Bagi Dian, ketika ini hanya Roni saja yang mampu memberi terang dalam hidupnya. Tapi sayang seribu kali sayang, Ella, si sahabat baik pula yang bertunang dengan Roni.
Kemunculan tiba-tiba lelaki misteri bernama Zain itu tidak pernah dijemput. Dian cuba menjauhkan diri, tapi anehnya, dia sendiri yang kembali datang kepada Zain. Tujuannya hanya satu; demi untuk mendapatkan Roni semula.
“Saya boleh tolong selesaikan masalah awak. Saya boleh tolong awak dapatkan orang itu semula.” – ZAIN.
Bermula sebagai orang asing, hubungan mereka semakin lama semakin erat sehingga menguak rahsia antara satu sama lain.
Apabila logik akal dan mitos saling bersatu. Dongeng dan realiti mula bertaut.
Tanpa sedar dua hati semakin berbunga.
Namun, untuk jatuh cinta adalah mustahil. Garis masa kehidupan mereka berbeza, tujuan mereka pula tidak sehala.
Pada Roni tergantungnya impian, pada Zain tersandarnya harapan.
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.
Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.
Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.
Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.
Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.
Manuscript yang agak berat untuk saya. Ceritanya bukan straight to the point. Plotnya sekejap masa sekarang. Sekejap patah balik ke zaman dulu. Ya! Ianya memerlukan daya ingatan yang kuat sebab pembaca kena suai padan peristiwa yang berlaku sekarang dan suatu masa dahulu. Banyak juga misteri yang dirungkai dan akhirnya akan menemukan titik akhir perkenalan diantara Zain dan juga Dian.
Dian, Zain dan Ella bersahabat baik sejak dari sekolah menengah. Dian telah lama menaruh hati terhadap Roni tetapi dia terpaksa menolak cinta Roni kerana tiada kenyakinan diri. Bila Roni dan Ella mengumumkan untuk bertunang, Dian rasa dikhianati. Semasa itulah dia bertemu dengan Zain.
Zain yang mempunyai karektor yang sangat misteri. Zain bersungguh mahu membantu Dian mendapatkan semula cinta Roni. Namun pertolongannya bukan percuma begitu sahaja. Ada yang Zain mahukan dari Dian. Hanya Dian yang boleh membantu Zain bebas dari sumpahan itu. Namun hari demi hari Zain berasa berat hati untuk meninggalkan Dian. Tapi apa pilihan yang dia ada? Cinta tidak semestinya memiliki. Tetapi cinta itu mahukan pasangan yang kita cintai itu hidup bahagia.
Walau Zain terpaksa pergi, Dian tidak pernah rasa kecewa. Dia sudah bersedia sementelah dia tahu apa yang terbaik buat Zain. Hilangnya Zain, Dian bertemu semula dengan Amri. Siapa Amri? Apa hubungan Amri dan Zain sebenarnya? Dan apakah Dian bersedia dengan ikhlasnya untuk melepaskan Roni kepada Ella? Semuanya hanya terjawab di pengakhiran cerita.
Cerita ini hanya sesuai untuk pembaca yang mahu untuk berfikir. Betullah, manuscript KDL ini sangat mencabar. Pembaca yang membaca pun jenuh untuk berfikir, inikan pula sang penulis yang mahu bercerita dalam sesuatu yang berlainan. Apa pun good job Kamalia👍
Hampir DNF. Tapi, Dapat juga dihabiskan bacaan saya.
Mungkin sebab saya expect high percentage of love story based on its synopsis and book cover, jadinya bila dah mula baca rasa agak tawar. Ceritanya agak sedikit peratusan cinta itu, lebih kepada misteri. Plot twist misteri tu penulis dah bagitahu awal cerita tapi agak kureng..
Untuk yang suka dengan kisah misteri dan konflik ringan, mungkin akan enjoy buku ini.
Edit (8/1/23) Pembacaan semula.
Saya dapati kisahnya lebih menarik pada bacaan kali kedua. Mungkin kerana saya meletakkan expectation yang tinggi pada bacaan pertama memandangkan buku ini diterbitkan di bawah Prolog Media.
Disebabkan aku dah terbiasa dengan cara penulisan penulis melalui karya beliau yang terdahulu, jadi aku dah boleh jangkakan pace cerita ini bagaimana.
