Jump to ratings and reviews

Gharib

Mya, hidupnya seperti terperangkap dalam satu ruang yang memberikan dia kelebihan untuk melihat kematian yang bakal berlaku melalui mimpinya.

“Kau bunuh mak kau sendiri.”

Kenyataan tersebut sukar untuk diterima. Mana mungkin dia tergamak hendak membunuh ibu kandungnya sendiri. Namun, tiada siapa yang percaya. Bukan itu sahaja, dia turut dituduh gila gara-gara menceritakan mimpi-mimpi aneh itu kepada semua orang.

“Mimpi tu satu petunjuk? Come on, doctor! Takkanlah awak percaya dengan cerita mengarut macam ni?” - Kyle
“Aku tak mengarut! Apa yang aku cerita pada korang tadi semuanya betul. Aku tak tipu!” - Mya
“Hei, kau ingat kita orang ada masa ke nak layan semua cerita mengarut kau? Aku tahu, kau sengaja reka cerita yang bukan-bukan sebab kau nak tutup salah kau, kan?” - Kyle

Kyle, inspektor polis yang menyiasat kes kematian Anisa mengesaki Mya sebagai suspek sejak awal lagi. Lebih menguatkan tuduhan itu apabila dia menemui Mya di tempat mayat Anisa ditemui. Namun, kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh, dia gagal untuk mendakwa Mya.

“Kau adalah pembunuh tu.” - Kyle
“Kau ada bukti ke nak tuduh aku?” - Mya
“Aku akan cari bukti tu sampai dapat dan bila aku dah jumpa, aku sendiri yang akan heret kau ke muka pengadilan.” - Kyle

Paperback

First published October 1, 2022

Loading...
Loading...

About the author

Intan Aidda

4 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (50%)
4 stars
5 (27%)
3 stars
4 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for SS.
573 reviews10 followers
May 12, 2024

"Mya nampak semuanya, mak su.
..sama macam apa yang berlaku dalam mimpi Mya."

Kelebihan Mya dapat melihat kematian yang bakal berlaku benar-benar menyesakkan dirinya. Kelebihan yang dia tidak banggakan. Tambahan pula, kematian ibunya beberapa tahun lepas masih lagi menjadi tanya tanya. Dia dituduh gila dan bunuh emaknya sendiri.

Kejadian pembunuhan yang berlaku di Flat Cempaka membuatkan Mya tidak fikir panjang untuk mulakan langkah untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang terjadi. Kenapa Mya beria? sebab Mya mimpikan kejadian itu. Apa yang terjadi seterusnya?

One word. Best ✋🏻
Ini pertama kali kita baca karya penulis. Kita tak letakkan any expectation masa baca sebab kita rasa cerita macam mimpi jadi kenyataan ni macam susah nak cari yang best. Suprisingly ini best sebab tak dapat predict dengan tepat apa yang jadi. Mungkin kita ada otak jenis lurus macam pembaris.

Rupanya, psikopat dalam Gharib ni seseorang yang berselindung disebalik sesuatu. Cara mangsa-mangsa dibunuh menggunakan method yang sama (racun dari katak akan disuntik untuk melumpuhkan mangsa). Patutnya bosan la kan sebab sama je? Tapi apa yang membuatkan kita tetap selak m/s sebab kita rasa penulis tak belanja hint psiko tu banyak sangat. That's why kita clueless a bit. Ending dia lagi main jiwa la ek? hm

Kita faham betapa penatnya jadi seorang Mya. Mimpi pun tak indah. End up mimpi jadi kenyataan. Otak penat nak digest apa yang jadi. Watak yang cool dan tak over react. Kita actually lebih tertarik untuk tahu pasal serial killer & pembunuhan berantai tu. Cara dia bunuh mangsa kejam.

Kita rasa watak sampingan macam Inspektor Kyle yang incharge dengan kes pembunuhan ni lagi menyerlah dari Inspektor Nick. Karakter Inspektor Kyle sometimes nampak tegas, terlalu melulu jump into conclusion & misteri. Nick pula lebih pasif.
Memikirkan motif pembunuhan. Buatkan kita fikir sejenak. Jangan sangka perbuatan kecil kita itu tidak besar akibatnya buat insan lain. Berhati-hatilah 📌

Apa pun, kita akan cari karya lain dari penulis untuk dibaca. ✨ Well done @intanaidda_novelis .
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 25, 2022
"Aku takkan lupakan setiap apa yang kau dan kawan2 kau dah buat pada aku dulu. Semua tu aku balas dengan balasan yg setimpal." - Si Pembunuh
.

Satu demi satu pembunuhan yang berlaku. Yang mengerikan pabila mangsa ditemui dengan kesan tikaman berkali2 di perut. Ia menunjukan, si pembunuh telah menyimpan rasa sakit sekian lama. Dia berasa puas melihat keadaan mangsa
.

"Saya rasa, penjenayah yg dicari bukan orang sembarangan sbb tak semua orang tahu tentang racun batrachotoxin dan bkn mudah nak dptkan racun tu. Sy yakin suspek dptkn racun tu drpd dark web." - Emelda
.

Mangsa telah disuntik sejenis racun yg membuatkan mngsa lumpuh dan akhirnya, si pembunuh menikam mangsa
.

Mya dikurniakan satu kelebihan, dia mampu melihat kes2 pembunuhan melalui mimpi2nya. Mula2 sekali, kes yg melibatkan pembunuhan ibu kandungnya sendiri 9 thn dahulu. Malangnya tiada siapa yg percaya. Hinggakan Mya dijadikan suspek
.

