kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya
Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.
Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.
~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~
Reread…. Last time rasanya masa tu year 2008. Ini novel pertama karya Noor Suraya aku baca dan masa tu Jemari Seni masih baru. Jalan cerita dan lenggok bahasa memang kena dengan selera aku. Jadinya aku memang ‘wajib beli’ kalau ternampak ada nama Noor Suraya.
Kalau suka dengan Nuha mesti kena suka jugak pada si Alang. Nuha menyampah tengok rambut afro Alang. Tak habis2 nak dengki dengan rambut tu. Ikan di laut pun teruja dengan rambut Alang tu. Nuha sakit hati dengan Alang yang tak habis2 mengusik. Senang cakap mereka tak boleh berjumpa mata sebab nanti ada sahaja perkara yang jadi isu dan Nuha akan rasa nak marah dan nak menang dengan Alang. Alang sebenarnya suka tengok Nuha yang suka marah2 tu. Dia tak pernah ambil hati pun tapi dalam ayat2 Alang tu ada jugak sinisnya. Dalam sedar tak sedar Alang terjatuh hati pada Nuha. Cinta yang datang saat yang tidak disangka2.
Alang suka ungu. Tudung pemberian Alang pun warna ungu tapi dah dicuri Kak Tasya. Jahat la kakak Nuha ni. Surat-surat untuk Nuha juga warna ungu. Semenjak Alang hilang penglihatan, Alang berubah menjadi pasif dah putus harap pada Nuha. Jadinya rasa hati Alang hanya terluah melalui puisi2 di mana Nuha jadi tukang tulis, tukang jawab e-mail dan tukang salin ke dalam laptop milik Alang.
Awal2 aku tak faham kenapa Hj Yatim suka marah2 pada Alang. Ada saja yang tak kena pada matanya. Alang yang suka merantau dan suka pada puisi tu pun dia tak puas hati. Raja Kamariah pula nampak macam pilih kasih dan selalu menangkan Alang. Rupa-rupanya ada sejarah silam yang berlaku dalam kehidupan anak beranak itu.
Comel la budak2 ni, datang rumah tiba2 bagi pantun dekat Nuha dengan Alang.
Setelah Alang membawa diri kembali ke Hobart, Nuha baru sedar akan perasaannya pada Alang. Masih ada peluang lagi kah untuk Nuha buat Alang yang selalunya penuh kejutan, Alang yang berjiwa seniman, Alang yang banyak alasan. Tak lupa juga pada Ku Chik yang menjadi pendamping hidup Nuha. Peraturan Tuhan yang berhikmah.
p/s Sedihnya bila kelahiran Ku Chik tak disenangi ayah dan ibunya sendiri.
Berbuai²lah baca naskah dari penulis Noor Suraya. Dari dulu F suka nukilan Kak Su. Bahasa yang indah, sopan santun dengan lenggang lengoknya. Indahnya
Betullah orang kata benci² lama² kita akan suka. Apa yang Alang buat untuk Nuha semuanya ada maksud tersirat yang Nuha tak nampak. Ikhlasnya Alang pada Nuha.
But Nuha ni keras kepala. Dia buat tak tahu jr kat Alang. Marah Alang la.. tapi F tak boleh lupa Nuha jahit pengelangan tangan Alang hidup² tanpa ubat bius. Teruk betul dia kenakan Alang. Kesian Alang.
Bila Alang ignored Nuha.. ada rasa rindu bertandang nut knowing Nuha dia sangatlah ego dan keras kepala.
Kedatangan Nuha ke desa selepas frust crush dia kahwin dengan perempuan lain. Ditakdirkan Faizal itu sepupu kepada Alang.
Faizal yang Nuha suka itu tak seindah rupanya sebenarnya. Selepas berkahwin dan ada anak, sanggup Faizal dan isterinya "beri" Ku chik pada Nuha untuk dijaga. Alasan isteri sakit @ meroyan. Tapi elok je pergi holiday ke overseas.
