Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tanah Andriyana

Rate this book
Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup


Yana


Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.


Ku Fitri

307 pages, Paperback

First published January 1, 2002

6 people are currently reading
149 people want to read

About the author

Noor Suraya

37 books282 followers
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
117 (52%)
4 stars
70 (31%)
3 stars
32 (14%)
2 stars
4 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
May 27, 2015
Memandangkan aku dalam mood yang-manis-manis-sahaja semenjak dua menjak ini (ditambah pula dengan kedengkian kepada sorang sahabat yang tahap terabyte keangauannya akibat terrrrrrserempak dengan scene yang manis) aku buka balutan naskah cetakan kedua-2003 ini. Digoda juga dengan bab Yang Tidak Diceritakan dalam Dapur Mak Cik Raja, Yang Jauh Di Pulau (mini novel DAMAI) dan Hati Andriyana (mini novel GURINDAM JIWA).... semangat jadi berkobar-kobar untuk mengetahui asal usul keturunan Aliya-Fitri Hadi.

Nak yang manis? Itu Aliya Ali Hakeem - Ahmad Fitri Hadi Bakhtiar.
Nak yang masin? Itu Raden Adriyana Daeng Ali - Ku Ahmad Fitri Ku Arif

Kali ini aku hanya memilih yang manis sahaja. Semuanya tentang Aliya-Hadi ku selidik satu persatu. Kisah anak-anak yang terjerat dengan amarah keluarga turun-temurun. 2 sepupu yang 'bermusuh' sejak kecil hanya kerana cerita hitam yang mereka sendiri tidak pasti kesahihannya.

Hadi terutamanya tidak dapat menyembunyikan lagi rasa kasihnya pada Aliya hingga sanggup membelakangkan keluarga. Atau mungkin kerana dia LELAKI, dia lebih bebas dan berani mengikut kata hati. Tidak seperti Aliya, ikatannya dengan Hadi sanggup dileraikan sekiranya itulah kehendak orang tua.

Aliya-Hadi...... sweetttttt sangat. Rasanya antara yang paling manis dalam semua karya NS!

Yang masin? Aku cuit-cuit sahaja. Sekadar untuk ambil tahu pokok pangkal cerita.

TAPI... pesan ibu; setiap benda yang manis, perlukan sedikit garam sebagai bahan wajib dalam masakan. Untuk menambahkan rasa lemaknya .... ;) Nantilah, bila sahabat tersebut hilang penyakit angaunya dan kedengkian ku sudah lenyap, aku atur satu-satu yang masin itu!

Ohhhh... tidak melampau jika aku rumuskan, Tanah Andriyana adalah titik tolak trademark penulis ini. Gaya penulisan yang lembut, 'bebelan' yang kadang2 agak membingitkan, 'pertengkaran' yang melucukan...... masih dikekalkan hingga kini. Ternyata aku memang dah lama jatuh cinta dengan anak paus biru!

Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
February 7, 2018
3.7* untuk Tanah Andriyana!

Aku suka dengan kesederhanaan buku ini. Semuanya serba sederhana, dari jalan cerita, para watak, penyampaian cerita serta plot Dan dialognya.

Pacing cerita ini agak laju. Macam naik LRT (bukan KTM ya). Kekadang rasa nak tersedak juga ikut jalan cerita Aliya dan Andriyana ni. Tapi aku masih tetap rasa seronok, sampaikan aku berharap biarlah lambat sikit cerita ni habis. *mengeluh*

Tapi terus terang, kalau tiada kisah Andriyana di dalam buku ini, aku rasa buku ini tiada apa-apa keistimewaan pun. Aku sangat teruja masa baca bahagian Andriyana. Mungkin kalau tiada kisah Andriyana itu, aku bagi saja 2* atau 3*. *gelak*

Aku tak puas dengan kisah Andriyana ni. Ke ada buku Noor Suraya yang bercerita lebih lagi pasal Andriyana?

Korang tak nak baca ke? Buku ni dah susah nak jumpa tau. Kalau nampak, grab-lah cecepat.

