Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana. Lamanya dia di Istana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah suka duka Tun Lepat harungi dalam Istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran.
Pokok bicara bukan sekadar jalan-jalan cari makan kita nanti, tetapi apa falsafah pada makanan itulah yang bermakna sekali. Tapi kenapa Tun Lepat ditangkap?
___________ Reka Bentuk Kulit : Sinaganaga Tipografi & Reka Bentuk : Norfadilah Zakaria
KANDUNGAN
Talam Keladi Untuk Permaisuri :9 Ayam Buah Keluak Tun Nyonya :23 Roti Chennai Tun Senaja :36 Bubur Ratapan Asyura :49 Bom Kak Melah :63 Gulai Batang Pisang Parameswara :76 Sekapur Sirih Setempayan Tuak :90 Asam Pedas Berkat :104 Sesedap Tongkol Perap Shakuntala :116 Nasi Minyak Beri Harapan :129 Laksa Champa Lo'Lo Ganish :142 Madrasah Makan :156 Ayam Masak Hijau Seraiwati :170 Lemaknya Nangka Munira Kurin :184 Sambal Kentang Bukan Mengidam :197 Pincuk Daging Mail Rebung :210 Serunding Kelapa Sembuhkan Badang :225 Nasi Kunyit Permaisuri Baharu :239 Tiga Sajian Pisang :252 Pisang Bukan Sebarang Pisang :266 Pemberontakan Bahulu Kampung :279 Bengkang Kentang Awal Petaka :291 Cucur Badak Buat Parameswara :303 Tepung Gomak Bawa Belayar :316 Epok-Epok Santapan Terakhir :327 Serabai Air Mata :340 Tapai Pulut Tengku Tembam :353 Syahid Sotong Tahi Minyak :365 Acar Ikan Betuk Bawa Muqabalah :378 Asam Tetel Dari Jauh :391 Glosari :403
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Kalaupun ini bukan buku terbaik FT, Ketupat Cinta tentunya buku yang paling sedap dan enak dinikmati. Kalaupun tidak menjilat jari, tentunya meleleh air liur kerana banyak tersengih sendiri.
Dalam buku ini, pembaca bukan sahaja menemui pelbagai resepi masakan Melayu lama, bahan-bahan dan cara memasaknya dan falsafah di sebalik setiap masakannya. Malah, sebenar-benarnya buku ini adalah sebuah satira politik yang menyentuh pergolakan siasah masa kini dengan adunan yang sungguh bijak sekali. Pengekor isu-isu semasa, pastinya tidak sukar untuk mencari perkaitan antara kisah-kisah dalam Ketupat Cinta dengan peristiwa sebenar semasa. Bolehlah diibaratkan FT sebagai tukang masak handalan yang mengambil bahan-bahan dari isu semasa, digaulkan dengan ramuan-ramuan masa lalu, dihidangkan sebagai Ketupat Cinta, untuk makanan minda.
FT juga bijak mencipta watak-watak dalam Ketupat Cinta. Ah, bagaimana bijaknya tidaklah dapat hakir babadkan di sini. Kenalah baca sendiri. Di sini, biarlah aku memetik ulasan Kak Najibah seperti berikut:
Setiap watak itu bagi saya tidak mewakili individu tertentu dalam krisis siasah Malaysia, tetapi mewakili kelompok-kelompok tertentu.
Parameswara misalnya mewakili pihak yang memegang kekuasaan; isteri tua baginda Kamarul Ajaib mewakili mereka yang pernah berkuasa tetapi telah berundur, dan meliputi juga mereka yang berada di ambang terlucutnya kuasa. Lo’ Lo’ Ganish permaisuri asal Pasai yang rupawan, adalah kelompok agama yang terseret ke dalam kancah politik secara tidak wajar menurut pandangan pengarang (FT). Tun Rosjah pula, meskipun peristiwa di sekitarnya sangat menyerupai peristiwa yang telah berlaku di sekitar individu tertentu, namun masih juga bukan seratus peratus serupa.
Betul, betul, betul. Kalau oleh toyol, akan disebut correct.
Tentunya penulisan yang baik, bukan sekadar sebagai hiburan untuk disengihkan. Tapi dapat memberikan ilmu dan kefahaman baru, ada mesej dan pengajarannya, dan buku ini juga cemerlang pada sisi ini. Persoalan kecintaan terhadap Ahlul Bait Nabi SAW, bahayanya perbuatan fitnah dan mengadu domba dan banyak lagi, boleh didapati disentuh dengan begitu banyak dalam novel ini.
