Isabella, seorang srikandi Islam di Sepanyol. Buku ini mengisahkan bagaimana Umar Lahmi yang berjaya menarik Isabella yang merupakan anak ketua paderi di Sepanyol untuk memeluk Islam dengan hujahnya menentang Bible.
(Ramai tanya di GoodReads di mana boleh dapatkan buku ni. Aku beli dua minggu lepas di Kedai Buku 1Malaysia. Masih ada jual)
Sebuah buku perbandingan agama Islam-Krisitian yang sarat dengan topik-topik asas Kristian dan Islam itu sendiri.
Novel ini bukan boleh dibaca ketika menunggu bas di pondok bas, tetapi perlu teliti bait demi bait untuk memahami dan memikirkan apa yang ingin disampaikan penulis.
Tulisan yang kemas. Penterjemahan yang kemas. Isi dan isu begitu detail. Tidak berat sebelah untuk menyalahkan agama Kritistian, tetapi menggunakan dalil agama Kristian itu sendiri untuk mencari kesalahan tersebut.
Aku dulu pernah skeptis dengan Islam. Dan ada beberapa karya yang aku baca dapat mengubah pemikiran aku. Dan bila baca karya ini, ada satu part di mana aku dapat berfikir dengan lebih 'waras'.
Tetapi dalam bab Jesus menjadi mangsa terhadap kesalahan orang lain itu, aku perlu bertanya kepada Islamis sendiri. Kerana dalam Islam juga ada, dan tidak dibahas dalam novel ini.
Sebuah buku yang amat baik dibaca oleh generasi muslim di malaysia yang cintakan agama dan keamanan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia sebuah novel islamik perbandingan agama terbaik yang pernah saya baca selain buku2 perbandingan Islam-kristian lain. Saya telah membaca novel ini pada zaman belajar di universiti dulu pada 1989 daripada seorang rakan. Bagaimanapun, setakat kajian yang telah saya lakukan, buku ini tiada lagi di pasaran, manakala marwilis publisher pula telahpun dibubarkan menjadi kedai buku biasa sahaja beroperasi di shah alam. Mengikut sumber2 yang rapat dan ada sangkut paut dengan marwilis publisher (marwilis publisher is owned by uncle of one of our reknown Malaysian novelist), buku ini tidak disambung lagi pengeluarannya kerana isu yang diutarakan itu 'dikatakan' isu yang sensitif, menyentuh agama kristian malaysia, dan dikhuatiri 'menyinggung' hati penganut agama2 tersebut (sedangkan pada hari ini, agama Islam diperleceh biarkan ia sebagai agama rasmi Malaysia tiada orang kisahpun).
Saya memiliki salinan digital novel ini yang dikumpul satu persatu dari pelbagai sumber maya (terima kasih kepada semua bloggers/netters yang daripada mereka telah saya perolehi cerai2an bab dalam novel ini). Oleh kerana sukarnya mendapatkan novel ini, maka saya telah mengambil daya usaha menyusun kembali ceraian bab2 daripada sumber2 maya itu menjadi satu novel lengkap, siap dengan front cover lagi. Dan rasanya salinan digital yang saya ada adalah yang paling lengkap berbanding yang ada di internet. Bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh seorang peminat buku ini dari Sabah(he is a Moslem-converted Christian and cravingly look for this book, like me), salinan digital yang saya kirimkan kepadanya meskipun adalah yang 'paling lengkap' tetapi ia sebenarnya tidak lengkap sepenuhnya, ada sedikit maklumat telah digugurkan. Beliau tidak memiliki novel ini telah fasih berkenaan dengannya. I dont know which is true.
Pelbagai sumber telah saya jejaki, termasuklah menghubugi Dato Abdullah Hussain sendiri (penterjemah novel), namun belum berjumpa dengan naskah asal novel ini. Justeru, sesiapa yang memiliki naskah asal novel ini (kulit warna hitam) saya memohon agar dapat hubungi saya kerana banyak perkara boleh dibincangkan dan banyak manfaat darinya boleh diperolehi. For the time being while still searching for the original manuscript, netters yang belum berkesempatan membaca novel ini dan berminat untuk membacanya, bolehlah menghubungi saya. Insyaallah akan saya kirimkan menerusi email salinan yang saya ada. Assalamu'alaikum.
