Jump to ratings and reviews
Rate this book

Embun Anggerik

Rate this book
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas?

Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari esok.

"Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don't really wanna go there and die kan? You just wanna know how does it feel to be alive. Even for a short period amount of time when your lungs are gasping for air." - Alam Uzayr

" Shut up, Alam." - Embun Anggerik

Penghijrahan ke bumi Glasgow bagi mendapatkan segulung ijazah perubatan untuk ditukar dengan segaris senyuman Bonda bakal membawa angin perubahan dalam hidupnya atau mungkin dia akan semakin hanyut dalam dunianya sendiri?

Trigger warning: Anxiety, PTSD. Infertility, Suicide attempt

570 pages, Paperback

First published November 1, 2022

3 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Nur Izzah Hani

13 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (56%)
4 stars
26 (37%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
Read
July 3, 2023
Pertama sekali, saya tekankan bahawa pembacaan saya terhenti pada muka surat 245 sejak sebulan yang lepas dan tidak disambung semula sehingga kini. Maka, ulasan saya adalah pendapat peribadi saya setakat pembacaan saya sehingga muka surat 245.
.
Di awal penceritaan di bahagian bagaimana Embun dan Alam bertemu dan menjadi rapat, sangat menarik dan lancar. Tetapi, kemudian selepas mereka berlepas ke Glasgow, cerita menjadi perlahan dan mendatar. Banyak babak yang tak penting kepada penceritaan keseluruhan. Konflik utama kisah ni, saya pun tak tahu apa dia. Ceritanya bergerak, tetapi tidak tahu ke mana.
.
Kemudian, saya selak-selak di bahagian akhir-akhir cerita dek pembacaan menjadi terlalu perlahan sehingga saya rasa bosan, saya perasan kisah tentang mereka berdua ini jangka masanya terlalu panjang dan di dalam jangka masa itu tertulis kisah-kisah yang saya tak pasti sama ada ia membantu keseluruhan kisah ini (kerana saya tidak dapat menghabiskan pembacaan saya).
.
Saya kira idea kasar penulis untuk menulis kisah yang memberi semangat kepada pembaca, sangat menarik. Seperti buku self-help fiction ver. Walaubagaimanapun, dengan hakikat ianya sebuah kisah novel/fiksi, ia perlukan lebih banyak tarikan.
.
Tahniah kepada penulis untuk naskah ini. Saya pasti ianya sangat berharga kepada penulis dan beberapa pembaca lain, tetapi saya tidak dapat menikmati kisah ini dengan baik. Walaubagaimanapun, mungkin, di masa hadapan, saya akan capai buku ini dan menyambung bacaan sehingga menemui perkataan TAMAT.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 2, 2023
Novel ni dia mainkan perasaan pembaca. Serius. Dalam masa aku fikir ML dan FL ni sweet, tuptup ade pulak elemen sedih. Jadi tak stabil emosi aku
.

Alam Uzayr. Seorang manusia yang pernah tersasar dari jalan lurus. Namun Allah memberi dia pulang ke pangkal jalan demi sebuah kebahagian
.

Embun Anggerik. Hidup dalam keluarga yang serba formal. Arah tuju hidupnya telah ditetapkan. Tambahan pula mereka merupakan pemilik Hospital Nadir. Mau atau tidak, dia perlu libatkan diri dalam dunia perubatan
.

Alam yg pd asalnya dianggap pengawal peribadi oleh Embun, rupanya 'angel' yang dikirim Allah untuk menemani hari2nya. Mereka bernikah sebelum melanjutkan pelajaran ke Glasgow dalam bidang perubatan
.

Embun yang mulanya rasa kesunyian hidup dlm keluarganya, mulai rasa terisi dengan kehadiran Alam. Hari2 mereka dilalui dengan indah sebagai pasangan suami isteri. Alam banyak mengubah Embun
.

Tiba masa utk mereka pulang ke Malaysia. Mereka perlu menjalani housemanship di Hospital Nadir. Namun, ujian buat mereka pabila dunia dilanda virus Neko-V. Alam dan Embun antara petugas barisan hadapan yg terlibat
.