Apa yang penting bagi aku, seperti yang diperikan dalam bab terakhir novel ini iaitu dalam warkah Tun Halimah kepada Lepat, adalah tentang peri pentingnya memilih pemimpin yang benar untuk memimpin ummah. Pemimpin bagaimana agaknya ya? Adakah pemimpin seperti Parameswara yang kuat tidur, atau Tun Rosjah yang sukakan hiburan, atau Kamarul Ajaib yang jahil agama? Bacalah sendiri.
Dan aku dengan ini, mencadangkan juga buku ini dibaca oleh semua ahli-ahli PAS yang bakal memilih kepimpinan baru pada Jun nanti.
Pada awal pembacaan, buku ini saya rasakan layak untuk 4 bintang sahaja. Tetapi pada bab-bab terakhir, saya terpaksa anugerahkan 5.
Kenapa?
Ini kerana saya kagum dengan kemahiran FT mengadun watak. Setiap watak itu bagi saya tidak mewakili individu tertentu dalam krisis siasah Malaysia, tetapi mewakili kelompok-kelompok tertentu.
Parameswara misalnya mewakili pihak yang memegang kekuasaan; isteri tua baginda Kamarul Ajaib mewakili mereka yang pernah berkuasa tetapi telah berundur, dan meliputi juga mereka yang berada di ambang terlucutnya kuasa. Lo' Lo' Ganish permaisuri asal Pasai yang rupawan, adalah kelompok agama yang terseret ke dalam kancah politik secara tidak wajar menurut pandangan pengarang (FT). Tun Rosjah pula, meskipun peristiwa di sekitarnya sangat menyerupai peristiwa yang telah berlaku di sekitar individu tertentu, namun masih juga bukan seratus peratus serupa.
Sempadan masa dalam peristiwa-peristiwa juga menjadi hilang melalui komentar-komentar Hang Seleri. Sesekali dia akan merujuk kepada penggunaan bahasa dan isu-isu pada zaman kini; menjadikan dia seorang pencerita yang bebas zaman atau mungkin telah merentas masa menyaksikan zaman kini.
Meskipun saya dapati banyak hadis dan rujukan kitab-kitab agama yang saya kurang mengerti dan mungkin terlalu tinggi bagi sesetengah pembaca untuk membahasnya, tetapi usaha pengarang membuat kajian yang sangat teliti memang perlu dipuji. Walaupun FT telah banyak dipuji daripada sudut kedalaman kajiannya sebelum menulis.
Usaha untuk memahami buku ini sepenuhnya mungkin hanya dapat tercapai dengan menghadap FT sendiri sebagai seorang guru. Karya-karyanya akhir-akhir ini begitu sarat dengan pesan untuk mencintai Ahlul Bait dan mengikuti mereka radhi Allahu anhum, sesuatu yang masih asing bagi ramai orang di Malaysia. Jadi siapa lagi yang dapat diangkat menjadi guru selain yang sudah terang bersuluh di depan mata?
Buku ini saya percaya akan membuat anda tertawa sinis dengan kemelut siasah negara era bekas PM Abdullah Ahmad Badawi. Namun tertawa itu bukan tertawa kosong, melainkan bertemu lelah juga memikirkan ajakan-ajakan pengarang antara yang biasa didengari mahupun yang tampak gharib sampai ke minda.
Kalau mahu mencuba resipi-resipi Melayu lama yang banyak dibincangkan, pun boleh juga. Ada pula tip-tip daun herba, untuk apa kegunaan perubatan dan masakannya.
Namun jika ada yang bertanya, inikah buku terbaik FT di sisi saya, saya tidak dapat menjawabnya secara objektif. Bagi saya ada sisi-sisi berlainan dalam karya-karya FT sejauh yang saya kenal.
Buku yang sangat menakjubkan. Genre: comedy, love, history. May be. Kalau naskha manikam kalbu menceritakan perihal pemakaian Melayu. Naskah ini menceritakan berkenaan makanan Melayu. Sepanjang baca buku ini, mungkin ramai yang akan rasa teringin untuk makan macam macam makanan yang diceritakan. Kali terakhir aku rasa macam ini adalah waktu baca Tandoori Nan Sekeping. Cuma bukan semata mata makanan yang diceritakan dalam naskah ini melainkan banyak lagi sama ada dari segi pemerintahan Kesultanan Melayu. Islam dan isu dalam istana. Bukan cerita fakta sejarah yang pastinya. Cuma buku ni masih belum menceritakan habis terurama berkenaan talam keladi, Sultan Riayat Shah dan Tun Lepat. Oh ye, sebelum terlupa, ada juga berkenaan RJ, Masterchef, Faizal Tahir dan beberapa reference kepada subculture sekarang walau latar belakang Kegemilangan Melayu Melaka.
