Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komik Karier

Cikgu Akbar: Semangat Setiakawan Menghadapi Kes Buli

Rate this book
Akbar — seorang guru muda bervisi besar. Sebaik sahaja ditugaskan sebagai guru Tingkatan 4 Saga, dia sudah teruji apabila pelajarnya, Nadim sudah sebulan tidak hadir ke sekolah.

Menurut Ikram, Nadim tidak hadir gara-gara tidak tahan dibuli Furqan. Berang dituduh, Furqan yang panas baran langsung membelasah Ikram. Tidak semena-mena, Cikgu Akbar turut terkena tempiasnya.

“Tapi kalau cikgu tak jumpa Nadim, lambat-laun keadaan akan jadi lebih buruk untuk dia juga.”

“Itu bukan urusan kau!”

“Pelajar kelas saya bakal dibuang sekolah, itu awak kata bukan urusan saya?”

Risau akan keadaan pelajarnya, Cikgu Akbar bertekad untuk menyelesaikan kes buli di kelasnya supaya Nadim dapat kembali ke sekolah.

Apakah punca sebenar Nadim tidak hadir ke sekolah? Mampukah Cikgu Akbar menyelesaikan masalah pelajarnya dengan adil?

178 pages, Comic

First published November 1, 2022

4 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Hasif Rayyan

13 books120 followers
Penulis novel KHAYALAN, siri KUDETA PUSPA dan komik CIKGU AKBAR. Kadang-kadang dia menyanyi.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (67%)
4 stars
12 (20%)
3 stars
6 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
January 19, 2023
Sedap komik ni, sebab tu aku pernah ulas dulu dalam mengkritik beberapa komik gempakstarz, lukisan cantik tapi jalan cerita ke laut, ini terbukti dengan komik Cikgu Akbar dengan menggunakan novelis sebagai penulis komik, jalan cerita jadi kemas dan sedap dilayan. Pelukis yang baik tak semestinya pencerita yang baik, tak semua orang sehebat Eiichiro Oda dan Masashi Kishimoto.
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
December 2, 2022
Sangat, sangat terhibur! Saya suka dengan watak-watak yang ditampilkan dalam komik Cikgu Akbar. Cikgu Akbar dan Furqan somehow mengingatkan saya pada watak Seiji Sawamura dalam Midori No Hibi (saya lebih suka versi manga). Si Ikram dengan Datin Ruhaini ni memang tipikal antagonist macam dalam Kdrama yang menyebalkan tu! Haishhhhhhhh! Kalau aku jadi kakak Furqan tu aku dah smack down dah datin beeachy tu haih! Package steel chair slam lagi. (okay, pengaruh wrestling. sila abaikan.) Dalam banyak-banyak watak dalam ni, rasanya watak yang saya dapat relate adalah watak Batrisya. Hahahahaa. Sampai hati kau cakap dia pendek ye Furqan! Dasar rambut durian! (Sebab dulu masa sekolah orang ejek pendek jugak. Huuuuu..)

Cerita dan plotnya bagus. Bergerak dengan lancar dan tanpa lewah. Perubahan scenes pun smooth. Cun sangat! Cuma ada la sikit-sikit ekspersi yang hit and miss. Tapi mostly berjaya buat saya gelak sorang-sorang atas katil macam orang overdose ubat (sebab tengah demam sekarang ni. huuuu..)

Oh, satu komen nak cakap, Cikgu Akbar macam agak kurang beraksi dalam komik ni. Tak nampak sangat aksi dia. Maybe dalam next komik nanti minta penulis dan pelukis banyakkan sikit aksi. Plishhhhhhhh!

Overall, best sangat! Saya bagi 5 of of 5. Bagi beribu bintang di langit pun boley. Tapi kena belanja saya ice chocolate extra whip cream with sprinkles, from Coffee Bean. Heh heh heh. *gelak cara Furqan*
Profile Image for Awan Wafdan.
Author 6 books53 followers
December 12, 2022
Kudoss untuk seluruh pasukan yang menyiapkan komik ini. Jalan ceritanya kemas. Konflik yang betul2 terasa. Nuansa anime tapi dalam citra sekolah versi Malaysia. Sejujurnya, aku teruja baca komik ni. Terkejut dengan kualiti ceritanya.

