Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fiksyen

Rate this book
Kisah Jirey dan Dhir bermula dengan pandang pertama.

“Awak pernah dengar tentang love at the first sight?” – Jirey

Meet Jirey. Si Nation’s Most Eligible Bachelor yang cerita hidupnya bagaikan fiksyen. Matlamatnya hanya satu; nak meyakinkan Dhir bahawa cintanya kepada gadis itu bukan fiksyen. Kata Jirey, dia dah jatuh cinta pandang pertama kat Dhir.

Pft! Cinta pandang pertamalah sangat. Jangan harap Dhir nak percaya! Bagi Dhir, Jirey itu hanyalah lelaki fiksyen yang muncul tiba-tiba dan buat hidup Dhir jadi huru-hara. Cuma sebab nak selamatkan ‘Kwangsoo’, Dhir terpaksa akur untuk terikat dengan lelaki itu.

“Tadi suka, sekarang dah cinta pulak?” – Dhir
“But honey… love and like can come together.” – Jirey

Namun happy ending yang dicari, lain pula yang terjadi. Kemunculan Bella menyebabkan kisah mereka tiba-tiba jadi berselirat.

Dan apabila rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar, dapatkah mereka mencari happy ending seperti yang ditulis dalam indahnya fiksyen? Atau mereka perlu akur dengan realiti yang sememangnya tak semanis fiksyen?

408 pages, Paperback

Published February 1, 2022

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Jiyan

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (25%)
4 stars
3 (37%)
3 stars
3 (37%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Bell.
116 reviews3 followers
February 13, 2025
“Dalam dunia ni, memang tak ada orang yang sempurna. Semua orang ada kelemahan masing-masing. Tapi awak kena ingat, awak akan tetap nampak sempurna di mata orang yang ikhlas mencintai awak.”

Cerita ni laju, konflik ada sikit. Seronok baca dengan keletah the marv dalam ni. Kat mana nak baca cerita diorang lagi ek? Nak cerita Kid dan Amani!

Cuma saya ada satu persoalan.
Trauma ni kan datang sebab kita ada bad experience dengan masa lalu.
Tapi saya macam tercari2 la apa yang membuatkan Dhir ada trauma ni sebab backstory dia macam tak nampak sangat?
Nak kata dengan family, macam ok je, family dia normal je layan dia baik, dia pun boleh cakap elok2 dengan family, meaning bukan datang dari family dia la kan.
Sebab macam tiber sangat.
Sampai habis cerita saya duk tertanya2 😅

Nonetheles, a good read.
Bahasa elok tak ada ayat2 rempit, sedap sangat bila dibaca even the narratives.
Cuma siapa yang tak suka cringe2 ni akan rasa geli2 kot sebab Jirey ni ayat2 dia manis leting betul dengan aku2 sekali lah tersengih2.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
April 11, 2024
Kita memang suka laki clingy macam Jirey ni. Rasa macam nak simpan dalam poket 24/7.

Orang lain yang bercinta, kita pulak yang tersengih.

The first 3/4 of the story sangatlah best. Suwit.

The last 1/4 of the story was a bit monotone. Less fun. Tapi, saya berjaya juga habiskan.
Profile Image for syhrh.
23 reviews1 follower
November 11, 2023
Love at first sight?

Ada ke macam gitu? 🤔 Buku ni akan buat cinta pandang pertama tu tak pelik.

Perjumpaan tanpa sengaja antara Jirey dengan Dhir membuatkan mereka terjebak dalam satu scandal rumour.

Bila rumour tu dah mula kecoh, Jirey tak deny macam selalu yang dia buat. But instead, Jirey ambil kesempatan atas kejadian tu. Boleh pula dia blackmail Dhir untuk jadi SJ’s Lady.