Sebermula hamba mengenal karya-karya Faisal Tehrani apabila menyelak 1515 dan Cinta Hari-Hari Rusuhan. Adapun telah hamba jatuh cinta dengan tinta beliau sejak daripada itu—Ketupat Cinta ini buku beliau yang ketiga yang hamba baca.
Telahan hamba pada awal, kala melihat muka hadapan buku ini adalah perihal makanan dan cinta, namun jauh menyeleweng ia apabila hamba menyelak beberapa helai pertama. Sejarah kota Melaka dan penghuninya dirombak dan dilakar semula oleh tinta dan pena penulis. Penulis merakam, menyindir, menghina, memulia, menyuntik dan segala macam perbuatan yang dihalalkan pada tangan seorang penulis. Langgam penulisan yang dicampuraduk dan digaul bersama bahasa arkaik dan bahasa moden dalam satu wadah yang sama, berjaya menyihir pembaca.
Begitu murni sekali cara penulis mengalirkan falsafah Melayu dalam masakan, memberi tanda bahawa Melayu dan makanan itu bukan sebatas halwa tekak semata, namun terkandung di dalamnya makna yang lebih tersirat. Adapun andai tuan sekalian membaca buku ini, usah pula diambil segala kalam seolah-olah ia mutlak benar. Banyak kalam yang diada-adakan—terserah ia pada pembaca bagaimana ingin mentakwilkannya.
Arakian, buku ini tidak lurus sifat dalamnya, walau yang kulit itu cantik belaka. Tapi tiada benar juga bicara perihal buku ini buruk, namun tiada pula semuanya muluk-muluk. Gunakan aqal yang telah Tuhan beri. Berpandu firman Tuhan dan kalam Nabi, di situ kejayaan dinanti. Intiha.
1) Buku ini dijumpai di atas rak buku Perpustakaan USIM.
2) Buku ini mengandungu 30 buah cerita dan setebal 402 mukasurat.
3) Sebenarnya, dah lama aku baca buku ini tapi, baru kali ini berksempatan untuk buat 'review'.
4) Bila baca tajuk buku ini, aku ingat cerita pasal cinta, rupa-rupanya banyak cerita dalam buku ini.
5) Nama je Ketupat Cinta tapi dalam ni takde cerita pasal ketupat pun. Hahahaha.... Yang pasti, dalam buku ini menceritakan tentang makananan.
6) Dalam buku ini, watak utama ialah Tun Lepat. Tun Lepat akan menjadi penglipurlara untuk sesiapa yang membaca buku ini.
7) Tun Lepat akan bercerita tentang rahsia di sebalik wujudnya sesebuah makanan. Ada cerita mengenai kuih talam keladi, cucur badak, tapai pulut , dan macam-macam lagilah. Kalau korang nak tahu, korang bacalah sendiri.
8) Oh ya, dalam buku ini, bilamana terdapatnya sesebuah konflik, pasti watak-watak di dalam buku ini akan menyelesaikan konflik tersebut dengan memasak makanan. Heheheh...bacalah sendiri.
9) Kalau tidak berani menanggung cabaran, usah bicara soal perjuangan.
10) Ok itu sahaja yang dapat ditulis. Selamat membaca !
#duniaBOOKku📚 #alonalonjanjikelakon #breatheNread #2018readingchallenge [ LIMA ]
Ah, membaca Ketupat Cinta bisa membuat hakir terasa lapar. Apa entah lagi hakir jarang membeli buku FT, mungkin kerana ada sesetengah karya FT yang kelihatan seperti membaca buku fakta ahaja. Walau bagimanapun seleksi hakir kali ini, bisa membuat hakir tersenyum. Sementelah buku ini telah lama diterbitkan, tetapi hakir tidak membelinya walaupun hati teruja untuk memilikinya. Sesekali menjenguk review di sini, hakir tertarik hati.
Akhirnya, hakir meminjam buku ini dari sahabat, Hany Fariza. Sungguh membuatkan hakir bermimpi-mimpi malam untuk menyediakan makanan berdasarkan resipi yang ditulis FT. Sungguh! Pasti rakan-rakan sekalian tersenyum sahaja, tidak hakir sangka minat hakir memasak ini ada juga ya walaupun sedikit. Apabila membaca tentang roti chennai pun, boleh membuat hakir menjilat jari!