Bolehlah kut aku anggap ini cerita slice of life dengan sedikit unsur misteri dan time travel. Cerita rakyat diselitkan sebagai unsur time travel. Aku suka bagaimana penulis menulis dari sudut pandang Mak Tanjung yang selama ini kita baca dan tahu hanya dari sudut anak-anaknya, Melur dan Pekan. Aku selalu percaya, setiap cerita pasti ada dua sisinya.
Boleh dilihat perkembangan wataknya terutamanya Dian yang pada awalnya aku rasa agak menjengkelkan namun perlahan-lahan berubah dengan kemunculan Zain. Aku juga suka dengan watak Ella yang lari dari klise.
Cuma peleraian konflik antara Dian dan Roni itu agak tergesa-gesa bagi aku. Apa-apapun aku suka dengan penamat yang baik untuk semua wataknya.
Kadangkala, kita nampak kehidupan orang lain indah dan mengharapkan kehidupan seperti mereka tanpa kita sedar, ada orang lain di luar sana juga mengimpikan kehidupan kita. Jadi, BERSYUKURLAH dan HARGAILAH diri kita sendiri barulah hidup akan TENANG dan BAHAGIA.
It started so promising and I already loved it. Tapi bila separuh terakhir, saya dah tak pasti ini cerita apa. Maaf, cik penulis. Bukan selera saya kot.
Tapi saya puji separuh awal tu memang best.
Cuma saya tak pasti apa jadi sampai separuh akhir buku ni rasa ‘rushed’. It’s just not for me
Apa-apa pun, bahasa dia mudah dan sangat sesuai untuk quick read.
Bila baca novel Kamalia & sedia maklum dengan gaya menulis Kama, kita boleh mula membaca dengan pemahaman ini bukan gaya cerita biasa-biasa.
Sebab novel Kama juga, sudah jangkakan plot twist & rasa happy bila tekaan itu betul 😬 bukan mudah nak teka plot twist penulis.
Watak Dian, sama seperti perempuan lain, bila patah hati & kita kalau boleh tetap mahukan lelaki yang itu juga. Tak ada yang lain. Cuma Dian ada kematangan sikit, jadi tindakannya juga tidaklah terburu-buru dan perubahan hati juga sesuai dengan perjalanan cerita.
Nothing felt rushed in this book :)
Dari awal sampai akhir, susah letak bukunya dan gembira dapat membaca dengan tenang, puas hati dengan jalan ceritanya.
Kita selalu complaint novel Melayu semuanya sama sahaja tapi pada masa yang sama sukar menerima bila ada yang menulis dengan idea yang “fresh” sebegini.
'Tanda-tanda lelaki tu sayangkan kita ialah dia tak berkongsi satu payung yang sama, tapi dia akan bawa dua kaki payung supaya kita tak kebasahan...'
'Proses menulis ialah satu perjalanan yang sunyi. Segala rasa yang tertumpah dalam penulisan kita, hanya kita seorang saja yang rasa.'
'...hidup tidak hanya sekadar hidup dan menanti taufan berhenti. Tetapi daripada hidup dia belajar untuk tertawa, menari dan mencintai segala ujian yang melanda.' ________
Hidup Zain adalah dengan tujuan terakhir -- tugasan terakhir lebih tepatnya sebelum dia mampu untuk kembali kepada kehidupannya yang sebenar. Dan Dian ialah arah kepada tujuan Zain itu.
