Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan. Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam. Perjalanan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya. Perkongsian yang kami panggil ‘cinta’ itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin; saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula bergerak, kami semakin berjarak. Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati.
aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah
Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta dan tas ‘harta berharga’? Terhormatkah untuk ‘dipinjam’ sebentar, dengan niat akan memulangkannya kemudian nanti?
Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara ‘pinjaman’ tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia! * * * * IMAEN menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis untuk anda, yang menanti karya thriller dalam bahasa nan indah.
Kisah Ali Imran yang membuka pasar mini terjumpa duit & dadah secara tak sengaja yang bernilai RM2 juta...Ali telah mengambil RM2 juta tu atas desakan hidup namun perasaan bersalah masih menyelubungi perasaannya...
Selain elemen thriller & suspen yang wujud dalam novel ini, kisah cinta antara Ali dengan Salina & Vivian di selitkan untuk menjadikan ia genre Romantik Thriller...Thriller tak banyak, mungkin dalam 30% shj, cuma garapan penulis mengenai perihal ekonomi, persahabatan & agama diolah dengan baik sekali...malahan kisah percintaan antara Ali & Vivian juga tak membosankan...mungkin di sebabkan watak Vivian di gambarkan sebagai Ateis walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam...Kenapa??? Ada di terangkan dalam novel ini...
Prolognya tak begitu menarik padaku & menimbulkan kekeliruan semasa aku mula membacanya...Ini merupakan naskah kedua penulis yang ku baca selepas Labyrinth...Sigaraning "much2 better"...malahan sedikit sebanyak ia banyak memberi info mengenai PROSPER...
Untuk penulis, Aku mengharapkan elemen thriller & suspen diperbanyakkan lagi dalam naskah beliau...
Sigaraning bercerita tentang Ali Imran, pengusaha pasar mini MusliMart yang putus cinta dengan Salina yang diumpamakan bak sigaraning nyawanya. Dalam masa yang sama dia dibebankan dengan masalah kewangan yang menyerabutkan lagi kepalanya.
Demi merawat hati yang parah dek penangan kecewa cinta, Ali memandu sendirian dari Kuala Lumpur hingga ke Tanjung Malim, di malam yang kelam – sekelam hatinya – dengan harapan dapat mengubat hati yang berantakan. Melayan jiwa yang lara.
Tanpa diduga, Ali dihadapkan pula dengan insiden yang tak disangkakan. Menyaksikan kecelakaan antara dua kereta. Dengan perasaan ingin tahu, Ali mampir mencari jawapan. Bagaikan durian runtuh, rezeki jatuh dari langit. Hanya dengan niat 'nak pinjam dulu, nanti ada duit dia bayar balik'. Dengan harapan dapat menyelesaikan masalah tanah tapak rumah di kampung yang hampir tergadai, dengan harapan dapat 'membeli' balik Salina. Tanpa Ali sedar, bermula 'cerita' yang Ali sendiri tak duga akan berlaku, terjadi dalam hidupnya.
Duit siapa yang Ali 'pinjam' hingga dia menjadi buruan? Tapi siapa pula Jah dan Mat JR yang tiba-tiba muncul di depan MusliMartnya? Apa urusan mereka ini dengan Ali? Berjayakah Ali memiliki kembali 'sigaraning nyawanya'? Tapi siapa pula Vivian yang Ali langgar belakang keretanya? Kasihan Nurul, yang menjadi mangsa keadaan. Ops siapa pula Nurul dalam hidup Ali ini?.
Wah ramainya 'wanita' dalam hidup seorang Ali Imran. Jika anda ingin tahu siapa 'wanita-wanita' ini dalam hidup Ali, anda haruslah baca sendiri dan aku pasti anda akan 'bertemu' dengan jawapannya.!
* * * *
Apa yang dapat aku katakan usai membaca Sigaraning ini adalah……… terdiam, terkedu, terkesima, kadang-kala terasa 'pedas' mengigit tangkai hati, dan akhirnya aku mampu juga menarik nafas yang tersendat di sanubari… lega!.
