Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Anggerik

Rate this book
Kumpulan cerpen Perempuan Anggerik ialah kumpulan cerpen perseorangan penulis yang ketiga selepas Safari Gilgit dan Sehari Dalam Perang, kedua-duanya terbitan Sasbadi. Cerpen-cerpen dalam Perempuan Anggerik berkisar pada persoalan cinta yang dilihat dari pelbagai sudut dan perspektif. Cinta yang dipaparkan bukan terbatas pada pasangan kekasih, malah cinta kepada keluarga dan tanah air yang meliputi pelbagai tempat seperti Makkah, Vietnam, Aceh, Singapura dan Tokyo. Watak-wataknya terdiri daripada pelbagai profesion; penuntut institusi pengajian tinggi, jurugambar, ahli akademik, guru dan pejuang. Kreativiti pengarang sangat terserlah dengan penggunaan teknik surat dan jukstaposisi sehingga cerpen-cerpennya sungguh menarik untuk dibaca.

167 pages, Paperback

First published January 1, 2002

8 people are currently reading
103 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (20%)
4 stars
59 (52%)
3 stars
24 (21%)
2 stars
5 (4%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
May 27, 2016
Saya betul-betul tak ingat dari mana saya temui buku ini; adakah dari internet? Pasar Karat Puncak Jalil? Atau pemberian kawan yang kabur-kabur wajahnya? Tetapi ia sudah berada di rak buku saya sekian lama dan Mei 2016 menakdirkan bahawa saya akan menguliti cerpen-cerpen terawal FT ini.

Dan cerpen-cerpen awal FT memang enak gila babi (maafkan betapa tidak kesusasteraannya bahasa saya di sini). Membaca FT waktu ini buat saya terkejut ke mana perginya jiwa pengarang ini sekarang? FT yang kita kenal 2016 ialah FT yang didaktik - dilandai gagasan Persuratan Baru - dan banyak tulisan-tulisannya berkhutbah panjang mengenai hal-hal seputar agama dan isu-isu semasa. Ini ditandai oleh Tuhan Manusia, Perempuan Nan Bercinta, dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit yang masih belum saya sentuhi. Mat pernah memaklumi bahawa karya FT sekarang kering, katanya lebih selesa memilih wikipedia berbanding membaca novel yang sarat intelektualisme sehingga menenggelamkan narratif penceritaan. Saya faham itu. Kami berkongsi sentimen yang sama.

Ada beberapa cerpen yang memukau; Api KL belum terpadam, Perempuan Anggerik, etc etc tapi yang paling memutik minat saya ialah Hujan Belum Turun di Jakarta. Naratifnya mudah: surat-surat yang ditulis oleh dua anak Indonesia. Seorang di Jakarta, seorang lagi pelarian politik yang memburuh di Kuala Lumpur. Isinya politikal - ada rasa seperti baca cerpen pertama tadi tapi kali ini suasananya di Jakarta - dan bahasanya seperti biasa, kemas dan mengagumkan. Tapi apa yang lebih menggugah adalah cara penutupan cerpen ini beserta gambaran-gambaran yang dilakarkan Faisal lewat kata-kata; hanya dengan mengingatnya sekarang pun bulu roma saya berdiri tegak. Kerana ia begitu cantik dan indah dan wajar dibaca berulang-ulang untuk dinikmati kemutlakan hujannya yang akhirnya menyimbah Jakarta.

Saya merindui FT yang begini. Mungkin kita takkan temui lagi dia seperti ini; sekarang FT ialah suara hak tertindas dan pesan-pesannya lebih menyandarkan perlawanan dengan sekepal tinju naik ke langit. Fasa jiwa lembutnya sudah lama luput. Saya sedari itu.
Profile Image for Ririn Aziz.
794 reviews106 followers
June 10, 2017
Seperti biasa, karya-karya nukilan Faisal Tehrani sarat dengan rujukan ilmiahnya.

Ini kumpulan cerpen lama yang diterbitkan semula. Walaupun isu-isu yang diangkat telah lama berlalu pergi, namun intipatinya masih relevan untuk difikirkan kita pada hari ini. Manusia, yang membezakan hanyalah zaman di mana ia berada, sifat dan nafsu itu tetap sama di mana-mana!

