Jump to ratings and reviews
Rate this book

Renungan Tasawuf: Manisnya Iman

Rate this book
Buku ini adalah kumpulan karangan dari ceramah Allahyarham Buya Hamka dari tahun-tahun yang berbeza. Antaranya:

(1) Akal dan Khayal
(2) Kewajipan dan Akhlak Kaum Muslimin dalam Bernegara
(3) Agama ialah cinta
(4) Di Antara Cinta dan Fanatik
(5) Kepercayaan dan Pengetahuan
(6) Lailatul Qadar
(7) Untuk Menjadi Perbandingan
(8) Terakhir, Pemimpin Agama

Kemudian, himpunan ini kami beri judul: Renungan Tasawuf, Manisnya Iman, iaitu renungan Prof. Dr. Hamka sendiri yang dalam dakwahnya selalu menggunakan pendekatan tasawuf, dan pendekatan cinta yang menyentuh batin para pendengar dan pembacanya.

Karangan-karangan ini memang bukan merupakan huraian ilmiah yang berat untuk difahami sebagaimana kebanyakan karya Allahyarham, semua tulisan-tulisan yang kami muatkan boleh digolongkan sebagai karangan popular, dalam erti yang mudah diterima oleh pembaca.

Meskipun demikian, perkara yang direnungkan adalah soal-soal dasar dan teras Islam, yang memang memerlukan perenungan dan pendalaman. Justeru di sinilah letak keistimewaan Hamka sebagai pengarang. Iaitu kecekapannya membahas perihal keagamaan, falsafah dan tasawuf yang berat-berat dalam bahasa yang agak puitis, ringan dan mudah difahami oleh pembaca awam. Pastinya hal ini menunjukkan keseniman Hamka, di samping keulamaannya.

138 pages, Paperback

First published June 1, 1985

8 people are currently reading
109 people want to read

About the author

Hamka

112 books1,089 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (56%)
4 stars
7 (30%)
3 stars
3 (13%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nuruddin Azri.
387 reviews173 followers
February 17, 2025
Buku ini nipis sahaja sekitar 138 halaman tetapi ia sarat dengan korpus perbahasan yang pelbagai dan penting oleh Hamka seperti peri penting keseimbangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Tasawuf, keseimbangan akal dan naql, erti hakiki seorang ulama’ (tidak tunduk kepada kekayaan dunia, pangkat dan nama), peri penting bekerja mencari nafkah hidup selain sorotan perbahasan idea-idea agung oleh tokoh-tokoh besar dari al-Ghazali, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Ibn Hajar al-Athqalani, al-Syaukani, al-‘Izz Abd al-Salam, Muhammad Abduh, al-Afghani, Ahmad Amin, Abdullah Munsyi sehinggalah kepada Descartes, Rousseau, Galileo Galilei, Bergson, Toynbee dan Martin Luther.

Antara petikan menarik mengenai ilmu kalam yang dibahaskan oleh Hamka:

“Jangankan al-Quran dah Hadis, kemajuan falsafah dan ilmu kalam pun telah mengatakan bahawa sesuatu yang dapat dibayangkan dengan khayal, misalnya orang terbang ke langit atau bukit menjelma jadi emas, tidaklah mustahil, melainkan jaiz, ertinya boleh jadi. Kerana wujud itu terbahagi dua, pertama wujud khariji iaitu wujud yang nyata di luar diri, kedua wujud zihni, iaitu wujud yang tidak mustahil iaitu yang tidak dapat dikhayalkan, seumpama memasukkan bukit ke dalam lubang jarum.”

– Majalah Gema Islam, 1962

“Kata-kata kewajipan itu di dalam agama Islam ada tiga macam. Pertama, dalam bidang “ilmu kalam” atau seperti teologi dan ilmu tentang ketuhanan, kedua “ilmu fikah” atau Usul Fikah, dan yang ketiga dalam bidang “ilmu akhlak” atau etika Islam.

Kewajipan atau wajib dalam ilmu kalam, adalah mengkaji yang wujud atau yang ada ini. Menurut ilmu kalam seluruh yang ada ini terbahagi dua:

Pertama: mumkinul wujud (mungkin adanya)
Kedua: wajibul wujud (pasti adanya)

Segala sesuatu yang diikat oleh ruang dan waktu, yang dapat ditentukan waktunya dan zamannya atau tempatnya, itu namanya mumkinul wujud, ertinya mungkin ada. Saya dan tuan-tuan serta tuan rumah sendiri, Pak H. Boediardjo, Pak H. Alamsyah dan saudara-saudaraku yang lain, anggota PADI dan ibu-ibu, dan seluruhnya, bahkan rumah ini, alam ini, matahari dan bulan dan semuanya mungkin ada, tetapi tidak pasti ada. Ini di dalam ilmu kalam namanya teologi Islam, dalam ilmu usuluddin disebut juga sifat dua puluh.

