Hati Seorang Perempuan Yang bernama Intan Samad, yang terpaksa mengharungi hidup penuh ranjau. Mentelah dia dipandang hina oleh penduduk kampong Pulau Ubin. Mereka menjangkakan dia anak luar nikah. Dia yang begitu dahagakan kasih sayang semakin diuji apabila terpaksa berkahwin dengan seorang pemuda dari tanah besar akibat salah faham. Maka dari kehidupan kampong dia terpaksa mengikut suami dan hidup di kota pula. Tetapi taraf dirinya sebagai tukang gaji dari seorang isteri. Dia terus sabar dan tetap bertanggungjawab sebagai isteri. Bahkan dengan perasaan yang tidak berbelah-bahagi, dia mencurahkan segala kasih sayang seorang ibu kepada anak tirinya yang sememangnya mengharapkannya. Pada masa yang sama perasaan sayang mula berputik terhadap suaminya
Jiwa Seorang Lelaki Yang bernama Assad Effendi, seorang doktor muda yang sekeras batu. Apabila takdir menentukan dia ditangkap basah dan terpaksa berkahwin dengan seorang gadis kampong, jiwanya semakin memberontak. Apatah lagi luka lamanya masih berdarah. Lantaran sebagai membalas dendam dia memandang Intan lebih sebagai orang gaji dari seorang isteri. Namun apabila mendapati isterinya cukup tabah menghadapi apa sahaja tekanan yang diberikan, dia berasa kagum juga. Mentelah apabila melibatkan Intan mencurahkan kasih sayang keibuan kepada anaknya tanpa batasan. Justeru dalam diam-diam perasaan cinta mula bercambah terhadap isterinya, walaupun dia cuba melawannya
Dua Insan Yang Diuji Jiwa dan raga agar menyedari bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk hidup bersama. Itupun setelah keduanya mengenepikan apa sahaja sengketa. Terutama sekali dari pihak Assad, kerana sikap keras hatinya akan membuat dia kehilangan isteri yang mula disayang. Lebih-lebih apabila kesabaran Intan akhirnya menipis lantaran dia mengambil sikap tegas dan melarikan diri. Apatah lagi Intan menjadi buruan orang-orang yang memiliki semacam agenda buruk. Kerana Intan ada menyimpan satu rahsia yang cukup berharga tanpa disedarinya sendiri
********
Seolah kancah kehidupan ini terlalu panjang bagi Intan. Bertenggang dengan orang-orang kampung yang menjangkakan dia anak luar nikah justeru semenjak lahirnya tidak tahu siapa dan di mana ayah kandungnya, maka kehidupan yang dilalui itu sudah pasti dirasakan beranjau. Lebih lebih lagi dirinya terjebak dalam perangkap perkahwinan tangkap basah. Intan lalu dibawa ke kota dan suaminya itu meletakkan taraf dirinya sebagai tukang gaji. Meskipun tidak pernah merasa dicinta dan disayangi, Intan sanggup bersabar dan tabah, bahkan dalam diam-diam bercambah pula kasih sayang Intan kepada anak angkatnya dan semakin menjadalam pula cinta Intan kepada suaminya. Tetapi sampai mana gerangan Intan dapat bertahan dengan sikap menyerahnya itu?
Novel ini memaparkan komplikasi watak manusia yang membawa unsur-unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah dan akhirnya mengambil sikap tegas, tetapi ketegasan itu hampir-hampir menjerumuskan dirinya ke dalam jurang kegelapan. Di samping keraguan watak yang mengangkat ciri-ciri simpati dan tipu daya manusia. Umpamanya ibu saudara jatuh cinta kepada anak saudaranya, abang makan adik tirinya, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspense demi suspense.
Bergiat menulis pada tahun 1986. Novel pertama Dedaun Hijau di Angin Lalu sudah mencapai empat cetakan sekarang. Pernah menerbitkan 3 novel kanak-kanak bersama Utusan Publications Sdn Bhd pada tahun 2002.
Berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak dan bekerja sebagai pekerja perkilangan di syarikat swasta.
Pencapaian Hadiah Sastera Novel Anugerah Persuratan 2007 - Aylana
Cetakan pertama; 1987 (fuhhh.... aku still di secondary school. Dgn pinafore paras lutut kaler biru dan bertocang dua :)
Cetakan kedua : 2002 (masa tu tgh bersuka-suki kat kolej). Q untuk meminjam salinan photocopy naskah ini... boleh tahan panjangnya.
