ekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah… Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa! Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu! Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih! Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal? + + + NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!
Kalau baca novel ni tak sah kalau tak meleleh air mata. Sedih bukan kepalang. huhu . Nantilah review. Nak lap air mata biar kering, mata kembali bulat bersinar dan hati yang rapuh dirundung hiba kembali ceria. TihTih
Sakitnya hati Jihannur Sofia kekasih hati berubah sikap. Baran tak tentu pasal. Sikit-sikit nak melenting. Lelaki yang mula bertahta dihatinya Ikhmal Hisham dikenalinya semenjak tingkatan empat mula berubah tingkah selepas mereka menginjak kaki ke Politeknik. Dikawalnya Sofia daripada berbual dengan lelaki-lelaki yang cuba mendekat tetapi dirinya seperti Mat Romeo bersilih ganti teman wanita. Namun apabila Ikhmal mula ditugaskan ke Jakarta, Sofia tidak tahu hujung pangkal hubungan mereka. Telefon pun jarang2 sekali apatah lagi untuk berjumpa. Cakap-cakap orang luar tentang sikap playboy Ikhmal , Sofia endahkan kerana dia yakin Ikhmal akan kembali kepadanya. Bukan sekali dua tetapi telah berkali-kali Ikhmal bertukar teman tetapi tetap mencari Sofia menyebabkan Sofia immune untuk cemburu buta.
Akhirnya dalam Ikhmal cuba mengelak daripada tertangkap dengan Sofia, bertembung juga Sofia dengan Ikhmal yang sedang dating dengan Raianna, teman seteru Sofia semenjak di Politeknik lagi. Itu pun Ikhmal cuba nafikan walaupun dah terakam dalam kepala Sofia Raianna melendet di bahu Ikhmal. Saat ini,Cik Pah ingatkan cerita Ikhmal akan berakhir disitu apabila Sofia meminta putus. Rupa-rupanya Ikhmal tidak berdiam diri apabila ternampak Sofia keluar dengan Nizam teman lelaki sepejabatnya. Malam yang cukup malang buat Sofia. Hak kehormatannya dicerobohi Ikhmal. Kononnya sebagai tanda hak miliknya. Kata-kata sayang dan kemaafan tidak mampu membuang rasa benci dan jijik dihati Sofia. Lelaki sial! Syaitan! Segala sumpah seranah maki hamun berbakul-bakul Sofia lontarkan. Namun kerana Sofia berdiam diri daripada melaporkan dirinya di rogol, Ikhmal telah mengada-adakan cerita yang mereka telah terlanjur. Siapa yang nak percaya cakap Sofia memandangkan mama, abah , Hajah Jamilah dan Hj Ikram memang telah merestui hubungan mereka yang lama terjalin.
Mama dan abah cukup kecewa dengan Sofia kerana disangkakan mereka Sofia tidak pandai menjaga diri sehingga sanggup membuat kerja terkutuk dengan Ikhmal. Hanya pada Abang Johan tempat Sofia mengadu tetapi abang kandungnya tidak berjaya memujuk mama dan abah menolak pinangan keluarga Ikhmal. Akhirnya bersatu juga mereka walau tanpa rela Sofia. Walaupun dia diterima keluarga Ikhmal dengan tangan terbuka tetapi Sofia tetap sedih kerana dibuang abah dan mama. Berita perkahwinannya turut tersebar sehingga ke kampong di Kelantan. Walang hati Sofia kerana nenek yang mengasihinya jatuh sakit dan tidak mahu bertemu dengannya. Lalu pada siapa lagi dia menumpang kasih andai semua insan yang pernah menyayangi membuangnya.
Ikhmal, telah insafkah lelaki yang kini bergelar suami Sofia? Mampukah Sofia menjalankan peranan sebagai isteri kerana dia masih trauma atas tindakan Ikhmal? Pandai tau Ikhmal ni memujuk keluarga Sofia menerimanya setelah kisah sebenar terbongkar. Mudah sahaja keluarga Sofia memaafkan Ikhmal dan mudah juga Sofia menerima Ikhmal setelah dia mendapat kembali kepercayaan keluarganya. Sofia, memang sentiasa setia dengan Ikhmal walaupun hatinya hampir berlagu rindu dengan Nizam. Bahtera rumahtangga mereka ada kalanya dipukul ombak tetapi Sofia tetap teguh mempertahankan daripada hanyut apatah lagi mereka dikurniakan cahayamata Irdinanur Sharah dan Izz Hilman. Tetapi apabila suami telah hilang upaya, cemburukan isteri diintai kawan baik dan ego mengatasi segalanya, adakah perpisahan jalan terbaik buat dua insan ini? Ikutlah cerita suka duka pahit manis Rahsia Hati Sofia. ~Perkahwinan yang bahagia merupakan kesatuan daripada dua pemaaf~
Cerita ini memang best! Cik Pah bukan seorang penulis yang baik untuk membuat resensi yang menggambarkan keindahan cerita ini secara keseluruhan. Tak terlawan ahkak dengan ayat-ayat dan garapan cerita Nazurah Aishah
Sedihnya cerita ni,lepas baca pun masih terfikir2 lagi dgn cerita ni.honestly saya tak suka membaca novel yang menceritakan tentang kisah rogol,tapi penulis berjaya memaparkan kesedihan sofia,tentangan dan kemarahan keluarga terhadap ikhmal dengan baik.