Aku tidak pasti harus memulakan resensi cerita ini dari mana. Minda aku jadi beku seketika untuk memilih ayat, menyusun kata yang indah-indah tentang Sigaraning ini. Naskhah cantik lagi molek 'hadiah' Imaen buat pembaca setianya ini.! Adakah aku harus memulakannya daripada rintihan jiwa Ali Imran akan kegagalannya bercinta? Aku rasa tak perlu… hanya menampakkan seorang Ali Imran jadi tak macho! Apa ni, lelaki menangis kerana putus cinta? tak 'rock' la Ali!!. hehehe
Atau berhikayat tentang pasar mininya?. Bagaimana sukarnya Ali yang harus bersaing dengan pasaraya-pasaraya 'buatan Amerika' yang besar lagi gah itu. Atau bercerita tentang stigma segelintir masyarakat melayu yang lebih mengagungkan barangan buatan luar negeri demi nak jaga status?. Yalah, tak 'standard' la kalau guna barangan yang ada cap "made In Malaysia" atau yang dihujungnya ada 'melayu'.
Atau bercerita tentang sekumpulan kongsi gelap atau gengster yang menjadi buruan pihak berkuasa? Bagaimana orang jahat berurus niaga, bagaimana polis bertindak. Ah klisenya, kata sesetengah orang. Kan seharusnya begitu, ada orang jahat (gengster) mesti ada orang baik (polis) yang bertugas membasmi segala kejahatan. Atau bercanda tentang polis yang korup dan tidak amanah?
Aduh! aku sudah pening… hahahaha
Tapi sememangnya itu adalah kenyataankan?. Setiap apa yang kita tak ingin dengar, itulah hakikat yang harus kita terima kerana ianya tak mustahil berlaku dalam masyarakat kita. Ia adalah realiti dalam fantasi yang dihidangkan pada pembaca. Walaupun pahit, tapi itulah kebenaran. Mungkin kita tak suka nak dengar segala keburukan yang ada. Yang kita nak dengar, hanya yang indah-indah sahaja.
Sebenarnya kesimpulannya mudah sahaja. Kalau anda sememangnya 'pengikut' setia setiap karya Imaen daripada V for Vendetta (aku suka seru begitu… hehehe), Labyrinth serta Bohemian, aku pasti anda sedia maklum bagaimana cara Imaen 'bercerita'. Bagi yang belum pernah membaca karya Imaen, jangan bimbang cara Imaen mudah sahaja.
Imaen 'bercerita' menerusi penanya yang bersahaja tapi kadang-kala berbisa, berbaur sindiran sinis lagi pedas dalam 'bahasa' yang indah. Jika anda dapat membayangkan gambaran secara fizikal, buat lawak tapi dengan riak wajah yang bersahaja (wajah 'selamba derk' istilah anak-anak muda zaman sekarang). Itulah Imaen.
Sedari awal aku memulakan pembacaan aku sudah terasa 'hangat'nya. Mengipas muka agar hilang rasa yang membahang di pipi. Menyambung bacaan, aku 'tersadung' lagi. Aduhai, pedasnya rasa yang menggigit tangkai hati, menusuk hingga ke lubuk jantung. Dari satu bab beralih ke satu bab, hinggalah tiba ke noktah terakhir karya ini aku baca, kesimpulan yang aku boleh katakan, karya ini sarat dengan tazkirah, nasihat, sindiran, bahkan terselit juga ilmu (ekonomi) yang dapat aku kutip dalam naskhah 'kecil' ini tapi sebenarnya padat dengan inti pati yang berguna buat pedoman. Itulah kelebihan Imaen, bertazkirah menerusi buah fikiran, menerusi tinta penanya.
Dari segi bahasa, aku tiada masalah dengan gaya bahasa Imaen. Bahkan aku suka. Susunan ayat serta laras kata yang indah lagi berseni. Bagaikan tak percaya si pemiliknya adalah pemegang Ijazah Ekonomi. Yang suatu ketika dahulu pernah bergelumang dengan angka-angka dan istilah-istilah ekonomi yang aku sendiri tidak pernah belajar. Dan aku juga bukan orang sastera yang pakar dalam membicarakan tentang 'bahasa'. Aku hanyalah orang biasa yang berbicara tentang eloknya bahasa berdasarkan gerak rasa. Berkongsi perasaan dengan anda tentang naskhah yang hebat ini.