Dari segi lukisan pula, sangat menciut hati dan hidup! Lukisan dalam ni berjaya muntahkan emosi babak dengan sangat baik. Susahlah nak terangkan macam mana. Tapi memang vivid betul expression babak tu. Yang aku paling suka, aku sedang baca komik sekolah tau..! Tapi serasa macam baca manga atau anime.

Gabungan penulis dan pelukis ni sangat mantap. Rasanya pihak penerbit kena kekalkan team ni. Push mereka buat komik2 lain. Harapnya akan lebih banyak projek kerjasama mereka akan datang.

Sejujurnya tak puas baca kisah Cikgu Akbar ni walaupun naratif dalam novel ni dah selesai. Aku bayangkan, akan ada lagi cerita Cikgu Akbar ladeni masalah muridnya yang lain. Resam dan rencam di sekolah Malaysia ni banyak. Bukan sekadar buli dan gangsterisme. Tak sabar! Bayangkan jika Cikgu Akbar ni menjadi siri. Staple dalam pop culture Malaysia. Jadi inspirasi setiap murid sekolah utk ada cikgu seperti Cikgu Akbar yang faham perasaan mereka bukan sebatas murid sahaja. Tetapi sebagai manusia.

Permintaan — penulis dan pelukis jangan putus asa untuk hasilkan komik berkualiti sebegini. Padanan mantap!
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
267 reviews56 followers
March 19, 2023
Aku ni jarang baca komik sebab aku tak suka jalan cerita komik yg mostly tak smooth but damn boi komik ni jalan cerita dia tersusun kemas. Jarang2 aku nak enjoy baca komik.

Aku harap akan ada sequel untuk komik ni
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
December 17, 2022
Light and easy read. Kids would love it more. Isu yang dibawa juga common berlaku dan siap ada cara untuk tangani masalah buli. Kudos! 😉👍

Mungkin lepas ni boleh buat banyak lagi isu yang boleh diketengahkan untuk siri komik macam ni. Isu yang uncommon dan rare pulak ke kan?
Profile Image for Beelah.
315 reviews20 followers
February 8, 2024
Cikgu Akbar dan Furqan, saya kadang2 tertukar dua watak ni. Sama2 geng rambut pacak. Bezanya Furqan bekas gengster, tak hairan la kalau rambut pacak. Tapi cikgu Akbar sekali kena tumbuk terus pengsan. Haha. (Mungkin pelukis boleh perbaiki lagi kepelbagaian rekaan watak)

Cerita nasihat kalau diselitkan unsur lawak, memang senang menarik minat kanak2 dan orang dewasa. Komik ni ada dua2 unsur ni. Hasil kolaborasi karya mantap.
Profile Image for Farah Nadiah.
47 reviews1 follower
January 2, 2023
Seronok baca. Bahasa santai, KURANG kata kesat dan carut. Kekurangan - tak puas baca. Mohon penulis dan pelukis buat sambungan/sekuel. 😆

Edited: Bila baca balik. Adalah sedikit perkataan kesat seperti bangsat.

Tapi bagi saya laras bahasa komik ini masih agak sopan jika dibandingkan komik-komik tempatan yang saya pernah baca.
Profile Image for Zatika.
Author 5 books24 followers
July 5, 2023
Saya dah baca, saya suka. Saya bagi kat anak saya pula yang Form 4 tu. Dia pun suka. Ada babak lawak, ada sedih. Cukup perencah. Walaupun ada kata2 kurang sopan, tapi itulah lumrah sesetengah remaja zaman sekarang. Dengan orang tua pun mereka berani lawan.

