Jump to ratings and reviews
Rate this book

Labyrinth

Rate this book
Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah ‘lantai’ untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya.
Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira?

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

418 pages, Paperback

First published July 23, 2007

4 people are currently reading
49 people want to read

About the author

Imaen

15 books63 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (26%)
4 stars
61 (47%)
3 stars
30 (23%)
2 stars
4 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
June 10, 2021
Aku lebih suka jika genre thriller lebih mendominasi cerita daripada genre romantis. Aku turut dapat banyak ilmu baharu sepanjang pembacaan dan yang membuatkan aku rasa seronok membaca karya penulis ialah penggunaan bahasa puitis penulis.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
September 24, 2013
Jika tiada kisah Romantika antara Dani & Maira tu, mungkin boleh di beri 4 1/2 bintang...Sebenarnya rasa berbelah bagi untuk membaca novel daripada penulis ini...novel ini sudah beberapa kali bertukar no senarai menunggunya...gara2 bahasa puitis yg di persembahkan dalam Sigaraning...Untuk mengelakkan mood membaca jatuh, aku baca Labyrinth terlebih dahulu...

Pilihan yg bijak juga, Prolognya sedikit sebanyak menggamit aku untuk meneruskan pembacaan...Bab2 terawal pun menarik walaupun gaya penulisan penulis sedikit melalut...hahah..ada unsur2 humor juga...

Novel genre Romantis Thriller yg berkisar kepada pembunuhan bersiri di mana Detektif Kamal, Haryani & Salman di tugaskan untuk menyiasat, mereka di pertemukan dengan Doktor Muhammad Dani,pensyarah & pakar dalam Linguistik & Bahasa untuk membantu proses penyiasatan tersebut...Pembunuh meninggalkan klu (puisi) pada mayat mangsa...nak tahu kesudahannya, kalian kenalah membaca novel ini...

Tatkala membaca kisah2 Roman antara Dani & Maira...sedikit sebanyak agak membosankan...kekadang membuatkan ku tak sabar untuk mengetahui penyiasatan yg mereka lakukan...malahan hubungan antara Kamal, Natasya & Haryani juga ada di dalam ini...

Novel ini boleh di cadangkn bagi pembaca yang meminati thriller untuk mengenali penulis ini....
BOLEHLAH!!!!
Profile Image for W.Noraini.
54 reviews10 followers
May 13, 2015
Saya memang gemar tulisan Imaen yg sebelum ni, kerana selalunya ia bukan penulisan yg kosong....sentiasa ada saja ilmu yg saya peroleh dr penulisan Imaen...tetapi utk labyrinth ni, bg saya ia sedikit kekurangan...memandangkan ia adalah kisah berunsur thriller, di mana dlm cerita ini, berlaku pembunuhan bersiri yg tragis....bagi saya, novel kali ni macam kekurangan rencah...saya tidak dapat rasa keseraman cerita ni, dan saya dpt rasa penulis tidak cukup membuat kajian tentang gerak kerja polis dan pihak forensik. Memang ada diceritakan tentang gerak kerja polis dan pihak forensik itu, tetapi tidak detail sgt...jadi tidak dapat rasa unsur² suspen dan klimaks yg seharusnya ada, apatah lg untuk cerita² berunsur thriller seperti ini.

Bagaimana pun, seperti biasa saya suka dgn gaya bahasa imaen. Rasanya, pihak JS memang menitikberatkan gaya bahasa yg baik. Tahniah.
Profile Image for sekaliduaa.
26 reviews
February 27, 2021
Bacaan yang menarik dan tak mengecewakan, walaupun agak ketinggalan membaca karya penulis pada tahun 2021. Tertanya-tanya untuk mengetahui siapa pembunuh bersiri, cuma agak bosan bila baca bahagian kisah cinta antara Dani dan Maira, tapi puisi yang dikongsikan sangat menarik. Kesimpulannya, bahasan dan tulisan penulis sangat menyenangkan, info dan penyampaian maklumat yang menarik.🤩
Profile Image for Azizah.
391 reviews6 followers
December 26, 2018
Resensi: Mac,2011

Penulis: Imaen
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga: RM 18.00
M/S: 418
Cetakan 1 - Ogos 2007
Cetakan 2 - Disember 2007

Blurb:

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelunggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai... dan Maira?

