Kak Yaz baru ketahui selepas membaca coretan Hanapi Jamaluddin 'Jangan Robohkan Jambatan Ilmu' dalam Risalah #malaysiamembaca, bahawa P. Ramlee dan Buya Hamka banyak membaca di awal dan sepanjang kehidupan mereka, antaranya kitab, buku-buku sejarah nusantara dan buku-buku hikayat. Kedua-duanya memilih kisah-kisah yang boleh dijadikan ikhtibar untuk diadun ke dalam hasil karya kreatif masing-masing; P. Ramlee dalam filem dan Buya Hamka dalam buku.
Kini Kak Yaz telah selesai baca, Kisah-kisah dari Negeri 1001 Malam. Di bawah bab Tiga Pangeran dan Putri Nouronnihar, ada cerita bagaimana Pangeran Hussein, Pangeran Ali, Pangeran Ahmed berjumpa dan menggunakan karpet terbang, teropong ajaib, dan buah epal ajaib...di situ nampak persamaan dengan kisah Laksamana Do, Re, Mi. Dalam Hikayat 1001 malam ni, bapak tiga pangeran tersebut adalah sultan negeri India. Dalam cerita Laksamana Do, Re, Mi, negaranya pasir berdengung kalau tak silap kan?
Banyak kisah-kisah pelik dan mengandungi watak watak manusia mahupun bukan manusia, kebanyakannya melibatkan anak-anak pemerintah negara. Antara yang paling menarik bagi Kak Yaz adalah kisah pertemuan yang diatur oleh pari-pari Pangeran Camaralzaman anak Raja Schahzaman dengan puteri dari China Putri Badoura.
Cerita sedih, Sang Putra Raja, yang dalam cubaan melarikan diri dari perompak, tinggal dengan sang penjahit selama setahun, selepas itu berjalan jalan dan entah bagaimana terjumpa gua. Ada seorang Putri di dalamnya. Putra Raja ini disumpah menjadi kera oleh Pangeran Jin Putra dari Putri Eblis setelah dia membunuh Putri pari-pari itu dengan sadis. Putra Raja yang sudah menjadi kera diselamatkan oleh anak kapal, belayar ke sebuah negara, memeranjatkan semua bahawa dia pandai menulis 6 bahasa, Sultan mengambilnya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. akhirnya keadaan ini turut membunuh seorang Putri dari Sultan tersebut yang bertarung sengit dengan Pengeran Jin anak Eblis untuk cuba menukarkan Putra dari kera menjadi manusia semula.
Akhir sekali cerita tujuh pengembaraan Simbad.