Jump to ratings and reviews
Rate this book

Indahnya Hidup Bersyariat

Rate this book
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

308 pages, Hardcover

First published March 1, 2009

90 people are currently reading
705 people want to read

About the author

Ismail Kamus

13 books18 followers
Datuk Ustaz Ismail Kamus merupakan seorang ustaz, pendakwah, ahli politik dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan N17 Gombak Setia atas tiket PAS. Di dalam parti, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Pada 22 November 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2011 Peringkat Negeri Selangor.Sumbangannya besar dalam menyebarkan syiar Islam .Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili kekandanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan anugerah itu.Majlis diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
387 (73%)
4 stars
96 (18%)
3 stars
27 (5%)
2 stars
10 (1%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for Fradzar.
1 review
December 9, 2009

Buku yang sangat menarik
Value for money
Sangat2 di galakkan untuk membeli, sekurang-kurangnya sebuah rumah satu
Isinya sangat ringkas dan padat
Sesuai untuk menjadi rujukan cepat bagi mereka yang sibuk
Penjelasan disokong oleh gambar (contoh solat utk mereka yang tidak boleh berdiri dan sebagainya)


Mengandungi 7 bab

Bab 1 - Syariat Kelahiran
Bab 2- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bab 3- Syariat Berkaitan Remaja
Bab 4 - Fardhu Ain Asas
Bab 5- Munakahat
Bab 6- Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7- Syariah Sunnah Sepanjang Masa

Bonus

Di masukkan didalam buku ini beberapa jenis doa, zikir dan amalan untuk mengubati penyakit yang menjadi amalan Al-Fadhil Ust Ismail Kamus yang diajar kepada perawat-perawat Darussalam.

Juga didalam dimasukkan doa2 dalam amalan harian untuk peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian..
Profile Image for Zaghol .
1,114 reviews
March 22, 2024
Kitab terbaik yang padat & ringkas yang menerangkan apa yang seorang muslim perlu buat sejak bangun tidur sampai tidur semula, sejak bayi, kanak2, remaja, dewasa, tua sampai mati. Wajib berada di setiap rak buku dirumah2 orang muslim di Malaysia. Semoga menjadi pahala jariah berpanjangan kepada penulisnya arwahyarham Ustaz Ismail Kamus. Bagi sesiapa yang tak sempat menonton ceramah beliau, bolehlah cari di Youtube ataupun mengikuti ceramah Ustaz Harryanto yang persis2 mirip2 Ustaz Ismail Kamus... Insya-Allah.

#BebaskanPalestin
#RamadhanMubarak
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
December 15, 2012
Dah menjadi satu kelaziman,
Setiap kali dalam perjalanan
Tak kiralah backpacking, travelling, holiday
Aku selalu bawa apa-apa buku dengan aku.

Balik ke KL
Sempat aku selongkar kotak-kotak buku yang belum di baca.
Langsung terjumpa dengan buku ni yang aku beli setahun yang lepas.

"Indahnya Hidup Bersyariat" - Ustaz Dato' Ismail Kamus
Dalam perjalanan; aku mula meneliti dari satu muka ke satu muka.
Masya-Allah; banyaknya yang aku lupa.
Betapa Allah telah menarik nikmat itu daripadaku
atas asbab aku sendiri yang tidak beramal dengan ilmu-Nya.

Perjalanan 8 jam dari KL - Kangar,
Terisi dengan setiap isi dalam buku ini
Dari bab fardhu-ain ke bab munakahat

Dalam jangka masa sesingkat itu,
Allah memberikan sesuatu dalam hati aku.
Mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku di dunia ini.

“(Ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam). Maka jawab mereka itu : Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.

Surah al-Baqarah 2 : 30


Manusia; dilahirkan sebagai khalifah.
Tugas hidup di dunia bukan sekadar berkerja, berkeluarga,
Tetapi juga menunaikan hak Allah ke atas kita.

Untuk masa sesingkat itu,
buku ini seolah-olah memberikan tazkirah panjang padaku.
menyedarkan aku dari lena yang panjang.

Isinya ringkas, padat dan mudah difahami.
Alhamdulillah...
Syukur ke atas Allah atas kesedaran yang diberikan-Nya.
Subhana-Allah, Maha Suci Allah
Semoga isinya memberikan manfaat kepada yang membaca.
Insya-Allah, semoga menjadi pemangkin kepada perubahanku juga.
Profile Image for Junaidi Yasin.
14 reviews
April 4, 2019
Sebuah buku panduan yang tidak akan mempunyai tarikh penamat bacaannya. Kerana sentiasa menjadi rujukan hidup.
Profile Image for Muna Zaen.
67 reviews1 follower
February 13, 2013
Each guidance are presented in a concise and comprehensive way, complete with helpful images and pictures. The presentation of the facts is neat and welcoming, not at all boring. This is a book that no home should miss having it and it is a great gift for individuals and family. It is easy to just flip through to any part that need to be referred in our daily life and this book is sold extensively in many bookstores.