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur...makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?
lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth...berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?


Kak Chik menukil:

Akhirnya...selepas 5 hari Kak Chik mengelek novel ini ke hulu ke hilir. Mencuri-curi waktu yang bagaikan begitu cemburu dengan lambakan kerja dan tuntutan tanggugjawab lain, Kak Chik berjaya juga sampai ke titik yang terakhir. Sungguh, bukan kisahnya tidak menarik tetapi masa yang terlalu cemburu.

Bagi Kak Chik yang teramatlah jarang membaca genre thriller dan fiksyen, keterujaan sedikit merudum kerana rasa Kak Chik sudah terlalu lama disogok dengan genre romantik. Namun romantic thriller yang dijelmakan penulis mampu membuat Kak Chik sentiasa gatal tangan untuk membeleknya di setiap waktu yang terluang sehingga ketika menaip tugasan di ofis juga masih memikirkan apa yang bakal terjadi terhadap penyiasatan Kamal dan Dani.

Kamal dan Dani, dua karektor kerjaya yang sungguh jauh dan juga dua karektor personaliti yang sungguh berbeza tetapi pertemuan pertama untuk tugasan merungkai pembunuhan bersiri itu menjadi titik mula keakraban sehingga akhirnya Kamal menaiktarafkan Dani di sisinya dari kawan kepada sahabat. Mungkin juga faktor kenegerian itu begitu kuat.

Aduh! Membaca Labyrinth yang penuh dengan pelbagai kotonasi baru dan pelbagai perkara baru yang bagi Kak Chik membuatkan Kak Chik kadang-kadang terpaksa membaca berulang-ulang kali untuk memahami sesuatu situasa. Namun kerana kekuatan 'kata-kata' penulis membuatkan Kak Chik lebih bersemangat berlumba dengan pembunuh bersiri tersebut.

Dani, pensyarah bahasa yang bergelar doktor itu sungguh sopan orang. Sungguh menjaga agamanya. Sungguh mencintai bahasa. Dan kerana kepakaran yang dimiliki menjadi titik tolak kepada keterlibatan dalam penyiasatan polis. Dani yang memendam rasa pada Maira, anak gadis yang sedang kembang mekar. Tapi diam Maira itu, bagaimana tafsirannya? Maira yang terlalu sopan dan sentiasa cuba menjaga pergaulan sehingga Bashir, budak Usuluddin boleh hilang malu kerana cintakannya. Tindakan Bashir sungguh mempamerkan bahawa orang bisa hilang malu kerana cinta. Kerana Bashir juga membuatkan Dani memberi sajak selamat tinggal buat Maira, ratna hati yang dipuja ketika gadis itu masih hingusan lagi.

Kamal, detektif yang sudah terlalu lama melupakan agamanya. Kehidupan dan kerja yang sentiasa menghimpit sehingga rumahtangga yang dibina dengan pujaan hati ketika sama-sama di dunia kampus dulu, hilang wangi bahagia. Kenapa Natasya bisa berubah dalam masa 5 tahun sahaja? Diam Natasya itu, bagaimana pula tafsirannya? Lalu pelbagai dugaan yang dihadapi kerana dia memilihi untuk memasuki labyrinth...

Sebenarnya, siapa pembunuh bersiri itu sudah Kak Chik telah selepas pendedahan Doktor Nurin Batrisya tetapi kenapa Kamal tidak dapat menghalusinya selepas setiap kali mereka hampir mendapat maklumat, pasti pembunuh bersiri itu berada selangkah di depan mereka.

Labyrinth memang penuh dengan segala ilmu. Bukan setakat isu romantik thriller sahaja. Penuh dengan ilmu bahasa dan peradaban, sejarah, hiburan malah yang penting keagamaan yang diserapkan secara santai.