Benar buku ini satira politik secara halus. Mungkin ramai pembaca dapat menelaah siapakah Rosjah, siapakah Datuk Temenggung, begitu juga Rajim, gambaran Parameswara, malahan mufti malun (er, yang hakir rasa, itu adalah singkatan Malaun). Juga beberapa kisah yang bisa membuat hakir gelak santai terutamanya babak-babak bagaimana Cik Lo' Ganish dan kamarul Ajaib dibunuh. Begitu juga pencarian calon Akademi Makan, haha, benar-benar seperti rancangan realiti mencari bintang popular.
Ada juga babak yang hakir kurang berkenan, maaf FT! terutamanya tentang bubur asura, alahai, alahai.
Membacanya terasa santai, benar-benar tidak sedar bila mana masa berlalu dengan sebegitu pantas.
Ketupat Cinta tulisan Faisal Tehrani ini merupakan satira politik semasa yang dipersembahkan dalam bentuk gaya penulisan lama. Berlatar belakangkan zaman Melayu Melaka, Ketupat Cinta membawa pembaca mengikuti perjalanan hidup seorang gerau (tukang masak) istana yang bernama Tun Lepat sehingga terfitnah meracun Sultan Alauddin lalu dipenjarakan.
Pembaca dibawa mengimbas semula ke zaman Parameswara dengan gerau dirajanya merupakan bapa saudara Tun Lepat iaitu Musa Al-Kadzim. Pergolakan politik istana dengan kisah perebutan kuasa di antara permaisuri Kamarul Ajaib, Cik Lo'Lo' Ganish dan Tun Rosjah serta pembesar-pembesar yang gila kuasa dijalin dengan baik. Turut diselitkan ilmu berkenaan pelbagai jenis masakan dan juga ilmu agama.
Ketupat Cinta menggambarkan bagaimana kerana kuasa, seseorang itu boleh berubah. Orang beragama boleh membuang agamanya. Kerana kuasa, orang sanggup membunuh, memfitnah, menikam sekutu dan melakukan apa sahaja. Oleh sebab ianya adalah satira daripada situasi semasa, ada peristiwa dan kejadian yang berlaku boleh menyebabkan pembaca tersenyum sendirian.
Berlatarbelakangkan Zaman Kesultanan Melayu Melaka, pada mukasurat awal, saya merasakan bahawa buku ini sukar untuk dibaca dan difahami memandangkan penggunaan bahasa melayu klasik yang banyak seperti sadarul kalam, gerau, hakir dan sebagainya. Namun begitu, bab-bab seterusnya kelihatan mudah untuk dihadam apabila saya sudah mula memahami jalan cerita.
Falsafah berteraskan Makanan Melayu, FT adun dengan satira siasah...ialah, siasah di negera mana yang hanya ada satu rasa. Di negara Malaysia ini pun siasahnya berbagai-bagai rasa..
jalan cerita sebenarnya agak ringan, hanya menceritakan kisah kehidupan pemerintahan diraja, resipi masak-memasak dan hal-hal politik tanahair semasa yang diserapkan ke dalam kisah istana...sangat menarik..kerana boleh menjadi seperti satu bentuk cerita yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama...bagusnya ada sahaja mesej islam yang akan disampaikan oleh penulis...pada mulanya membaca seperti membaca hasil-hasil tulisan bahasa hikayat...tetapi lama kelamaan sebenarnya bahasa rojak-rojak juga dan ayat yang digunakan agak kelakar..ada juga yang over..=)..haha
Selepas aku membaca karya ini, aku terus pergi ke mph online dan membeli tiga lagi buku karya Faisal Tehrani, mantap, lazat dan enak sungguh mengunyah isi kandungan yang dihasilkan dari aroma buku ini.
Aku beli online ketupat cinta ni, buku preloved saja. Sebelum beli aku fikir kisah cinta apa la FT buat ni. Mula buka bab pertama saja terus menyimpang dari apa yang aku fikir sebelum ni. Novel ni bukan kisah cinta tapi kisah mengenai makanan tradisional Melayu yang diceritakan asal usul bagaimana diciptakan ketika zaman kesultanan Melayu Melaka dulu.
Buku ni jugak penuh santai dan kadang nak tergelak jugak bila FT gambarkan kepada kita Parameswara ni orangnya gemuk, hitam , kuat makan dan tidur. Dulu bila dengar cikgu cerita macam mana Melaka tertubuh, aku selalu bayangkan Parameswara ni sorang raja yang gagah, segak ala-ala Zul Ariffin. Cettt bila baca buku ni FT ubah 100% bayangan aku tentang Parameswara.