Terbitan ini agak terganggu dengan typo di sana sini, hingga adakalanya mampu mencacatkan narasi.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
January 30, 2018
seperti selalu, wacana-wacana dalam pemikiran FT dialirkan atas permukaan sastera. kadang tenang dan kadang gelora.

masa dan tempat sangat kuat latarnya dalam setiap cerpen. dan tidak kurang melahirkan sesuatu yang luar dari kebiasaan. dan apa lagi yang kita harapkan dari karangan FT kalau tidak dibawakan fakta dan maklumat berceracak, yang dikelilingnya dililit bunga2 berduri

cerpen kegemaran ialah Cinta Kala Wabak Coxsakie.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 27, 2017
Saya kurang fokus membaca buku ini, maka saya tidak begitu memghayati catatan cerpen FT. Ada antaranya agak sukar saya mahu fahamkan, tapi kebanyakkannya jelas. Cerpennya banyak berkait dengan politik, agama dan mungkin, falsafah hidup.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
November 28, 2021
Okay, dengan ini dah pasti, Faisal Tehrani adalah antara penulis kegemaran aku lah.

Seperti biasa, penulisan nya aku rasa wajib di baca dengan tajam, tenang dan double meaning ya. Hahaha. Perempuan Anggerik ini rupa maksud lain buat singapura yaa. Aku pun tertanya-tanya juga kenapa tajuk dia macam itu. Dan bila baca cerita nya.. baru lah faham maksudnya. Tersenyum dalam duka kisah perempuan Anggerik ini.

Aku suka cara penceritaan penulis mengenia banyak negara, luas nya pembacaan nya. Aku kagum. Aku mahu seperti itu.

Aku paling suka akan karya “Surat untuk Gabe 1 & 2” itu.

Titik.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
October 4, 2017
Perempuan Anggerik (kumpulan cerpen) merupakan buku ketiga tulisan Faisal Tehrani yang dibaca dalam masa terdekat selepas Kitab Ramalan Hidup dan Cinta Hari-Hari Rusuhan. Pada awalnya, Perempuan Anggerik merupakan buku terbitan DBP yang diterbitkan pada tahun 2002 (terbitan pertama) sebelum diterbitkan buat kali yang kedua iaitu April 2017 oleh penerbit Guerilla (atas kebenaran DBP). Buku ini terkandung sebanyak 17 buah cerpen yang pernah dimuatkan di akhbar, majalah dan laman web sekitar lewat 90-an.

Bagi sesiapa yang mahu mengenali penulisan awal Faisal Tehrani, maka naskah ini boleh dijadikan sebagai bacaan pemula. Perempuan Anggerik merupakan himpunan cerpen yang berkisar tentang cinta seseorang itu terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya kita memahami bahawa cinta itu sekadar mencintai seseorang yang berlawanan jantina tetapi cerpen yang terkandung di dalam Perempuan Anggerik lebih daripada itu. Ia tentang soal cinta terhadap agama, cinta terhadap negara, cinta terhadap sesuatu tempat, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap anak murid dan sebagainya. Begitulah cinta. Cinta yang punya pelbagai definisi.

Api KL Belum Terpadam merupakan antara cerpen yang menarik perhatianku. Cerpen yang memenangi Hadiah (utama)/ Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1996 sebelum dikembangkan menjadi novel Cinta Hari-Hari Rusuhan, mengisahkan tentang cinta tragis di antara Basri dan Tengku Valizah. Di dalam cerpen ini, narator membawa pembaca kepada pertemuannya dengan Tengku Valizah Tengku Sandel di sebuah banglo. Dari situlah, satu demi satu kisah Basri dan Tengku Valizah diceritakan melalui penemuan surat menyurat di antara mereka. Mereka berdua merupakan pengatur di sebuah persatuan Universiti Malaya dalam menggerakkan demonstrasi menuntut keadilan rakyat yang tertindas seperti demonstrasi di Tasik Utara (membantah pencerobohan kerajaan terhadap perumahan rakyat miskin), demonstrasi Baling (membela petani miskin yang diancam kebuluran), demonstrasi di Lincoln Center (membantah Amerika Syarikat dalam bersekongkol dengan Israel melakukan pencerobohan di Palestin) dan lain-lain lagi (bacaan lanjut novel Cinta Hari-Hari Rusuhan).