Here too: http://2010rantings.blogspot.com/2011...
1 review
October 12, 2010
baru sampai dari tunang ...haha thanks fiance
Profile Image for Hariz Said.
40 reviews2 followers
October 2, 2017
Buku Fiqh umum yg sangat komprehensif. Orang Islam daripada umur yang awal sehingga tua boleh memanfaatkan buku ini kerana bahasa mudah yang digunakan dan gambar yang sangat interaktif. Bagus juga untuk dibaca oleh rakyat Malaysia bukan Islam bagi memahami budaya dan tindak-tanduk kaum Melayu Muslim.
Profile Image for Mohd Izzudin.
2 reviews
May 7, 2020
Bagus untuk mengulang kaji semula fardu ain dan fardu kifayah yang kita belajar masa di sekolah dahulu. Di sarankan agar belajar dengan dibimbingi seseorang agar lebih efektif dan afdal sebab beberapa bahagian perlu info yang lebih dan kupasan mendalam.
Profile Image for Mohd Nordin Che Omar.
213 reviews9 followers
July 5, 2021
A book that every Muslim must have. A book that illustrates the Module of Fardu Ain for every Muslim, Family and Community for life. Easy to ready and follow on the daily prayers, supplication, Salawat to Prophet Muhammad Saw and etc
Profile Image for Monalita Mansor.
12 reviews
January 7, 2023
Buku mesti milik semua umat Islam. Jurnal asas holistik kefarduan untuk panduan ibadat khusus dan umum. Selebihnya, berpeganglah pada 4 wasilah menuntut ilmu; guru yang ahli, akal yang cerdas, kitab/rujukan sahih & tekal serta cekal menuntut ilmu.
3 reviews
June 27, 2021
Buku yang semua orang mesti ada dalam rumah. Benda2 fardu ain dijelaskan dengan mudah dan ringkas, beserta gambar2 menarik. Sangat mudah untuk difahami dan dipraktikkan. TERBAIK.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
July 28, 2011
Kalaulah boleh dikatakan satu manual lengkap yang bermula dari saat kelahiran hingga detik terakhir kita dipanggil kembali menghadapnya. Segalanya diterangkan satu-persatu. Lengkap bergambar. Tentang bagaimana berdepan dengan sang Pencipta dan juga berhubung dengan sesama makhluk. Dari Rukun Iman, Rukun Islam serta adab-adab pergaulan diikuti amalan-amalan sunat yang patut kita amalkan sehari-hari. Di sini kita akan temui pelbagai doa-doa yang merupakan senjata yang paling ampuh buat kehidupan muslim juga istighfar atau bagaimana memohon keammpunan atas dosa-dosa yang tidak kita sedar atau yang kita sedari, terang mahupun tersembunyi, serta pelbagai zikir yang boleh melembutkan hati dan mendekatkan kita Padanya.

Segalanya cantik tersusun dan apa yang pastinya bergantung pada kita untuk mengamalkannya. Istiqamah! Kata kunci yang hebat. sedikit namun berterusan. Itu yang payah.
1 review
December 8, 2009
السلام عليكم
Saya baru hari ini membeli buku ini untuk menghadiahkan kepada anak saya. Memang menarik dan sangat berguna buku ini. Syabas diucapkan kepada Dato' Ismail kamus, Mohd Azrul Ab. Hamid dan penerbit. Sedikit komen dan teguran dari saya ialah berkenaan foto pada muka surat 88 iaitu foto Rukuk serta Tamakninah. Saya dapati aksi tersebut kurang sempurna. Kepala tidak sama rata dengan belakang, agak terkebawah sedikit dan mata tidak memandang tempat sujud tetapi memandang kaki. Aksi rukuk beginilah yang sering saya tegur anak saya dan saya risau jika anak saya melihat foto ini maka dikira perbuatannya itu sudah betul dan apa yang ditegur oleh saya salah. Saya berharap agar pada cetakan dan keluaran akan datang diperbaiki hal ini.
Sekian والكمال لله وحده
Profile Image for Nor Haniza.
46 reviews1 follower
September 20, 2011
Melihat sepintas lalu dan meneliti beberapa bahagian daripada buku ini, kakchik rasa ianya sebuah buku yang sangat perlu ada dalam simpanan kita dan diletakkan di tempat yang paling mudah dicapai kerana kita bakal memerlukannya untuk merujuk dalam banyak perkara.