Of course, Dhir reject. Kenal pun tidak, jumpa kali kedua sebab Jirey simpan barang yang ada “rahsia” Dhir. Jirey guna rahsia Dhir untuk buat Dhir setuju dengan syarat dia which is date for 5 weeks to make Dhir fall in love with him.

Everything was going so well but things went haywire bila “rahsia” Dhir menjadi viral. “Rahsia” yang Dhir simpan sendirian, not even her family knows about it. Only Jirey and her bestfriend. Takkan bestfriend dia. Jirey ke?

———————————————

Jirey aka Tuan Syed Huzairey, The Nation’s Most Eligible Bachelor. Serious at work, cool around friends but clingy/loving person towards his love ones 🙊 At times rasa macam Jirey terlalu clingy towards Dhir. Kesian tengok Dhir kene layan Jirey. Korang kene baca untuk tahu macam mana Jirey become so protective towards Dhir bila rahsia Dhir terbongkar and also how he was patiently waiting for Dhir to open up to him 🥹

Dhir aka Izzani Hadhira, broken person even before her secret was exposed 💔 Dhir tried her best to not fall in love with Jirey. Tapi at some point of time, dia mula selesa dengan Jirey cause he knew her secret. But things went back to awkward between them after the secret was exposed.

The Marv Five (Kid. San. Afi. Chad.) Dorang empat ni akan menghiburkan suasana dalam buku. Lagi-lagi si Afi, Drama King betul 😂

———————————————

Bagi syah, buku ni best sangat. Cliché but in a good way. Surprisingly tak rasa boring pun throughout the whole book. Filled with laughter, sadness, heartbreak and happiness! Kisah antara Jirey dengan Dhir, banyak bende kita boleh jadikan sebagai pengajaran. Tak perlu conflict besar-besar pun, cerita santai macam gini dah menarik 😊

Rate: 5 ⭐️
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
October 31, 2023
Jirey dan Dhir bertemu sebab satu insiden dekat hospital. Tiba-tiba Dhir terpaksa masuk dalam kehidupan Jirey sebab nak selamatkan 'Kwangsoo' - rahsia dia. Tanpa Dhir tahu, itu cuma plan Jirey untuk get closer to Dhir.

Jirey kata dia jatuh cinta pandang pertama. Tapi Dhir kata Jirey mengarut.

Jirey- The Nation's Most Eligible Bachelor was crazily in love dengan Dhir. Mula2, kita pun macam Dhir. Rasa Jirey ni entah apa2. Sesuka hati nak panggil orang sayang, honey, dear, padahal baru kenal tak sampai sebulan. Tapi, kata Jirey, itu cara dia ekpresikan rasa. Dia tak nak terlambat untuk ucapkan apa yang dia rasa. Sebab dia dah pernah menyesal dulu.

I can say hobby Syed Huzairey : mengorat Izzani Hadhira <3

First time kita belek buku ni, kita macam...best ke? Bila terbaca nama editor, kita terus 'Okey. Ayuh mula baca buku ni.' Aaa gitewww.

Dan... I have no regret with my choice to read Fiksyen. Perangai Jirey buat sy geli hati dari awal sampai hujung. Small conversations between Jirey n Dhir got me hooked to the story. Tambah pulak dengan gaya penceritaan yang bersahaja. Memang sempoi habis till I fall in love <3

Every time ada watak yang sebut "Heol!", dengan kita sekali sebut tu. Terpengaruh habis :))

And...I love this :
'Dan kenapa perlu takut dengan apa yang bakal terjadi pada hari esok? Sedangkan cerita kita sebenarnya ditulis oleh yang Maha Besar dan Maha Mengetahui setiap apa yang terbaik untuk umat-Nya? Penulis Teragung di atas sana."

Sebak🥹

And, I need to mention Jirey, Kid, Afi, Chad n Sun punya brotherhood. The workaholic Kid, the dramatic Afi, the famous Chad, n the positive Sun- #ILOVEIT

I. Just. Love. Fiksyen. So. Much. Full stop.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.