Mungkin dengan melaksanakan tugasan Zain -- dengan Dian cuba untuk mendapatkan kembali Roni -- ialah tujuan utama Dian pula. Namun dalam usahanya itu, Dian nampak dan sedar kebenaran dalam apa yang dia cari sebetulnya -- iaitu mencari dirinya sendiri. ________
Kelab Duka Lara; tajuknya sendiri sahaja sudah sangat mengusik rasa ingin tahu saya untuk mengetahui kisah apa yang dibawakan buku ini. Pertama sekali, untuk jalan cerita buku ini, pada saya premisnya memang sangat cukup menarik, walaupun memang cukup kompleks dan mampu menjadi rumit andai tidak disusun dengan baik -- jadi untuk aspek ini saya boleh katakan penulis sudah berjaya mengatur dan menulis susunan cerita dengan cukup baik sekali; mudah untuk difahami dan mengikuti kisahnya untuk saya sendiri. Menggunakan penceritaan semula kisah dongeng masyarakat 'Batu Belah Batu Bertangkup' dengan olahan dan penambahan adunan kisah tersendiri oleh penulis, sememangnya menambahkan daya tarikan kepada buku ini. Buku yang akan mengusik imaginasi pembaca, dengan memikirkan bagaimana akhirnya sebuah kisah kanak-kanak yang pernah kita baca ini akan berakhir dengan latar masa moden dan terkini pula, dan dengan bagaimana kesan daripada konflik-konflik baharu yang dihadapi watak lain akan memberikan impak kepada jalan cerita kisah ini. Penulis juga membawakan isu terkini dunia penulisan dan penerbitan buku; tentang bagaimana sesuatu populariti memang memainkan peranan dalam pemasaran buku-buku pada zaman kini.
Seawal jalan cerita bermula pembaca memang sudah dibuat ingin tahu dengan unsur sedikit misteri akan kemunculan Zain, yang pada saya memang jadi faktor pendorong untuk tetap meneruskan pembacaan. Beberapa persoalan lain turut ditimbulkan, yang akan membuat diri kita untuk berteka-teki tentang siapa dan bagaimana. Pengakhirannya juga boleh saya katakan adalah satu pengakhiran yang saya tak jangkakan dan nampak ia datang. Namun begitu, sepanjang perjalanan plot, banyak kali juga jalan cerita masuk kepada bab mengimbas balik kisah-kisah watak, yang saya dapati agak membosankan saya -- mungkin disebabkan oleh cara penceritaannya, atau mungkin disebabkan oleh kerana imbas kembali ini yang berkisar banyak tentang punca kenapa sekian-sekian watak ini berperwatakan sekian-sekian, yang pada saya impaknya tidaklah begitu signifikan. Satu hal juga, yang saya rasa macam satu plot-hole, ialah bagaimana Dian menekankan yang dia inginkan kembali haknya, tetapi sampai ke sudah saya tidak nampak apa hak yang dia maksudkan itu, begitu juga dengan bila Dian mengatakan dia marah pada Ella tapi atas sebab utama yang apa, juga tidak jelas pada saya (mungkin saya ada terlepas pandang di mana-mana).
Sebab itu juga, pada saya perwatakan Dian memang susah untuk buat saya suka kepadanya, walaupun begitu perkembangan wataknya yang selamatkan Dian daripada jatuh ke dalam kategori watak yang terus menjengkelkan -- saya suka bila akhirnya Dian mampu untuk menjadi dirinya sendiri, dan tidak lagi menyandarkan apa-apa yang dia sudah jadi pada hari, kepada sesiapapun lagi, tidak Roni dan tidak juga Ella. Dan untuk itu terima kasih pada Zain -- satu karakter yang sangat 'smooth' pada saya, cara 'mengurat' pun smooth dan tak janggal; watak Zain ni entah kenapa smooth juga masuk ke dalam hati saya -- yang dah ciptakan satu attachment pada lelaki ini tanpa saya sedar -- yang bila Zain kena pulang ke tempatnya, buat saya sampai menangis. Ringkasnya, watak-watak dalam buku ini memang semua wholesome dan dapat happy ending. Tidak ada watak yang menyakitkan hati tahap nak baling buku sangat -- dan pada saya semua watak memang wujud untuk bantu watak Dian ni berkembang. Dinamik watak yang memang menarik -- terutamanya watak Tuah (haiwan kebenaran saya).
Untuk aspek lain seperti gaya penulisan buku ini, walaupun saya gemar dengan penggunaan bahasa yang sedikit baku terutamanya untuk bahagian naratif tetapi saya lebih suka jika dialognya menggunakan bahasa yang lebih santai, dan dalam buku ini pula saya lihat seperti dialog-dialognya tidak begitu konsisten -- di antara ingin menggunkan struktur ayat yang baku dan santai, atau kedua-duanya dalam masa yang sama; mungkin memang itu ialah tujuan utamanya (lagi pula ini buku pertama penulis yang saya baca, jadi belum kenal dengan gaya penulisannya bagaimana). Konflik yang dibawakan oleh buku ini juga tidaklah berat dan pembacaan saya memang mudah meskipun pada kadar sedikit perlahan.
