Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kopi Susu Sepatu Biru

Rate this book

565 pages, Paperback

First published January 1, 2007

1 person is currently reading
44 people want to read

About the author

Ruby Hazri

7 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (25%)
4 stars
58 (36%)
3 stars
50 (31%)
2 stars
8 (5%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
October 18, 2015
Ulang baca. Hahahaha

1st novel JS yang dibeli. Waktu ni tak banyak publisher. Jadi, sebab dah jarang membeli tapi nak membaca, KSSB jadi pilihan.
Usai tutup novel ni, ada satu perasaan. Rasa macam jumpa someone yang kebetulan kita jumpa, tapi sepanjang perbualan kita boleh buka bermacam-macam topik. Macam bebudak kdrama fan. Bagi ja satu tajuk drama, dia punya karang tu sampai satu korea dijelajahnya. Hahahahaha
Berbalik pada KSSB ni, sampai cakap dengan diri sendiri, " tak sangka ada novel macam ni."
Ingatkan cerita plot macam ni takkan wujud dalam bentuk novel. Ceritanya mudah, semudah kehidupan rakyat marhaen. Yang kita lalui.

Dan KSSB buat saya buka website JS. Dan jumpalah Tentang Dhiya. Satu lagi cerita yang betul-betul dekat dengan diri. Tak perlu plot gah. Cuma cerita yang kita sendiri nak dengar.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 8, 2015
3.5*

Kalau aku bisa bertahan di PNM sehari suntuk, itu maknanya isi ceritanya berjaya menarik perhatianku! Syabas!

**TBC
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
November 12, 2013
Cerita yang sweet tentang Emilia (Emy) dan Nik Muhammad Firdaus (Mat) yang tinggal berjiran. Mereka bergaduh bagai nak rak sebab isu parking dan kucing Mat yang suka bertandang dan melepaskan hajat dirumah sewa Emy. Akhirnya dari isu pasal kereta dan kucing ini jugalah merapatkan hubungan mereka. Tapi ada krisis lain yang timbul kerana identiti rakan di alam maya mereka bakal meretakkan hubungan sebelum bertaut kembali. Sudah pasti ada orang ketiga bagi kedua-dua pasangan ini yang turut mewarnai kehidupan mereka.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
October 23, 2015
sweett cerita ni..hehe.. novel js memang bergenre sweet2 camni kan..:)
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
May 20, 2016
Karenah Mat-Emy yang berjiran.
Macam filem Masam-Masam Manis P Ramlee pulak..
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
March 24, 2016
kan betul org dulu dulu kata , tak habis habis bergaduh macam anjing dengan kucing jangan2 nanti saling jatuh cinta baru taw
Profile Image for Silent Reader.
10 reviews
December 28, 2025
4.7 ⭐

Novel ini dipilih secara rawak di pameran perpustakaan. Sekadar ingin melarikan diri dari membaca novel-novel terkini di pasaran dek kerana beberapa kali tertipu dengan novel yang 'hype' tetapi isinya mengecewakan. Ternyata memilih novel ini adalah satu pilihan yang tepat kerana ianya telah berjaya mengembalikan keseronokan saya dalam membaca.

Kisah permusuhan antara penghuni rumah No. 9 & 11 ini mengingatkan saya kepada cerita P.Ramlee - Masam Masam Manis yang berkisar tentang kehidupan berjiran. Si teruna dan dara bermasam muka kerana ingin memenangkan ego masing-masing. Ada sahaja perkara yang dilakukan si teruna menyakitkan hati si dara. Kurang sikap tolak ansur antara kedua belah pihak mengeruhkan lagi keadaan.

KSSB bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga melibatkan konflik keluarga, jiran, rakan serumah, rakan sekerja, rakan online dsb. Oleh sebab itu, watak-watak di dalam novel ini sangat banyak dan agak mengambil masa untuk mengingat satu persatu nama-nama watak. Tambahan pula watak utama juga mempunyai beberapa nickname selain nama sebenar mereka. Mujurlah nama-nama watak tidak rumit sepertimana nama watak kebanyakan novel terkini.

Novel ini diolah dengan gaya bahasa santai dan menghiburkan tetapi tetap ada bunga bahasanya yang indah. Saya tertarik dengan gaya penulisan Ruby Hazri yang teratur menjadikan jalan ceritanya tersusun rapi. Setiap persoalan dan konflik yang dibangkitkan berjaya dirungkai dengan baik, menjadikan penceritaan terasa lengkap dan memuaskan.