Saya tak baca buku ni dalam versi melayu. Punya saya, versi English warna kuning..dihadiahkan oleh seorang kakak kepada saya about 15 yrs back on the same day she bought. Dia beli dengan harga yg rendah, di jual oleh seorang lelaki tua tak tahu kenegaraannya ketika itu, diluar Masjid Habib Noor Spore. That was the only time he was seen. Buku ni agak usang..tapi yg saya amat kagum adalah penyampaian dakwah dlm bentuk cerita di novel ini. Yg lebih saya terkesan adalah rasa syukur menerima naskah ini kerana this is the one and only book sold here which answered all my doubts back then..Tak akan jumpa di sini lagi.
Based on true story. Saya rasa mmg buku yg sama walaupun diterjemah dalam aliran bahasa yg berlainan. Jadi saya beri bintang untuk ni.
Issabella, a head priest daughter was very knowledgeable and a scholar of the bible. Quite eloquent in her speech and had a commanding personality. Dia mula mencari jawapan tentang Islam setelah hujah2nya dipatahkan oleh one of the Islamic student. Her journey was not easy. People from both side are skeptical and wary of her intentions. Terpaksa bertemu secara rahsia demi mendalami Islam. Dia dikurung dalam bilik bawah tanah dalam kegelapan apabila bapanya mengetahui apa yg telah dia lakukan. Dlm keseorangan tu, dia memanjatkan doa kepada Allah dan dimakbulkan. Prinsip yg dia pegang, tidak menyerah atau tunduk selain Allah menunjukkan yg dia seorang yg tabah. She reminded me of Aisyah r.a. Bukan ini yg saya nak sampaikan di sini.
One single book change ur understanding or views towards Islam and the Christianity. Walaupun hujah2 yg dipatahkan itu, ayat2nya dipetik dari Alquran and part of the bible, cara ia menerangkan setiap ayat senang nak dihadam, dan iman takkan mudah goyah bila diutarakan soalan yg sama sebabnya ia diterangkan dengan cara yg mudah difahami. Yg penting, saya rasa jika ada seorang penganut Christian membaca naskah ini, mungkin tidak akan terasa hati.
Sesuai bagi setiap orang yg ingin mengetahui tentang Islam dan those who did comparative studies. Not considered as concise but precise. I mean this gives us an edge towards our limited knowledge to progress further especially to those (Muslim) whom masih terumbang ambing mencari jawapan..Lepas ni jgn lupa continue menuntut ilmu ya..hehehe. Hopefully, we are really talking about the same Issabella and book..Mungkin ada sedikit kelainan.
I got the pdf from one of the twitter user who recommended this book and I am grateful for it.
This is my last book of 2013 and I must say I am satisfied. Not just because it tells me more about my religion, but also somehow gave me the satisfaction when other disbelievers see Islam, see how true it is and become a believer. This book is more of a debate, a comparison of Islam and Christianity. It is a story of Isabella, the daughter of a high priest, who has been learning about Christianity since she was a kid, suddenly moved to learn about Islam when she heard the conversation of two Muslim guys, debating about her religion. And she converted to Muslim and become one who devoted herself to Islam.
Reading this made me appreciate, grateful, to be born as a Muslim.
my mom gave me this book when i was in secondary school as she knows i am very addicted to reading stuff - novels and books.
my mom used to read this novel when she was in teacher trainee college and she passed down this book altogether with the obsession to reading stuff like this and the bookholic gene to me as well. hehe. thanks mom.
this story is inspiring and lotsa helpful knowledge that can be gained. from my humble opinion, this is one of the best novel revealed the debates between religion.