*

Keep writing Acip! Keep producing good art, Arift! Kudos to the team.👍
Profile Image for Mastura Hashim.
17 reviews
December 12, 2022
Suka sebab kelakar!
1. Suka Cikgu Akbar sebab dia memandang serius masalah buli yang berlaku pada anak-anak muridnya. Terharu dia terus-terusan nak bantu Furqan sampai selesai kes tersebut.
2. Suka hubungan persahabatan antara Furqan dan Nadim.
3. Terhibur dengan jenaka-jenaka seperti “apa benda pergi negeri orang nak cari panggung wayang” dan “pergi kedai kopi tapi minum air coklat ais.” 🤣
4. Terhibur juga apabila wajah animasi bertukar jadi hodoh.🤣
5. Suka penulis dan pelukis selitkan laluan kerjaya seorang guru dan carta pengendalian kes buli di sekolah.
6. Kalau saya ada pengetahuan dalam bidang seni melukis animasi atau ilustrasi mungkin saya boleh beri sedikit komentar berkenaan dengan lukisan, malangnya saya tiada. Apa yang saya boleh puji, tahniah berjaya lukis sebuah komik dan saya boleh faham. Mungkin, mungkin boleh tambah lebih baik lagi untuk komik seterusnya? 🫣
7. Awal-awal dah sentuh isu rogol bukan bahan jenaka. Syabas penulis! 🫡
Profile Image for Hawa Nur Hidayah.
8 reviews1 follower
December 13, 2022
Komik yang menarik! Jalan cerita yang lancar bagi saya, simple dan mudah difahami tetapi ada mesej yang tersirat.

Sebagai anak seorang guru dan pernah menjadi anak murid kepada mak saya sendiri, apa yang berlaku dalam komik ini relatable. Bukan mudah menjadi seorang guru. Lagi-lagi, guru kelas 😅

Antara bahagian yang saya suka adalah apabila Cikgu Akbar menegur Datin Ruhaini bahawa untuk mendidik sesorang, ibu bapa memainkan peranan yang penting, bukanlah peranan cikgu di sekolah semata-mata.

Saya sukakan ekspresi watak-watak yang dilukis, terutama pada bahagian yang ada jenaka. Rasa macam tengok lukisan-lukisan kartunis dalam majalah Ujang. Terhibur rasa dengan lawak jenaka dalam komik ni, bersahaja.

Boleh buat siri komik Cikgu Akbar ni. Seronok tengok Cikgu Akbar melayan kerenah dan masalah anak-anak murid beliau 😂
1 review
March 9, 2023
Seronok dibaca, penceritaan yang baik dan santai serta sarat dengan pengajaran. Teruskan berkarya. Moga sukses selalu!
Profile Image for Mu'Az Othman.
4 reviews
June 9, 2023
Sangat menginspirasikan. Disyorkan utk dibaca oleh semua lapisan masyarakat semoga masyarakat cakna tentang isu ini. Semoga kita semua menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Profile Image for Maya.
59 reviews
March 12, 2023
The reveal to the mystery tak berapa memberi impak sebab if the friend is trying to help him then why the rude & cold act? itu yang saya susah nak terima & care about the friend.

Its hard to differentiate which one is which. Cikgu Akbar or his student? Sebab dua2 style rambut sama, nak kena cari janggut baru tahu tengah baca pasal siapa😅
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
February 24, 2023
Komik last dalam siri (errr, siri ke eh?) Komik Karier by Iman Pub mengenai karier sebagai seorang guru. Tak se-fancy kerjaya seorang doktor dan psikologis tapi cukup mencabar. Tiada guru, maka tiadalah doktor dan psikologis. Jadi, sebelum aku mula bagi kata-kata penghargaan buat insan bergelar guru, back to the review.

Tak dinafikan, aaku paling enjoy and have fun baca kisah Cikgu Akbar berbanding dua komik lain. Mungkin kerana ianya komik yang paling panjang, memberi ruang untuk aku appreciate jalan ceritanya yang tak rushed dan watak-watak untuk lebih menyinar.