Jadi, untuk merangkumi ulasan ini, pada saya buku ini ialah satu buku yang memang lain daripada buku yang sering saya baca, dan merupakan bacaan yang memang menghiburkan; satu buku yang sangat sesuai untuk pembaca yang mencari kelainan dalam genre bacaan buku fiksyen semestinya.
Cerita yang sederhana kerana bahagia itu sederhana.
Kelab Duka Lara merupakan novel jaman now yang menyelamatkan saya dari terus skeptis dengan keluaran novel-novel terkini. Cantuman pengembaraan masa dan kisah dongeng membuatkan jalan cerita novel ini lebih menarik. Walaupun ada beberapa babak sudah diduga, tetapi ia tetap mampu buat saya ralit membaca dan menaruh harapan supaya saya silap.
Tema peluang kedua dan persahabatan yang digubah bukanlah luar biasa. Dian, karakter utamanya pula ada masa meninggalkan rasa sebal. Biasa-biasa sahaja kan? Namun inilah jenis isi yang menyukakan hati saya jika membaca fiksyen. Cerita ringkas, watak tidak sempurna dan ada waktu semasa membaca saya terkenang-kenang hidup sendiri.
Secara peribadi, perihal peluang kedua dalam novel ini memberi saya pengajaran baru. Peluang kedua bukanlah semata-mata kesempatan yang perlu ditebus untuk membaiki kesilapan. Adakala ianya jalan baharu untuk melepaskan dan belajar dari hal-hal yang lalu. Peluang kedua tidak akan berhasil jika hati tidak sungguh mengizinkannya.
Sebenarnya saya tertanya apa relatif tajuk Kelab Duka Lara dengan karya penulis seperti magical realism ini? Sekali lagi dengan lagak sederhana penulis. Beliau berjaya membahagiakan saya dengan penutupnya.
BESSSTTTTTT..... Suka Kisah Zain & Dian. Plot-twist dia mmg kawkaw & tak terfikir 😂 Tahniah buat penulis untuk Kelab Duka Lara dan teruskan berkarya. Please tulis byk-byk lagi novel dengan prolog 😆
Sejujurnya agak sukar untuk aku menghabiskan bacaan buku ini. Sebab utama adalah kerana aku tidak gemar akan sikap Dian yang aku anggap tidak berusaha dan hanya menyalahkan orang apabila sesuatu berlaku di luar kehendaknya. Aku jadi geram dengan perangai dia yang mahu merosakkan hubungan cinta Ella dan Roni. Padahal, Ella dan Roni kedua-duanya sahabat baik Dian. Sanggup pula dia terfikir untuk buat perkara sebegitu.
Mujurlah sikap Dian berubah seiring dengan pengenalan dengan Zain. Dia mula sedar bahawa dia terlepas hal-hal kecil yang memberi kebahagiaan hanya kerana dia asyik mengejar sesuatu yang tidak pasti. Aku suka life lesson ini.
Novel ini mengangkat tema cinta khususnya, ditambah perisa dengan kisah rumah penerbitan, penulis, dan paling penting persahabatan. Aku paling suka dengan kisah persahabatan. Ella sesungguhnya seorang sahabat baik yang patut dijaga rapi. Watak paling comel pastinya jatuh kepada kucing bernama Tuah. Mengetahui siapa diri di sebalik Tuah buat aku rasa sedih 🥺
Watak Puspa Kirana yang hadir sebentar cuma membuatkan aku teringat pada seorang penulis lama yang sehingga kini cukup terkenal bernama Hlovate. Aku ingin juga memiliki novel-novel Hlovate jika berjaya diterbitkan semula pada satu masa nanti. Hihi. Tetiba selingan kan 🫢
Percubaan penulis dalam mengaitkan cerita dongeng rakyat Melayu dengan cerita zaman kini seharusnya diberikan pujian. Berjaya juga membuatkan aku memandang dari sudut yang berbeza mengenai kisah batu puaka, Batu Belah Batu Bertangkup dan Nenek Kebayan.