Buku ini walaupun dikarang secara fiksyen, tetapi sarat hujah daripada kedua-dua belah pihak yang mempertahan agama Islam dan Kristian. Sangat baik untuk pelajar perbandingan agama, juga kepada Muslim mahupun Kristian untuk mengetahui titik-titik perbezaan dan persamaan antara kedua-dua agama samawi ini.
Isabella sebuah novel terjemahan tulisan Maulana Muhammad Saeed Dehlvi yang mengisahkan tentang seorang anak ketua paderi di Cordoba Sepanyol bernama Isabella. Isabella merupakan seorang remaja perempuan yang cerdas dan banyak mengaji tentang kitab Injil.
Satu ketika Isabella terdengar perbualan 2 orang Muslim yang berbicara tentang kitab Injil yang menyebut tentang hukum agama yang merupakan satu kutukan (jika patuh hukum agama mereka dilaknat, sebaliknya jika tidak patuh pula dihukum bersalah kerana tidak mematuhi hukum agama). Satu petikan yang menyebabkan Isabella menjadi tertanya-tanya dan perasaan ingin tahu lebih lanjut menjadi membuak-buak sehinggalah berlaku sesi perdebatan yang membuatkan Isabella memeluk Islam.
Beberapa persoalan muncul ketika saya membaca novel ini. Antaranya siapa Isabella yang saya baca ini? Anggapan awal ratu Isabella yang terkenal dengan tragedi pembantaian umat Islam di Sepanyol ketika dahulu. Ternyata saya silap. Isabella yang saya baca ini bukanlah ratu Isabella yang disebut sejarawan terdahulu.
Persoalan yang seterusnya timbul adalah adakah Isabella yang disebut sebagai srikandi Islam ini pernah wujud di Sepanyol ketika satu dahulu? Wataknya seolah-olah pernah wujud cuma difiksyenkan menjadi 'novel sejarah'. Saya cuba membuat carian di Google, ternyata hampa tidak ada. Rupanya buku ini merupakan kajian perbandingan antara Islam dan Kristian.
Banyak dialog dan perdebatan yang berlaku di dalam novel ini yang saya kira cukup jelas dan mudah untuk difahami. Perbandingan ini melibatkan petikan kitab Injil daripada pelbagai versi dan dibalas hujah pula dengan kitab Al-Quran.
Isabella, satu kisah tentang pertembungan 2 agama. Kisah yang berlatarkan Cardova dimana seorang wanita mencari kebenaran dalam agama. Satu kisah yang sarat dengan pengetahuan dan penjelasan tentang agama. Kisah mencari jalan kebenaran.
Perdebatan perbandingan agama yang dipersembahkan dalam bentuk fiksyen ini memberi kesan yang amat mendalam. Isabella adalah antara novel yang dibaca ketika remaja yang masih segar dalam ingatan sehingga kini. Kalau ingin dibuat perbandingan dengan karya terkini yang sealiran dengan Isabella, Tuhan Manusia nukilan Faisal Tehrani adalah calon yang setara.
Walaupun novel yang dibaca ini ialah sebuah karya terjemahan, pengalaman membacanya tidak dirasakan asing atau kekok sama sekali—bukan seolah-olah kita membaca sebuah karya terjemahan biasa yang seringkali tidak sama hebatnya dengan karya asal. Maka, setelah mencerap inti pati novel Isabella, bukan sahaja kita akan terlongo dengan kebenaran Al-Quran berbanding Bible yang dibahaskan dengan begitu jitu, kemas dan tepat. Pembaca malah patut menyedari, inilah peri pentingnya peranan penterjemahan kepada masyarakat. Penterjemahan yang baik merupakan jambatan ilmu, penghubung kepada dunia luar. Penterjemahan yang berkualiti mampu menjadi pencetus kepada minat menyelongkar ilmu yang tidak terbilang luasnya di luar sana.