*** Segala jenis makanan tradisional ada dalam buku ni dan yang paling aku rasa macam wahh bila baca part laksa champa sebab rasa macam eh laksa pun ada ! Dalam menyampaikan tema makanan ni FT tak pernah lupa selitkan kita mesej tertentu seperti kebiasaan karya-karya beliau yang lain.
Novel ni bagi aku sangat sesuai untuk budak sekolah yang selalu rasa bosan bila baca part hikayat lama dalam buku komsas sekolah tu. Bila baca novel ni aku yakin mesti mereka suka dan aku jugak berdoa FT terus menulis sampai hujung hayat beliau ! Terus maju FT..
content bacaan yang ringan, penuh jenaka dan membuat para pembaca lapar akan makanan tradisional melayu. juga sarat dengan nasihat, ayat-ayat dari Al-Quran serta hadis. kudos Faisal Tehrani!
Menilai dari sudut kulit buku luaran, saya menganggap novel ini berkaitan cinta drama kasanova seperti di TV3. Namun, sangkaan saya meleset jauh sekali apabila mula membaca di bab pertama lagi.
Sebuah novel fiksyen oleh Faisal Tehrani yang penuh dengan nasihat, teguran dan kritikan yang berlaku dalam politik istana. Apa yang menarik bagi saya dalam novel ini ialah setiap dari konflik atau permasalahan yang berlaku dalam Istana Melaka, ianya akan diselesaikan oleh gerau istana, Dato' Musa Al-Kadzim, melalui hidangan makanannya.
Pelbagai jenis resipi hidangan melayu yang disebut seperti lauk Ikan Tenggiri masak Asam Pedas, Ikan Tongkol Perap Tumis Hijau, Nangka Masak Lemak, Serunding Kelapa Daging, Kuih Nagasari, dan lain-lain. Di setiap hidangan, penulis ada mengaitkan sedikit sebanyak nasihat agama untuk para pembaca. Jika anda membaca di bulan Ramadan mungkin boleh membuatkan anda terbayang-bayang kelazatan setiap resipi tersebut. Risau boleh menggugat iman.
Kedudukan permaisuri di istana Melaka menjadi rebutan setiap isteri Parameswara. Hinggakan ada yang sanggup bersubahat, berbunuhan, dan menggunakan bomoh untuk menyihir Parameswara supaya mereka dapat pangkat tersebut. Adapun yang memiliki kuasa itu jalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab. Ada pula yang ingin sahaja menikmati kelebihan sebagai kedudukan permaisuri.
Saya sangat mengesyorkan buku ini untuk mereka yang minat dalam masakan hidangan melayu. Terasa ingin mencuba resipi-resipi tersebut. Jenis bacaan yang tidak begitu ringan dan tidak begitu berat. Sesuai untuk para remaja dan belia.
Terasa rugi pula tidak membaca Ketupat awal-awal lagi sewaktu disiarkan dalam Metro dulu. Kalau sudah baca, sekurang-kurangnya ada juga barang satu dua soalan yang boleh ditanya pada FT sewaktu pesta buku yang lepas.
Seperti karya-karyanya yang terdahulu yang diadun rapi dengan falsafah Islam, Advencer Si Peniup Ney dengan tema muzik dan Tunggu Teduh Dulu dengan tema betik dan keusahawanan, pada kali ini FT mengangkat masakan Melayu dulu-dulu sebagai tema. Selain menyingkap resepi-resepi masakan Melayu Islam dan falsafahnya, karya ini turut tepu dengan satira politik dan seni semasa yang menggeletek. Satiranya akan lebih terkesan sekiranya pembaca mengikuti isu semasa, terutamanya politik dan juga membaca blog beliau sendiri.
Saya rasa tidak keterlaluan sekiranya saya berkata karya ini adalah hadiah kepada pembaca-pembaca setia FT, baik di alam maya atau realiti.
Mengingatkan saya juga pada SHIT entah ke berapa kalinya, kerana menjadikan isu semasa sebagai inti.
Namun di sebalik sengih dan suka sesungguhnya terdapat banyak inti-inti lain yang molek juga diberikan perhatian. Antaranya ialah inti-inti supaya mengenal dan mencintai Ahlul Bait dan juga anjuran supaya sejarah yang diterima umum ditimbang-timbangkan terlebih dahulu tanpa diterima bulat-bulat. Di sebalik kelazatan Ketupat juga, para pembaca turut dianjurkan ke arah 'walayat Tuhan' dan bukan 'walayat taghut dan syaitan'.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan Ketupat dan tidak gemar dengan sindiran-sindiran pedas tajam terhadap watak-watak dalam 'wayang semasa'. Mungkin saja, genre ini tidak sesuai untuk dihadam semua.
