Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ensiklopedia Aqidah Muslimin #6

Beriman Kepada Qadak dan Qadar

Rate this book
“...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semua itu, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216).

Adakah perjalanan hidup ini sudah sedia termaktub dalam ketentuan Tuhan yang maha pencipta? Adakah setiap insan hanya melaksanakan apa yang diatur untuknya? Adakah setiap insan cuma berserah kepada apa yang ditentukan ataupun mampu mengubahnya? Di manakah letaknya usaha insan sekiranya hidup ini sudah ditentukan?

Buku ini mengupas persoalan hidup manusia yang bergantung pada ketetapan yang maha pencipta. Sebagai Muslim, yakin dan percaya kepada qadak dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman. Beriman kepada qadak dan qadar tidak menjadikan insan lemah dan malas, malah mampu meningkatkan lagi produktiviti hidup. Di samping itu, ia menaikkan martabat manusia ke peringkat iman yang tertinggi.

Buku ini diolah semula dengan pendekatan moden dan dikuatkan dengan nas-nas al-Quran dan hadis. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah:

* Baik dan buruk berkaitan qadak dan qadar
* Orang kafir berhujah tentang qadar
* Hubungan antara akidah dengan ibadah dan akhlak

88 pages, Paperback

First published January 1, 2008

2 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Abdul Hadi Awang

69 books88 followers
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969–1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974–1975.

Di samping itu, Ayah Chik juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983. Beliau istiqamah mengajar di Masjid Rusila, Marang dan telah mengkhatamkan pengajian Tafsir al-Quran sebanyak dua kali dalam tempoh 40 tahun, bermula dari tahun 1976 sehingga kini.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (33%)
4 stars
2 (33%)
3 stars
1 (16%)
2 stars
1 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Faiz • فائز.
355 reviews3 followers
November 28, 2023
Tidak perlu diperkenalkan nama pengarang. Keilmuannya diiktiraf oleh ulama-ulama dunia. Buku yang sangat ringkas, menceritakan perihal qadak dan qadar. Saya gemar apabila setiap isi yang ditampilkan didukung dengan nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi ﷺ . Penilaian buruk atau baik terhadap qadak dan qadar hanya pada kaca mata manusia, sedangkan segalanya itu baik kerana datangnya daripada Allah ﷻ. Masakan mungkin Allah itu zalim dengan mengurniakan keburukan kepada hamba-hamba-Nya. Hakikat yang jelas ini perlu difahami dengan baik supaya kita tidak mulai menyalahkan Tuhan di kemudian hari.

Tuan guru turut menjelaskan bahawa akidah yang betul akan melahirkan akhlak yang mulia (rujuk surah an-Nisa, ayat 135 dan hadis beriman dengan hari akhirat) Akhlak yang mulia ini pula dihasilkan melalui ibadat yang sempurna.

Boleh diringkaskan begini: akidah > ibadat > akhlak.

Puasa membentuk ketakwaan, zakat berperanan menyucikan diri daripada sifat bakhil dan solat itu sifatnya mencegah kemungkaran.

Bahagian akhir buku diperkaitkan hubungan antara akidah dan pemerintahan. Disebutkan bahawa penyelewengan akidah seringkali bermula daripada pihak yang memimpin. Rentetan itu, usaha pemisahan agama dan negara pada abad ke-15 nun di Eropah sana turut meninggalkan bekas kepada umat Islam. Sedangkan, menurut Imam Ghazali رَحْمَةُ الله عليه dalam kitabnya, al-Iqtisad fi al-I`tiqad (ini menurut penulis, saya sendiri tidak pernah membaca kitab ini) agama dan pemerintahan ialah dua perkara berkembar. Terjemahan kepada perkaitan akidah dan kepimpinan ini dapat dilihat melalui ucapan Saidina Abu Bakar رضى الله عنه sewaktu diangkat menjadi pemimpin, dan keakuran Saidina Umar رضى الله عنه (berkaitan kuda) dan Saidina Ali رضى الله عنه (berkaitan perisai) terhadap keputusan yang dibuat oleh hakim Syarik bin al-Haris al-Kindy. Wallahua'lam.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.