Perkembangan watak pula digarap dengan kemas dan konsisten, membuatkan pembaca mudah memahami emosi serta perubahan setiap watak. Sepertimana Mat & Emy yang pada awalnya bermusuhan dan kemudiannya hubungan mereka bertambah baik selepas melalui pelbagai insiden. Hubungan antara watak-watak utama berkembang secara teratur dan tidak terasa terburu-buru, menjadikan jalan ceritanya lebih realistik.

Konflik yang diketengahkan pula sesuai dan berfungsi menguatkan plot tanpa meleret atau membosankan. Saya amat suka apabila penulis menyelitkan situasi yang biasa/pernah dialami oleh rakyat marhaen dan bukan berkisar tentang golongan atasan sahaja yang menjadikan cerita ini terasa dekat di hati. Contohnya, kesesakan lalu lintas, kereta 2nd hand dan selalu rosak, tak cukup duit, makan di kedai mamak, kucing beranak, dikejar anjing dsb.

Saya juga tertarik dengan pendekatan yang digunakan penulis untuk tidak terus mendedahkan segala maklumat tentang watak pada bab-bab awal sehinggakan nama penuh Mat pun hanya diketahui menghampiri penghujung cerita. Saya merasakan cara ini unik dan lain dari yang lain. Cara ini membuatkan pembaca ternanti-nanti bila dan bagaimana penulis akan mendedahkan identiti sebenar watak itu.

Namun begitu, bukanlah bermakna novel ini tiada cacat celanya. Dalam peraturan Bahasa Melayu, huruf pertama ayat selepas tanda (!) atau (?), mesti huruf BESAR. Tetapi sepanjang membaca novel ini, saya dapati setiap kali selepas tanda (!) atau (?) perkataan seterusnya bermula huruf kecil. Sedikit ralat di situ. Selain itu, ada beberapa babak yang saya rasakan watak Emy kurang professional dalam bekerja kerana membabitkan hal peribadi dalam kerja dan itu bukanlah contoh yang baik.

Secara keseluruhan, novel ini berjaya menggabungkan emosi, konflik dan nilai kehidupan dengan penceritaan yang tersusun dan matang, menjadikannya sebuah karya yang bukan sahaja menghiburkan malah memberi kepuasan kepada pembaca hingga ke helaian terakhir. Emy mendapat penamat yang selayaknya di atas segala pengorbanan dan ujian yang dihadapi. Watak-watak sampingan juga diberikan penamat yang memuaskan termasuklah si Roslinda 🤣 Penulis bahkan memberi sedikit gambaran akan kehidupan watak pada masa hadapan. Satu penamat yang sangat memuaskan bagi saya. Jadi, novel ini memang berbaloi dan sesuai untuk pembaca yang inginkan bacaan santai dan bertemakan romantik komedi.

Yang ikhlas,
A satisfied reader 🙆🏻‍♀️
Profile Image for Su Zainudi.
148 reviews
December 11, 2024
Novel pertama Kak Ruby yang saya baca. Kisah yang santai. Seronok juga membaca kisah hidup Emilia dan Mat. Mereka ini jiran sebelah menyebelah yang tak pernah nak berdamai. Mat yang suka menyakitkan hati penghuni rumah anak dara dan Khaliza yang pantamg menyerah dengan geng rumah anak teruna.

Dalam duk pung pang pung pang, ada rasa bercambah tanpa disedari antara Emilia dan Mat.

Pertama, ada sedikit ketiba-tibaan dalam novel ini. Antaranya ialah kisah Zahim dan Sofea yang agak rushing. Dari saling membantu untuk elak dijodohkan tiba-tiba berjodoh juga. Part ini tak detail menjadikan ianya tiba-tiba.

Kedua, teringin nak tau apa reaksi Mat dengan kisah khianat Roslinda pada Emilia. Kejam ya budak Roslinda ni. Dasar sungguh. Dan juga nak tau apa jadi dengan Roslinda bilamana posisi May digantikan dengan Mur.