Kakchik belum memiliki buku ini hanya membaca di Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'. InsyaAllah akan segera mendapatkannya.

Kandungan amat mudah dibaca, persembahannya menarik kerana disertai dengan rekaletak yang kemas, grafik yang menarik, tulisannya tidak padat atau terlalu akademik. Tidak membosankan.
Profile Image for Pengat Heroes.
8 reviews1 follower
December 9, 2010
Alhamdulillah (akhirnya berjaya juga dihabiskan buku ni). Buku ini pada pandangan saya berupaya menjadi panduan seisi keluarga kerana isinya merangkumi tatacara hidup bersyariat dalam seluruh aspek kehidupan sejak dari bayi hinggalah ke saat kematian. Cara penyampaian buku ini sangat ringkas, padat dan menarik, disertai dengan ilustrasi yang jelas untuk rujukan pembaca. Pada saya, ia wajar dijadikan Must-own book!!
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
February 23, 2011
Bagi saya, buku ini memiliki semua yang kita perlukan sebagai seorang Muslim. Dan boleh dibaca oleh semua peringkat umur. Gambar-gambar yang digunakan adalah gambar-gambar 'real' bukan lukisan, lebih memudahkan pemahaman. Untuk anak-anak kecil pun mudah untuk menerangkang kepada mereka bila ada gambar-gambar sebegini. penerangannya juga jelas.
Profile Image for ♫ ♪ nOUsha ♫ ♪.
23 reviews
March 21, 2011
Every muslim should have this book for a good understanding of the basic Islamic beliefs (Aqeedah),learn the purification and the five daily prayers correctly..Learn about the permissible (Halal) and forbidden (Harm) things in Islam.also learning more about the other pillars of Islam such as Sawm(Fasting), Zakat, and Hajj (Pilgrimage)..
Profile Image for Laila Mahfol.
6 reviews5 followers
December 22, 2013
Dapat buku ini sebagai hadiah dari seorang ayah kepada anaknya, sangat bermakna buat saya.

Buku ni banyak membantu saya dalam membaiki dan menambahkan lagi ilmu fardhu ain & kifayah.

Ayah saya juga menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan utama di dalam usrah utk kami sekeluarga.

Sangat berbaloi utk dimiliki.

May Allah bless and keep the faith.
Profile Image for فائز الحزري.
3 reviews1 follower
May 4, 2012
I recommend this book to all families to have this book in every house. This book is an essential knowledge in Islam.
(Saya mencadangkan buku ini kepada semua keluarga supaya mempunyai sebuah buku ini dalam setiap rumah. Buku ini menerangkan ilmu fardhu ain dalam Islam).
Profile Image for Rafidah.
19 reviews
November 2, 2011
It is a very simple, highly informative and very relevant to a practising Muslim。 It can be sort of like a manual of daily life, should be referring to it very often so that will not do bidaah or confused with what is religious practise and what is just tradition/cultural acts。
Author 3 books9 followers
May 21, 2013
Buku yang mengetengahkan rasa indahnya hidup dalam lingkungan segala perbuatan yang dipandu oleh Islam, yang dibuat mengikut syariat dan yang penting kerana mahu mematuhi suruhan-suruhan Allah Ta'ala dalam keadaan yang diredhai.

Buku ini, harus dimiliki oleh kita semua.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 24, 2013
Setiap kali ada 'function', aku sefamily akan hadiahkan buku ini kepada yang berkenaan.

Kadang-kadang kita rasa fardhu ain kita dah perfect, tapi bila membelek buku ini - banyak lagi yang kita perlu perbaiki.

Dan sepatutnya setiap rumah perlukan buku ini.
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
October 14, 2015
Buku panduan yang cukup lengkap, padat dan berguna untuk pelbagai peringkat umur. Penggunaan bahasa, gambar berwarna dan isi kandungan yang jelas menjadikan ia sebuah buku yang menarik. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa buku ini perlu ada di setiap rumah sebagai rujukan.
Profile Image for Nurul.
5 reviews2 followers
June 19, 2009
boleh jdkn panduan, perkukuhkan n tmbhkn ilmu.
Profile Image for Syaiful Bakhtiar.
3 reviews
February 11, 2010
Buku ini menyedarkan saya tentang perlunya saya update ilmu agama yang ada dalam benak pemikiran saya ini
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.