Namun, ketakutan Embun dan keluarga menjadi kenyataan. Pabila dia disahkan menghidap kanser rahim. Ditambah cyst mulai pecah menyebabkan Embun berada dalam keadaan kritikal
.

Sakit. Aku boleh bayangkan betapa hancurnya hati Embun pabila dia seorang wanita dan isteri tak mampu untuk memberi zuriat pada suaminya. Bagaimana Alam? Adakah dia jugak tidak mampu menerima hakikat yg dia tidak akan menjadi ayah?
.

Korang kena sediakan mental yg kuat untuk pertengahan naskhah ni. Memang emosi korang takkan stabil, lagi2 perempuan
.

Thumbs up penulis. Aku rekomenkan sangat korang untuk baca naskhah ni. Menghayati perjalanan hamba2 Allah yang mencari jalan pulang setelah tersasar. Bagaimana mereka reda untuk menghadapi apa jua ujian. Dan disamping menghargai antara satu sama lain
.

#embunanggerik#nurizzahhani
Profile Image for Mslvoe.
2,085 reviews202 followers
December 26, 2022
Awal² baca F belum nampak plot cerita ini. Yang nampak kisah 2 manusia yang berkahwin before fly ke Glasgow untuk study.

Kahwin bukan sebab suka sama suka tapi more to menjaga Embun. Alam, tertarik dengan sikapnya. Diaorang berdua ni cam relax je tau.. takdalah scene marah² mengamuk ke.

Bila sesuatu terjadi pada Embun, baca liku² kehidupan Embun selepas itu.. issh rasa insaf tau. Embun relax je. Bestnya dapat suami seperti Alam.

Bila dah ready nak jadi parents..budak yang Embun and Alam jaga kebajikannya tarik diri. Mulianya hati Embun halalkan semuanya. Dengan izin Allah, Embun dapat jadi parents walaupun Embun tak mengharapkan. Takut pisang berbuah 2x.

Alhamdulillah mudahnya, ibu budak tu memberi. Dan semua merestui anak Embun dan Alam.

Ending best. One happy family 💕
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aina.
32 reviews
February 8, 2024
Pada pendapat saya, EA okay saja. Tak de yang membuat kan saya bosan dan berhenti baca. Pendapat orang lain². Saya baca review orang dulu baru saya baca. Review di TikTok dan di sini berbeza.

Jadi bagi saya EA best. Saya baca TSK memang penat nak habiskan sebab ada beberapa plot yang saya kurang faham but saya habiskan juga. Lepasni saya nak baca novel NIH ni yang lain pula.

Saya suka dengan watak Embun. Saya fikir watak dingin dia dengan Alam akan berpanjangan. Rupanya, sekejap je lepas Alam brain wash dia. Saya suka cara Alam. Rasa macam nak dapat suami macam Alam pulak HAHAHA.

Okay back to Embun. Penyakit yang Embun hidap sebiji sejibon macam kakak sulung saya. Cumanya, alhamdulillah kakak saya tak de cancer tu. Cuma dia ada PCOS, Endometriosis dan tiup dua2 belah tersumbat rasanya. Saya pun tak faham sebab saya baru 16 tahun hehe.

Penyakit ni susah untuk mengandung. Kakak saya macam2 dah dia ikhtiar. Buat IVF pun pernah tapi tak ada rezeki. Alhamdulillah, lepas 5 tahun dia bersabar, Allah Maha Baik, Allah Maha Berkuasa. Kakak saya disahkan hamil. Kami bersyukur sangat-sangat. Sekarang tunggu hari untuk hari dia melahirkan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Kakak saya dan suaminya sangat baik, saya sayang diorg.

Maaf la, bercerita pula.

Kisah Embun dan Alam sangat membuatkan saya sedar. Sebagai manusia yang banyak sangat kekurangan, tak kesah la time kita tengah senang atau susah, Allah juga tempat kita mengadu dan meluahkan segalanya. Saya sedar saya tak banyak berdoa sedangkan doa tu senjata orang Islam. Allah dengar segala doa kita. Ada tiga cara, Allah makbulkan doa kita dengan segera, Allah akan menyimpan (jadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, Allah akan bagi yang lebih baik. Ni saya tahu sebab Alam yang cakap kat Embun tak silap. Dalam masa yang sama, NIH ada juga selitkan terjemahan surah Luqman. Itu sangat menyedarkan saya untuk hafal surah Luqman sebagai kerja rumah cuti sekolah ni huhu.

