduga ketabahan watak2 utama.

Bagaimanapun ada scene yang tak sesuai remaja/budak-budak baca. so pantau pembacaan anak2 anda ya.


This one is in my A List


sure fine whatever
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
December 8, 2012
Tulisan Siti Hazneza diperkenalkan oleh seorang kakak kepada saya. Usai membaca ADDU, saya terus jatuh cinta dengan gaya penulisan Siti Hazneza. Ada ilmu yang terselit di situ.

Hingga kini, saya masih mengharapkan beliau menulis :)
Profile Image for Qayiem Razali.
893 reviews85 followers
January 7, 2021
(2/2021)

Buku: Angin Dingin Dari Utara
Penulis: Siti Hazneza Abdul Hamid

Sebelum saya memulakan review ini, mana mana pembaca yang ingin mendapatkan novel terbitan Creative bolehlah ke shopee Gila-Gila Malaysia. Ada terjual novel tulisan allahyarhamah LAM, usman awang, nass alina noah dan beberapa lagi penulis. Gitukan sempat promo.

Marilah kita berbalik pada novel ADDU ini. Kerana derita yang dipendam sendiri membuatkan Nabila Amin membawa diri jauh ke luar negara. Dia sudah biasa hidup kesepian, sehinggalah dia mendapat khabar dirinya sudah dikahwinkan dengan Nashrique, lelaki yang tidak pernah dia kenali. Nabila jadi resah sendiri sehinggalah dia bertemu mata dengan Nashrique. Apakah usaha Nashrique ingin membawa isterinya pulang ke Malaysia terlaksana? Atau apakah Nabila akan kekal dengan prinsipnya tidak akan lagi pulang ke tempat yang menyimpan 1001 duka dalam dirinya?

Entah mengapa, saya selalu berasakan membaca novel terbitan Creative, kematangan penulis dalam menggerakkan jalan cerita sangat terasa. Tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Cukup rasa cerita yang dihidangkan. Asbab mengapa Nabila membawa hati ditulis dengan sangat teliti oleh penulis membuatkan kita faham perwatakan seorang Nabila. Ditambah lagi dengan kehidupan watak-watak di samping Nabila membuatkan kisah ini tidak kosong.

Kesimpulannya, novel ADDU ini merupakan sebuah naskhah yang cukup dari segi perwatakan, gerak cerita dan permainan emosi. Nilai keIslaman dan kemanusiaan yang diselitkan juga antara sebab mengapa saya menggemari novel ini. Tahniah buat Siti Hazneza Abdul Hamid!
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
February 26, 2015
Cerita yang saya baca zaman sekolah menengah. Tak silap pinjam di library sekolah. Bila habis sekolah, masuk u, tiba-tiba je teringat & nak jadikan koleksi kat rumah. So, cari la online, kot2 ada yg nak jual. Alhamdulillah, dapat. Ceritanya memang akan ingat sampai bila-bila sebab teringin nak jadi macam Nabila Amin Azhar yang tegar tinggalkan tanah air & stay kat Kanada. Ada sebabnya. Suka baca part cara dia menyamar jadi lelaki walaupun dah jadi isteri orang. Suaminya, Nashrique Iskandar & end up, anak diorang nama A.I.N.I. - Adam Itqin bin Nashrique Iskandar.

Tak rugi memiliki novel ni. Sampaikan saya beli dua buah novel ni. :)
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
August 28, 2013
Angin Dingin Dari Utara novel ketiga yang sy miliki dalam koleksi saya oleh penulis Siti Hazneza Abdul Hamid. Sangat menggemari novel beliau kerana ia terselit sedikit unsur agama walaupun cerita nya lebih kepada bacaan dewasa. banyak pengajaran yang saya dapat.Novel yang menceritakan mengenai kedegilan Nabila yang membawa beliau jauh dari kampung halaman dn dijodohkan dengan Nashrique. Jodoh dan pertemuan mereka bagi saya sangat manis. banyak nilai-nilai keagamaan dan nilai murni diterapkan dalam novel spt hormati ibu-bapa dan suami.Berbaloi untuk dibaca :)
Profile Image for nhf282.
39 reviews14 followers
January 2, 2015
The best malay novel i've ever read. Great plot. Perfect language.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.