1998 : Kuasatek menerbitkan siri Cinderella dengan peneraju utamanya Haliza Misbun dan Ahmad Idham. Pecah 'tv' jugalah ratingnya. Walaupun dinafikan, tapi bagi yang dah membaca DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU memang dah mengagak similarity yang ada (terutamaya pada awal cerita). Dan pembaca yang 'faham' tentang watak Intan tentu menggeleng kepala dengan 'ke-over-an' si pelakon utamanya. (termasuk akulah tu!). Anyway.... let alone the drama series.
And also let alone all the 'imbuhan'. Tersengih la jugak bila terserempak dengan perkataan yang diimbuhankan yang rasanya takan lagi dijumpai dalam tatabahasa hari ini.
Contoh: keliaran yang memaksiatkan, keisterian, kepingaan..... etc etc (tersengih kerana ayat berimbuhan ini sering digunakan bila 'in jokes' dengan kawan2).
Bahasanya? It was written back in 1987 berlatar belakangkan negara seberang Tambak dengan sosio ekonomi yang amat berbeza dengan apa yang kita ada. Ingat filem Azura? (Ogy n Jamal)... begitulah susun atur dialog yang dituturkan. Ada kalanya rasa macam menjenguk persembahan pentas di Studio Jalan Ampas.
Inti patinya? Penuh dengan segala gejala sosial golongan kolongmerat. Penzinaan, pesumbangmahraman, penderaan, pengkhianatan.... bak kata penulisnya; keliaran yang memaksiatkan. Banyak scene2 yang agak melangkaui batas kesopanan diplotkan. Untuk pembacaan para remaja, amatlah tidak digalakkan. Kadang2 rasa bersyukur juga dengan kesukaran mendapatkan naskah ini di pasaran. Jika ia dijual sewenangnya di rak-rak gudang buku? Bukan salah plot yang ditampilkan tetapi mungkin perkataan/ayatnya yang terlalu direct membuatkan scenenya ini agak 'keterlaluan'.
TETAPI..... (for me)
Rasanya setakat ini tiada lagi watak gadis yang dikahwin paksa dan didera selepas akad nikah yang SEKUAT, SETABAH, SE-ADIWIRA(?).... INTAN BINTI SAMAD. Dia umpama Cinderella. Anak yatim yang didera keluarga ibu saudaranya. Sentiasa menjadi buruan lelaki2 di Pulau Ubin termasuk bapa saudaranya sendiri. Dikahwinkan dengan Assad Effendi (digambarkan dalam mimpi Intan sebagai lelaki berwajah singa)... bukan prince charming tapi lebih kepada the beast. Di bawa ke Singapura sebagai orang gaji dan pengasuh kepada Iis (anak Arsyad; kembar Assad). Dr. Assad membenci wanita kerana putus asanya Arsyad kerana ditinggalkan Haryati.
'Tarikan magnet' Intan atas Assad amatlah kuat walaupun berkali dinafikan. Intan disetubuhi secara paksa pada malam pengantin mereka. Zuriat di rahim Intan tidak diakui Assad sebagai benihnya. Bila Assad tewas dengan kehendak naluri kelakiannya atas Intan, isterinya itu melarikan diri kerana kecewa dengan Assad yang hanya mahukan jasadnya. Pemergian Intan menanarkan Assad. Intan dicari dan akhirnya statusnya sebagai isteri diwartakan.
Kagum dengan dialog yang dituturkan Intan ketika menegakkan haknya sebagai seorang isteri yang tidak diiktiraf sang suami.
"Aku tak pernah tidur bersama lelaki darimu Assad. Kau tentu tahu benih siapa yang membuah dalam rahimku ini. Sebagai seorang yang terpelajar, kau mesti tahu aku masih dara lagi di malam pengantin itu." m/s 265
"Meskikah aku menjelaskan adakah aku jujur atau setia atau sebaliknya. Sedangkan kau sendiri tidak pernah bertanya pada dirimu, adakah kau sendiri benar-benar jujur atau tidak?"
"Aku juga ingin beritahumu Assad. Bagiku, diriku adalah seorang janda; dan bayi dalam kandunganku ini anak yatim." m/s 273
"Jangan bimbang aku tak minta kau sudi atau tidak anak ini. Aku sendiri boleh memeliharanya. Cuma yang menjadi keinginanku ialah anak ini anak lelaki. Tetapi sekiranya anak ini perempuan ia tentu akan menyusahkanmu di belakang hari. Kalau ada jodohnya kelak, dia tentu memerlukan walinya ketika bernikah. Dan apa yang aku mahu dengar dari mulutmu, ialah patutkah anak ini aku binkan atau bintikan dengan namamu? Atau haruskah aku gunakan nama Abdullah, yang suatu masa kelak akan menimbulkan tanda tanya pada anak ini?" m/s 367
Itu belum tiba babak Intan menempelak Assad ketika suaminya itu memujuknya pulang sebagai isteri dan ibu kepada anak mereka. Percayalah, sukarnya menemui watak se-adiwira INTAN dalam naskah2 kini. Dan yang lebih mengagumkan, penulisnya adalah lelaki!
