Jump to ratings and reviews
Rate this book

Restu

Rate this book
Prize winning novel of Perangsang-Gapena Literary award.

248 pages, Paperback

First published January 1, 1996

8 people are currently reading
161 people want to read

About the author

Ismail Kassan

6 books7 followers
Dilahirkan di Johor Bahru pada 26 September 1954, Ismail bin Kassan mendapat pendidikan awal di Singapura dan di Johor sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Ekonomi (1976-1978). Penglibatan beliau dalam bidang penulisan bermula dengan karya dan arahan pertama beliau berjudul Fajar Merah di Teluk Ketapang pada tahun 1972. Sejak itu, Ismail telah mengarahkan lebih 10 pementasan teater dan menghasilkan lebih 35 karya dalam pelbagai genre, khususnya drama pentas. Ismail merupakan antara penulis yang paling banyak memenangi anugerah dan hadiah utama untuk karya drama beliau, antaranya Pelayaran Inderaputera 2, Menanti Puteri Hijau, Gelanggang Tuk Wali, jambatan Merah dan lapan yang lain, termasuk sebuah novel yang pernah menjadi teks sekolah di Malaysia dan Singapura. Beliau sering diundang membentang kertas kerja di dalam dan luar negara, menjadi hakim pelbagai pertandingan teater dan mengendalikan berpuluh-puluh bengkel penulisan di samping menjadi pensyarah sambilan bidang teater di beberapa IPT sejak tahun 2004. Beliau pernah menjadi Presiden Majlis Teater Kebangsaan Malaysia dan pernah dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat Persembahan Istana Budaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pada 2012, Ismail Kassan diumumkan penerima S.E.A Write Award bagi Malaysia.

HASIL KARYA

Drama Pentas
1. “Fajar Merah Di Teluk Ketapang” (dipentaskan dari 1972-1973).
2. “Meriam Besar di Kuala” (dipentaskan dari 1974-1975).
3. “Syajar” (dalam Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1977-2010).
4. “Megat Terawis” (dipentaskan dari 1978-1980).
5. “Pelayaran Inderaputra II” (DBP, 1979 / (dipentaskan dari 1979-1995).
6. “Sabda Seorang Pendeta” (dalam Antologi Drama 1400, DBP, 1980 / dipentaskan dari 1981–1990).
7. “Dejavu Seorang Perempuan” (dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Dejavu Seorang Perempuan, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1999-2010).
8. “Menanti Puteri Hijau” (dalam Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan pada 1999).
9. “Gelanggang Tuk Wali” (dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1998-2010).
10. “Kilung Musung” (dalam Kumpulan Drama Dejavu Seorang Perempuan, Seroja Hyatt, 2001 / dipentaskan dari 2001-2002).
11. “Alang Bestari” (dipentaskan dari 2001-2002 / (Mewakili Malaysia dalam Festival Boneka Asia-Eropah di Bangkok Thailand, 17-23 Julai 2002).
12. “Istiqamah” (dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 : Tempat Pertama).
13. “Nur Nilam Sari” (dipentaskan dari 2000-2004).
14. “Hang Nadim” (Drama Kanak-kanak Muzikal, 2005).
15. “Tembang Sang Puyoh” (Drama Kanak-kanak, 2007).
16. “Bukan Dejavu” (dalam Antologi Drama Kembang Cempakasari, DBP, 1980 / dipentaskan dari 1981-1990).
17. “Petalawati Diri” (Dewan Budaya, September 2009 / dipentaskan dari 2008-2010).
18. “Satu Pintu” (dipentaskan pada 2009).
19. “Epilog Raja Singa” (dipentaskan pada 2010).
20. “Perempuan Yang Hilang” (dipentaskan dari 2008-2010).
21. “Muzikal Tun Mahathir” (dipentaskan dari 2010-2011).
22. “Kembang Cempakasari” (dalam Antologi Drama Kembang Cempakasari, DBP, 1980 / dipentaskan pada 2011).

Novel/Cerpen
1. “Restu” (Berita Publishing, 1997 / Gapeniaga, 2000).
2. “Kecundang” (Dewan Sastera, 1995).
3. “Tok Kelabu” (Dewan Sastera, 2006).

Drama TV/Drama Radio
1. “Pertembungan” (1996).
2. “Normala Gadisku” (1997).
3. “Pak Man Tiger” (2007).
4. “Cucu Pak Awang” (1999).

Buku
1. Kisah Sekita Siri I (Felda, 1988).
2. Kisah Sekita Siri II (Felda, 2011).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (67%)
4 stars
8 (14%)
3 stars
5 (9%)
2 stars
4 (7%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Peqa.
4 reviews
September 9, 2011
restu cerita fasal hidup seorang anak yang bersusah payah untuk mempertahankan hak dia n mencari sesuap nasik. seronok..
Profile Image for Leyla Shuri.
Author 9 books24 followers
January 13, 2011
Novel "Restu" karya Ismail Kassan. Novel ini telah terpilih sbg pemenang Ke-2 bagi Hadiah Novel Melayu Baru Peransang-GAPENA 1993. Novel ini juga terpilih sbg teks KOMSAS.
Pada hlm 55-"Siew Yap bukan seperti orang tengah Cina lain yg berimejkan penghisap darah dan mementingkan hanya keuntungan."
Org Cina tak pulak gaduh nak bakar novelini?

Membaca buku ini membuat saya benci kepada sekumpulan orang Melayu yg menghalang proses kemajuan hanya kerana mementingkan periuk nasi sendiri.
Contohnya jalan tanah merah sepanjang zaman tidak berubah sebab ada beberapa orang yg mempunyai lori, memonopoli dgn mengambil upah pengangkutan. Mereka membantah dan menghalang jalan itu cantikkan takut lori besar masuk dan mengambil kerja-kerja itu. Jadi selama-lamanya kampung Melayu berdebu dgn tanah merah.
Ceritanya mempamerkan kemiskinan penduduk Melayu di tanah sendiri berbanding dgn pendatang Cina.
Pelik betul jika difikirkan, kenapalah orang Melayu miskin selama-lamanya padahal duduk bebas di tanah Melayu, bukannya menumpang atau merempat di negeri asing.
Penulis menyatakan orang Melayu yg miskin makan ubi kayu dan minum teh kosong. Tapi pada saya itu bukan miskin. Lagi pun di kampung-kampung, terdapat berbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang bermusim. Mengambil kira fakta ini, tidak mungkin orang kampung mati kebuluran.
Watak utama dlm novel ini seorang lelaki dan penulisnya bijak menghuraikan perasaan watak utama ini dengan tidak terlalu berlebih-lebihan atau "over-burdening" pembaca.
Rasanya tidak perlu penulis menceritakan watak Yasid yang hilang tiada berita sebab penceritaan novel ini adalah dari naratif watak utama. Elok membiarkan pembaca tertanya-tanya daripada menjelaskan segalanya.
Watak yang bernama Razoli mencabar watak utama dalam pentempuran di gelanggang. Pembaca tertanya-tanya (jika tidak membaca sampai habis) mengapa Razoli mencabar watak utama tanpa sebab. Sebenarnya pembaca akan mendapat jawapannya pada penghujung novel ini. Saya kata begini sebab ada beberapa komen yang merasa adegan cabaran di gelanggang majlis perkahwinan sebagai pelik dan tidak nampak kaitannya dalam keseluruhan plot dalam novel ini.

4 bintang, I LIKE :-]

****

Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.