Nuha ni lembut hati... dia tak suka tapi dia jenis redha. Baguslah Nuha nampak perangai sebenarnya Faizal dan isterinya.
Selain Alang ada lagi orang yang suka Nuha. Nuha tolak sebab hati ini dah ada yang bertakhta. To me besar hati Nuha ini... dia terima Alang seadanya.
Satu lagi kisah mak Alang, pun sedih jugak. Takdir tidak menyebelahi maknya. Tak sangka mata yang didermakan itu mata Muadz, cinta hati maknya sewaktu muda² dulu. Nangis F baca.
Itu mungkin sudah cukup untuk aku ungkapkan rasa yang ada dalam SUUN. Aku bukan pakar untuk membedah isi cinta Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk, tetapi rasa yang disampaikan oleh Alang pada Nuha sudah meresap dalam hati, seiring kata-kata puitis yang dikarang oleh Alang.
Nuha membawa diri ke nun jauh di utara. Membawa diri di saat abang Faisalnya mahu berkahwin. Rasa suka dan cinta yang disemat dalam hati semenjak kecil harus dipadam bila abang Faisal hanya menyayangi Nuha seperti adiknya. Kecewa dengan itu, Nuha berkeras mahu berangkat ke tempat pengajiannya lebih awal. Perjalanannya telah menemukannya dengan mamat Afro yang gatal! *wink* Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula. Si Afro itu, enche Alang Rebus Tak Empuk tu la :P
Namun takdir ada perjalanannya yang diatur. Nuha bertemu lagi dengan Alang di rumah yang disewanya. Sungguh tak sangka! Rasa benci, menyampah dan jengkel masih mendiami hatinya. Memang geram bila Alang tu suka sangat cari pasal dengan dia. Ada saja kompelinnya hee :P
Tetapi siapa tahu apa yang ada dalam hati Alang? Alang yang berjiwa lembut itu sebenarnya sudah menganyam rasa suka dalam hati. Alang suka dengan Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu. Dia suka kerana dalam garangnya Nuha terselit rasa lemah-lembut dan bertimbang rasa. Apatah lagi bila melihat Nuha yang sanggup menjadi ummi pada anak yang ditolak oleh Faisal. Lihat! Nuha gadis yang penuh dengan kasih sayang.
Rasa suka, kasih dan cinta Alang pada Nuha dicoret dalam kata-kata puitisnya. Disimpan dalam peti rahsia komputernya. Namun peti rahsianya pecah dirobek oleh Nuha. Dan di saat itu Alang membawa diri. Bukan hanya kerana rahsia hatinya pecah tetapi pergi kerana ada satu lagi rahsia lama yang diungkit kembali. Hati Alang parah. Namun apa yang paling parah, bila matanya diambil kembali. Ujian itu datang kerana Allah sayangkan kita. Benar kan?
Rahsia apakah yang membawa Alang pula jauh dari Nuha? Jeng jeng jeng... psstt... rahsia. Kan dah cakap tadi hahaha :P Kalau nak tahu, sila-sila baca sendiri. Dan pastinya nak tahu kan sama ada Alang dan Nuha akan bersama-sama atau tidak, kan?
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya
Cair? Hati aku mencair sama-sama dengan kata-kata puitis Kaksu dan abang Rosdi. Dan ada masanya aku merasakan yang kata-kata itu adalah nota cinta dari abang Rosdi buat sang isterinya *wink*
Pernah tak Kau jumpa buku yang buat kau nak berhentikan masa? Kalau boleh biar semua perkara terhenti seketika dan benda yang kau nak buat hanyalah hadap buku itu sampai ke penamat dan bila tiba digaris penamat pastinya kau akan ulang lagi buku itu sebelum menyimpannya kemas2 didalam hati. Hahahha merepek sudah,penangan dah lama tak dpt rasa perasaan itu, perasaan tersangkut pada satu2 buku utk jangka masa yg agak lama.