Kisah Embun dan Alam menjentik hati saya. Ayah saya pernah cakap, sekarang memang saya hidup senang tak pernah rasa susah. Tapi kena hati-hati sebab tak tahu masa depan saya macam mana. Jangan sentiasa rasa yang saya hidup senang jadi saya boleh goyang kaki je. Rezeki memang ada di mana-mana tapi tanpa usaha, doa dan redha Allah tiada apa.

Saya pernah terbayang, kalau saya hidup susah satu hari nanti, boleh ke saya survive dan bertahan? Saya takut. Kakak abang saya pernah rasa kesusahan hidup. Sekarang mereka dah berkeluarga dan alhamdulillah kehidupan mereka senang daripada dulu. Tapi bila saya lahir sehingga hari ini, banyak yang dah stabil walaupun tak semua. Itu mak saya selalu pesan, doa jangan tinggal setiap kali lepas solat.

Okay lah, panjang ni pun takde yang baca pun. EA banyak beri pengajaran bagi yang sedang mencari apa tujuan hidup. Adakah hidup di dunia sekadar untuk kita senang lenang tanpa mengumpul amalan untuk bekal kita di alam kekal?

Love the storyline of this book ❤️✨
Profile Image for waceed.
111 reviews
July 25, 2024
Happy ending. Rate sebenar 3.7.

Pertama sekali, jalan cerita ini bagi aku konflik lain daripada yang lain. Bukannya macam ada orang ketiga seperti kebanyakan novel kat luar sana. Konflik lebih kepada konflik dalaman disebabkan trust issue + past trauma yang dialami oleh Embun Anggerik.

Bagi aku, Alam (tak ingat nama penuh) ni memang green flag ya. Walau macam mana si Embun ni buat perangai, Alam tetap memahami dan sayangkan Embun. Dia takkan tinggalkan Embun sorang-sorang tapi dia tetap bagi masa kat Embun untuk healing ❤️‍🩹 sendiri. Aku suka sikap Alam yang tu. Tambahan, Alam ni orangnya sangatlah sweet dan gentle. Memang idaman semua perempuan kat dunia sebenar.

Embun Anggerik ni pulak bagi aku, dia takdelah terlalu degil sebenarnya. Cuma apa yang aku nampak dia kurang kasih sayang daripada seseorang yang dia perlukan kasih sayang tu. Contohnya, bonda, ayah dengan abang dia. Satu lagi, dia sebenarnya tak sedar yang diorang semuanya sayangkan Embun, cuma love language diorang berbeza. Kat sini, penulis buka mata aku yang setiap ahli keluarga pun ada love language yang berbeza. Siapa kata kekasih je yang ada berbeza love language, family pun ada tau. Haha.

Bab penulisan, aku sangatlah salute 🫡 si penulis. Sebab apa? Sebabbb:

1. Aku tak pasti latar belakang pendidikan si penulis ni apa, tapi nak cakap yang setiap detail perubatan tu mudah difahami (sebab aku dalam bidang tu) dan sangat teliti bila dia bercerita tu.

2. Selain maklumat perubatan, ilmu agama pun ada diterapkan dalam buku ni. Aku suka sebab at least orang yang baca, diorang tak habis baca dengan dada yang kosong. Setiap ilmu tu pun diperincikan dengan satu per satu. Terjemahan + tadabur = GOOD JOB AUTHOR 👍🏻

3. Ada jugak babak-babak yang kelakar dalam ni. Jadinya, tak terlalu mendatar plotnya. Paling aku suka, nama virus ni. Aku tertanya-tanya, penulis ni ada beef dengan Haikyuu!! ke? HAHAHAHA.