Dan tak dinafikan juga, antara tiga komik karier, yang ni yang banyak buat aku stress. Hehe. Bukan apa, stress dengan Furqan yang asyik la membaran, dengan Nadim yang asyik berahsia, Iqram yang super annoying dan juga mak Iqram yang of course terlebih annoying. Pendek kata, semua watak selain Cikgu Akbar ni menggeramkan aku je. Nasib baiklah Cikgu Akbar ni, walaupun dia punya gambaran macam dialah pembuli sejati, punya perwatakan yang quite hilarious bagi aku. Dengan dia punya monolog dalaman yang haih, macam berani rupanya ketaq lutut juga. Belum kira dia duk intip Furqan belasah orang lepastu terseram dengan student sendiri hadeh. Lawak la dia ni.

Jalan cerita memang dah boleh agak dari awal lagi tapi aku tetap annoyed dengan Nadim hahaha. Kalaulah dia buka mulut dari awal, takdela berlarutan masalahnya. Babak-babak dalam kelas, sedikit sebanyak menyuntik rasa rindu dalam diri aku. Rindu nak ke kelas sebagai pelajar sekolah menengah, bergurau dengan cikgu, tengok classmates bertekak, kena denda, eh banyaklah. Jadi pelajar U ni hm, kena serious sepanjang masa.

Overall, aku enjoy sesangat dengan cerita ringkas Cikgu Akbar dan Furqan ni. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Cuma satu kompelin aku, kalau boleh, letak lagi kot features yang membezakan Cikgu Akbar dengan Furqan. Haha, susah untuk aku bezakan dua watak ni. Kalau tak kerana Cikgu Akbar ada janggut sejemput dengan berkemeja dan ber-tie, mesti aku tak boleh nak bezakan langsung. Apapun, it was a great read.
1 review
March 26, 2023
Ha tak guna sebab aku sorang saja bagi 3 bintang jadi aku tulis. sedia untuk rojak bahasa. aku tak pasti peminat goodread boleh terima ke tak. kalau tak terima bahada rojak pi baca review lain jangan baca ni. I see so much potential in this comic that why I gave it a three. By potential is that cerita ni tak perlu sequel, preclude atau alam sendiri. Buku ni boleh stand sendiri. Background cikgu Akhbar boleh letak glimpse apa yang membuatkan pengetua percayaankan dia untuk handle kelas tu tanpa dia masuk kelas lagi. Agak shonen bila last friendship selesaikan semuanya hahahaha. Lawak dia kurang la, lawak dia logik kalau dalam komik aku nantikan lawak tak logik. Kalau lokal macam under18 tiba kawan kena panggang, kena baling pisau tapi rilek. Sekarang aku assume since ini Iman Publication so mungkin scene yang aku gambarkan tak sesuai tapi mungkin bolhe family friendlykan. Mamak scene tu yes, I want more of that kind of humour. Last komik bagus kerana lari dari formula selamat komik malaysia dan berjaya untuk lari dari topik kejayaan akademik saja. Permulaan yang baik tapi masih tak boleh lawan DAYA. Ayat last macam backhand complimate, aku jujur komik ni bagus untuk orang yang tak baca komik.
Profile Image for Dalilah Izzatie.
62 reviews
December 27, 2023
Menarik. Masuk jugak scene reality pasal cikgu yang cakap isu r***l tu. Plot ni mengingatkan dekat cerita Gokusen. Gosh same feeling tp in the same time cringe. Memang budak laki ngam dengan cikgu laki gini ehhh. Haha apapun isu ini menyeluruh. Parents punyer view also need to be taken. Sebab manusia akan berubah mengikut keadaan. And about perasaan last tu, sangat setuju. You have the rights to not forgive.
Profile Image for thewayfarer11.
76 reviews17 followers
January 14, 2023
Menceritaka kisah seorang guru baru yang mengedalikan masalah buli di kelasnya. Sangat menarik dan jalan ceritanya sangat dekat dengan diriku sebagai cikgu.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.