Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sonata Kasihku

Rate this book
Aku ibarat kuda yang patah kakinya... berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan... demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi... izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali.
Di sebalik sonata kasihku... aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu' oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik... akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.

352 pages

First published January 1, 2009

1 person is currently reading
19 people want to read

About the author

Siti Hazneza Abdul Hamid

7 books35 followers
Siti Hazneza Abdul Hamid berasal dari Pulau Pinang. Beliau adalah graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Teknologi Bio-Sumber.

Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan beberapa buah cerpen, novel dan puisi. Cerpen beliau yang pertama berjudul Datang Bawa Cencaluk, Balik Bawa Pujangga telah diterbitkan dalam Dewan Siswa pada Oktober 2002.

Dalam bidang penulisan puisi pula, Siti Hazneza lebih cenderung menulis dalam Bahasa Inggeris. Setakat hari ini empat buah puisi beliau telah diterbitkan oleh Nobel House, masing-masing tiga di Amerika Syarikat dan satu di United Kingdom.

(2007)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (8%)
4 stars
11 (32%)
3 stars
14 (41%)
2 stars
6 (17%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
February 1, 2021
(12/2021)

Buku: Sonata Kasihku
Penulis: Siti Hazneza Abdul Hamid

Macam mana ye nak cakap. Serasa lain betul membaca karya penulis yang ini berbanding dua karya sebelumnya iaitu Angin Dingin Dari Utara dan Kintsukuroi Dua Hati.

Ceritanya berkisar tentang Hawa yang dinikahkan dengan Adam walaupun dasarnya tiada cinta yang wujud. Adam cuba mengambil hati Hawa namun, bagi Hawa hanya Yun di hatinya. Sudahnya, bagaimanakah Adam ingin mempertahankan rumah tangga yang terbina?

Keseluruhannya, untuk novel ini, Siti Hazneza masih menerapkan elemen keIslaman dan informasi berguna tentang kehidupan. Walau jalan ceritanya kurang 'masuk' dalam jiwa saya, tapi laras bahasa yang digunakan masih pada tahap 5 bintang.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
December 14, 2018
Saya sungguh terkejes selepas lebih banyak dan banyak helaian buku ini diselak. Rasanya lain sungguh dari novel Cemburu Seorang Perempuan. Apa yang lain ya? Gaya penulisannya sama, ringkas namun menyengat membawa isu-isu berat, tragis bagi Cemburu Seorang Perempuan... mungkin ada juga elemen tragik dalam Sonata Kasihku tetapi tanpa korban nyawa. Cemburu Seorang Perempuan mengusahkan ketabahan dan kekuatan luar biasa seorang perempuan menangkis serangan seorang perempuan yang hilang kewarasannya akibat terlalu possessive. Terlalu dan membuat remang bulu tengkuk membacanya namun Sonata Kasihku juga menyebabkan buku tengkuk saya merincing di beberapa bab terutama semasa kejadian pertemuan roh Amirul dengan roh Hawa. Adengan Hawa menangkat tangan mencarikkan ego Adam dengan lontaran buku dan tamparan, juga begitu tegang. Kisah pertemuan dan termeterainya pertunangan tanpa sedar (macam penyatuan dalam alam separa sedar) antara Syafawati, tunang Adam, dengan pemuda berbaju hijau muda di stesyen bus Pudu, yang dengan petah menuturkan ayat-ayat mengikat jiwa Syafawati walaupun hakikatnya mereka tidak pernah berjumpa apalagi mengenali satu sama lain. "Berapa lama masa yang awak ambil untuk jatuh cinta pada saya? ... Jangan jawab....Saya cuma perlukan sekilas pandang untuk jatuh cinta pada awak. Ambil empat puluh har, cukup untuk awak berfikir secara rasional. Hari keempat puluh satu saya akan jumpa awak kat sini dan bersedia untuk terima jawapan awak, apa sekalipun. InsyaAllah kita akan berjumpa". Dan apa yang berlaku selepas 40hari? Misteri menggila keadaan ini.

Kelainan satu lagi, Sonata Kasihku pekat membawa unsur berdakwah, macam dalam cerita-cerita karya Fatimah Azzaharah dan Hilal Ayhraf. Yang ini, bukan saya tak suka cuma rasaya macam ... lain macam. Dan Yun, kekal misteri.
Profile Image for Rozy Latip.
29 reviews
January 26, 2011

Buku yang memboringkan. susah nak menghabiskan membacanya. yang boleh ingat cuma "Nescafe O Ais Limau". Jg marah cik CT.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.