Pace buku ini agak perlahan bersama sesekali teknik imbas kembali digunakan, dan tidak dinafikan yang ada beberapa ketika aku rasakan ceritanya mendatar saja. Walaupun begitu, aku tetap meneruskan bacaan dan ternyata pengakhiran novel ini secukup rasa 💛 Suka juga dengan laras bahasa penulis. Nampak kemas dan cermat dalam penulisan.
Best! 1) suka perkembangan watak dalam KDL ni. Cerita cinta biasa, jadi luar biasa dengan keunikan setiap watak 2) suka elemen cerita rakyat yang dimasukkan dalam KDL. Lila suka ‘pekan’ 3) cerita tentang kehidupan sebagai penulis buat jiwa penulis Lila terasa dekat dengan cerita ini. 4) sebab dah terbiasa dengan gaya penulisan Kak Kamalia, elemen kejutan dalam buku ini memang dinantikan. 5) Lila puas hati dengan ending, adil untuk semua watak.
Walaupun tajuknya Kelab Duka Lara tapi kisah dalam buku ni takde la mendukakan hati sangat bila kita faham dengan konsep "Bahagia itu sederhana".
Dian, seorang editor di sebuah syarikat penerbitan. Berkawan baik dengan Ella, seorang Instafamous. Kemudian Dian bertemu Zain dan Tuah (seekor kucing) yang memilih 😁.
Perjalanan ceritanya aku rasa seperti terkena renjatan eletrostatik yang tiba-tiba menyentap hahahahaha...apa punya perbandingan la aku guna kan 😂.
Apa yang aku suka, penulis menggunakan cerita kanak-kanak lama dan mencipta imaginasi baru kepada apa yang berlaku selepas itu.
Kesimpulannya, cerita ni sweet dan simple, takde yang berlebihan sangat, sedang elok saja. Nak kan cerita tentang persahabatan, cinta tiga segi, plot twist ringan-ringan dan sedikit misteri dan fantasi. Semuanya diadun dengan baik oleh penulis.
Satu lagi point penting aku nak bagitahu, cerita ini memberi spotlight kepada watak seorang yang pendiam, tak kejar populariti dan tak kisah kalau takde siapa pun nak kawan dengan dia. Dian selesa dengan dirinya dan dia buktikan orang sepertinya juga boleh bahagia.
At first I don't like watak Dian sebab I rasa macam dia ni annoying for some reasons. Senang cerita I couldn't deal with her character. But then lama ii I started to like her bila dia jumpa dengan Zain. Well, I must say that this book didn't reach my expectation but that doesn't mean buku ni tak best ! It's still a good story.
"Inilah yang dinamakan takdir. Dari mana rantai tu tak penting. Yang penting ialah kita dah jumpa kuncinya. Saya ingatkan ia ambil masa beberapa tahun saja. Rupa-rupanya untuk menyelesaikan tiga tugasan itu, saya perlukan ratusan tahun. Sangat melelahkan." .
Betullah, selera manusia tak sama. Aku suka giler buku ni. Sampai je parcel pada 1/12/22, terus baca pada hari yang sama. Mula-mula baca Kambus, sebab expect yang buku tu takleh baca malam-malam. hahaha. Lepas je habis Kambus, terus proceed with KDL. Baca tanpa sebarang expectation, terus masuk dalam hati aku. .
Baca buku ni, terus terasa vibe Goblin. .
Dian yang cintakan Roni dalam diam, kecewa bila Roni bakal berkahwin dengan Ella. .
Zain ialah lelaki misteri yang ingin membantu Dian dapatkan Roni. Kerana Dian ialah tugasan terakhirnya sebelum Zain pulang ke tempatnya. Dengan berbekalkan kunci dan kotak misteri, yang dalam kotak tersebut ada kertas kosong, Dian perlu menulis apa yang dia mahukan. .
Mula-mula, seronok la juga Dian sebab Roni mula memberikan perhatian kepadanya. Lama kelamaan, spark tu dah hilang. Dian lebih selesa bersama Zain. .
"Sekarang saya dah faham maksud tugasan akhir itu. Rupa-rupanya bukan untuk mengabulkan permintaan dengan mendapatkan apa yang kita nak, tapi sebenarnya untuk meraikan momen-momen kehidupan yang ada." .