Peace!
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
November 3, 2018
4.5 star

Ada rasa terlekat di kerongkong.

Hurmmmm, nantilah kalau rajin KakChik menulis ye.

Kak Su,

Terima kasih untuk Tanah Andriyana yang manis, pahit, maung, masin, payau. Semua cukup lengkap. :)

GRC: #39/15
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 14, 2019
Usai membaca naskhah TA, walaupun happy dengan ending tapi masih ada sendu. Gembira dalam tangisan. Macam tu la lebih kurang. Perwatakam Aliya dan Fitri Hadi seolah-olah kelahiran semula Andriyana dan Ku Fitri di lain zaman. Rupa fizikal mereka hampir menyerupai moyangnya.

Aliya dan Fitri Hadi adalah mangsa persengketaan antara dua keluarga. Aliya anak tunggal Ali Hakeem. Persengketaan ini bermula apabila kedatangan Andriyana ke Tanah Melayu tidak dialu-alukan oleh tok tirinya. Bertambah sedih lagi apabila Ku Fitri (satu-satunya cucu lelaki) melamar Andriyana dan mereka berkahwin. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama iaitu melukis. Dan hobi yang satu ini jatuh kepada Aliya dan Fitri Hadi. Fitri Hadi tak sedar bila cinta itu berputik lalu dengan alasan untuk menjadi guru lukisan kepada Aliya.

Persahabatan mereka dapat dihidu ayah Aliya. Lalu ketika cuti semester Aliya dihantar ke rumah Neneknya Manjalara (anak tunggal Andriyana) di Kent. Disinilah Aliya dapat membongkar kisah yang berlaku pada moyangnya Andriyana. Hadi jugak turut datang ke Kent untuk mendapatkan kepastian akan perasaan Aliya padanya. Di saat-saat akhir Aliya baru tersedar bahawa dia juga cintakan Hadi. Lalu dengan cepat neneknya nikahkan mereka berdua dengan alasan menunaikan wasiat Andriyana.

Dengan perkahwinan tersebut menjadi titik perbalahan antara dua keluarga dapat diselesaikan. Itupun dengan usaha Hadi. Sungguh, kasihan sangat pada Andriyana. Datang ke Tanah Melayu teraniaya sehinggalah dengan kematian Ku Fitri, Andriyana masih difitnah. Lalu membawa diri ke Kent dan menghabiskan sisa hidup di sana.

Masa mula-mula baca memang pening dengan salasilah keluarga Andriyana dan Ku Fitri. Dah nak habis baru faham. Lagi-lagi bagaimana Andriyana bertemu dan berkahwin dengan Ku Fitri. Kasihan dan sedih sangat. Apalah ada pada darjat sedangkan ilmu di dada kosong.
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
November 16, 2015
Sesekali bila baca buku yang dah lebih 10 tahun lepas diterbitkan macam mengimbau kenangan lalu pula even tiada kena mengena pun
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
February 27, 2015
Tanah Andriyana kisah tentang dendam, permusuhan dan irihati menjadi intipati dua percintaan dalam dua generasi berbeza. Adakah kerana ketulusan dan kebersihan hati Raden Andriyana akhirnya dendam yang tiada berpunca itu terurai? Adakah juga keluhuran dan kesucian cinta Ku Ahmad Fitri dan Raden Andriyana mengalunkan satu rantai perasaan pada Fitri Hadi dan Aliya agar mereka membaja benih kasih sayang serta cinta yang telah disemai oleh nenek moyang yang cintanya terkubur di dasar lautan. Ada betulnya pepatah melayu benih yang baik kalau dicampak ke laut akan menjadi sebuah pulau yang indah. Mungkinkah perhubungan Aliya dan Fitri Hadi adalah pulau cinta Andriyana dan Ku Ahmad Fitri yang sekian lama terkubur di dasar itu.

Dendam yang dicipta oleh sejarah nenek moyang menghukum cinta dan kasih sayang. Mengapa perlu manusia bermusuhan dan berdendam? Kadang kala kita tidak sedar bahawa dendam dan kebencian itu membawa kepada petaka yang besar. Ia merupakan realiti hidup pelbagai bangsa di dunia.