Itu hanya 1/3 daripada kisah yang dikisahkan dalam Dedaun Hijau ini. Ada kisah Arsyad + Haryati + Iismadi. Ada kisah percintaan Fatimah + Mustafa + Samad. Ada cerita jenayah Mustafa + Samad + Dollah + Ruddin + Bohari + Haryati. Dan ada kisah pembunuhan Dolah + Riri + Marina + Eliza. Ada kes kematian Kamariah + Rubiah + Roslan + pak tua dan isteri.
Apapun, yang pasti DEDAUN HIJAU akan tetap hijau dalam kelasnya yang tersendiri.
Masa pinjam novel ni tak perasan pun ni novel lama cetakan baru.tengok sinopsis terdetik eh macam citer cinderella.baca review baru tau citer Cinderella yang copy novel ni.Citer lama rupanya padanla gaya bahasanya agak baku.Inipun sudah diolah untuk disesuaikan dengan masa kini.
Mengambil kira latar belakang waktu ketika itu,novel ini best sebenarnya.Kisah Intan yang didera ibu saudara dan kemudian ditangkap basah dengan Assad ketika melarikan diri menyelamatkan maruahnya. Mereka dipaksa berkahwin oleh Pak Leman yang memikirkan ini sebagai jalan keluar kepada Intan daripada terus diseksa ibu saudaranya dan dicemuh orang kampung. Assad bagaimanapun menganggap dan memperkenalkan Intan sebagai orang gaji dan pengasuh kepada Ismadi.
Walaubagaimanapun daya tarikan Intan sangat kuat kepada Assad sehingga Assad menjadi pemarah dan tidak tenang kerana asyik memikirkan hal Intan.Bila dia tak mengakui anak yang dikandung Intan tu memang melampau la. Bila dah dapat baru tenang tapi dah terlambat sebab Intan dah menghilangkan diri.Masa tu barula nak mengaku Intan tu isteri dia dan cinta hatinya.
Intan ni wataknya seorang yang kuat dan pada masa yang sama patuh dengan statusnya sebagai isteri. Suka dengan ketegasannya semasa mempertahankan anak yg dikandungnya.
Baca buku ni tetiba review pun jadi skema semacam 😂.. Haha..
weldone MB cukup lama MB mengambil masa untuk menghabiskan naskah ini ye mmg letih buka tutup buka tutup tak mahu ambil langkah selak2 muka surat
1987 MB masih baby lagi time ni hehehe
apa yang boleh dikatakan jalan cerita Dedaun ni mmg menarik mayb masa mula2 tu agak stress la jugak sbb terlalu geram dgn si asad tu mulut kata tidak,tapi intan juga dia jadikan pemuas diri si suami didera, tdk dihargai menidakkn apa yg benar ahhh mmg hero ku benci la nasib la karya ni agak ssh nak dpt dan agak $$$ je kalau tak mmg lunyai ku kerjakan hehe masalah yg MB hadapi bila baca "aku ni berada dekat zaman mana skrg ni" sedikit konpius mayb penggunaan bhs yg digunakan masih lg dihantui oleh SUZAN dan AYLANA seperti biasa bukan semua golongan yang sesuai baca karya ini
serik?? langsung tak macam dah ketagih la plak nak membaca karya penulis ni..
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
When I bought this book, N tak tahu yang novel ini sebenarnya adalah penerbitan semula novel yang sangat lama. No wonder lenggok bahasanya sangat berbeza.
Personally, this is not my cup of tea sebab at times N rasa macam sedang baca novel sastera SPM.
Damn...I was 14 when I read this, from a photocopy version, no less !! coz the 'Q' was too long and I can't wait..I wept & cried buckets under my blanket, masa tu kt hostel hehe..I think there's a TV drama that sorta ciplak the storyline..sumthing like a cinderella story..directed by haliza misbun if not mistaken.