Namun tindakan mereka ternyata tidak disenangi sesetengah pihak yang akhirnya membawa kepada penangkapan besar-besaran terhadap mahasiswa dan pensyarah. Basri juga tidak terkecuali yang terpaksa melarikan diri ke luar negara sekaligus hubungan cinta yang telah terbina bersama Tengku Valizah akhirnya menjadi korban. Cinta mereka bukan biasa-biasa. Cinta hari-hari rusuhan. Tercatat di halaman 13;

“…cinta mereka hidup di kala hari-hari rusuhan. Para pelajar keluar memberontak di jalan raya, merusuh membela para petani di Baling dan pada waktu yang sama hati mereka merusuh oleh kerinduan dan kecintaan.”

Cerpen Perempuan Anggerik juga tidak kurang hebatnya. Cerpen yang juga memenangi anugerah yang sama dengan Api KL Terpadam dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Cerpen Eceran 1996/1997, mengisahkan tentang pertemuan seorang pemuda dengan seorang lelaki tua misteri. Pertemuan tersebut berlaku ketika pemuda tersebut dalam perjalanan menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Pulau Sentosa (Singapura) untuk bertemu dengan rakannya dari Australia, Craig. Narator membawa pembaca untuk mendengar ceritanya di sepanjang pertemuan dengan lelaki tua yang membicarakan hal-hal politik, ekonomi, social dan hiburan, namun topik tersebut tidaklah dapat menarik perhatian kepada narator. Satu-satunya perbualan yang menangkap halwa telinga narator adalah kisah lelaki tua dengan seorang gadis yang digelar ‘Perempuan Anggerik’. Bagi aku sendiri, gaya penyampaian penulis sangatlah menarik, puitis dan ada kalanya memaksaku merujuk pada kamus. Antara yang menangkap perhatian adalah ketika permulaan cerita yang mengajak pada pembaca untuk mendengar cerita yang disampaikan;

“Mahu mendengar cerita? Sebenarnya ia wajar menjadi rahsia yang dikulum kemas. Memang pun saya tidak berjanji dengannya untuk merahsiakan kisah ini, tetapi lazimnya cerita peribadi yang lara dan nostalgik ialah sesuatu yang kita tidak suka dihebah-hebahkan. Namun, semakin saya memendam ia di dalam dada, semakin kelut inti fikiran – menjadi kegelisahan yang beragaman. Terlalu mendera. Sebab itulah saya ceritakan juga kepada kalian.”

Cerpen Bulan dan Wira pula mengisahkan tentang sebuah negeri yang mengamalkan pemerintahan secara Islam. Terdapat dua latar masa yang berbeza yang mana berkisar tentang soal perlaksanaan hukuman sebatan terhadap kesalahan berzina dan kajian saintifik sebatan yang membuktikan tanda-tanda kehebatan dan kebenaran Al-Quran. Tercatat di halaman 27;

“…rujuk ayat 2 surah An-Nur. Penzina wanita dan lelaki hendaklah kamu sebat setiap orang daripada kedua-dua mereka 100 sebatan dan jangan sama sekali merasa terlalu kasihan kepada kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah jika kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat. Ia dikaitkan dengan penzina mesti menerima sebatan seratus kali. Artikel ini menjelaskan… perubahan hormon, patologi dan fisiologi yang berlaku apabila manusia disebat.”

Cerpen Diskusi: Bianglala Reykjavik dan cerpen Surat Untuk Gabe 1 dan 2, juga antara cerpen lain yang menarik perhatian. Berkisar tentang diskusi tentang cara hidup Islam dengan bukan Muslim yang mana pendekatan yang dibawa perlulah bijaksana bukan melulu. Tercatat pada halaman 82;

“Bertahun-tahun aku cuba bercakap tentang Islam kepadanya, dia menolak. Sekarang, sekelip mata apabila ‘sayang’ membuka mulut dia boleh ketawa.”

“Kita harus bercakap tentang apa yang disukainya. Ini tidak, apabila ditanyakan apa itu Islam… Ariw mulakan dengan neraka dan pembalasan dosa. Tentang kaki tangan mesti dipotong apabila mencuri atau pasangan yang disebat apabila berzina… mana Mouna tak benci!”

Secara keseluruhannya, aku cukup kagum dengan tulisan awal Faisal Tehrani dengan gaya lenggok bahasanya yang puitis walaupun ada sebahagiannya perlu dibaca berulang kali bagi menangkap makna yang ingin disampaikan. Cumanya, untuk cetakan kedua ini agak mengecewakan dari segi kesalahan ejaan yang mengganggu pembacaan. Seharusnya cetakan kedua, kesalahan sebegini tidak patut diulang untuk karya besar seperti ini dan diharap cetakan seterusnya akan menjadi lebih baik.