Namun secara peribadi, mudah saja saya memberi 5/5 untuk karya yang pada pendapat saya merangsang minda seperti ini.
Sesuai untuk anda juga sekiranya sudah berasa juak dan muak dengan permainan siasah semasa.
⭐ ISI KANDUNGAN Novel Ketupat Cinta ni secara keseluruhan menyentuh isu/konflik siasah dalam Pemerintahan kesultanan Melayu Melaka tetapi ❕harus diingatkan ini ialah novel FIKSYEN.
Dija suka novel ni sebab gaya penulisan Faisal Tehrani yang unik dan Dija memang suka cerita berkaitan kisah istana + Melayu klasik. 🤴🏻👸🏻 Biasanya buku macam ni, Dija akan buat family tree (salasilah) untuk tahu hubungkait antara setiap watak.
Yang menariknya juga, ada banyak makanan dalam novel ni. 🧆🥗🍲🥟 Jadi lapar pula bila baca novel ni sampai rasa nak cari kuih-muih dan makanan tradisi tu.
"Erti Melayu itu umpama pucuk kayu, yakni melayukan dirinya umpama pucuk kayu, bukan kerana ia layu itu akibat panas atau kena api, tetapi melayukan diri itu kerana ia merendahkan diri tidak mahu ia membesarkan diri. Tingkah lakunya terjaga. Lemah lembut tidak berlebih-lebihan. Tidak pula kurang-kurang. Tidak mamang."
⏳ YA/TIDAK Untuk yang nak bacaan santai dan menghiburkan, YA. ✅ Tapi kalau yang suka baca buku sejarah, ada 'facts and figures', bimbang akan mengecewakan. Buku ni untuk kita suka-sukanya dan ambil benda baik-baik berkaitan makanan.
👨🏻🦱 KARAKTER Dija suka watak Tun Halimah (Dang Shakuntala). Dalam semua watak wanita dalam novel ni, Tun Halimahlah yang nampak cerdik.
📝 PLOT Permulaan novel dimulakan dengan misteri pembunuhan Sultan Alauddin dan Tun Lepat menjadi mangsa fitnah. Tapi, misteri ni tidak terungkai dalam novel ni. Sebab penulis 'flashback' asal usul Tun Lepat dan kisah yang berlaku semasa Tun Musa (ayah saudara Tun Lepat) menjadi gerau istana.
Bahagian paling menarik, rasanya pada zaman Parameswara bersama-sama permaisuri dan gundik-gundiknya. Masing-masing berebutkan takhta permaisuri. Dah macam tengok drama istana China. Bayangkan macam tengok Mei Ren Xin Ji, Legend of Zhen Huan atau Legend of Mi Yue. Cumanya yang beza, semua permaisuri dan gundik dalam novel ni tak cerdik.
Diperhiaskan dengan tema makanan, penulis ini berjaya menampakkan jalan cerita berkesinambungan di istana yang tidak berkesudahan. Buat pertama kali melihat judulnya, Ketupat Cinta ia bukan kisah percintaan dua insan tapi mengenai menu makanan yang disulam dengan pelbagai peristiwa berbalik pada raja, permaisuri, dato' bendahara, temenggung, gerau, hulu balang dan pacal-pacal sekalian. Ceritanya agak jenaka, penuh hikayat yang kadang karut-marut.
antara buah tangan terbaik daripada en faisal... bahasa yang bersahaja... penuh sindiran... tapi mampu menyentuh hati... mengandungi terlalu banyak nasihat... padat dengan nasihat yang pelbagai....
setelah lebih separuh novel ini dibaca, kemudian rasa tak mahu teruskan. tetapi rasa sayang pula – ‘membazir’ kegigihan yang dipaksakan pada diri sendiri selepas tiba ke seratus halaman yang awal. teruskan saja ; mahu juga tahu mengapa dan begaiamana tun lepat mati di penghujung cerita.