Saya sudah ada di sini, apa pasti ini? Ya mungkin belum pasti, belum! Mengapa? Saya terikat dengan ruang! Misalnya ada orang datang ke rumah saya sewaktu saya berada di sini, orang menelefon, dia bertanya pada anak saya: “Adakah Pak Hamka di rumah malam ini?” Anak saya akan mengatakan “Tidak ada!” “Ke mana dia?” Mungkin di rumahnya Menteri Penerangan, sebab saya tidak ada di tiap tempat. Saya mengisi ruang yang terbatas sekali. Saya tidak ada di Barat, di Timur. Saya tidak ada di Kebayoran, saya tidak di Kemayoran, saya tidak ada di langit, tidak ada di tempat yang lain-lain, di tempat yang kecil saya ada. Sebab itu dikatakan mungkin.

Kemudian daripada itu, dahulu saya belum ada dan nanti saya tidak akan ada. Nenek saya dahulu tidak tahu, bahawa cucunya namanya “Hamka”. Dan nanti cucu saya di belakang hari akan berkata: “Kata ibu saya memang ada nenek saya Hamka,” tapi saya tidak lihat! Demikianlah segala yang ada ini, hatta matahari sendiri pun adanya permulaan, akhirnya berkesudahan, bumipun sedemikian, seluruh yang ada demikian. Sebab itu maka adanya permulaan, akhirnya berkesudahan, bumi kita juga diikat oleh ruang, diikat oleh waktu. Ada satu yang pasti ada, dahulu Dia ada, kini Dia ada dan nanti Dia tetap ada. Dia tidak diikat oleh ruang, dan tidak diikat oleh waktu, itulah “Allah Subhanahu wataala”. Iaitu yang bernama “wajibul wujud”, pasti ada. Mengetahui itu kewajipan, itu wajib. Wajib permulaan yang dikatakan dalam ilmu Usuluddin “awwaluddin makrifatullah” = pokok agama mengetahui adanya Allah. Sebab itu kalau orang belajar sifat dua puluh, dimulainya lebih dahulu pertama-tama “wujud”, iaitu ada, mustahil Dia tidak ada. Adanya itu tiada permulaan, akhirnya ia tiada berkesudahan, Dia tetap ada: Inilah wajib menurut ilmu kalam atau ilmu usuluddin atau ilmu sifat dua puluh menurut popularnya di kampung.”

“Dalam tasawuf disebut tiga huruf. Apa yang dikatakan tasawuf? Pertama takhalli, ini bahasa Arab. “Kha” = ada titik di muka, takhalli. Kalau “kha” itu titiknya dihilangkan bacaannya = tahalli. Kalau titik itu sudah hilang, lama-lama titik itu tumbuh lagi di bawah = tajalli. Jadi “takhalli”, “tahalli”, “tajalli”.

Apa ertinya takhalli? Bebaskan dirimu, bersihkan jiwamu dari sifat-sifat yang tercela. Takhalli = hapuskan, hilangkan, jadi hapuskan itu titik. Kalau titik itu betul-betul sudah hapus yang terletak di hujung sanubarimu, iaitu perangai-perangai yang tercela nanti bacaanya tahalli, tahalli engkau berhias, engkau jadi bagus, kerana yang buruk tidak ada lagi. Engkau berusaha siang malam mendidik dirimu untuk itu. Kalau nanti sudah seperti itu apa jadinya, titik itu tumbuh kembali, tetapi di bawah, lafaznya “tajalli” kelihatan Allah dalam hati. Bukan di mata, tetapi terasa di hati, bahawa Dia ada.

Ada satu pemuda pada zaman dahulu, pada zaman yang kita namakan masa-masa Nasakom, dia datang ke rumah saya mengatakan: “Saya tidak percaya Allah itu ada, Pak Hamka!” Kenapa? “Saya tidak pernah melihat Allah dengan mata saya!” Sebentar itu saya jawab spontan (langsung): “Matamu sendiri belum pernah engkau lihat, bagaimana engkau mengatakan akan melihat Tuhan Allah.” saya katakan. Pernahkah dia melihat matanya? Dia tidak pernah melihat matanya, dia akan menguji Allah dengan mata ini, bagaimana?”

– Syarahan Pengajian Dakwah Islam (PADI) di rumah Menteri Penerangan H. Boediardjo, 1969
Profile Image for Khairunnadia Abdul Suhaimi.
80 reviews
February 4, 2020
Isu berat tetapi berjaya dikupas dengan mudah dan santai. Seolah-olah berkomunikasi dengan Buya Hamka sendiri. Yalah, lagipun buku ni asalnya ialah ceramah buya Hamka yg kemudiannya ditulis semula..highly recommended!
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.