Saya amat berharap lebih banyak novel serupa ini muncul—tidak kiralah sama ada ia ditulis oleh penulis tempatan, mahupun oleh penulis luar yang diterbitkan semula sebagai karya terjemahan. Jika boleh meletakkan lebih daripada 5 bintang, pasti saya akan lakukannya untuk novel ini. Novel yang sarat wacana, namun seimbang dari segi estetikanya.
read last year... isabella bukan novel yang berkisar tentang plot dan kronologi semata tapi lebih kepada perbahasan mengenai dua agama, Islam dan Kristian... isabella, anak kepada paderi di sepanyol selalu cuba memahami ajaran yang dibawa sejak kecil... terlalu banyak persoalan yang tertanam seperti - 12 Firman Tuhan dalam Perjanjian lama yang difirmankan melalui Nabi Musa, kenapa dikatakan sebagai kutukan dalam surat St Paul...? sang paderi, si ayah selalu gagal memberi jawapan paling konkrit yang wajar diterima akal...lalu, jalan keluar adalah mencari sendiri jawapan dan, dia dipertemukan dengan seorang muslim... since then, lebih banyak kekeliruan (sebagaimana persoalan yang selalu ada dalam kepala kita) terjawab dengan hujahan2 yang bersandar pada Quran...
Recommended to layman yang cuba membandingkan antara 2 agama tersebut dengan level paling asas...ia sedikit dramatik berbaur tragik..bahasa sedikit mendatar, mungkin...tapi, kita seakan2 sedang dibawa menyelusuri zaman kegemilangan cordova, sedang berada ditaman tercantik - Rabbat Yamani..istana AlHamra... based on true story tentang hidayah Allah boleh menyapa tak mengira sesiapa... macam yang pernah terjadi kepada Asiah dan Sumayyah.. as a human being, we read to compare both religions, and as a muslim, we read to strengthen our faith...tak salah untuk tertanya2 kenapa Islam? kenapa bukan yang lain? tapi adalah salah untuk tertanya2 tapi tak pernah cuba cari jawapan...~
Tak sengaja jumpa naskah penting ini di rak buku milik datuk. Buku ini berkisar tentang anak perempuan rahib termasyur di Cordova, Isabella, yang suka akan pengajian teologi. Suatu hari dia tak sengaja terdengar perbualan deep si Umar Lahmi dan teman yang persoalankan tentang agama Kristian. Hal ini meleret sampai Isabella menulis surat kepada Umar Lahmi, kemudian terjadi perbahasan di gereja selama berhari-hari untuk membuktikan kebenaran.
Tak keterlaluan rasanya kalau aku cakap part menarik dalam buku ini adalah isi hujah perdebatannya. Di m/s 58 misalnya, pebahasan hari ke-3 antara ketua pederi (Ayah Isabella) dan Umar Lahmi tentang fundamental agama. Pedari kata asas kepada Kristian adalah 'Kasih' manakala Umar Lahmi kata asas kepada Islam adalah 'Tauhid'. Dalam masa yang sama buku ini juga ada mengkritik golongan sok suci di m/s 68 sewaktu pertemuan Isabella dan Ziad b. Umar.
Secara keilmuan memang bagus, tetapi sama sekali kering dari konflik, sejarah, dan budaya Andalusia. Padahal kupikir novel ini akan mengisahkan kebudayaan Andalusia dengan mempesona, ternyata tak lebih dari dialog demi dialog keagamaan yang menguras otak. Kalau begini sih namanya bukan novel, tapi buku perbandingan agama. Hanya kuberi 1 bintang dari 5 bintang. Membosankan.
Isabella,mengisahkan tentang seorang anak paderi yang ingin mencari cahaya kebenaran Islam,kisah benar yang berlaku ketika Islam berkuasa di Spain.Jalan cerita yang amat menarik kerana banyak perbandingan antara agama Kristian dan Islam.saya rasa buku ni mesti baca.
