✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Hidup Talullah terlihat bahagia seperti mendapat keputusan yang cemerlang walaupun dalam bidang perubatan yg tidak diminatinya.
Namun hari demi hari, emosi Talullah kian merosot. Mimpi puaka yang berturut- turut berserta tangan buruk yang muncul di sisi katil tidak membantu. Dia takpasti mimpinya sekadar mainan tidur atau ada sesuatu yang mengganggu. Yang pasti, dia akan terjaga dengan penuh ketakutan, seperti dikejar sebuah kejahatan.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Habis baca buku ni, kita seolah macam takpercaya. Fixi ke yang publish buku ni? Sebab sungguh, buku ni lain dari Fixi yang kita biasa baca.
Lenggok bahasa buku ni agak berat untuk kita but what keeps me going is how the story unfold 😮💨
Imagine eh, buku ni guna “aku” untuk ceritakan pasal MC (cam reporter gituh) and dia ada di mana mana saja MC tu ada — kelas, bilik tidur, lepak ngan kawan kawan. “Aku” ni jugak boleh masuk dalam ‘mimpi’ MC ni, ha sus kan? Di pertengahan buku baru kita tahu “aku” ni siapa & weh GENIUS oke! Tak expect langsung penyampaian cerita camni 🤯
For plot, kita boleh cakap daebak! Gabungan ilmu psikologi & mistik tu tak awkward & well-executed. Banyakkk ilmu baru kita belajar dari buku ni tak terkira. Kita suka how author still membawa mesej yang sama —
🪴 𝙥𝙨𝙞𝙠𝙤𝙡𝙤𝙜𝙞 𝙙𝙖𝙝𝙪𝙡𝙪 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙢𝙞𝙨𝙩𝙞𝙠 🪴
Rata rata orang kita suka straight away salahkan makhluk halus dalam apapun. Walhal ada banyak lapisan yang perlu kita kupas sebelum bagi verdict angkara apakah masalah itu, kan? 🙌🏻
✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿ Peminat psikologi or mental health, kita harap buku ni climb up your priority wishlist & TBR 🤝🏻 _____
If you want intellectually challenging book, go grab this book!
Ada pasal kritikal sosial- agama, psychology, depression (ya aku suka part ni sebab tepat betul deskripsinya), dengan olahan naratif yang unik daripada POV seorang (atau seekor?) jin Islam.
Mungkin buku ini secara tidak langsung mengarahkan saya untuk menukar selera pembacaan ke arah yang lebih mendalam — sudut psikologi.
Saya tidak dapat menjelaskan tema utama buku ini dalam beberapa rangkap namun saya cuba.
Buku ini mengisahkan tentang naratif seekor (atau seorang?) jin yang digelar Tamer yang datang dari Puak Nasibin yang menjadi qarin (pendamping) kepada seorang wanita iaitu Tallulah.
Selingan: Penulis sedikit sebanyak berjaya membuai saya dalam lantunan prosa-prosa indah yang menjelaskan kecantikan, keayuan dan kejelitaan seorang Tallulah. Lihat sahaja muka surat 40. Pelbagai personifikasi ditulis hanya buat seorang Tallulah.
Selain itu, pembacaan kita juga akan menyusuri kehidupan masyarakat kita pada hari ini yang dangkal ilmunya namun luas percakapannya. Tapi sia-sialah semua itu. Kerana pokok persoalan, topik perdebatan seseorang bergantung kepada ukuran ilmunya.
Cinta, keterimaan dan harapan — mungkin bisa menggambarkan novel ini.
Namun,
Kegalauan, kesempitan dan keputusasaan — juga berjaya menjelaskan karya ini.
Ada dua ayat dalam novel ini yang kian saya terkenang, iaitu
“Seharusnya aku lebih liberal dalam pembacaan. Bukan setakat bacaan-bacaan liberal. Ah, ironi.”
dan
“Jangan pernah percaya pada manusia yang hanya membaca satu buku. Kerana dia hanya melihat kehidupan dari satu sudut.”
Daripada judul dan blurb-nya boleh agak naratif INKUBUS berlegar sekitar hal mistik dan sureal. Prolog dan eksposisi plotnya agak misterius— buat aku ingin tahu lebih lanjut tentang watak Tamer; qarin yang setia mengikut jejak Tallulah ke mana pun dia pergi.