Profile Image for Eisya.
66 reviews4 followers
August 26, 2022
Ada cerpen yang nikmat dibaca berulang kali. Ada juga yang meninggalkanku termenung sejenak menimbang tara berbaloi atau tidak untuk dihadam -membuat carian tentang peristiwa-peristiwa politik yang dipetik- sedalamnya. Tak kurang juga yang membuatku puas (🤣) setelah berkali-kali menelah POV. Apapun, sedap dibaca.

Paling suka cerpen Api KL Belum Terpadam.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
May 4, 2022
“Nafsu Samseng ‘apartheid’ memenjarakan Mandela puluh tahun tanpa bicara. Nafsu Korupsi dan Kolusi faktor tuduhan terhadap Suharto. Sebab Nafsu, orang berpolitik jadi sasau, sanggup lakukan apa saja. Tipu (Semacam mesti), samun (kita memerlukan robin hood and zoro?), duit kopi (kopi apa berharga juta-juta?), bunuh (Sonia Gandhi kini meneruskan perjuangan suami), Skandal seks (Fitnah Zulaikha mengakibatkan Nabi Yusuf dipenjara), kesimpulan utama : Politik berakar Nafsu menjijikkan!”
- Cinta Gendang Kasturi by Faisal Tehrani (Perempuan Anggerik)
.
.
Better than I expected and I expected a lot. That being said, I did find some of the stories captivating - especially the ones that deal with religion , literature or history itself. Tehrani has talent to spark some curiosity and brought interesting ideas into the plot. He pulled you into the premise and inevitably, you kept on flipping next page because you wanted to know what happened next. Some of the stories did pretty well in delivering messages as to what is wrong with society, economy or even a country. Readers can see it right away as some of them pretty straightforward but the most important thing is that the author did not try to be preachy. His deep philosophical narratives can also be seen in some of these stories as well. One thing i recognised after reading this is the author love to use Juxtaposition and the placement of 2 characters either writing or talking to each other but they were not in the same place or timeline. Some might feel this kind of writing style is not their cup of tea. Ultimately, this book in general can be read in one sitting, because each story is not connected whatsoever so you don’t have to remember other stories. As is the case with most short story collections, I adored some stories whereas others didn't really speak to me. Overall, A pretty solid collection short stories whereby each have a specific moral to it. You can see why some of these stories won national literary prize and award.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
June 7, 2018
Saya menulis review buku ini di Klinik Ibu dan Anak Gombak Setia kerana menamatkan bacaan buku ini di situ.

------------------------

Klinik sakti ini menjadi saksi, dua buah buku bulan Januari habis dikhatam di sini.

Disebalik hiruk pikuk emak-emak boyot membawa perut, ibu-ibu masih dalam pantang membawa bayi-bayi yang masih merah, para jururawat masyarakat kalut ke sana sini memberi khidmat bakti, semuanya bersatu pada makna yang satu, menunaikan sebuah amanah Tuhan.

Saya selalu memilih-milih karya fiksi jika ke sini. Kerana saya perlu masuk ke alam lain dalam segala keresahan dan ketidakselesaan.

Tatkala jasad pegun di sini, saya telah menerawang ke Iceland berbulan madu bersama Ariw dan isteri, berwacana dengan bijak sekali mendepani Moana yang begitu pesimis dengan Islam. Saya ke Jepun mengikuti gelisah Nurhilyati yang dilamar Tan Sri Hasnol. Juga kisah pencuri buku yang mencuri hati yang sangatlah saya sukai.

Kemudian, barulah saya bertemu dengan Perempuan Anggerik dan diakhiri dengan surat-surat untuk Gabe.

Klinik sakti ini yang menjadi saksi.

Setiap buku punya bau yang tersendiri.

Kadang-kadang, penulis yang kononnya mahu dijauhi, karya-karyanya jugalah yang terus digeluti.
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
September 15, 2019
17 cerpen, bertemakan cerita pelbagai. Setiap cerpen FT seperti biasa, memaparkan cerita santai tetapi tidak santai:)

Saya paling tertarik dengan kisah Ayu Prastika. Kisah anak Indonesia yang berbapakan seorang pejuang. Bapanya ke Johor Bahru, atas urusan Melayu Raya, yang akhirnya menikahi anak gadis Melayu.