Banyak pengajaran daripada perkahwinan sofia dan ikhmal.pentingnya komunikasi antara psgn.sifat tidak berterus terang ikhmal menyebabkan sofia bersangka buruk terhadap suami sendiri.ikhmal pula terlalu mudah cemburu.sebab tu lah orang kata 'trust is the most important thing in relationship'.ditambah lagi dengan keadaan ikhmal yang lumpuh,lagilah mudah rasa insecure dan inferior.
Walaupun ikhmal dan sofia masih saling menyintai,tapi mungkin perpisahan lebih baik untuk mereka.cewwah...feeling betul baca cerita ni
Karya ketiga Nazurah Aishah yang saya baca. Walaupun saya bermula dengan karya terbaru beliau dan barulah pergi kepada karya terawal beliau, tiada rasa jurang kematangan penulisan antara karyanya. Ini kerana setiap karya beliau ada gaya tersendiri yang tidak lari dari identiti si penulis.
Novel tidak semstinya hanya cerita khayalan, saya terasa dengan cerita ini. Sama tapi tak serupa, tapi masih boleh mengambil iktibar daripada cerita ini. Sangat tertarik dengan kata-kata ‘perkahwinan yang bahagia merupakan kesatuan daripada dua pemaaf‘.
Senang untuk mengungkapkan sabar, sepertimana juga maaf. Tapi mungkinkah ikhlas itu ada. Senang untuk bercakap kerana bukan kita pelakon dalam cerita itu. Juga ingin diingatkan, walaubagaimanapun keburukan itu disimpan, akhirnya akan terbongkar jua. Sekali lagi, ‘masih boleh mengambil iktibar daripada cerita ini‘.
Aduh sedih betul kisah sofia… memang kena sediakan tisu…tambah tambah part sofia dibuang oleh keluarganya…. Part tu mmg menusuk kalbu… sedih betul rasanya…
Mungkinkah tajuknya boleh dijadikan juga Rahsia Hati Ikhmal?
Saya suka cara NA menulis. Yang pastinya, mesti ada linangan air mata.
Ikhmal cinta dan sayang pada Sofia. Tapi cara dia menzahirkan perasaan selalunya membuatkan Sofia makan hati. Kesian Sofia..
Sofia, kesetiaannya diragui sehingga memakan diri. Dirogol, dikahwini secara paksa, dibuang suami, dipisahkan dengan anak, oohhh... tak boleh bayangkan macam mana. Tapi, kerana terlalu sayangkan Ikhmal; kekasih & sahabatnya itu, Sofia bersabar dan redha. Namun, Sofia tetap rasa terbuang kerana mereka masih sayang-menyayangi.
Ikhmal yang lumpuh akibat kemalangan merasakan dia tidak dapat memberi bahagia dan membebankan Sofia. Keputusan menceraikan Sofia dibuat dan dipertanggungjawabkan Nizam untuk menikahi Sofia. Buangnya bukan kerana benci, tetapi untuk melihat kesayangannya bahagia selayaknya.
Pengakhiran kisah, Sofia menikahi Nizam dan Ikhmal dapat melihat kedua-duanya bahagia.
~Perkahwinan yang bahagia merupakan kesatuan daripada dua pemaaf~
Karya ini juga tema dan ceritanya menjeruk pelbagai rasa dihatiku dan buat aku sakit dada. Kisah yang sungguh lara dan meruntun jiwa dan tidak dapat aku terima ending karya ini yang memang tidak berpihak kepadaku langsung. Agak sukar untuk aku terima kisah ini walaupun aku rasa ini adalah sebahagian daripada seribu satu cerita yang terjadi dan wujud di sekeliling kita.
Jihannur Sofia, sang kekasih yang setia dianiaya oleh Ikhmal. Menyesal dengan perbuatannya, Ikhmal sekali lagi mengikat Sofia dengan dirinya tetapi dengan cara yang sangat kejam. Nizam, kedatangannya dalam hidup Sofia terlambat bilamana Sofia sudah terikat dengan Ikhmal.
Terseksa sungguh Sofia dalam cerita ni. Kerana ingin menjaga maruah keluarga, dia terjerat sendiri. Peluang kedua buat Ikhmal juga menjeruk rasa hatinya. Dan kejadian yang menimpa Ikhmal membuatkan dia terus merana. Why on earth asyik Sofia aja yang terseksa. Tak aci sungguh.
Ikhmal pun terseksa jugak tapi padan lah, dia la punca kesengsaraan. Ego dia tinggi melambung. Communication breakdown antara dia dan Sofia juga menyebabkan banyak masalah. Geram betul dengan Ikhmal ni. Cuma satu yang saya suka, how he treat Irdinanur Sharah. Tapi dengan Izz Hilman tak la pulak.
Nizam pulak, sometimes rasa dia menangguk di air yang keruh. Sometimes rasa dia penyelamat Sofia. Tak tau nak rasa apa dengan Nizam ni.
After all, saya hanya kesiankan Irdinanur Sharah dan Izz Hilman. For me, mereka ialah mangsa keadaan, yang menanggung akibat dari keegoan dan kedegilan parent dia orang.
Lagi satu, saya kecewa dengan cara family Sofia dan Ikhmal dalam menghadapi masalah akibat kegilaan Ikhmal. Terutamanya parent Ikhmal sebab mereka ialah orang yang sepatutnya lebih arif (pegawai dan kaunselor pejabat agama katakan). Parent Sofia pulak asyik terima yang dah siap. Lepas tangan sahaja. Geram saya
This entire review has been hidden because of spoilers.