Insp Kyle serta Insp Nick ditugaskan utk meyelesaikan kes pembunuhan yg berlaku. Pabila Insp Kyle mengetahui kebolehan Mya, dia turut menjadikan Mya sbg suspek
. Tambahan dia pernah ternampak Mya di tempat mayat mangsa ditemui
.

Jalan cerita best. Plus bila penulis masukan elemen psiko. Plot twist memang unexpected. Novel ni, mampu dihabiskan in one sitting sbb korang nak tau jawaban sebenar. Overall, thumbs up
.

Highly recommended utk korang yg sukakan crime thriller + psiko
Profile Image for GibbS.
28 reviews5 followers
December 29, 2022
Suka dgn jalan cerita 👍
Plot twist yg tak disangka
Profile Image for Mommy Farah.
370 reviews15 followers
January 6, 2023
Kisah Mya yang memiliki kelebihan untuk melihat masa depan melalui mimpi. Kelebihan yang tidak langsung boleh dibanggakan tetapi cukup menyiksakan dan menghuru-harakan kehidupan Mya.

Kelebihan Mya mula disedari sejak beliau berusia 16 tahun. Mimpi pertamanya adalah tentang pembunuhan ibunya sendiri. Ramai yang menuduh Mya gila sehinggalah mimpinya menjadi kenyataan. Ibunya ditemui mati dengan kesan tikaman dan racun batrochtoxin dalam darah yang boleh menyebabkan sistem badan lumpuh. Mya dijadikan suspek tetapi dilepaskan kerana tiada bukti kukuh.

9 tahun berlalu. Sekali lagi Mya didatangi mimpi. Anisa ditemui mati dengan kesan tikaman dan racun yang boleh melumpuhkan badan. Inspektor Kyle yang menyiasat kes tersebut turut menyenaraikan Mya sebagai salah seorang suspek kerana kelebihannya. Namun, kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh, dia gagal mendakwa Mya.

Bagi penggemar cerita crime-thriller-psiko, mami memang recommend korang baca novel ni!Jalan cerita yang best dan plot twist yang PERFECT! Maka, 5 bintang untuk novel ni!
Profile Image for Reen Syazreena.
Author 9 books27 followers
November 24, 2022
Overall superb. Plot dia cam wow, tak dapat nak dibayangkan dek akal. I asyik nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Mula² I fikir si A pembunuh tu. Pastu bila keep going baca, I fikir si B pula pembunuh tu. Tapi si A @ B, tekaan I tepat. Hanya intipati perwatakan yang mampu menjelaskannya. 😆😆😆😆

Apa-apa pun, tahniah kepada penulis Intan Aidda untuk Gharib yang awesome ni.
Profile Image for Potlots.
15 reviews
October 8, 2023
Gharib
Personal rating 5/5⭐️

Sebelum ni Sha ada baca karya kak IA yg lain bertajuk JR. Personal rating untuk JR sha rate 4.4/5⭐️ dan kali ini untuk Gharib Sha bagi rating bulat 5/5⭐️.

Sha dah lama beli naskah ni tahun lalu lagi. Cuma baru sekarang baca, jika Sha tau buku Gharib ini sesedap ini dah lama Sha baca. Nasib baik la smlm dgn pantas tarik Gharib dari rack buku sebelum ke tempat kerja. Time sibuk kerja tu ada lah masa free sikit untuk memulakan bacaan dan Sha jd leka hingga ke bab 4. Buku ini mmg sedap, lalu tekak mcam tu saja. Balik kerja Sha sambung dan sebelum tidur Sha stop kat Bab 30, pagi tadi dah selesaikan bacaan yg sgt menarik.

Tahniah pada editor @Dearnovels buku ni tiada error langsung sy jumpa, dan terima kasih terbitkan buku ini. Sha sangat suka.

Genre crime, thriller. Jalan cerita yg sgt menarik. Mya watak utama dan ada kelebihan. Bila dia mimpi, mimpinya itu akan terjadi dlm real life. Bila Sha baca buku ni, focus Sha bukan pada kelebihan yg Mya miliki tetapi kes pembunuhan bersiri. Mcam mana penulis tapuk identity pembunuh hingga ke 2 bab terakhir. Sy terkasima bila identity pembunuh tu kena revealed.

Setiap watak yg penulis cipta berkait rapat dari awal hingga ke akhir cerita. Cara pembunuhan yg menarik juga, mengunakan racun dari katak untuk melumpuhkan mangsa dan menikam mangsa lebih 20 kali tikaman ini mmg psychopath dan pembunuhnya itu pun tidak dpat dijangka. Eh biar btul dia pembunuhnya? Plot twist sgt cerita ni.

Pembunuh ni dulunya juga mangsa buli rakan kolej, mangsa dera dan diabaikan org tua. Benda ni lead dia kepada depression dan melahirkan psychopath yg kejam. Seperti Joker yg tersakiti dlm cerita Suicide Squad. End up bercinta dgn doctor psychiatrist dia Harley Quinn.

Ramai yg terbunuh dlam cerita ni, banyak darah yang mengalir. Sha lagi tertarik dgn watak pembunuh berbanding watak utama, Mya.

Tahniah buat penulis IA, naskah Gharib ini mmg unexpected buat Sha. Smoga Gharib 2 berjalan lancar dgn jayanya kerana Sha tak sabar ingin memilikinya. Aminn.. Aminn. Sha juga ingin meracun para followers Sha untuk membeli dan memiliki novel Gharib kerana worth it to buy.

#Gharib #booklovers
Displaying 1 - 6 of 6 reviews