Banyak-banyak yang aku puji, kenapa aku cuma bagi 3.7 bintang je, kan? Sebab cara penulisan, dari segi penggunaan ayat tu, aku tak berapa minat. Bila baca tu, aku rasa kekok. Dia macam tak kena. Ha sebab itulah. Tambahan, aku rasa ada je part yang tak perlu diceritakan pun sebab bagi aku, dia jadikan cerita terlalu draggy. Jadi penat nak baca. Begitulah ceritanya 😀.

Dari,
waceed.
Profile Image for copeaaa.
3 reviews1 follower
August 22, 2023
Saya doakan semua yang baca buku ni dikurniakan lelaki seperti Alam Uzayr yang tak sempurna tapi bersama mencari kesempurnaan. Yang setia tanpa batasan. Yang seperti Alam Uzayr la sudah semestinya. AMIN!!

NAK ALAM UZAYR 💓 NAK ALAM UZAYR 😭 NAK ALAM UZAYR 🫶🏻😔
Profile Image for Elurine.
85 reviews2 followers
September 8, 2024
Intro yg agak catchy, senang cerita saya suka sebab ada lawak diselitkan tapi bagi saya perkahwinan antara hero dan heroin terlalu tiba tiba walaupun logik. Dan character improvement yg terlalu cepat. Embun dari seorang yg keras kepala dlm sekelip mata berubah ke arah yg lebih baik. Dkt situ jelah yg mcm eh eh.

Tapi apapun Alam boleh dapat pingat kesabaran & kesetiaan. Sebab dia sangat sangat sayangkan Embun. Embun tantrum ke bad mood ke mood swing ke semua Alam boleh handle. Takde satu situasi pun yg Alam mengalah atau tak boleh handle. Semua dia handle with care. Apapun kebahagiaan Embun adalah keutamaan Alam.

Embun seorang yg sangat rapuh. Hidup dia ibarat diaturkan oleh ibu bapanya. Perasaannya tak pernah dipedulikan. Embun sendiri menganggap ibu ayah tak sayangkan dia tapi secara faktanya, ibu ayah dia sangat sayangkan dia cuma tak tahu nak meluahkan & thanks to Alam sebab berusaha utk rapatkan hubungan Embun dgn ibu bapanya.

Embun Alam ni pasangan nerd yg suka belajar yg sangat sangat comel! Sampaikan josh dlm ni pun tak sanggup nak jadi third wheel diorang 🤣 pastu yg membaca ni pun rasa haih nak Alam boleh tak? Nak culik kejap hahahaha hmm. Alam Embun mmg ditakdirkan utk satu sama lain sbb dua dua ada hobi yg lebih kurang sama, minat yg sama. Dua dua suka belajar. Typical doktor lah nerd tu tapi tak boleh lupa yg diorang timbang garam utk tahu sukatan secubit garam 😭 Dannn the way Alam cerita tentang Embun dkt kawan kawan dia tu mcm dia menang lucky draw tau. Dia tak pernah burukkan Embun walau sekalipun. Semua yg dia cerita dkt kawan dia semua yg baik baik like Embun ni takde kekurangan. Sampai kawan kawan Alam sendiri stres kalau Alam ni tak jumpa bini dia sbb penat dengar Alam duk yapping pasal bini dia 🤣

They healed each other souls too 🥹🫶🏻 paling lurveeeee! Bila Embun not in a good mood, Alam tolong comfort dia dan bila Alam tak okay, Embun cuba utk comfort Alam. Walaupun Embun tak tahu tapi dia cuba, dia usaha. Dan diorang dua ni mmg tahu kelemahan masing masing dan takkan trigger kelemahan tu malah saling bagi semangat utk each other. Haih comel betul relationship diorang ni 🤍🤍

Apa yg paling saya suka, buku ni penuh dgn ilmu terutamanya ilmu agama, ilmu yg menjadi petunjuk utk kehidupan kita. Alam ni dia tak perfect bab agama tapi dia belajar dan dia ajak Embun sama sama utk jadi solehah utk dia dan dia pun belajar utk jadi seorang yg soleh. Dia tak pernah paksa Embun, tapi dia cakap dgn lembut. Fahamlah kenapa Embun mudah terima Alam, mudah berubah ke arah yg lebih baik sbb sikap Alam sendiri menunjukkan segalanya.