Membaca Surat Ungu Untuk Nuha, tulisan Noor Suraya, seolah-olah menguliti sesuatu yang sangat bernilai.
Pada mulanya, saya teragak-agak untuk membacanya. Puas juga teman sepejabat memujuk "Akak, bacalah buku ni!" sambil diunjukkan buku tersebut. Saya memberi 100 alasan, tetapi terbuka juga untuk menerima novel tersebut selepas dipujuk berkali-kali. Sudahnya, dua, tiga hari sebelum final exam, saya tidak sabar-sabar untuk menyudahkan novel tersebut.
Terus terang saya nyatakan di sini, saya suka dengan novel ini. Walaupun saya bukan peminat novel-novel tulisan Aisya Sofea, Damya Hanna dan segolongan dengannya, tetapi tulisan Noor Suraya menarik minat saya. Saya mengenali Noor Suraya melalui penulisan novelnya yang pertama, Tanah Andriyana di bawah naungan CESB.
Kisahnya bermula dengan watak Nuha, yang membawa hatinya yang lara ke satu tempat yang asing dari kehidupannya di bandar. Dia bertemu dengan seorang jejaka, Muzammil, yang kemudiannya diketahui merupakan saudara jauhnya dan rumah keluarga Muzammil pula dijadikan tempat menumpang Nuha. Permulaaan cerita barangkali, kita kira amat biasa-biasa, sehingga timbul kejutan-kejutan yang tidak dijangka dan berupaya memberi 'nafas baru' kepada kisah Nuha-Muzammil.
Muzammil digambarkan biasa-biasa, dengan rambut yang agak 'serabai', manakala Nuha digambarkan hitam manis orangnya. Dan watak-watak ini berjaya saya 'dakap' dan rasa hampir dengan hati & kehidupan seharian kerana keduanya digambarkan seperti barangkali, mereka yang akan kita ketemu dalam perjalanan kehidupan kita sehari-hari.
Kejutan yang mula-mula saya paling tidak saya jangka, di saat Muzammil menjadi buta. Dan kemudian, penulis berjaya bermain dengan tulisannya sehingga menimbulkan teka-teki sehingga ke penghujung cerita. Di mana timbul detik-detik seperti Nuha bertanya dengan ibu Muzammil, "Bagaimana keadaan Muzammil?", dan si ibu memberi jawapan, "Kita berserah kepada Allah. Kelak Nuha akan tahu juga"
Kejutan lain, betapa saya kagum dengan ketulusan hati Nuha yang menjaga anak kawannya, Ku Chik, walaupun dia sendiri belum mendirikan rumahtangga. Sungguh saya mengagumi watak Nuha, seorang insan yang berkorban masa hadapannya, mungkin jua hampir 'lupus' jodohnya hanya kerana menjaga anak orang, yang mungkin menjadi setback kepada jejaka yang cuba mencuri hatinya.
Saya juga suka kepada tulisan sajak-sajak di dalam novel tersebut terutamanya sajak terakhir 'Surat Ungu untuk Nuha'
Novel ini turut disulami unsur-unsur Islamik, yang sedikit sebanyak berperanan sebagai dakwah.
Surat Ungu Untuk Nuha - Noor Suraya. Novel 2007 yang baru tahun 2010 berkesempatan hamba baca dan itu membuat hamba terkilan kerana tidak membelinya pada cetakan pertama (hamba beli cetakan yang ketiga - terlepas jet pejuang lagi nampaknya).
Okey, tentang Surat Ungu Untuk Nuha: 1. Membaca novel ni memberi rempah ratus yang berlainan dari kebiasaan. Bahasanya, nada ayatnya, perasaannya - tersendiri.
