Jump to ratings and reviews
Rate this book

Komik Karier

Doktor Johari: Kecekalan Pasukan Perubatan Menghadapi Krisis Banjir Besar

Rate this book
Sikap Doktor Johari yang ikhlas dan peramah membuatkan beliau disenangi oleh semua penduduk Kampung Batu Tenggelam tanpa mengira umur dan bangsa.

Walaupun beliau merupakan satu-satunya doktor yang berkhidmat di kampung itu, Doktor Johari tetap gigih dan berjaya memenuhi keperluan semua penduduk.

Sehinggalah pada suatu hari, banjir besar berlaku. Akibatnya, kemalangan terjadi di mana-mana. Bantuan dari bandar pula tersekat. Lambakan mangsa kian memenuhi ruang klinik yang kecil. Buat pertama kalinya, pasukan kecil Doktor Johari terpaksa menangani krisis sebesar itu.

Keadaan menjadi semakin keruh apabila klinik kekurangan staf dan peralatan untuk merawat.

“Mampukah kita?” Seorang staf klinik menyatakan kerisauan.

“Kita diberi amanah, dan kita akan tunaikan amanah kita.”

Mampukah Doktor Johari dan pasukan kecilnya bertahan sehingga bantuan sampai?

125 pages, Comic

First published November 22, 2022

13 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (69%)
4 stars
10 (30%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
January 21, 2023
Terbaik!!! Malaysia jarang ada komik yang serius dan berat tapi komik Doktor Johari ini telah dipersembahkan dengan cukup baik sekali!!!

Saya memang pernah terfikir betapa hebatnya seorang doktor yang bekerja dengan nyawa manusia dan mampu melakukan tugas yang amat berat ini. Di dalam komik Doktor Johari telah ditunjukkan betapa peritnya, betapa tertekannya seorang doktor dalam usaha mereka untuk menyelamatkan nyawa. Memang boleh keluar air mata baca komik ni, aku harap boleh ada sambungan la kisah Doktor Johari dan Doktor Aiman untuk menonjolkan lagi sisi doktor yang masyarakat awam tidak tahu.

Memang terbaik!
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
December 2, 2022
Saya baru lepas habis membaca komik Cikgu Akbar dan berfikir akan menemui babak-babak gelak besar dalam komik Doktor Johari. Ternyata saya tersilap. Doktor Johari lebih kepada "drama" side dalam komik. Ada adrenaline rush, ada babak yang menaikkan semangat, ada juga babak emotional damage. Cukup perencah!

Transition babak juga smooth. Tak berterabur dan senang dibaca. Dari segi jalan ceritanya, memang umph! Saya puji bila komik ini mengetengahkan beberapa aspek semasa seperti perihal banjir. Juga isu PTSD di kalangan frontliner kita menghadapi perkara berkaitan nyawa. Bila baca babak backstory Doktor Johari tu, terasa di dalam hati. Begitu juga dengan struggle yang dialami oleh Doktor Aman. Ah! Kudos kepada penulis dan pelukis yang menyelitkan babak sticky note "Good Job". Nampak kecil, tapi besar impaknya pada emosi pembaca (kalau sayalah.) Saya pun nak bagi sticky note "Job well done! You're amazing!" kepada penulis dan pelukis!

Overall, sangat sangat memuaskan! Saya suka pada komik ini! Saya menunggu jika ada sambungannya di masa depan. Harap-harap adalah, ya? Sebab nak tengok lagi aksi dua doktor ini. Oh, juga sedikit backstory Doktor Joahari. Siapa dia sebenarnya? Dari mana datangnya?

Untuk Doktor Johari, saya berikan 5 of 5! Beribu bintang di langit juga!

"Kita tak sempurna, tapi kitalah harapan mereka."

Semoga lebih ramai doktor seperti Doktor Johari dan Doktor Aman di luar sana. Peganglah pada "First do no harm" dan jadikan tekad dua doktor hebat ini sebagai azam kepada kalian semua.
Profile Image for Beelah.
315 reviews20 followers
February 8, 2024
Komik ni mengingatkan saya kepada beberapa siri banjir besar di kawasan pendalaman. Saya tak mengalaminya secara terus sebab berada diluar kawasan. Walaupun tiada kehilangan jiwa dalam kalangan keluarga tetapi kemusnahan harta benda tetap dirasai. Betapa penatnya nak menguruskan harta benda pasca banjir, tetapi penat lagi jiwa pasukan barisan hadapan yang berada dalam situasi seperti dalam komik ni. Mesej yang diterjemahkan dalam karya ni, berjaya sampai kepada saya. Terima kasih pasukan barisan hadapan.
Profile Image for Awan Wafdan.
Author 6 books53 followers
January 30, 2023
Bacaan yang ringan. Walaupun ringan, tapi terma-terma kedoktoran itu agak mengerutkan kening. Mujur disediakan nota kaki untuk menjelaskannya dalam bahasa marhaen.