Pengkahiran yang sungguh manis. Kak Chik teramat la suka dengan pengakhirannya. Dan glosari di belakang sungguh memberi input baru buat Kak Chik!

Tahniah buat penulis!

LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 6, 2012
Labyrinth suatu permainan, sebuah pembunuhan bersiri yang kejam dan itulah padahnya jika manusia bersekongkol dengan syaitan. Kisah thriller ini dihidangkan dengan dua kisah cinta sebagai appetizer dan dessert. Cinta bisu, tapi bukan pekak. Cinta tanpa suara, tapi bukan tanpa irama. Juga cinta dalam mencari nur-NYA yang hakiki. Maka main dish nya adalah pembunuhan bersiri sadis berbau hanyir penderaan.

Dalam mencari jalan keluar dari Labyrinth, pelbagai perkara akan ditemui oleh kita sebagai pembaca. Informasi-informasi yang sedikit walaupun tak banyak, amat berguna sebagai palitan-palitan yang kadang-kala kita lupa, terlupa atau sengaja melupakannya.

Labyrinth banyak inti informasi yang pada saya mencabar minda untuk kita sama-sama mengutarakan hujah-hujah kita sendiri bagi isu-isu yang diketengahkan. Buku ini bukan hanya buku biasa-biasa, bukan novel yang hanya untuk dijadikan bacaan santai, tapi sebuah novel yang banyak manfaat yang kita dapat dikutip darinya andai kita mahu berfikir!

Setulusnya saya mendapat banyak manfaat darinya. Perkara terpenting yang amat saya sukakan ialah, ia mencabar minda saya. Tak perlu saya huraikan lebih lanjut tentangnya. Secukupnya saya puas membaca sesuatu buku bila mana minda saya dicabar untuk berhujah dengan hujah-hujah dan pandangan-pandangan saya tersendiri.

Dengan gaya bahasa yang kreatis penuh puitis malah kadang-kala sinis, telah berjaya membuatkan hati saya terbuai sama mengikut rentak dan irama yang dihidangkan oleh penulis.

Satu kelainan yang amat menarik. Syabas IMAEN!!
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
June 23, 2017
Suka dengan karya-karya Imaen..
Pandangan & pendapat dari ruang lingkup seorang lelaki..
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews4 followers
August 31, 2021
Triller romantis tapi tak berhenti aku tersenyum ketika membaca. Penulis Imaen tak pernah mengecewakan. Diselitkan ilmu dan refleksi untuk diri pembaca.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
196 reviews6 followers
July 15, 2023
Kamal-Natasya-Hanani
Dani & Maira
Persahabatan Kamal dan Dani.

Jalan cerita yang agak perlahan pada awalnya, kemudian bertambah menarik pada babak-babak berikutnya. Babak pembunuhan meningkatkan graf saspen dalam novel. Meremang bulu roma dan memualkan jugalah tatkala membacanya.

Penceritaan yang detail. Babak menarik seperti latar tempat yang indah dan babak pembunuhan diceritakan dengan terperinci namun tidak lewah. Memberikan suasana serta mood yang sama kepada pembaca.

Ilmu politik, ekonomi, sastera serta agama diadun dalam plot menambahkan inkuiri pada diri pembaca. Ilmu yang dihidangkan baik dalam dialog mahupun perenggan itu sendiri memberi banyak nilai tambah terhadap penceritaan.

Watak Dani yang banyak memberi nasihat kepada Kamal dilihat terjalin dengan begitu baik dan turut memberi impak yang positif kepada pembaca. Begitu juga watak Hanani dan Natasya, yang berkembang dengan sangat positif sepanjang cerita. Kisah cinta Dani-Maira dan Kamal-Hanani-Natasya membuka perspektif cinta dalam sudut berbeza yang boleh diambil banyak pengajaran daripadanya.

Anehnya, sebelum menulis reviu ini, saya hanya ingin menjadikannya dalam bentuk poin, entah mengapa terbentuk juga reviu sebegini rupa.