2. Jatuh kagum hamba pada Nuha dalam novel ini dan tentunya jatuh hati pada Si Muzzammil Muadz itu juga. Muzzammil Muadz a.k.a Alang Rebus Tak Empuk, seorang yang selekeh dan tidak tersusun tapi tertib (ermm... macam mana tu? hehehe). Seorang yang selamba dan spontan tapi berbatas. Seorang yang sinis tapi romantis ^^. Dan yang pasti, seorang lelaki yang susah hendak digambarkan wujud di luar buku (tapi berangan tak payah bayar pun kan? hehehe).
3. Keseimbangan watak Nuha dan Alang Rebus Tak Empuk sama rata. Duduk sama duduk, berdiri sama berdiri. Dua-dua jalan seiring. Tak lebih, tak kurang. Susah untuk bertembung mata dengan situasi ini dan sudah pasti hasilnya menarik. Tahniah, Noor Suraya!
Dan, walaupun novel ni berakhir gembira (happy ending) tapi entah macam mana termenangis (diulangai TER-menangis ok) juga hamba di penghujungnya. Mungkin hamba terkenan roh sasterawan Muzzammil Muadz yang cukup menjentik sukma kalbu itu (huhu ^^).
p.s Di sini rupanya cebisan kisah Durrah dan Nabil bermula. Barulah hamba boleh hadam betul-betul cerita Rumah Kecil Di Hujung Padang dalam novel Pelangi (^_^)
Aku suka novel ni! Saya suka! Saya suka! Walaupun watak Alang Rebus Tak Empuk tu belum tentu lagi wujud dalam dunia nyata ni. Tapi ada sikit-sikit watak Alang tu yang aku pernah jumpa. Yang sikit-sikit itu ialah; lelaki yang suka nak sakitkan hati perempuan, orang cakap elok-elok, dia pula cakap sesuatu yang menyakitkan hati. Benci betul! Dah tu, sensitif tak kena tempat. Macam perempuan. Lagi, Alang yang mulut kecoh. Bagitahu ayah Nuha yang Nuha pernah suka dengan Faisal. Itu perkara yg paling memalukan bagi seorang gadis. Nuha itu macam aku kalau suka dengan orang tak suka orang lain tahu termasuk tuan punya badan kalau tak nanti malu jadi macam Gary, binatang peliharaan Spongebob tu. Haha.. Nuha tu kuat berdendam, bila dapat peluang dia akan balas dendam cukup2 tanpa ada rasa simpati lagi. Sama macam aku. Nuha tu anak no3, sama juga! Nuha tu setia, bila dah berkenan dengan yang tu, yang tu jugaklah, tak reti nak pandang yang lain, sama juga ni! Yang bezanya Nuha tu kahwin muda, aku sampai la ni tak jumpa calon lagi. Hahaha. Tapi aku suka dengan Nuha walaupun aku rasa macam tak logik umur macam Nuha tu mampu berfikir matang macam tu. Perkara yang membuatkan aku terfikir adalah; mampukah aku mencintai seseorang itu kerana dia buta? Ya, kalau dia buta setelah kami berkahwin, tapi kalau belum rasanya macam... macam... ermm entahlah. Sebab benda ni pun pernah aku temui dalam realiti tapi bahagia je pasangan tu aku tengok :)
Surat Ungu Untuk Nuha. Sebuah karya yang cukup rencahnya. Tak dapat dinafikan bahasa penulis Noor Suraya memang mampu menangkap sampai ke hati. Masih terasa-rasa sajak Nuha dan Alang tu.
Surat Ungu Untuk Nuha, menceritakan 'misi' Nuha yang datang berkhidmat di sebuah klinik desa nun jauh di utara sana. Nuha yang di kala itu turut membawa lara hatinyanya akibat perkahwinan Engku Faisal, jiran serta rakan baiknya merangkap pujaan hatinya. Pujaan hati tanpa Faisal sendiri tahu.
Lalu kedatangan Nuha ke desa ini mempertemukannya dengan Alang. Alang rebus tak empuk. Pertemuan yang pada mulannya pahit pada Nuha, lama kelamaan bertukar manis. Alang yang menebar rindu di setiap pelosok hati Nuha. Lalu Nuha ambil semua rasa itu, dianyam sehingga menjadi puisi rindu.
