Jump to ratings and reviews
Rate this book

Zainab Al-Ghazali: Tokoh Aspirasi Muslimah

Rate this book
Zainab al-Ghazali merupakan pengasas Persatuan Wanita Islam ('Jama'at al Sayyidat al Muslimat') di Mesir. Misi perjuangan beliau adalah untuk memberi dan menyebarkan kefahaman Islam dalam pemikiran wanita, mendidik wanita mengenai hak-hak dan tanggungjawab mereka serta membawa perubahan dalam masyarakat yang berpandukan ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

Sejarah penahanan Zainab Al-Ghazali bermula pada 20 Ogos 1965, ketika beliau berusia 44 tahun. Beliau dipenjarakan dan disiksa dengan kejam. Namun wanita cekal ini tabah menharungi ujian demi ujian kerana percaya beliau berada di landasan yang benar.

Pada Tahun 1971, Zainab al-Ghazali akhirnya dibebaskan dari penjara selepas Presiden Jamal Abdul Nasser meninggal dunia dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan.

Kepakaran ilmu dan keberanian Zainab al-Ghazali dalam perjuangannya telah menyumbang kepada pembangunan dakwah Islam di Mesir.

Kisah Zainab al-Ghazali harus dijadikan panduan dan pedoman dalam pembentukan jati diri khususnya kaum Muslimah.

229 pages, Paperback

Published January 1, 2022

5 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
No one has reviewed this book yet.

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.