Ada lagi ke novel light macam ni karya Kak Ruby?
This entire review has been hidden because of spoilers.
12 reviews
October 15, 2018
Okay okay saja

Cuma tak berapa suka novel yang ada lirik lagu di dalamnya
Part yang menyanyi dalam toilet sambung menyambung dengan jiran sebelah tu memang tak boleh blah... sorry... quickly skipping those pages...

watak hanim - over sgt, poyo pon ada - patutnya ada terselit cerita keluarga dikampung, pasal mak, abang long dan adik beradik yang lain - agak mengecewakan di situ

the rest, so so

Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews23 followers
May 28, 2017
3 dara pingitan berjiran dengan anak-anak teruna. Si Cikgu Matematik Khaliza sedari awal lagi dah anti dengan kesemua anak-anak teruna tu. Ditariknya juga si manis staf BSN, Emilia, dalam kemelut tersebut. Manakala Azwa (lupa jawatannya tapi anak orang ada-ada), tak nak masuk campur.

Emilia pun malas nak campur tapi dah nama pun kawan serumahkan. Dari fikir hal jiran sebelah, baik dia fikir tentang kawan online yang ajak jumpa. Balik saja dari jumpa kawan online, mood Emilia berubah ibarat dilanggar garuda. Tu la dek non oii, akak dah kata jangan mudah terpedaya dengan kenalan online ni.

Alih-alih Emilia pula dah ibarat klon si Khaliza. Dan si Mat, jiran sebelah juga jadi rakan gaduhnya. Kalau dengan Khaliza, Mat memang tak bagi peluang langsung. Ada saja kata-kata pemati akal yang diluahkan oleh Mat. Tapi dengan Emilia, walaupun kata-kata pedas tu masih ada, tapi terkawal lagi. Rakan-rakan serumah Mat juga sedikit pelik. Si Razlan yang rapat dengan Azwa juga dah dapat meneka apa yang tersirat di hati Mat walaupun puas Mat nafikan.

Sejak kejadian Emilia dengan kenalan online tu, Emy nekad putuskan persahabatan dengan rakan online yang lain. Tapi kesian pula dengan MrLapOk, rakan online yang lebih dulu dikenalinya dari kenalan yang mengajaknya berjumpa. Emy buat keputusan hantar gambar orang lain. Putus hubungan cara halus fikirnya. Lagi pula, hati Emy pun dah ada sedikit tersirat dengan si Mat. Hehe.

Selepas sekian lama gaduh-gaduh manja antara Mat dan Emy berlaku (bila la hangpa nak berbaik oii), tertulis di suratan, Mat menyelamatkan nyawa Emy dari tangan perompak. Gaduh-gaduh manja tetap ada tapi sipu-sipu malu tu pun makin banyak juga. Hoho.

Kemunculan Tengku Zahim dan Roslinda, menyukarkan sedikit keadaan. Adakah cinta Mat dan Emy akan kukuh bersatu? Kenalah baca sendiri. Che beli buku punyalah mahal, takkan free-free che nak kongsi ending pula.

Sebelum che over and out, che nak maklumkan, che suka sangat watak Emy ni. Dia berpegang teguh pada prinsip walaupun yang dok try test market tu bukan calang-calang orang. Keturunan Tengku, anak orang ada-ada, kacak, bijak dan 1001 lagi kelebihan.

Korang agak, BMW atau Perdana yang menang?
Profile Image for Aida.
71 reviews1 follower
June 20, 2015
Ini antara novel terawal yang aku beli keluaran Jemari Seni. Kopi Susu Sepatu Biru hasil nukilan kak Ruby Hazri, masa ini rare sangat genre romantik komedi. Novel ini berasal dari e-novel “Mengapa Ada Rahsia?” dan ditukar tajuknya dalam versi cetak.

Ini kisah Mat-Emy walau hidup berjiran sebelah rumah tapi selalu berperang. Kawan-kawan serumah pun turut merasa peperangan yang dicetuskan di antara mereka. Sudah ada yang memberi amaran, “membenci biar berpada-pada, jangan lebih sebab benci boleh bertukar menjadi sayang dan cinta”. Pelbagai insiden yang mencuit hati dan biasa-biasa digambarkan dalam novel ini. Antara insiden yang buat aku gelak bila mat sanggup bersusah payah menggantung kasut tumit tinggi di tiang elektrik untuk sakitkan hati Emy. Episod bergaduh mereka terus berlanjutan sehingga satu hari tiba-tiba semuanya berubah apabila Mat kena tembak untuk selamatkan Emy. Dulu musuh tapi sekarang dah jadi kekasih. Hahaha.