"Tapi aku fikir ibu mencintai dan membencinya serentak. Ibu mencintainya kerana cita-cita yang sama, dan membencinya kerana diduakan."

"Kita semua korban politik. Orang tempatan di sini pun sedar tak sedar, menjadi korban politik hingga kita pun melarat ke sini. Politik kan panglima kehidupan manusia. Dayus bacul panglima rosaklah kehidupan. Gagah berani panglimanya tidak akan sesat jalan."
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
October 31, 2017
Membaca naskah ini di ruang arkib perpustakaan universiti, tak boleh pinjam, hanya boleh baca saja di ruang ini. Tak sempat baca semua cerpen. Ya, memang ada diterbitkan semula tapi rasa tak berkenan nak beli sebab isu typo. Walaubagaimanapun, semua cerpen yg saya sempat baca, semuanya sedap2.

Ada juga 2-3 cerpen yg pernah baca di naskah lain. Kalau la bukan sebab isu typo, rasanya dah masuk senarai untuk dibeli!

FT tak pernah gagal mengangkat watak wanita, baik sebagai watak utama atau wanita dari kaca mata watak lelaki.

Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
March 2, 2023
Sejujurnya, saya tak pernah jumpa penulis sejenis dengan FT (maaf, penyataan ini juga berkait rapat dengan situasi saya yang masih hijau dalam membaca dan belum berjumpa dengan banyak lagi penulis lain). Jadi sukar saya tafsirkan pengalaman membaca tulisan beliau. FT sangat versatile. Kita akan dapati dia jarang mengulang formula yang sama dalam karyanya. Dia seperti mewakili kepala 100 orang penulis yang lain.

Perempuan Anggerik. Kelompok cerpen dalam buku ini banyak diterbitkan sekitar penghujung 90-an. Jadi kagum membayangkan FT menulis cerpen-cerpen ini sekitar umurnya 22-25 tahun. Agaknya FT mendahului belia-belia sebaya ketika itu dari segi idea, pemikiran, aras bahasa dan teknik penulisan. Bila dapat menulis sebegitu baik dan berkualiti, saya yakin juga skala pembacaan penulis juga bukan calang-calang.

Hipotisisnya saya adalah beliau memang terdedah dengan bacaan yang luas, berkualiti dan kritis sejak dari kecil. Membaca pula Kitab Ramalan Hidup, kita akan dapati penggembaraan-pengembaraan yang dilalui di tempat asing menyumbang kepada keluasan pengetahuan beliau.

Mungkin faktor-faktor itu menjadi kunci jawapan kepada tulisan beliau khususnya kumpulan cerpen ini.

Kumpulan cerpen ketiga yang saya baca dari penulis (Perempuan Anggerik; 2002, Tiga Kali Seminggu; 2010, Cerpen2 Underground; 2015). Hampir semua dalam Perempuan Anggerik saya nikmati, dan ada juga beberapa cerpen yang selepas dibaca membuat terpinga tidak faham.

Tapi ingat, membaca bukan bermaksud menerima semuanya bulat-bulat. Jadi pembaca yang sama bijak seperti penulisnya. Terkadang saya merasakan penulis hanya cuba mengasak dan menguji. Ambil yang molek-molek.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
April 30, 2009
Hadiah konvokesyen dari adik, memang mengajak untuk lebih mengenal karya-karya Faisal selepas menghadam 1515, walaupun Perempuan Anggerik lebih dulu dicetak dan diterbitkan daripada 1515.

Bukunya nipis, tapi anggun. Banyak berkisar soal cinta juga cerpen-cerpennya, tetapi bukan cuba menjadikannya sebagai 'soya' (dalam ibarat FT sendiri), hanya sekadar 'jagung' yang menambah perisa.

Itu saja. Yang sempat teringat tentang buku ini sekarang.
Profile Image for Wildan Azhar.
2 reviews
February 22, 2025
Wanita & Dunia Sejagat

Gabungan isu dalam pelbagai cerpen yang menggambarkan kisah diapit dengan permasalahan dunia.