INKUBUS bermula dengan kisah Tallulah yang periang dan bijak namun dihadap perubahan emosi kerana mimpi puaka yang berturut-turut pada setiap malam. Perkenalan Tallulah dan Timour Amjad yang tak terjangka membibitkan rasa suka walaupun hubungan mereka tak digemari oleh Puan Wati, ibu Tallulah yang agak tegas dan bersifat mengongkong. Kerana mimpi anehnya, perhubungan Tallulah dan Amjad jadi renggang, Tallulah pasti dia mungkin disihir namun Tamer; qarin yang sentiasa memerhati dan Amjad sendiri tahu, perubahan Tallulah adalah kerana satu sebab yang lain.
Penceritaannya sekitar isu kekeluargaan dan hal perhubungan; agak deskriptif dan teliti dengan gubahan ayat yang mewah bahasa walau kadang agak meleret dengan kiasan dan ‘story filler’ yang tak penting. Fokus naratifnya lebih tertumpu pada hal psikologi; mitos sihir vs tekanan mental, kritik sosial, hal moraliti dan perspektif perubatan Islam dan moden. Gemar dengan watak Tamer dan bab adventurnya di alam ghaib; agak menarik bila penulis luaskan konteks plot Tamer dengan tujuan qarin dari sudut pandangan agama. Ada hal persahabatan yang diselit seadanya, dinamik Amjad yang banyak pengajaran walaupun kurang intens atau twist tapi cukup bagi impak dalam perkembangan naratif Tallulah.
Naskhah yang bagus kalau suka fiksyen gabungan tema psikologi, sureal dan dinamik keluarga; walaupun eksplorasinya ringan saja bagi aku tapi masih sarat moral dan refleksi realiti tentang isu meremehkan kesihatan mental. 3.8 bintang untuk INKUBUS!
Terima kasih penulis; Zul Azlin Razali untuk pemberian naskhah ini!
Aku sebenarnya baru tahu apa maksud Inkubus bila selesai sahaja membaca, itupun atas bantuan Google - yang mana kemudiannya semua terus masuk akal. Awalnya aku agak bingung, siapalah yang menjadi tukang cerita sepanjang pembacaan. Bila sampai satu bahagian tu, barulah terungkai. Dia sentiasa bersama, tapi tidak terlihat. Agak berat sedikit gaya bahasa yang digunakan penulis, aku sejujurnya hampir mengalami kesukaran untuk menghabiskan bacaan. Tapi jangan risau, penulis bijak undang suspen, buat aku nak tahu apa jadi seterusnya.
Diringkaskan, cerita ni tentang Talullah yang asalnya ceria berubah menjadi seorang yang pasif dan tertekan. Ada lagi beberapa jalan cerita lain, tapi ini yang utama.
Mula-mula baca tajuk cerita ni, saya sangkakan ia ada kena-mengena dengan kiub atau kubus.
Bila dah habis baca, barulah saya tergerak nak cari makna tajuk novel ni di Google. Jauh menyimpang ya sangkaan saya. Memang tak ada kena mengena dengan kubus langsung.
Selepas habis baca, boleh dikatakan inkubus tu tidak wujud atau mungkin watak utama kedua novel ni hampir menjadi inkubus.
Laras bahasa novel ni kebanyakannya prosa ungu, iaitu bahasa berbunga. Kenalah dengan tekak saya.
Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Peribahasa ini pada hemah saya gambaran paling tepat untuk keseluruhan novel ni.
Kadang-kadang rasa macam tak ada apa yang jadi, walhal sebenarnya ada. Dan konflik cerita ni agak berat sebenarnya, tapi saya rasa kurang peduli pada watak-watak utama dalam novel ni.
Entahlah kenapa.
Dan ada beberapa benda yang pelik bagi saya dalam novel ni:
1- Tamer katanya nak cegah tipu daya Azazil. Dia ada bisikkan benda-benda baik pada Talullah dan Timour. Tapi, kenapa dia tak bisikkan supaya Timour dan Talullah tak berduaan sedangkan mereka ajnabi?
2- Kenapa dalam alam jin, guna nama AKADEMI untuk gerakan Azazil? Nama tu macam terlalu moden, walaupun mereka dah hidup beribu tahun lamanya.
3- Setakat saya belajar dalam kelas Nusus Al-Fiqhiyyah, ustaz saya pesan nama Azazil tu tak ada dalam Quran dan hadith. Kemungkinan besar daripada sumber Israiliyyat.
- Ini antara mesej yang saya dapat daripada novel ni: - Jin tak boleh merasuki manusia. Berdasarkan pengalaman peribadi, saya kurang setuju dengan mesej ni. - Trauma melangkaui generasi boleh meretakkan hubungan kekeluargaan.
Apapun, jangan terima ulasan saya bulat-bulat. Korang cuba baca dulu cerita ni nanti kalau berminat ya.