Namun setiap kisah yang manis akan ada dugaanya. Hidup Alang ditimpa musibah. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Lalu Alang yang sudah jatuh ditimpa tangga itu, akhirnya membawa diri ke Hobart. Membawa bersama segunung rasa cintanya terhadap Nuha.
Lalu bila sudah berjauhan, Nuha mula rindu pada sajak-sajak Alang. Lebih tepatnya rindu pada si tuan sajak itu. Lalu rindu yang sudah Nuha siap anyam itu mampukah diberikan semula kepada Alang?
Surat Ungu Untuk Nuha. Sebuah kisah di mana manusia mencari diri mereka. Tentang manusia yang mula sedar kekhilafam mereka.Dan bukan semua yang cantik itu tidak ada celanya. Dan bukan yang buruk itu tidak ada cantiknya.
Ulasan :
5 bintang untuk karya ini. Tahniah untuk Puan Noor Suraya. Kerana menganyam bahasa yang indah ini. Ya. Masih terasa dibuai oleh sajak-sajak Alang dan Nuha. Terasa nak jadi penyajak pun ada. Karya yang lembut bahasanya. Santun bunyinya. Sopan tingkahnya. :)
Warna ungu, mutiara dan bunga telepok dalam buku ini sudah semestinya menggembirakan aku. Mana tidaknya, elemen yg diperincikan dengan baik sebegini mampu membuatkan pembaca seperti aku(yg selalunya cerewet) terpukau dan terus membaca sampai je muka akhir.
Aku selalunya tak pernah bermasalah langsung dgn tulisan Noor Suraya walau sepuitis mana. Surat Ungu Untuk Nuha ini sebenarnya satu bukti. Aku - bukan orang puisi. Tapi bila Alang menulis, aku teliti setiap bait puisinya.
Oh. Dan Mido? Oh noooo....itu saja dah membuktikan hero tak perlu kacak! Mido itu pemain bola sepak yg biasa2 saja, Surya itu manis mukanya....jadi Alang? Alang sederhana.
Antara Nuha dengan Baya, aku suka Baya. Antara Baya dengan Mak Cik Raja? Makcik Rajalah heroien sebenar buku ini untuk aku. Tak ada Makcik Raja, tak adalah cerita.
Aku sedikit terganggu dgn watak Nazrin. Macam redundant dgn watak Anwar pada aku. Tapi mungkin aku silap.
Loghat Kedah pula pekat di permulaan dan longgar sikit di belakang cerita. Padahal itulah yg membuatkan imagnnasi terus berlari.
Apapun cerita ini aku bagi 4 bintang sebab aku kurang komen melainkan menggalakkan rakan2 lain utk terus membaca. Dakwahnya senyap, bahasanya lembut dan ceritanya sederhana saja.
Tak perlu orang kaya, cukhplah setakat imaginasi sawah padi dengan beras, padi dan gulai yg boleh buat kau senyum, nangis atau ketawa saja.
Ku kikis sisa wajah dia Yang melakat di jantung Ku cuba siram benih kasihmu Yang menyapa di hati Tetapi seperti padi-padi itu Aku tidak pernah tahu Bila rasa sayang itu kian bercambah Jika kita pernah sama-sama menanam Dan membajainya Pulanglah… Kalau kau rasakan cinta itu ada saktinya
Kecewa kerana cintanya tidak bersambut telah membawa diri Nuha ke utara tanah air. Peristiwa tertumpahnya kopi panas di dalam keretapi itu rupa-rupanya telah membawa kepada kisah cinta penuh rahsia di antara Nuha dan Alang. Perasaan benci Nuha semakin mendalam apabila mengetahui Alanglah yang memperkenalkan Engku Faizal dengan isterinya sekarang. Persengketaan mereka berterusan sehinggalah Alang ditimpa musibah sehingga hilang penglihatan. Pendirian Nuha berubah. Dia bersetuju untuk belajar Al-Quran dan dalam masa yang sama dia menggalakkan Alang untuk belajar membaca huruf braille. Perasaan salah faham di antara mereka telah membuat Alang membawa diri ke Australia dengan alasan untuk menunggu penderma mata untuk dirinya. Apakah Alang berjaya untuk mendapat mata barunya dan dapatkah dia merebut cinta Nuha?