Semoga kebaikan dalam novel ini membawa pahala yang berpanjangan buat arwah penulis di alam sana. Tulislah yang baik-baik, walau tidak terbalas di alam duniawi, di alam akhirat sudah tentu pasti.
Profile Image for Hani~.
146 reviews1 follower
December 31, 2025
Ini bacaan kali kedua. Kali pertama baca buku ni sekitar 2007/8 dulu. Masih memberi rasa teruja, masih menimbulkan rasa kagum.

Menariknya apabila ulangbaca selepas jarak masa yang lama, kita akan rasa seperti baca buku baru kerana banyak details yang dah kita lupa. Satu-satunya yang saya ingat hanyalah siapa pembunuh sebenar.

Seperti novel-novel Imaen yang lain, kita akan dihidangkan dengan kritikan dan sindiran sosial yang buat kita berfikir. Susun bahasa juga cantik dan kemas. Kadangkala tersenyum juga dengan kelucuan yang muncul tak diduga di tengah serius cerita.

Ada nilai-nilai agama, adab sopan Melayu dan perkongsian fakta-fakta menarik. Tak dilupakan sedikit babak aksi dan penyiasatan.

Bacaan yang memuaskan. Ada rezeki umur panjang, saya akan reread lagi 15 tahun dari sekarang 😊
Profile Image for Hn.ssss.
57 reviews1 follower
January 23, 2023
Labyrinth : Imaen

Rate: 3.7/5 ⭐️

Genre: romantic-thriller

Kamal & Dani. Bertemu kerana tugas. Berakhir menjadi sahabat.

Dia. Si gila yang mengadili nasib manusia menggantikan Tuhan.

P/s : selain dari kisah Kamal , Dani & Si Gila. Penulis ada selitkan ingatan tentang agama serba sedikit 😘

Nota: bagi aku , buku ni kurang umphh dari segi siasatan forensik. But still a good book to read. Ilmu ni luas ❤️

#bookstagram#imaen
#labyrinth#jemariseni#bookreviewmalaysia
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
February 21, 2012
Akhirnya baca juga karya Imaen setelah dikempen berulangkali. Mereka memuji tinggi melangit tapi bagi aspek thriller-penyiasatan ala CSI, saya masih anggap Ekuinoks (Azizi Ali) sebagai yang terbaik. Mungkin saya pilih novel yang salah (Nota: Imaen ada beberapa novel lain bersama Jemari Seni)

Selain Ekuinoks, ada sebuah novel terbitan CESB yang juga menarik (bersifat penyiasatan). Tetapi saya tak ingat judulnya. Maksud menarik bagi saya ialah aspek penyiasatan 'bertaraf' CSI. Ada kes, ada fail kes, suspek, mangsa, OKT dan yang penting, gerak kerja polis.

Walaupun begitu, Labyrinth tidak mengecewakan. Ada bahagian yang memukau. Ada mainan kata Imaen yang menyebabkan saya terfikir panjang. Beliau cuba memasukkan fakta yang menjadi rencah tambahan tetapi pada sesetengah tempat ia seperti mengganggu plot sehinggakan tujuan utama - penyiasatan - seperti terpinggir oleh sub-plot rumah tangga Kamal, Hanani yang gila bayang dan mainan perasaan Dani.

Saya beri tiga bintang dan cuba membaca karya Imaen yang lain pula :-)
Profile Image for Atina.
24 reviews4 followers
May 7, 2013
Ahh, aku rasa hampir kesemua karya Imaen berseni. Larikan bahasanya cukup indah. Seni yang diterjemah dalam bentuk penulisan.

Jalan ceritanya menarik. Tidak terlalu kompleks dan mudah dihadam. Itu sahaja rasanya review untuk kali ini. Kesimpulannya, karya Imaen memang tidak pernah mengecewakan.
Profile Image for Nurassyuhada.
1 review1 follower
August 7, 2014
Perahu melancar, bulan memancar
di leher kukalungkan ole-oleh buat si pacar
angin membantu, laut tenang, tapi terasa
aku tidak ‘kan sampai padanya
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.