Uuuntong laaa Emy ada superhero macam Mat…. Terasa boleh meresapi jiwa sebab Emy tu kerja sebagai Teller kat BSN… eh! macam aku jugak kerja bank… nasib tak jumpa superhero cam Mat tu kann… hahahha

Novel ini dikemas dengan ringan, mudah diresapi, dihayati, menghiburkan dan aku banyak gelak sendiri masa bacanya. Pelbagai perasaan ada tau... ada geram, sedih, sakit hati dan ada rasa berdebar... sekali lagi tahniah untuk kak Ruby Hazri.. Teruskan menulis dalam genre yang berbeza...
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
June 18, 2014
Ini kisah Emy, yang direbut dua jejaka.
Mat yang egonya tinggi tapi adakalanya kelakar orangnya.
Tengku yang romantik, yang juga well mannered guy.

.....
Dimulakan dengan kisah
Mat yang saja bakar line jiran sebelah dengan parking kereta ikut suka hati,
biar kucing dia merayap ke rumah jiran sebelah memang buat aku pun ter'annoyed' sekali.

Part kelakar tentu-tentu masa Emy dengan Mat.
Lagi-lagi part ungkit suruh bayar hutang kat bus stop tu.

Memula konfius nak pilih mana satu, sebab selalunya dalam tiap-tiap novel yang aku baca,
aku akan pilih hero yang betul-betul padan dengan heroin
[ikut citarasa aku lah, kekonon aku heroin.puiii].


Tapi akhir cerita aku tahu yang Emy buat pilihan yang tepat dengan memilih Mat.
Walaupun memula aku berkenan sangat dengan Tengku Zahim.HAHHAH.

Sebab Mat pelawak kot,
tapi aku tak berkenan sangat masa Mat merajuk dengan Emy.
Eleh, pasal nama ID kat chat je pun tipunya, small matter je kot.


Overall, okaylah. Kadang-kadang pengolahan cerita terlalu detail.
Shud be good actually, tapi sebab aku dah terbiasa baca novel moden
yang cakap straight to the point tanpa pengolahan yang detail
tentang perlakuan watak mahupun tempat buat aku rasa macam nak skip je certain part.

Aku nak bagi 3.7, tapi sebab takde, bundarkan aje lah kepada 4.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
September 24, 2014
Ala-ala filem romantis komedi " You've Got Mail" lakonan Meg Ryan. Bijak pandai pernah berkata, sukai orang seadaanya, mungkin kita akan membencinya. Benci orang seadanya, mungkin kita akan menyayangi sampai mati. Ini kisah mat si perdana dan Emilia si kancil, jiran sebelah rumah yang pantang bertemu bagai anjing dan kucing vs masyimalo8271 dan mr.lapok yang begitu memahami versi alam siber.

Saya sengaja mencari buku yang santai, buat menemani kala menghayun buaian Harith. Memang tak mengecewakan walaupun ala-ala novel inggeris. Perempuan jelita yang menjadi rebutan dua jejaka tapi di gadis memilih yang biasa-biasa saja bukan jejaka yang kaya-raya. Sekiranya saya boleh membacanya hingga helaian terakhir, sudah memadai buat saja.
Profile Image for Fazlina.
29 reviews
March 19, 2011
Masa yang sangat panjang saya perlukan untuk membaca novel ini. Rasanya tidak ada yang boleh melonjakkan keinginan untuk membaca. Tapi saya tetap teruskan bacaan keran mahu melihat rahsia novel ini.

Ceritanya biasa-biasa, mungkin sebab saya sudah membaca bacaan yang lebih terkini daripada buku ini diterbitkan. Jalan ceritanya menarik tapi dapat diagak pengakhirannya.Happy ending (semua novel macam tu kot)

Walaubagaimanapun, saya tetap ingin mengatakan tidak semua manusia dikurniakan bakat menulis. Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan novel ini.
Profile Image for Alia.
2 reviews1 follower
June 5, 2012
suka!! saya senyum je dari mukasurat pertama hingga akhir. jalan cerita menarik, rasa dekat dgn kehidupan realiti, bukan cerita cinderella atau putera katak. kalau dah bosan baca cerita hero hensem dan heroin pujaan semua jejaka, boleh cuba baca buku ni. best! :)
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
February 17, 2011
Emilia & Nik Muhammad 'Mat' Firdaus

Usik-mengusik bawa bahagia ;)
Profile Image for Nuur.
14 reviews
June 10, 2013
bole laaa drpd takde..
mampu buat diri ini gelak..
bahasanya plk santai je..
cuma kekadang menyampah plk dgn perangai si mat yg sengal dan angkuh tu..
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.