Kelahiran novel ini memang dinanti-nantikan oleh semua peminat Kak Su termasuklah diriku sendiri. Bukannya apa, aku tak sabar-sabar untuk membaca dari mula hingga ke akhirnya cerita SUUN ini. Maklum sajalah kan, aku ni bukan ada banyak masa untuk mengikuti e-novel bersiri ni... Apa yang menyedihkan lagi, saat-saat akhir aku tidak dapat menghadiri majlis perlancarannya yang berlansung pada awal April yang lalu. Apa-apa pun, aku enjoy membaca novel ini. Memang berbaloi memilikinya. Tahniah Kak Su!
Kisah dari Noor Suraya pastinya tidak menghampakan. Lebih2 lagi di muka hadapan novel ini ada sign khas dari Kak Su utk saya. Haaa tak rugi bersesak ramai2 di pesta buku ;)
Alang , yang berjiwa sastera bertembung dengan Nuha , gadis bandar yang agak buta sastera. Kombinasi kontra yang menarik. Sungguh aku juga jatuh hati dengan romantisnya Alang. ^_^ Namun , gerakan romantisnya lambat juga , sampaikan Nuha yang kurang sastera itu lambat memahami , aku yg membaca ni pun ternanti-nanti apa kejutan Incik Alang ni. Kejutannya boleh buat aku yang membaca jeles sendiri =)
Di hujung bukunya ada kata-kata dari penulis , rupa-rupanya sajak dalam novel ini banyak diambil dari Imaen. Suka tengok pasangan berdua ini , berkongsi hobi dan citarasa yang sama. Dapat bergambar dengan mereka berdua di pesta buku hari tu. weeee >___________<
Aneh. Pernah saya berangan-angan: kalau ditakdirkan saya bernikah, saya mahu menghadiahkan si bakal, sebuah buku curhat sebagai hantarannya. *dibaling senduk* Jadi Alang yang kidal, Alang yang berlesung pipit kiri, (ciri lahiriahnya saya), mungkinkah kamu itu, alter egoku? *senyum simpul* haha.
Kadang saya terpikir, jika sasterawan itu lebih dekat kepada pendiam. Tetapi Alang ini lebih berangin, (sok Rangga mungkin?) dan kena pula dengan Nuha yang garang dan keras kepala. Tarik tali yang tidak berpenghujung. Oh, tetapi saya sukakan Alang bila dia memanggil Nuhanya, "Indah, pantaiku, Nuhaku."
Tak sia-sialah saya menunggu buku ini hingga keluar cetakan ke lima: Julai 2016. :)
Buat saya tersenyum hampir 1/2 buku. Nuha gadis yang kuat saya suka wataknya. Namun ada monolog² Nuha yg saya skip di penghujung novel. Konflik dalam diri Nuha mungkin saya dapat relate jika novel ini dibaca 15 tahun dulu.
Saya seronok membaca suasana kampung Kota Kuala Muda, sangat dekat di hati terutamanya Tikam Batu dan Sungai Petani. Mungkin agak bias jika saya berharap huraian tentang daerah itu dilebihkan.
Apa pun saya terhibur dan pasti akan mencari lagi karya Kak Su.
Agak lama juga nak menghabiskan bacaan kali ini. Bukannye tak best. Best sangat!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi harus mencari masa yg tenteram sbb saya nak feeling sangat2 baca buku ni okeh.....and yes i heart this novel.....