Tambahan pula, Dian ni special. Hanya Dian yang nampak 'keajaiban' yang selama ni, hanya Zain dan Tuah, si kucing buta yang nampak. Itu petandanya, tugasannya bakal berakhir dan Zain boleh pulang bersama Tuah. .
"Kalau awak cintakan saya, janji yang balik nanti, awak kena teruskan hidup baik-baik. kahwin, ada anak cucu dan keturunan yang ramai. Hidup bahagia sampai mati." .
"Awak pun kena janji hidup bahagia. Kahwin dengan lelaki baik, yang lagi tampan daripada saya. Hidup damai dunia akhirat." .
"Saya janji." .
"Selamat tinggal, Dian. Kalau ada rezeki kita akan berjumpa semula di kehidupan lain yang lebih abadi." .
Buku ni ada sedikit vibe Infiniti, Kita Yang Kedua punya ending. Bittersweet gitu. .
Untuk yang sukakan this kind of genre, bolehlah baca. Aku sememangnya rindukan buku Prolog sebegini.
Kelab Duka Lara, fuhh can't believe I finished it already. Alright HAHAHAHAHAH perasaan yang sangat bercampur baur sekarang ni (in a good way). Ok, so this story is about Dian, gadis yang merupakan editor I guess kat sebuah syarikat penerbitan. Dia ni suka dekat Roni, aka highschool crush and bestie trio sekali dengan Ella. Somehow tetiba dia dapat berita Roni bertunang dengan Ella. So heartbroken lah kan minah ni. And then, there's loket biru, a cat and BLA BLA BLA BLA Zain and boom hehehe.
Soooo, for me, this story berakhir dengan happy ending like I'm in shock, sad but happy in the same time. (I LOVE THIS TROPE DIA MACAM FORBIDDEN SEBAB YEAH BEZA GARIS MASA WHICH MAKE ME URGH WHY YOU ARGHHH) Tapi serius aku macam blush tak boleh bawa bincang sepanjang lepas dia buka peti besi tu sampai habis cerita. Zain is such a gentleman, oh for a man like him to be mine, mimpi jelah. Cerita digarap dengan baik, dia macam tengok drama lah feeling dia tu. So, I love it. For someone yang baca buku untuk plot, this is for you.
For a Bestie like Ella, I could only wish. Several twist dalam cerita ni, some boleh teka dan ada yang macam buat melopong sekejap dalam ketidakpercayaan. Apa-apapun, berbaloi untuk dibaca. Ouh, btw, there's a fairytale twist we used to be told about. Thank you for writing this masterpiece. Keep on writing gems like this one.❤️❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dah lama buku ni masuk dalam list. Bila ada peluang dapat pinjam library, terus baca.
Kisah tentang cinta tiga segi Dian, Roni & Ella. Berkawan sejak sekolah menengah sampai dewasa. Kisah family masing-masing yang unik, kisah cinta yang tak kesampaian, isu kawan makan kawan, kesetiaan dan persahabatan menjadi rencah utama buku ini.
Menariknya buku ini bila ada unsur time travel dan berkait dengan kisah lagenda Batu Belah Batu Bertangkup. Ada kupas isu logik tak logiknya seorang ibu sanggup tinggalkan anak-anak dia semata-mata kempunan tak dapat makan telur ikan tembakul.
Sukaaaaaaa sangat Tuah. Rasa nak gomol je oyen tu. Tapi tulah. Dia manja dengan Dian dan Zain je. Kalau real life confirm kena cakar dah.
Bercakap tentang Zain & Dian, buku ni mengingatkan tentang buku Bidan karya Nil. Kalau belum baca boleh baca lepas ni ya. Sweetnya lahai Zain ni. Bikin cair!
Buku ini juga ada kupas tentang sisi hidup seorang penulis & influencer. Persamaan mereka ni adalah kena kalis tohmahan netizen. Jalan terus. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Suka dengan watak utama sebab sukakan buku.
Walaupun buku ini ada banyak konflik yang diketengahkan, tapi tetap rasa tenang je. Sangat sesuai dibuat bacaan santai.