Imaen juga memperkenalkan pada aku perkataan-perkataan baru yang jarang digunapakai dalam pertuturan seharian. Perkataan seperti 'lambam', 'jegela', 'kelesa' (sekadar menyebut beberapa patah perkataan yang terngiang-ngiang di kepala). Sesungguhnya selain mendapat ilmu, menikmati cereka idea Imaen, aku juga dapat memperkayakan lagi perbendaharan kata. Kiranya 3 in 1 lah! atau boleh juga dikatakan sebagai 'one stop center'.
Dari segi penceritaan, Imaen berjaya mengheret aku menjadi sebahagian daripada 'watak' dalam cerita 'romantic thriller' garapannya ini (walaupun aku bukan watak siapa-siapa dalam naskhah ini). Imaen berjaya membuatkan aku berkongsi rasa sedih, geram, berbelah bahagi dan adakalanya kasihan dengan Ali. Ali yang 'jiwang karat', Ali yang baik dan sopan, Ali yang sinis, bahkan dengan Ali yang kedekut. Semua rasa teradun dengan cantik, letak di tempat yang sepatutnya pada setiap perenggan, lembaran, halaman mahupun bab. Menjadi serasi dan sebati di hati sepanjang aku menghabiskan bacaan.
Buat Imaen, teruskan berkarya, dan jangan sekali-kali berfikir untuk meletakkan pena anda! Sesungguhnya di zaman yang bahasa ibunda ini sedang diperkotak-katikkan, seharusnya ada penulis berbakat yang bangkit menjadi pelapis memperjuangkan bahasa ibunda kita ini. Bahasakan Jiwa Bangsa?!!
Yang merah itu saga, yang kurik kundi ; Yang Indah bahasa, yang baik budi...
Corak penulisan yang menarik. Santai tetapi berisi banyak ilmu. Ternyata penulis mengkaji pelbagai aspek berkaitan apa yang ingin ditulis semasa menulis novel ini. Kisah Ali Imran, Nurul (lelaki), Vivian, Salina, Pak Tam, geng jahat kumpulan dadah, orang masjid, kisah pasaraya, kedai makan yang dikaitkan banyak dengan isu ekonomi Islam, erti kepercayaan kepada Tuhan, disulam dengan cukup menarik. Penghujungnya berjaya mewujudkan unsur debar dan mengundang tarikan kuat untuk menamatkan kisah & mengetahui pengakhirannya. Buku ini tidak mengecewakan.
Karya Imaen yang ni membawa kita menelusuri ekonomi orang Melayu kita dan membawa kita kembali kepada Tuhan. Pada permulaan ceritamungkin sedikit bosan, tapi lama kelamaan cerita menjadi semain menarik. Ali Imran yang membuka sebuah pasaraya Muslimart terlibat dalam satu kes dengan kumpulan gengster di mana dia telah terambil dua beg yang mengandungi dadah dan duit bernilai 2 juta. Untuk mengetahui kesudahannya, silalah baca buku ini. Jujur saya katakan anda tidak akan rugi membacanya kerana pada setiap bab ada point yang dapat kita gunakan sama ada di dunia atau bekalan menuju akhirat. :)
baru baca smpai ms84.lawakla ali ni.kdg2 mcm bangang pun ada.tp tiba2 terdiam bila shasha tempelek si vivian "tapi aku rasa hidup kau skrg lg bosan,duduk rumah sorang2,pergi keje balik keja,senaman,jgg,buah hati xda,malam2 hujung mggu baca buku,tgk wayang,dengar lagu..itu bukan rutin?.."mcm tgh kata kat aku jer. ok sambung baca..nanti sambung comment..
Bermain dengan dua genre: Ekonomi, dan Triller-ala-ala Ramlee Awang Murshid. Tapi lebih mengasyikkan sebab banyak sangat input ekonomi yang disampaikan dalam bentuk lebih santai dan mudah faham. Juga tak lupa isu ketuhanan yang disajikan dalam cerita ini. Cinta? heh, perisa tambahan je, pada hemat saya. Dan terima kasih Imaen kerana membawa saya kembali pada dunia ekonomi.
1st pinjam buku kawan Gedebe. Macam x boleh masuk. Return balik. Lepastu beli Neon. Wah, buku2 Imaen ada 1 kelainan! Sisi lain penceritaan novel. Di selitkan fakta2 menarik. Tidak terlalu berat untuk di hadam. Best😊