Compared to Jaja & Din, perubahan Nuha kepada kebaikkan idak la sedrastik Jaja which for me agak boleh diterima. Bak kata adik saya Nadirah, "ada ke boleh berubah drastik macam Jaja ni???? tak boleh terima aaaa". And she felt tense okeh baca Jaja & Din tu...eheheh
Back to kisah Nuha dengan Alang Rebus Tak Empuk ni....wallah, saya cukup terharu dengan Alang ye. Walaupun mmg bak kata Nuha, gurauannye kadang2 tu over, tapi saya suka watak Alang tu....
After NTS, saya lagi suka buku ni dari Jaja & Din...ehehehe
percubaan pertama membaca hasil tangan noor suraya...ternyata tak menghampakan. walaupon begitu puitis tulisan nya namun dpt dihadam. misi menjejaki cinta alang n nuha didalam mahadewi pula.
🌟Ceritera cinta yang sederhana dan manis dengan caranya. SUUN membuatkan saya merekah senyum dengan telatah Alang dan Nuha, juga terguris rasa belas apabila kedua-duanya melalui ujian hidup. Pertemuan pertama antara mereka tak begitu baik, saling 'membenci' tetapi itulah titik mula kisah ini. Kecewa cinta pertamanya tidak kesampaian, dia membawa diri ke utara sebagai jururawat desa dan tinggal di rumah sewa tepi sawah, milik Haji Yatim dan Raja Kamariah. Takdir membawa dia bertemu dengan Muzammil, anak tuan rumahnya yang mesra dipanggil Alang, suka berpuisi, berjiwa seniman. Alang yang hidup merantau sebelumnya pulang ke kampung untuk menjernihkan hubungan dengan si ayah yang kurang setuju dengan pilihan kariernya.
🌟Bermacam insiden menyakitkan hati antara Nuha dan Alang, sebelum salah seorangnya cuba memberi kasih. Tersambutkah kasih itu? Perjalanan kasih itu tak begitu mulus, lebih-lebih lagi selepas Alang ditimpa musibah yang merenggut penglihatannya dan bertambah pula dengan kisah keluarganya yang agak dramatik. Kedua-duanya ada konflik perasaan tersendiri. Apa yang sama, mereka mencintai orang yang tidak mencintai kembali. Saya terasa dekat dengan watak Nuha, dia bukan orang yang mudah jatuh cinta. Sekali dia membuka hati, susah untuk dia melupakan. Bukan mudah untuk kita lupa, rasa yang kita pendam bertahun, berakhir luka. Kita mungkin boleh bergerak ke depan, tapi kita masih akan ingat apa yang berlaku sebelumnya.
🌟 Dalam nakal Alang, tersembunyi sifat ingin melindungi Nuha daripada bahaya mahupun episod patah hati untuk kesekian kali, walaupun Nuha tidak menyedarinya. Tatkala si dia cuba mencari cahaya, Alang menunjukkan jalan, agar Nuha tak berhenti mengejar reda Tuhan. Di penghujung cerita, saya tersenyum mengenang bagaimana mereka saling menerima dan halusnya cara Alang menghargai cinta. Penulis juga telah berjaya membuatkan saya terbuai dengan setiap selitan puisi Alang untuk buah hatinya. Saya lega, setidaknya, Nuha tidak dikecewakan dengan sikap Faisal yang 'tersembunyi', yang hanya terungkap setelah Faisal dan Raniya mempunyai seorang anak yang sayangnya tidak diterima pada awalnya. Alang melengkapi Nuha dan begitulah sebaliknya.