Dari segi plot, biasa saja. Kisah doktor senior yang membantu doktor junior utk sesuaikan diri. Honestly, realiti kerjaya doktor sangat tergambar dalam komik ini (walaupun ada beberapa hal yang aku yakin tak berlaku).

Looking forward untuk konflik kerjaya doktor yang lain. Dr Joe kacak. Dr Aman comel. Sekurang2nya dapat bayangan macam mana kerja doktor melalui komik ini.

Sangan sesuai utk murid2 sekolah.
3.75 ⭐️
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
December 23, 2022
Bestttt. Tak sangka angle komik ni pasal sisi lemah seorang doktor. Selalu rasa doktor ni kerjaya hebat sampai lupa doktor juga manusia. Suka suka. Lukisan pun sedap mata memandang. Unsur unsur kelakar dalam ni pun jadi.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
February 19, 2023
Minggu-minggu stress ni, baiklah kita membaca cerita yang ringan je, lagi baik kalau komik macam ni, ye dak. Anyway, Komik Doktor Johari ni membawa kisah seorang doktor di sebuah klinik kesihatan kerajaan di Kampung Batu Tenggelam yang letaknya di Pantai Timur. Dan bila datangnya musim tengkujuh, banjir memang tak asing lagi. Cuma skala kejejasannya (wujud ke perkataan ni hehe) saja yang berbeza dari tahun ke tahun.



Secara jujur, aku a liiiiiittle bit kiciwa dengan komik ni. Faktor utama yang menyumbang kepada kekecewaan aku ni adalah sebab cerita ni pendek sangatttttt. Aku tak sempat nak tolong nervous sekali dengan Doktor Johari and the team tiba-tiba dah habis😂😭 Geram jeeee. Ish ish, kalau la panjang sikit mesti best dapat tengok Doktor Johari in action. But, okay kita terima kita terima.




Other than that, aku puas hati je dengan cerita komik ni. Cumanya hmm Doktor Johari ni macam ter-undershadowed pulak dengan Doktor Aman haha. Aku nampak macam Doktor Aman pulak sebenarnya hero. Selain kisah banjir, ada juga selitan kisah Doktor Aman yang melawan penyakitnya semasa bertugas (mungkin sebab ni aku anggap dia hero).



Selingan-selingan ilmu perubatan dan tips menghadapi banjir juga menambahkan pengetahuan am aku selain melancarkan juga pemahaman cerita. Takdela ternganga tak tahu apa. Lagilah aku yang alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi hadapi banjir yang teruk sampai kena pindah ke pusat pemindahan sementara apa semua so kinda a new thing juga untuk aku. So, overall thought? An okay read for me. Boleh la baca in one sitting, takde stress factor, konflik tak berat, cerita mudah faham.
Profile Image for Hawa Nur Hidayah.
8 reviews1 follower
December 13, 2022
Baca Doktor Johari rasa macam tengok medical kdrama. Ada dramanya dan ada bahagian penting yang menunjukkan tugas seorang doktor.

Menarik tengok konflik Dr Aman yang didiagnosis dengan PTSD nak menjalankan tugas di jabatan kecemasan, ditambah pula ketika banjir berlaku! Suka dengan Dr Johari kerana memahami dan sentiasa percaya dengan kebolehan Dr Aman.

"Good Job" untuk penulis dan pelukis!
Profile Image for Farah Nadiah.
47 reviews1 follower
January 1, 2023
Seronok baca. Isu yang diketengahkan pun disampaikan dengan baik dan santai. Tak serabut. Kepala sakit pun boleh habis baca sekali hadap. Terbaiklah komik karier Doktor Johari ni. Tahniah kepada penulis dan para pelukis. 👏
Profile Image for Shafina Sofea.
40 reviews1 follower
January 24, 2023
Jalan cerita dia buat saya berdebar-debar. Sisi gelap yang dihadapi setiap doktor juga ada ditekankan.
Bila kupas fasal banjir, teringat pula banjir teruk di Puchong dulu.
Apa-apa pun kudos kepada penulis dan pelukis👏👏👏
Profile Image for septvloom.
24 reviews
June 2, 2025
finished reading this comic !! it reminds me of kdrama trauma code so much and it was so good 🫰🏻
Profile Image for Dalilah Izzatie.
62 reviews
October 8, 2023
Niat nak kemas stationaries terambil buku ni. So sekali run pukul 2 pagi. Ade isu di situ. I was hoping for more issue on that. Overall lukisan yang cantik dan memberi "emotion of situation". Rasa suspen disitu cuma singgah sebentar maybe aim komik tak nak panjang² kot. So ia sangat bagus untuk light reading tapi in same time mengajar terms medication. Kalau dapat extend the knowlodge yang tu, i'm in! Sebab PTSD usually hanya banyak disuarakan for people in forces macam military, agents tapi untuk doktor sangat sikit. Jadi bila audience from budak², they can know what is it. Well I get it yang PTSD can come to anyone and people use to forget that doctors also human. I wanna know more about PTSD from doctors' sides. Hehe

Last but not least, rasa isu ini perlu explanation. I need to know why Doktor Johari macam mat salleh. Sekian.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.