Proses membaca agak perlahan kerana menemukan banyak kosa kata jarang guna jadi ambil masa untuk difahamkan. Konflik tidak menimbulkan klimaks yang menimbulkan keterujaan. Agak kecewa kerana pertama kali gaya kepengarangan penulis kegemaran saya tidak memenuhi jangkaan standard buku FIXI dan kurang memenuhi keseronokan membaca.
Inkubus karya Zul Azlin adalah sebuah novel seram psikologi yang menggabungkan elemen mistik dan realiti dengan cara yang menggelisahkan dan mencengkam. Penulis membawa pembaca menyelami kegelapan minda manusia, di mana garis antara logik dan ghaib menjadi kabur, menghasilkan sebuah pengalaman membaca yang penuh teka-teki dan menakutkan.
Kisah ini bermula dengan Dr. Zahid, seorang psikiatri yang ditugaskan merawat seorang pesakit misteri bernama Imran, yang mendakwa dirinya diganggu oleh makhluk ghaib dikenali sebagai Inkubus. Ketika Dr. Zahid cuba merungkai misteri gangguan itu, dia mula mengalami peristiwa-peristiwa aneh yang menguji kewarasannya. Novel ini memaparkan bagaimana gangguan mistik boleh mempengaruhi minda, emosi, dan kepercayaan seseorang, mencipta suasana seram yang perlahan-lahan meresap ke dalam jiwa pembaca.
Zul Azlin menggunakan gaya penceritaan yang penuh dengan ketegangan dan emosi. Penulis berjaya menggambarkan perasaan takut dan tidak selamat melalui deskripsi yang terperinci, menjadikan setiap bab terasa hidup dan menakutkan. Selain itu, penggunaan elemen psikologi memberi dimensi tambahan kepada cerita, membuatkan pembaca tertanya-tanya sama ada apa yang berlaku adalah benar-benar mistik atau sekadar ilusi minda.
Watak-watak dalam Inkubus dibina dengan baik, terutamanya Dr. Zahid, yang perjalanannya daripada seorang profesional rasional kepada individu yang dirundung keraguan dan ketakutan sangat menyentuh hati. Hubungan antara Dr. Zahid dan Imran, serta konflik dalaman mereka, menjadi titik tumpu yang menguatkan naratif.
Namun, bagi pembaca yang tidak biasa dengan elemen psikologi yang kompleks, sesetengah bahagian mungkin terasa berat dan memerlukan fokus lebih untuk difahami. Terdapat juga beberapa persoalan yang dibiarkan terbuka, menjadikan pembaca tertanya-tanya walaupun selepas cerita tamat.
Secara keseluruhannya, Inkubus adalah sebuah novel yang mengasyikkan dan menyeramkan, sesuai untuk peminat cerita seram yang juga menghargai elemen psikologi dan falsafah. Zul Azlin telah berjaya mencipta sebuah karya yang bukan sahaja menyeramkan tetapi juga menggugah minda dan emosi pembaca.
Novel yang disumbat dengan ilmu, persoalan dan penghuraian yang meransang atau menguji kebijaksanaan. Secara umumnya, bahasa yang digunakan agak mencabar untuk difahami tetapi jika boleh, lucu dan kadang-kadang dahsyat juga. Plot cerita amat perlahan, hujung-hujung baru rasa nak baca babak seterusnya. Penghuraian watak cukup untuk menggambarkan personaliti mereka. Cuma lewah sikit la setiap situasi ada elemen sasteranya, mahu skip tapi nanti tertinggal point. Tiada elemen kejutan sangat, ceritanya steady je.
Pembinaan konsep yang unik- tema masa dan tempat dunia jin, tak pernah lagi orang buat. Cool jugak la cuma taktahu sahih ke tak. Aku mengharapkan lebih lagi dari kisah jin ni. Macam mana dia lawan Azazil tu menarik kalau dapat diceritakan lagi tapi faham ada limitasi untuk cerita benda ghaib ni.
Pasal watak-watak manusia, persoalan yang timbul tu lambat sikit. Mula-mula baca agak bosan. Situasi yang dihadapi heroin ni realistik cuma solusinya macam mudah sangat je. Teringin juga nak dengar macam mana Dr psy tu cakap dengan mak dia. Skil bercakap macam ni la orang awam boleh guna untuk pujuk siapa-siapa yang ada masalah yang sama.
Epilog dan prolog hanya boleh difahami bila dah habis baca semua. Kiranya garis masa dia mengambil masa seabad? Cool jugak cuma pening sikit la nak faham.
Apapun, cerita yang perlahan boleh ditutup dengan penulisan yang sedap. Bacaan yang layak untuk duduk bertenang, minum kopi dan tak sesuai untuk yang nak thrill.
This entire review has been hidden because of spoilers.