🌟Ceritera Alang dan Nuha yang ini menyedarkan kita, tak semua yang kita inginkan itu benar-benar elok dan tepat untuk dijadikan penyeri hidup. Adakalanya, yang kita sangka sempurna itu, ternyata tidak menyempurnakan kita dan kita juga bukan ditakdirkan untuk menyempurnakannya. Pada akhirnya, hanya Dia yang mengetahui rahsia setiap pertemuan dan perpisahan. Indah takdir Tuhan, apabila kita belajar melihat hikmahnya.✨
Lelah! Itu yang aku rasakan apabila membaca novel ini. Lelah, benar-benar lelah dengan dugaan demi dugaan yang harus watak utama hadapi. Dugaan yang menyedihkan.
Laras bahasa yang tersusun indah, membuai-buai apabila dibaca. Susunan cerita juga mudah difahami. Puisi-puisi yang terselit, membibitkan perasaan cinta yang indah dalam diri pembaca juga. Tersenyum simpul dibuatnya.
Angin sawah padi terasa menampar mukaku tatkala membaca penjelasan suasana kampung yang mendamaikan. Hubungan kekeluargaan yang terpapar menjentik minda pembaca dalam membina suasana yang baik sebegitu. Bagaimana eratnya hubungan sesama masyarakat kampung, begitulah cepatnya juga tersebarnya berita - yang enak ataupun palsu. Begitulah jelas dan hidup sekali suasana kampung yang penulis gambarkan menerusi novel ini.
Ada beberapa kejutan dalam kisah Nuha dan Alang yang membuatkan saya sedih dan tersentak, lalu saya mempersoalkan mengapa begitu, namun ia membuka mata saya untuk memahami asbab sesuatu kejadian. Suatu hal yang molek kiranya saya praktikkan dalam kehidupan seharian, namun ia bukan suatu hal yang mudah.
Menjelang penghujung cerita, ada satu persoalan yang berlegar di minda. Namun saya kira, biarlah saya baca Mahadewi terlebih dahulu sebelum saya ikat simpulan cinta Alang dan Nuha dalam minda saya.
Surat Ungu untuk Nuha - indah pada bahasanya, sakit pada ceritanya, namun terlakar sebuah cinta pada dua jiwa walau tidak sempurna.
Agaknya timing tak betul sebab baca buku ni dalam keadaan kepala tengah pusing, darah naik kot sebab semalam makan sup kambing. Walau pun gitu, karya Noor Suraya tak boleh tidak, membawa kisah kehidupan insan yang walaupun banyak kelemahan tapi hatinya lembut dan lunak. Surat Ungu Untuk Nuha bukan hanya cerita tentang Nuha yang manis tapi berapa cantik, hitam manis dan comel saja, apa lagi kalau nak bandingkan dengan Raniya yang sudah bawa terbang cinta hati Nuha. SUUN juga membawa nukilan Muzzammil si Alang Rebus Tak Empuk ber-rambut afro. Agak lucu watak watak utama Kak Su dalam novel SUUN ni. Actually pening juga kepala saya nak cuba fahami pergolakan di hati Nuha, mengapa dia kejap benci kejap rindu kejap suka kejap marah dengan Alang. Pening juga nak faham gelora di hati Alang terhadap Nuha. Pendeknya saya memang tengah sakit kepala ni jadi SUUN terasa agak berat untuk dicerna walaupun tidak begitu panjang dan tidak juga begitu tebal ombak puitisnya.
Novel ini mengisahkan watak utama Tajul Arifin dan Nuha yang menemukan cinta dalam pengalaman yang bersahaja. Garapan dua watak yang bersahaja tetapi romantis di jiwa membuatkan pembaca tidak skip setiap helaian dari awal sehingga akhir. Membaca novel ini ibarat seperti berada bersama-sama watak-watak yang diketengahkan dan menyaksikan kemelut, bahagia, sedih dan rindu sepanjang perjalanan Tajul Arifin merialisasikan cintanya untuk Nuha.
Aku tersentuh, terbuai-buai, terpesona dan terpaut hati dengan ayat-ayat puitis madah pujangga si lelaki ungu Muzzammil Muadz a.k.a 'Alang Rebus Tak Empuk' ni. Cayalah T.E.R.B.A.I.K.