Cerita yg fast paced. Smooth jalan penceritaannya. Cuma bagi saya elok lagi kalau beri masa utk keduanya. Maksudnya utk satu fasa tu dipanjangkan tempoh. Tempoh utk Embun berubah dari keras kepala, ignorant tu slow slow ubah ke arah yg dia boleh dgr cakap dll. Sebab dalam dunia realiti semua perlu masa tapi tulah Alam Embun pun dunia fiksi. So okay je. Bacaan yg sangat berbaloi utk dibaca tapi lagi barbaloi sbb dapat kenal lelaki terpaling green flag 😔🫶🏻
Profile Image for Nurfarah Alyaa.
26 reviews
July 13, 2024
🕊 Embun Anggerik - Nur Izzah Hani 🕊 @nurizzahhani
@penerbitanaha

5/5 ✨️

Dr. Alam Uzayr 🤍 Dr. Embun Anggerik
omgg educated couple!! my dream ya nak ada title dr. kat nama with my partner hihi 🤭😙

🤍🤍🤍

"Siapa yang sakiti Cik Embun sampai jadi macam ni?"

"This world is hurting me."

"Then, I need to protect you from this world la kan? It is in my job scope. To never let anyone hurt you Cik Embun."

🤍🤍🤍

"Embun sayang Alam lillahi taala."

🤍🤍🤍

"It has been a long journey kan sayangku? Good job my little fighter."

🤍🤍🤍

when i tell you i cried baca novel ni, im not lying ya 😭 mostly sebab sedih dengan Embun je. Such a strong woman she is 🥹 she has gone through so much that she eventually become stronger and she didnt even realize. What she gone through is something i believe every woman fear of. Infertility. Bukan tu je. dengan sakit yang dia lalui lagi 💔😿 much much love for Embun. Nak pelukk pelukkk Embunn eee geramm dahlah comel aje dengan laki dia 😍

in my opinion, Embun suka buat assumption sendiri. Pasal parents dia, abang dia. Even Alam sekalipun. Tapi faham jeeee kenapa. dia macam lack of communication dengan family members dia sebab yelaa family kaya raya, career diutamakan, what do you expect kan? but i am sooo glad things settled up. Character development untuk watak cerita ni memang on top. Especially Embun!! 😍

Obvious ke kita paling suka Embun?

I loveee how the couple not awkward of showing love to each other. Ada cara mereka yang tersendiri. How they always be there for each other. Jujur. Alam have everything i want as a husband 🥹 Mana nak jumpa seorang yang macam Alam ni 😔

tengok last slide tu, it describes Embun & Alam perfectly.
Side characters dalam ni pun tak mengecewakan yaaa. SUKAA. Joshua, Mia, Cempaka, Dr. Hana. Memang mantappp. Paling suka Cempaka. Memang girl's girl 😍😍Joshua sebab dia kelakar tapi tulah takdir dia memang forever alone kot 🤭 takpelah josh, biar saya teman josh. Dapat jumpa Embun hihi. i also love the medical issues mentioned dalamni. maklumlah cita-cita nak jadi doctor (Aaminn)

conclusion, buku ni cukup rencah ya. manis dia, pedih dia. balanced. my cup of tea. recommended 😍💯
Profile Image for addreads.
288 reviews25 followers
October 28, 2023
𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘯𝘪 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘤𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘯?

Mengisahkan tentang Alam Uzayr & Embun Anggerik. Alam yang masih mencari tujuan hidupnya dan Embun yang hampir putus asa dalam hidup. Bagaimana dengan pengakhirannya?
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
MasyaAllah beautifully written.. All the emotions to the fullest Ad guna. Puas. Happy. Sebak. Geram. Literally all. Segala ilmu, nasihat & problem dalam ni Ad suka. Can we go to the characters?