Novel Isabella tulisan Maulana Muhammad Saeed Dehlvi yang diterjemah oleh sasterawan negara, Abdullah Hussain berkisarkan tentang seorang gadis Kristian di Cordova, Sepanyol; anak kepada ketua paderi di suatu gereja yang menelusuri kehidupannya yang mencari agama yang benar. Isabella adalah individu yang hidup hanya berpaksikan kepada kebenaran dalam beragama—setelah terdengar perbualan antara dua lelaki yang membahaskan agamanya dia menjadi resah gelisah “Apakah benar maksud dua lelaki tersebut?”, seolahnya begitu. Dia membuka semula kitab Injilnya dan mencari kolerasi antara kenyataan yang disebut oleh dua lelaki tersebut dengan ayat-ayat dalam kitab Injil. Maka dari persoalan yang diuar-uarkan oleh lelaki itu, pihak gereja yang terdiri daripada paderi-paderi & rahib-rahib bersetuju untuk mengadakan perbahasan tentang ‘ketuhanan Kristus’ dan penebusan dosa.
Perbahasan ini berterusan sehingga Isabella menemukan titik perbezaan antara dua agama besar iaitu Kristian dan Islam. Isabella bukan hanya menerima atau taklid pada sesebuah agama secara bulat-bulat—dia mengkaji dan membandingkan kitab Al-Quran dan Injil. Kitab Al-Quran ialah sebuah mukjizat suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk digunakan dan diamalkan oleh sejagat manusia zaman-berzaman, iaitu sebuah kitab yang merangkumi peradilan dan perahmatan menuju ke jalan yang lurus (jalan benar). Firman Allah SWT, “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.” (Surah at-Takwir, 27)Rujuk juga Surah Al-Ma’idah, ayat 48. Kata Umar Lahmi ketika menerangkan tentang kitab-kitab Injil, “Jikalau kitab-kitab yang tulen ada mengapa pula kita bersusah-susah mahu membuat perbandingan lagi. Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang ajaibnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian tentang Injil-Injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa penulisnya.” Secara keseluruhannya kita dapat lihat dan simpulkan bahawa Al-Quran itu adalah kitab mahfuz (kitab terpelihara).
Berbalik pada perbahasan; mengikut pemahaman sebagai orang awam, saya rasa perbahasan yang disertakan adalah agak sedikit berat kerana saya kurang ilmu berkaitan topik yang dibincangkan. Tetapi hujahan yang disertakan dengan dalil dan merujuk kepada bahan rujukan yang sahih membantu saya untuk lebih yakin dan faham tentang tauhid dan akidah agama. Walaupun buku ini adalah sebuah novel fiksyen tapi perbincangan, perbahasan atau perdebatan yang ada dalam buku ini seolah-olah macam tengah tengok forum 'live-streaming'. Oleh yang sedemikian, saya nak hasut semua orang, belilah buku ini. Fahami jalan cerita Isabella yang boleh kita jadikan inspirasi dalam mencari kebenaran beragama. It’s one of my best read of this year and I’m sure I’ll reread this one.
Buku berisi padat dengan ilmu. Saya bukan seorang yang boleh dikatakan banyak berfikir tentang perbezaan asas amalan dan buah fikir orang Islam dan orang Kristian. Malah mungkin saya salah seorang yang 'complacent', ikut saja tanpa mahu berfikir dengan kritikal mengapa orang Kristian tetap tidak mahu mengakui benarnya agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW, apa alasan paling kuat untuk orang Kristian bencikan orang Islam, setelah beratus tahun Bible diedarkan dan dalam semua bahasa orang dunia, bagaimana mungkin tiada kuasa yang cukup besar yang boleh menyatakan bahawa ia banyak lompong dan kenyataan yang tidak konsisten. Buku ini bagi saya jika dibaca dengan teliti, ada pula masa untuk buat cross referencing di mana-mana yang perlu, banyak persoalan yang sering bermain di fikiran kita boleh terjawab. Hairan sungguh, saya yang dah berumur lebih 44 tahun ini tidak tahu banyak mengenai Isabella dari Cordova. Kalau sebut Isabella yang datang dalam otak ialah 'kisah cinta Isabella macam yang dinyanyikan oleh Amy Search'. Betapa menyedihkan. Saya juga mesti luangkan masa nanti untuk buat internet search mengenai Isabella.