Kupasan isu secara ringkas seperti keselamatan makanan atau demonstrasi di Baling sangat mudah untuk difahami. FT membuatkan suatu cerpen benar benar hidup untuk pembaca merasainya dalam kecintaan. Memberikan buah fikir dalam kemelut cinta dan isu isu yang diselitkan dengan baik tanpa menggangu jalan.
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
January 2, 2023
17 buah cerpen yang ada di antaranya perkataannya tidak beberapa difahami sebab sastera benar bunyinya.

Cerpen-cerpen berkisar tentang agama Islam, cinta, reformasi, buku-buku terkenal termasuk pemenang hadiah Nobel, kisah hidup rakyat marhaein dan sebagainya.

Walaupun cerpen tetapi berat juga temanya.
May 15, 2024
pertama kali baca karya Faisal Tehrani, tk tahu apa nk expect tapi aku puas hati lepas baca buku ni. rasa macam "breathe of fresh air" gituu. bagi aku plot cerpen2 menarik dgn watak2 dari pelbagai latar belakang dan latar tempat yg pelbagai jgk. rasanya aku paling suka cerpen Perempuan Anggerik dan Cinta Kala Wabak Coxsackie.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
January 13, 2019
Lama nak menghabiskan buku ini. Bukan kerana bosan, tetapi kerana mahu menikmati sebaiknya. Naskhah ini membuatkan saya banyak belajar tentang kaedah menghasilkan pemerian yanh tersusun dan indah.

(Sasaran 2019 mahu baca 2 buku sebulan jadi 24 kesemuanya. Sekarang sudah 1/24.
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
January 19, 2019
Agak lost di awal-awal cerpen. Tertusuk tajam dengan Kissaten Teduhan Esok. Hina dengan Perempuan Anggerik. Betul lah Maya Angelou kata, orang tidak akan ingat apa kita katakan atau apa kita perbuatkan. Tetapi orang akan ingat, apa yang kita buat mereka rasa.
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
August 23, 2017
menjelajah karya ini, bagai menyelusuri dunia awal sang penulis.. yang sarat mencari info, menjejak jati diri serta membina tapak konsep penulisan yang ingin di bina..
Profile Image for Khatijah.
119 reviews3 followers
September 15, 2017
Karya lama tulisan Faisal Tehrani ini benar benar mencengkam sukma.
Profile Image for hdyh Fadzil.
12 reviews
September 25, 2021
Emosi bercampur membaca buku ini kerana kepelbagaian kisah. Namun ada juga kisah yang tidak difahami. Mungkin jika diulang bacaan pada tahun mendatang, akan faham, harapnya.
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
September 28, 2021
Entah kenapa ya aku tak boleh ikut momentum buku ini dengan baik. Isu-isu yang dibangkitkan terasa susah nak faham. Aku juga cepat hilang fokus membaca. Akan ulang baca lagi di masa akan datang.
Profile Image for Syukri Sapuan.
Author 2 books14 followers
August 24, 2010
kumpulan cerpen Perempuan Anggerik saya beli secara 'online' di http://www.dawama.com/ membawa saya mengenali cerpen-cerpen awal Faisal Tehrani.

Kumpulan cerpen Perempuan Anggerik (cetakan 2002) ialah kumpulan cerpen perseorangan yang ketiga buat FT selepas Safari Gilgit dan Sehari Dalam Perang.


Cerpen-cerpen dalam Perempuan Anggerik (yang berjumlah 17 kesemuanya) berkisar pada persoalan cinta yang dilihat dari pelbagai sudut dan perspektif.


cerpen kegemaran saya dalam buku ini ialah cinta kala wabak coxsackie - kerana ia ditulis menggunakan teknik penulisan yang berbeza.

ada sesiapa boleh bantu saya - teknik jukstaposisi itu apa?
Profile Image for Zawani.
82 reviews22 followers
October 17, 2020
Perempuan. Cinta. Perjuangan. Tiga materi utama yang dipahat di dalam cerpen-cerpen Perempuan Anggerik. Cerita-ceritanya ringan-ringan, tetapi tetap mempesonakan kerana FT sangat mahir menukang kata-katanya. Kali ini FT tidak memperdendangkan isu-isu berat, menyebabkan saya rasa tidak banyak yang dapat diulas daripada himpunan cerpen-cerpen ini.
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 14, 2022
🌷 Q U O T E 🌷


To Allah is your return, and He is over all things competent.
_ (Al-Hud 11:4)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.