Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung

Rate this book
Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.

Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.

564 pages, Paperback

First published January 1, 2009

31 people are currently reading
472 people want to read

About the author

Muhammad Alexander

6 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (42%)
4 stars
52 (25%)
3 stars
46 (22%)
2 stars
18 (8%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
August 13, 2009
Elok dibaca seiringan dgn Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain. Pendek kata, Muhammad Alexander berpendapat bahwa orang bangsa Scythia dari Asia Tengah adalah Yakjuj & Makjuj yg disebut di dalam Quran dan Hadis. Pada akhir buku ini, Muhammad Alexander memberi kesimpulan bahwa keturunan Yakjuj & Makjuj hari ni adalah orang kulit putih di Eropah dan Amerika. Sejauh manakah kebenarannya itu?

Saya juga tertarik dgn bab Prakata buku ini di mana Muhammad Alexander ada menyebut mengenai buku barunya yg memberi bukti bahwa Alexander the Great atau Iskandar Al-Macedon adalah Zulkarnain yg disebut di dalam Al Quran. Sebagai seorang yg tidak pernah menerima teori ini sejak kecil lagi (apatah lagi setelah membaca buku Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain baru-baru ini), saya teringin sangat membaca buku baru en. Muhammad ini. Bagaimana agaknya beliau boleh menjustifikasikan seorang penyembah berhala sebagai seorang yg dekat dgn Allah?
Profile Image for Felix Siauw.
Author 27 books1,279 followers
July 5, 2012
subhanallah, informasi yang super lengkap dari pak Wisnu Sasongko, barakallahu fiik
8 reviews1 follower
June 13, 2010
Sedang meneliti fakta2 yg dikemukakan oleh penulis, gabungan pandangan para pengkaji barat dan timur ( Muslim) mengenai hakikat Yakjuj dan Makjuj, yang disebut Allah dlm Surah al Kahfi. Misteri siapa mereka perlu dijadikan renungan oleh setiap Muslim yg beilmu demi membentengi diri merka dr makar puak2 ini dan mungkin juga proksi2 mereka?
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
August 20, 2011
Sebuah buku yang mengupas mengenai asal-usul Yakjuj dan Makjuj (Gog dan Magog) seperti yang disebut di dalam kitab-kitab suci tiga agama samawi,Yahudi,Kristian dan Islam. Dengan menggunakan kitab-kitab suci ketiga-tiga agama tersebut,di samping buku-buku tulisan sarjana-sarjana terkenal dunia,dijadikan rujukan oleh penulis untuk merungkai rahsia Yakjuj dan Makjuj. Selain mempersembahkan kepada para pembaca asal-usul Yakjuj dan Makjuj ini,penulis turut membidas tohmahan dan tuduhan jahat para evangelis dan orientalis Barat yang menuduh orang Islam sebagai Yakjuj dan Makjuj di dalam bab yang terakhir buku ini.
Sememangnya,apabila menyentuh mengenai Yakjuj dan Makjuj,bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun begitu,saya mendapati penulis berjaya menyampaikan maklumat tersebut dengan baik kepada pembaca. Mungkin ada di kalangan para pembaca yang mungkin tidak begitu bersetuju dengan pendapat-pendapat dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis. Tetapi,sekurang-kurangnya,penulis menyampaikan faktanya dengan agak terperinci dan diiringi dengan hujah-hujah dan bukti-bukti yang agak kukuh dan boleh diterima kebenarannya.
Di dalam versi buku yang saya baca ini,terdapat beberapa kelemahan yang wujud dari sudut pengeditan bahasa. Memandangkan versi asal buku ini diterbitkan di dalam bahasa Melayu-Indonesia,masih terdapat lenggok bahasa tersebut di dalam penulisan buku ini. Selain itu,kualiti penterjemahan agak kurang memuaskan. Di dalam buku ini,penulis turut menyediakan kutipan-kutipan teks di dalam bahasa Inggeris. Agak mengecewakan apabila terjemahan kutipan teks tersebut tidak dilakukan dengan baik. Sehinggakan saya lebih faham membaca kutipan teks di dalam bahasa Inggeris daripada terjemahannya!
Secara keseluruhannya,buku ini tidak begitu mengecewakan. Buku ini mungkin bukan sebuah buku yang benar-benar lengkap dalam merungkai rahsia Yakjuj dan Makjuj,namun,ia tetap bernilai dalam menambah koleksi karya yang berkaitan dengan topik yang penuh dengan kontroversi ini.
Profile Image for Aini.
43 reviews6 followers
May 10, 2013
agak mengambil masa untuk menghabiskan buku ni. penulis menggunakan al-Quran, bible, talmud dan kitab lain sebagai rujukan. agak sukar saya menghadam isi kandungan buku ini kerana sumber rujukan yg saya ada hanyalah al-Quran. kadang-kadang ada beberapa ayat yang saya tidak faham maksudnya. terdapat juga beberapa kesilapan ejaan yg membuatkan saya rasa buku ini tidak disemak dgn baik sebelum dilancarkan. secara keseluruhannya buku ini mungkin akan lebih menarik jika ditulis dgn lebih ringkas, isinya padat dan dapat mengingatkan diri kita tentang betapa dekatnya kiamat itu.
Profile Image for Norain.
362 reviews25 followers
October 22, 2015
Saya benar-benar tertarik dengan rekaan kulit buku ini tapi apabila dibaca, terasa bagai bergelut untuk dihabiskan. Terlalu banyak kesilapan ejaan dan cetakan sangat mengganggu pembacaan saya. Saya temui sebuah edisi yang dikulitnya tertulis 'Laris ratusan ribu naskhah' (tentulah tidak ditulis begitu, tapi manakan mungkin saya ingat). Harap-harap edisi yang itu telah diperbaiki mutunya.
Profile Image for Imran Azmi.
3 reviews3 followers
April 7, 2010
Buku ini menghimpun segala rujukan yang ada daripada al-Quran, hadis, Bible, Talmud, The Dead Sea Scroll dan penulisan penulis Yahudi Rom yang hidup pada 1 Masehi.

Memang penulis berjaya menyaring kitab-kitab Bani Israel sebelumnya lalu membuktikan al-Quran adalah memang mesej daripada Tuhan.
Profile Image for Firly.
83 reviews2 followers
July 24, 2011
Buku yang bagus,
senang sekali membaca sejarah sekaligus menambah keimanan
banyak hal masa lalu yang tertutupi sampai sekarang, tapi karena bukunya memuat hal yang cukup detil, jadi membacanya harus sedikit serius :)
1 review
Currently reading
September 8, 2009
rtaetb
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Liana.
1 review7 followers
April 7, 2010
agak berat jalan ceritanya... tp ilmu / pengetahuan itu penting kan!? enjoy!
Profile Image for Eisraa.
16 reviews
Read
April 23, 2011
BismiLLAH. Pada awal sejarahnya, neuron-neuron dalam kepada saya berpintal-pintal. Kalaulah soalan Sejarah macam ni, failed lah saya! Kena re-bounding-kan dulu neuron-neuron kepala saya.
18 reviews4 followers
May 11, 2011
sgt ilmiah. nak nukilkan disini amatlah panjang.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.