Dia macam tiberrr helok pulak perangai Hilman pastu dandan si Anggun pulak nak berdrama. Memang semuanya tiberr lah dalam story ni. Tapi takpa. Enjoy jela 😁
Hilman. Yang disangka gay oleh semua orang. Lantas bila Hilman mahukan dirinya sebagai isteri, laju sahaja Anggun bersetuju padahal awal² lagi Haili mencantas. Haili takut Anggun nanti dikecewakan oleh abangnya itu. Namun kerana kedegilan Anggun, mereka tetap juga bernikah.
Seperti yang disangka, Hilman mengecewakan Anggun. 3 jam selepas pernikahan Hilman sudah outstation. Pulak tu berhari. Bila balik dari outstation Hilman tetap pulaukan Anggun. Anggap Anggun tidak wujud. Punyalah licik dan gediknya Anggun menggoda tetap juga diabaikan. Sehingga satu tahap Anggun fed up. Tambahan pula Anggun baru tahu kenapa Hilman bersungguh mahukan Anggun menjadi isterinya.
Bila Anggun mahu menjauh, tiba Hilman pula mendekat. Dan² cakap dah tak busy. Dan² macam orang kekurangan kasih sayang. Sebab itulah laju je Anggun pregnant. Urmmm nasiblah Anggun. Dapat mamat beku dingin tetapi bila dah tak sibuk bertukar menjadi anak kucing yang manja!
#Cerita yang straight to the point. Dan bagi saya ceritanya biasa² sahaja kerana tiada momentum yang buat kita rasa teruja untuk menghabiskannya. 🙏
kisah yang simple. hilman dianggap gay sebab terlalu rapat dengan baqi. hinggakan ibu sendiri pun menaruh syak wasangka pada anaknya. mahu dikahwinkan hilman. hilman malas fikir panjang dan setuju kalau yang hendak dijodohkan dengannya adalah kawan baik adiknya sendiri, iaitu anggun.
kesian anggun. dia setuju bila haili utarakan harapan ibunya. anggun sebenarnya punya hati terhadap abang haili tu. tapi tak mudah. tak mudah untuk perangkap hilman. pelbagai cara anggun lakukan tapi akhirnya hatinya sendiri sebak bila hal sebenar terbongkar.
penceritaan cik penulis cantik ni macam biasa, sedap baca.
kadang manusia ni diam, sebab tak suka nak bertelagah. dia berdiri atas prinsipnya sendiri tanpa mahu manusia lain aturkan hidupnya. cuma itulah, provokasi yang selalu merosakkan ketenangan dan kesabaran manusia.
Ok je cerita ni for me untuk bacaan ringan.. tgk riview banyak betul yg tak suka.. tapi it's okey pendapat masing² kan.. but as for me cerita ni ok je kalau yg bca for fun dia akan enjoy je.. dia minus 2 star sebab tak suka watak hilman Waktu mula2 kahwin dengan anggun.. rasa menyampah je ngan hilman sbb layan anggun mcm tu 😂