sebagaimana ‘manikam kalbu’ - ini sebuah lagi novel daripada penulis prolifik yang sama - ‘ketupat cinta’ membawa falsafah dan erti di sebalik makanan dan penyediaannya; tentang ramuan dan gaulannya; tentang perlambangan dan rahsia ‘budi’nya. keseimbangan dan kesederhanaan yang perlu dalam hidup dilambangkan dengan keseimbangan rasa manis, masin, masam dan pedas dalam makanan; begitu juga dengan perkaitan dan simbiosis antara mahkluk Tuhan - semuanya berperanan dan saling berkaitan; semua ada bahagian masing-masing untuk dinyatakan dan disampaikan rasa syukur dan terima kasih; semuanya berhak didoakan akan kesejahteraan. maka, tahulah kita bahawa doa makan yang menjadi rutin setiap kali menghadap hidangan bukan setakat doa untuk kita dan makanan yang di hadapan mata. malah, lebih jauh dan panjang daripada itu. . . cerita ini banyak satiranya. disampaikan dalam bentuk humor yang tidak menggeletek rasa, malahan kadang-kadang seolahnya mahu mengajar sehingga menimbulkan rasa bosan. ada beberapa kiasan, sama ada pada individu dan peristiwa yang boleh dikait mahupun dirujuk kepada kejadian semasa atau yang pernah terjadi dalam negara. naskhah ini seronok dibaca sambil-sambil belajar mengenali perkataan-perkataan melayu klasik; glosari di halaman belakang sangat membantu. pun begitu, cerminlah diri, bangsa dan sejarah apabila bergelak ketawa pada humor yang dijalin dalam cerita: banyak yang ingin diberitahu; ambillah iktibar. kiasan, humor dan bahagian-bahagian yang menimbulkan rasa mual dan jengkel menghilangkan keindahan dan estitika pada novel ini; jauh bezanya daripada ‘manikam kalbu’ yang sedap dibaca. atau mungkin diri sendiri meletakkan jangkaan atau harapan yang tinggi pada novel ini. maklumlah, ia ditulis oleh faisal tehrani. sebenarnya buku ini telah lama ingin dibaca tetapi hanya dibeli semasa pbakl2018 lepas. itu pun kerana ia dijual pada harga runtuh RM10.00 senaskhah.
👑 Dengar sini hakir babadkan, Buku bukan hal cinta tapi temanya falsafah masakan Melayu terselit kritikan politik dalam dan luar Istana, dapat dihubungkaitkan politik semasa.Satira politik dalam kisah Istana Kesultanan Melaka.
👑Pembuka cerita Tun Lepat, Gerau(Tukang Masak) Istana ditangkap atas pertuduhan racuni Sultan Alauddin.Benar atau tidak? Letak tepi dulu.Penglipur laranya adalah Tun Lepat imbas balik ke zaman Parameswara, kenalkan bapa saudaranya orang pertama Gerau Istana.Diwarisi bakat kepadanya,mencipta makanan pertama di Melaka,mencari² ilham untuk santapan Diraja,tersedialah makanan disajikan berisi ilmu² masakan,tip kesihatan,mesej Islam dan budaya.Ilmu² mengiurkan ok!Tiap² makanan penuh nilai falsafahnya😉
👑Awalnya rasa kejutan budaya juga, bila dah disumbat hal sejarah sedia ada.Ada jurang perkembangan kisah sejarah diluar kebiasaan. Jadi, perlu fahami maksud 'FIKSYEN SEJARAH'. Berkecai Parameswara dalam benak aku selama ini.Untuk buku ini sajalah. Santai2!😁
👑Cerita berkembang dengan konflik isu takhta permaisuri yang jadi rebutan para isteri Parameswara.Kerna kuasa yang jahat makin jahat, yang baik turut jadi jahat. Sungguh takhta itu mampu membutakan mata manusia. Singgahsana yang menggerunkan. Masakan² buku ini adalah penyelesaian yang jadi ceritanya berwarna-warni.
👑2 watak aku suka, Tun Sri Ramelah dengan falsafahnya tentang Orang dan Masakan Melayu. ✨ Tun Halimah (Dang Shakuntala) dengan hujah makan dan 'Perjalanan sebutir Nasi' yang menginsafkan,jadi sedar makna besar dibalik doa makan✨Nak tahu apa, baca!😉 Bukunya seperti dijampi lalu ketagih🙌🏻👇🏻
Salam pinjam; 'Betul, kalau toyol akan mengatakan.Correct'
P/s: -Dilarang❗Baca waktu lapar atau puasa. Terbayang kuih-muih bazar Ramadan,2 hari lagi🌜 - Hati²❗Makan kuih Talam Keladi, nanti 'terlut sinar' diri sendiri😉
Novel Faisal Tehrani yang pertama aku baca adalah Bedar Sukma Bisu. Sejak dari itu aku jatuh cinta dengan karya Faisal Tehrani. Dan aku mula usaha kumpul karya-karya Faisal Tehrani. Sungguh aku masih usaha sedang cuba dapatkan '1515', 'Perempuan Nan Bercinta' dan lain-lain. Bagi aku sangatt rare.