Membaca novel versi cetakan 2014 dengan ilustrasi kulit depan yang berbeza. Saya tidak sempat mencari maklumat tambahan mengenai buku ini apatah lagi selepas menamatkan bacaan, timbul persoalan: Tidakkah novel ini dilihat membongkar (atau menyerang) kristianisasi secara terang-terangan? Namun, mungkin ia berbentuk separa fiksyen, maka ia tidak melanggar mana-mana isu sensitif agama. Atau memang berdasarkan kisah benar yang berlaku sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar di England 40 tahun lalu, tentang seorang serikandi Islam di Sepanyol bernama Isabella?
Novel ini lebih kepada perbincangan wacana ilmu antara pengajian Islam dengan kristianisasi. Sebagai pembaca yang kurang ilmu tentang perbandingan agama sebegini, saya hanyut dalam pembacaan kisah Isabella, gadis muda, anak paderi yang memilih Islam selepas mengkaji dan menimbangkan kedua-dua agama ini.
Perbincangan ilmunya jelas. beberapa hal-hal utama dalam Islam dan Quran dilontarkan dengan tuntas oleh penulisnya.
Saya tertarik dengan peristiwa di mana Isabella pulang ke rumah bersendirian tanpa rasa takut.Membuktikan zaman tersebut adalah zaman kegemilangan Islam di mana lampu untuk laluan pejalan kaki mampu menerangi sehingga 25km.
Hujah yang digunakan oleh Isabella dalam mematahkan pandangan seorang paderi wanita yang kononnya mempunyai mukjizat tertentu sangat menarik.Islam tidak pernah menganiayai golongan wanita.
Sebuah buku malar segar yang saya cadangkan untuk dibaca oleh semua,terutama golongan agamawan.Hikmah dalam berdakwah yang ditunjukkan dalam buku ini patut dicontohi.
Tentang buku ini, kerenlah... True story yang menceritakan tentang kisah seorang putri kepala rahib dari daerah cordova bernama Isabella yang mengikrarkan diri memeluk agama Islam setelah menemukan banyak kejanggalan-kejanggalan dalam Injil yang selalu dikajinya, dan lagi dia adalah sarjana Teologi.
Dalam buku ini kita akan menemukan dialog-dialog singkat antara cendikiawan muslim dan rahib-rahib nasrani, yang membahas tentang hal hal mendasar dalam agama islam dan kristen. Bisa dibilang ini adalah sebuah taruhan, dimana pihak yang tidak dapat mempertahankan rasionalisasi agama mereka harus masuk ke agama lawannya. tapi, saya tak akan membahas banyak mengenai bahasan dalam buku ini... silahkan dibaca dan diresapi sendiri. untuk kalian yang bukan peminat teologi, akan kalian temukan banyak pelajaran dan pengetahuan baru.
A new experience for me to read an insight of the beliefs of a girl named Isabella on how she turned from Christianity to a Muslim. A pack of knowledge in the comparison between Christian and Islam. The knowledge of why others may seek for truth and found it in Islam.
Having to read this, gave me a phenomenal view on my perspective towards Islam. I'm grateful that I was born to be Islam but on the other hand, am pretty envious with the faith that was given to Isabella, knowing that she learned and lived in Islam far more better despite of learning it the hard way. The knowledge she learned, her ability to understand and compare between the Quran and the Bible, the way she defended Islam and many more.. a good self contemplation for our existing faith.. :)
buku ini mengingatkan saya kepada Denyut Kasih Medik kerana hanya penuh dengan isi tetapi ceritanya membosankan dan kurang plot.namun saya masih beri 4 bintang kerana dinyatakan bahawa kisah ini adalah kisah benar,jadi kisah mana mana mungkin diolah mengikut citarasa pengarang.jadi saya berpuas hati dengan hujah yang dikemukakan walaupun sebenarnya banyak persoalan yang tidak terjawab.penulis hanya menumpukan aspek perbahasan mereka walhal tajuk buku ini ialah Isabella.adakah dia berkahwin,mempunyai anak dan sebagainya.tetapi yang dinyatakan hanyalah dia akhirnya menjadi ulama perempuan terkenal di Cordova.walaubagaimanapun disarankan buku ini untuk peminat teologi
Sungguh bijak jika seseorang mencari suatu kebenaran lalu mencintainya. Tak selalu kebenaran nampak di depan mata, kadang bersembunyi di balik kebohongan yang berkamuflase menjadi satu kebenaran.