Persahabatan Dian, Ella dan Roni sejak dari sekolah menengah membawa ke dewasa akhirnya membawa lara di hati Dian apabila Ella dan Roni bertunang. Kehadiran Zain untuk membantu Dian mendapatkan Roni semula akhirnya membuka lipatan rahsia yang lain yang lebih mengejutkan.
Suasana rumah penerbitan digambarkan dengan menarik. Melalui rumah penerbitan Ilhamewah, banyak isu tentang novel, penulis dan penerbitan dipaparkan dengan penuh pengajaran dan membuka minda pembaca.
Penggabungan cerita klasik Melayu, Batu Belah Batu Bertangkup di dalam novel ini terjalin kemas, dengan unsur imbas kembali yang mengukuhkan jalan cerita.
Saya menyukai garapan persahabatan Ella dan Dian. Sejak mereka mula kenal dari sekolah menengah, betapa protective nya Ella terhadap Dian, sehinggalah mereka dewasa. Banyak hal yang mereka korbankan demi persahabatan mereka.
Saya terkejut dengan plot twist dalam novel ini dan menyukainya. Jalan cerita naskhah ini begitu unik sekali. Walaupun begitu, karya ini tidaklah terlalu duka lara bagi saya usai sahaja membacanya seperti yang tertera pada tajuknya. Masih ada manis dan debar dalam 'kelab' tersebut.
- "...hidup tidak hanya sekadar hidup dan menanti taufan berhenti. Tetapi daripada hidup dia belajar untuk tertawa, menari dan mencintai segala ujian yang melanda." -
Rate 4⭐️
♦️Persahabatan , di campurkan dengan Cerita Rakyat (TIME TRAVEL) Percintaan
Nak kata sedih tu tak Tapi lebih Kepada "SEBAK & TERHARU" 😇
📌Tak semua yang kita Cintai , kita akan memilikinya cukuplah sekadar kita kirimkan doa untuknya 🩷
📌Menghargai Waktu & orang yang masih ada 🌸
📌Jangan memendam segala rasa yang ada dalam diri kita , Dan serlahkan diri kita dengan bakat kita tersendiri 🐣
📌Tentang kisah rakyat yang dongeng tak semestinya Dongeng yang tiada Faedah . Dari dongeng juga kita boleh belajar sesuatu pekara 🤝
first time baca Karya @kamaliaramlan sangat2 Berada dalam dunia Klasik ☺️ . penulisannya tenang je bila baca .
Pembacaan di Medium Santai sangat rekemen utk semua 🫣
In summary : Batu Belah Batu Bertangkup in another universe.
Pekan nak selamatkan Mak Melur, kena siapkan 3 tugasan dan salah satu tugasan melibatkan Dian. So, masuk zaman moden kenalah tukar nama jadi moden, Zain but then bila berjaya balik zaman dia lepas siapkan tiga tugasan, seluruh keturunan kena letak nama Pekan dalam setiap nama mereka. Indirectly, nak bagitahu kat Dian, yes dia tunaikan janji, balik zaman dia teruskan hidup, bina keluarga. So, Dian jumpa keturunan Zain/Pekan masa wedding Ella then masa kat tempat makan. So, Amri ialah keturunan Zain/Pekan.
Btw, love sangat penulis tak buat ending cliche. Maksudnya Roni still with Ella & Dian-Zain berdamai dengan takdir mereka tak berjodoh walaupun rasa suka hadir towards the end of tugasan Zain.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Untuk yang sukakan vibes kdrama Goblin, bolehlah layan buku ni. Mula2 menarik dan membuatkan aku rasa tertanya-tanya. tapi bila pertengahan, agak draggy. Watak musuh lama Dian tu (aku lupa nama dia. malas nak selak balik), aku rasa tak payah wujud pun takpe. teknik imbas kembali agak banyak. kalau tak biasa, mungkin agak pening. Tapi masih boleh difahami.
Saya suka penceritaan semula legenda/sastera dalam bentuk moden. Cumanya kurang berkenan dengan sikap Dian pada awal cerita tetapi perkembangan watak dia menuju ke pengakhiran cerita sudah cukup bagus.
Kisah cinta yg sementara namun itulah yang sebaiknya kan? *menangis di bucu katil*