Kerna sebelum itu aku terhanyut dengan gelaran orang: 'Faisal itu Syiah'
Dan sekli ini terbukti di dalam novel ini sarat dengan ideologi Syiah. Antara yang berat sekali seperti penulis menampakkan bencinya yang mendalam terhadap Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan radiallahuanhu. Dan pada hemat aku penulis berlebih-lebihan terhadap Yazid sehingga ada fitnah yang besar disitu. Ulama' Ahlul Sunnah usaha sebaik mungkin membela Yazid sekadarnya dan menentang riwayat-riwayat batil yang diltekkan keatas Yazid.
Justeru aku berlepas diri dari apa yang ditulis oleh penulis.
Namun lain dari itu, seperti biasa aku kagum lenggok penulisan beliau. Aku harap aku mampu menulis seperti beliau. Untuk seni penulisan sastera ini aku beri 4/5. Novel satira ini sangat bagus. Yang khayal tampak nyata. Yang paling penting buat aku lapar!
Jika novel FT bertajuk Manikam Kalbu meneliti busana2 Melayu, novel Bedar Sukma tentang kapal2 Melayu, novel Ketupat Cinta ini pula mengangkat perihal makanan.
Sebuah satira politik yang berlatar belakangkan zaman kerajaan Melayu dibawah pimpinan Parameswara. Diselitkan lawak jenaka dengan bahasa istana tetapi dimasukkan secukup rasa dengan perkataan2 masa kini. Terdapat pelbagai jenis hidangan yang seolah2 baru dicipta dan ditemui hasil kebijaksanaan orang2 pada zaman tersebut. Ada juga beberapa makanan yang pertama kali didengar seperti ompok. Terus search tiktok, baru dapat bayangan makanan tu macamane. Tapi tulah, tajuknya ketupat tapi takde satu bab pun menyentuh tentang ketupat.
Kisah dalam novel ini sarat dengan hal2 politik yang berlaku dalam kerajaan Parameswara. Perebutan kuasa dengan pelbagai cara. Pergaduhan tidak matang antara satu sama lain sehingga menyebabkan pembunuhan. Terlalu menarik buku ni sampaikan tengah buat kerja lain, terpanggil2 untuk sambung membaca.
Jujur aku cakap, aku suka baca fiksyen sejarah garapan Faisal Tehrani.
Jika dalam buku "Nama Beta Sultan Alauddin", rentetan kisah diceritakan oleh seorang datuk kepada cucu-cucunya. Kali ini, teman Tun Lepat pula yang bercerita. Comel. Memang terasa macam tengah mendengar orang bercerita. haha
Gaya bahasa klasik yang cukup aku suka. Buku ni banyak menceritakan betapa hikmahnya kebijaksanaan Tun Lepat apabila berbicara tentang makanan/masakan, bermula dari kecil hinggalah beliau dipenjarakan. Malah, turut terselit perjalanan hidup Parameswara juga, memandangkan seorang ahli keluarga Tun Lepat ini merupakan seorang tukang masak buat Parameswara. Menarik kisahnya.
Cukup banyak falsafah pada makanan yang ada dalam buku ini. Terima kasih atas Ketupat Cinta ini. Cukup menghiburkan serta sarat dengan hikmah nasihat.
Paling best bila FT kongsikan resipi resipi melayu tradisional! Rasa macam nak tulis je dalam buku resipi and tryy it one day because it looks scrumptious!
Selain itu, okay la. Satirical kan, what do we expect? I love it when satirical can be one of the genre of writing. It’s cool! It also can be a medium for young people to dig more what’s actually happening in our politics world.
Regarding other stuffs that he did touch a lot in this book hmmmm. No comment. What can I say here is, know your root.
Daya kecindan Faisal Tehrani di liga tersendiri. Ada sulaman gaya bercerita dan jenaka yang idiosinkratik, mudah dikenal bahawa itulah Faisal Tehrani.
Membacanya secara retrospektif, walaupun Ketupat Cinta menyinggung politik dan budaya popular sekitar 2000-an, senggolannya masih menjentik dan menggeletek, mengena pula dengan landskap siasah pada 2024.
Mengharapkan lebih banyak karya sastera gastronomi seperti ini pada masa akan sayang.