Terkadadang mencari sebuah kebenaran begitu menyakitkan, dan mungkin inilsh yang dirasakan tokoh utama dalam buku ini. Bagaimana ia mencoba mencari suatu kebenaran walaupun ia tahu, jalan yang ingin ditapakinya akan dipenuhi banyak pengorbanan tentunya.
Sungguh bijak mencari kebenaran, apalagi yang dicari kebenaran mutlak yang hanya dimiliki Tuhan yang Maha Kuasa. Bagi yang ingin belajar perbandingan agama, mungkin buku ini merupakan buku yang mudah dimengerti.
Hebat. Puas. Buku nipis tapi padat dengan perbahasan yang ilmiah berkenaan perbandingan agama Kristian dan Islam.
Beberapa persoalan bermain di fikiran. Bila mendengar perdebatan pertama Umar Lahmi dan golongan paderi. Islam sendiri ada banyak perkara yang tidak boleh kita bincangkan dan urusan itu tertakluk dalam pengetahuan Tuhan. Dan, cerita kebobrokan rahib wanita dan lelaki boleh jadi ia juga berlaku dalam golongan anak-anak yang belajar agama. Cuma terfikir.
Tapi penjelasan dalam buku ini sangat jelas. Kita sebagai Muslim pun semakin izzah akan agama kita.
Moga dapat ketemu Isabella di lain ruangan. Beruntung dia. Dipilih Dia.
Tertarik untuk membaca buku ini setelah mengetahui buku ini tentang perbandingan agama. Mengisahkan tentang anak Ketua Paderi Sepanyol yang telah memeluk islam setelah menyedari banyak persoalan tentang agama Kristian yang tidak dapat dijawab waima oleh Ketua Gereja sendiri. Buku ini mebenarkan saya untuk belajar serba sedikit tentang Bible dan juga menyebabkan saya malu sendiri dengan betapa sikitnya yang saya tahu. Good read.
Ia, dasarnya tentang perdebatan antara Kristian dan Islam.
Hurm, 2 kerana ia dituliskan dengan sedikit bias, biasalah ia ditulis dari mata penulis muslim.
Dikatakan kisah benar.
Ia masih ringan, dan sesuai untuk dibaca santai.
Barangkali kita tidak harus bersandar pada kenangan, seperti buku ini, kerana perdebatan di antara dua agama langit ini turut berevolusi, makin curam, makin dalam.
Menarik, tapi orang bukan islam tidak akan dapat menikmatinya kerana cara penulis menghidangkan hujah hujahnya agak bosan dan mendatar. Seolah olah baca sebuah buku agama non-fiksyen yang berlambak di pasaran (saya sedikit tidak mempercayai yang ini adalah sebuah cerita benar).
Saya berikan 4 bintang untuk ilmu yang saya perolehi daripadanya. Ketebahan Isabella yang digambarkan dalam buku ini sangat memberi inspirasi.
Novel bertemakan perbandingan agama yang pertama pernah saya baca. Secara keseluruhannya isu tentang perbandingan agama kristian dan Islam diolah secara santai dan mudah untuk difahami. Perkara biasa yang menjadi perdebatan antara cendekiawan Muslim dan Kristian banyak diketengahkan dalam novel ini. Tetapi, mungkin penambahbaikan boleh dibuat untuk terjemahan buku di beberapa tempat yang ada hemat saya kurang tepat.