Alam Uzayr, dia tak sempurna. Tapi usaha dia untuk menjadi yang terbaik sebagai muslim dan pembimbing buat Embun. Wow 💘 soft spoken, loving, sweet, kelakar, sabar, tegas, paling penting sayang Alam buat Embun no one can beat 🥺 Alam pakai earphone bukan dengar lagu tau tapi, dengar voice recording Embun bacakan notes 😌 extra Ad nak tekankan is his love language. All 5 dia sapu 🤭 but my most fav is.. the way Alam panggil Embun, all his sentences mesti dia sebut Sayangku Embun Anggerik 💖 new love language 'Sayangku'

"𝐄𝐦𝐛𝐮𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐢𝐤 𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚. 𝐁𝐢𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐧𝐢 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐔𝐳𝐚𝐲𝐫. 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮."

Embun Anggerik, kesayangan Alam yang solehah & bijak 💕 Ujian yang dihadapi Embun sakit. Apa yang dipendam Embun sakit. Embun sangat kuat. Ad nangis baca. Especially involved dengan family. But yes, Tuhan takkan uji diluar kemampuan hamba-Nya.

Both ada kelemahan tapi they really comfort each other. Imperfectly perfect couple. They both sayang for the sake of Allah ✨ the development semua watak, flow cerita, conflict. Ad 🫶🏻 perfect read for me. Ad PUAS! Nak rant lagi tapi marilah kita berhenti sebelum kenyang. Sila baca please. Ad dah mabuk Alam Uzayr. Semoga kita semua dipertemukan jodoh seperti Alam Uzayr. Sempurna luar dan dalam 🤍 kejung pipi Ad ..

𝙴𝚖𝚋𝚞𝚗 𝙰𝚗𝚐𝚐𝚎𝚛𝚒𝚔 𝚔𝚞𝚗𝚝𝚞𝚖 𝚙𝚊𝚕𝚒𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚔𝚊𝚛 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚝𝚊𝚖𝚊𝚗 𝚕𝚊𝚛𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝙰𝚕𝚊𝚖 𝚄𝚣𝚊𝚢𝚛.

𝙻𝚒𝚕𝚕𝚊𝚑𝚒, 𝙰𝚕𝚊𝚖 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐𝚔𝚞 𝙴𝚖𝚋𝚞𝚗 𝙰𝚗𝚐𝚐𝚎𝚛𝚒𝚔.
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
February 11, 2023
Embun Anggerik-Alam Uzayr

The nerdie couple. Embun yang tersakiti dan pilih untuk akhiri hidup. Alam yang tercari-cari tujuan hidup. Pertemuan Embun dan Alam berkisarkan hubungan antara dua keluarga. Embun menjadi sebab Alam nak teruskan hidup. Alam pula menjadi 'pintu' untuk Embun lari dari sunyinya hidup dia waktu itu.

Alam dan Embun; ada persamaan. Both are fragile to begin with. Watak Embun mula-mula tu, keras tahap takleh nak terima lah kata orang tu. Memang cold habis. Alam pula, of course lah berlawanan. A soft spoken guy. Embun marah pun dia rileks aje.

Bila diaorang dah kahwin, Alam softly guide Embun to be softer yet stronger than before. Dalam kerasnya Embun sebelum ni, Alam tahu Embun menyimpan sakit yang sepatutnya dikongsi bersama. Marriage life diaorang sweet dan kelakar! Tahulah dua-dua bakal doktor. Apa duk siang ikan pun macam duk belah dada orang dekat bilik bedah 😂

And of course ada part yang pain juga. Ujian untuk Embun, ujian untuk Alam juga. Dan Alam kata, "Apapun yang jadi, kita berdua, sama-sama sampai selama mana yang Tuhan izinkan." *rama-rama auto terbang dalam perut*

Other than Embun-Alam love story, Embun punya relationship dengan family dia pun melekat juga dekat hati ni. Tak tahulah berapa kali menitik air mata bila masuk part family matters. Sayu betul 😔Nasib baik dah setia tisu awal-awal.

Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
December 10, 2023
• They heal each other
• They are perfect in their own imperfection
• Bagaikan kaca retak yang melengkapkan each other semula
• Tiada usaha yang sia-sia dan tiada pengorbanan tudak dipandang Tuhan
• Walaupun sekuat mana kita, masih perlu bahu untuk bersandar
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.