Akhirnya aku berjaya juga memiliki novel ini setelah sekian lama aku mencarinya. Tetapi aku hanya mendapat naskah terbitan terbaru (2007). Walaupun harganya menyamai harga novel-novel English yang pernah aku beli, namun berbaloi memilikinya. Sinopsis di belakang novel tersebut sedikit sebanyak telah menceritakan jalan cerita novel ini. Aku kagum dengan kecekalan dan ketabahan Intan menempuhi segala ranjau duri sehinggalah dia berjaya menemui titik akhirnya penderitaan yang dihadapinya dan seterusnya mengecapi kebahagiaan bersama insan-insan yang tersayang.
3.5* Membaca karya Manaf Hamzah memang akan tahu ada kejutan2 yg tak disangka.. walau bahasa yg digunakan bkn seperti novel2 yg selalu dibaca tapi ia memberi semacam perasaan yg lain dan akan baca karyanya lagi dan lagi..
Cerita yg sangat menarik. Penggunaan bahasa yg teratur dan sangat indah. Watak Intan yg dilakarkan amat menyentuh hati. Hidup yg penuh sengsara dari kecil hingga dewasa. Dihina, dicemuh dan diaibkan oleh org sekeliling sehingga suami sendiri membencinya. Derita yg ditanggungnya sangat berpanjangan. Untuk watak Assad, sifat beku, dingin, degil dan seolah tidak berperikemanusian membuatkn kita rasa menjengkelkan. Memang sangat2 menyakitkan hati kalau ada suami berperangai begini. Namun derita yg dialami digantikan dengan kebahagian bila Assad mula sedar yg dia tidak boleh hidup tanpa Intan. Kelahiran cahaya mata mereka juga turut menyumbang kebahagian dan kegembiraan mereka. Keselurahan cerita ini memaparkan kisah realiti yg berlaku di sekeliling kita. Suka atau tidak, itulah realiti yg sebenarnya.
Boleh la cerita, babak Assad cemburu dgn Intan la aku rasa part best. Pengakhiran, ada sedikit plot twist. Dtg pulak watak Haryati yg tinggalkan kembar Assad, Arsyad. Ingin semula Iis, anak dia. Dan jugak Intan dapat jumpa semula dgn bapak dia, Encik Samad. Beli sebab nak tahu hujung cerita ni.
Novel ni pernah meletup suatu ketika dahilu. Aku rasa ia meletup balik baru baru ni selepas diadaptasi menjadi drama di Asrro. Mesti ramai yang mula mencari novel ni sekarang sebab aku perasan ramai yang tanya di live KarangKraf. Tapi novel ini bukan terbitan KK.
Dedaun di Angin Lalu mengisarkan Intan Samad yang hidupnya penuh dengan pancaroba. Dia dilabel anak luar nikah dan dihina penduduk kampung sejak kecil. Keadaan bertambah teruk apabila dipaksa berkahwin dengan Assad Effendi, seorang doktor muda berstatus duda yang sangat short-minded dan arrogant. Dari kehidupan kampung, Intan dibawa ke kota dan dilayan macam pembantu rumah oleh suaminya. Walaupun tak pernah merasai kasih sayang suaminya, Intan tetap sabar dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak tiri dan suaminya, malah dalam diam mencintai Assad.
Assad pula menyimpan dendam lama ditinggalkan bekas kekasih. Ini menyebabkan dia membenci wanita dan memandang Intan sebagai hamba abdi (dan hamba seks) untuknya. Long story short, dia mula kagum dengan kesabaran dan kasih sayang Intan, especially lepas dia nampak Intan menjaga anaknya dengan baik. Slowly, perasaan cinta mula terbit dalam hati Assad walaupun dia lawan perasaan itu dan nafikannya sekeras hati dengan tindakannya.
Jalinan hubungan Intan dan Assad penuh dengan pelbagai drama dan dugaan. Rahsia silam Intan yang belum terbongkar, sikap keras hati Assad, dan salah faham yang berterusan bikin keadaan bertambah rumit. Intan akhirnya pun melarikan diri. Kehilangan Intan menyedarkan Assad dan dia mula kesal akan kesalahannya. Maka dia pun berusahalah mencari Intan balik.
Bahasa yang digunakan dalam novel ini sangat literature-like dan dialognya kaku seperti pementeasan theatre. Ada kesalahan tatabahasa yang disengajakan oleh penulis, maybe sengaja nak cipta gaya penulisan yang lebih kreatif.
WARNING:
Ini sebuah novel yang kontroversi kerana penggambaran adegan seksual yang eksplisit dan penderaan wanita yang ekstren di banyak bahagian plot. Selain itu, ia mengangkat tema - tema maksiat seperti perzinaan, sumbang mahram (hubungan sedarah daging), pengkhianatan, dan pergaulan sosial tiada batasan. Sila berwaspada.