Penulis mengupas permasalahan dendam dan iri hati dengan indah sehingga pembaca terleka mesej sebenar yang disampaikan. Bagi saya isu ini dikupas dan dihidangkan dengan begitu cantik sehingga ia dapat mengetengahkan pelbagai gambaran yang boleh menambah ilmu pada pembacanya. Penulis juga membawa kita kepada pelbagai lokasi menarik seperti pulau lagenda, resort yang indah, kota Inggeris serta ke pulau jawa.

Bagi saya kupasan isinya bukan hanya untuk bacaan santai tapi padat dengan isu-isu penting. Dendam dan iri hati adalah penyakit jiwa yang selalu menghitamkan hati-hati manusia. Tanah Andriyana dilatarkan dengan panorama yang sungguh indah juga diselit dengan gaya hidup putri keturunan jawa.

Kesimpulan yang dapat saya zahirkan di sini, isu permasalahan dendam dan irihati dilukis di atas kain kanvas dengan palitan warna yang pelbagai menghasilkan lukisan yang tidak ternilai indahnya. Juga memberi seribu satu pengertian kepada mereka yang mengerti dan memahami keindahan lukisan Tanah Andriyana.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 5, 2017
3.85 bintang

Aduhaiii Aliya, nasib baiklah Ahmad Fitri Hadi itu pencinta yang setia. Kalau tidak, mungkin terlepas dirimu akan pemuda yang baik hanya kerana keegoanmu tidak mahu mengakui rasa hati. Bila dirayu-rayu, tidak sudi. Tetapi bila diturut kemahuanmu, mengapa sendu yang bertandang di hati?

Di penghujung cerita, saya terfikir. Sekiranya Ali Hakeem berasa begitu marah kerana Aliya membelakangi arahannya, bagaimana pula dirinya? Lupakah dia bahawa seorang anak lelaki wajib mentaati ibunya biarpun berapa usianya?

Mungkin kerana saya lebih mengenali Noor Suraya lewat naskhah-naskhah terkemudiannya, saya merasakan karya ini agak mentah jika dibandingkan. Sepertinya masih ada rasa yang tidak cukup, yang menimbulkan rasa tertanya-tanya di hati pencicipnya.
Profile Image for Mahadewi.
9 reviews2 followers
August 6, 2010
Novel ini berjaya membawa saya ke daerah kecil yang penuh warna-warni. Gabungan bahasa lama seperti puisi dan peribahasa, menjadikan ceritanya kaya. Idea penulis tidak terduga, tahniah. Mesti dibaca dengan Hati Andriyana (dalam Gurindam Jiwa)terbitan Jermari Seni Publishing. Saya ingin pandai melukis macam Aliya, dan sesabar Andriyana serta bijak seperti Ku Manjalara, selesai menutup halaman terakhir novel ini.
Profile Image for Rodhiah Rahman.
78 reviews21 followers
January 30, 2016
Sayunya hati baca kisah Andriyana dan Ku Fitri. Air mata mengalir tanpa sedar. Dan fikiran buntu untuk menambah review... Tbc, maybe.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
July 1, 2024
[BOOK 54]

Tanah Andriyana by Noor Suraya.
.

Okay, aku baca buku versi lama, tahun 2002 lagi. Dan aku tak tahulah apa bezanya dengan versi yang baru.
.

Jujurnya, kalau baca buku Kaksu, hati dan minda kena tenang. Kalau tak, akan tutup buku dan tidur. ahhaha. Itu yang aku pernah alami dulu waktu baca buku ni, then aku letak balik dalam rak, dan sekarang baru baca semula.
.

Permulaan cerita, agak slow. Tambahan lagi, dengan naratif yang lebih banyak daripada dialog.
.

Kita dibawa mengenali Hadi dan Aliya yang saling tertarik untuk mengenali, tapi mereka terbatas kerana dendam dan konflik dua keluarga dan keturunan.
.

Aku suka Hadi yang persistent mendekati Aliya. Tapi Aliya ni jenis tarik tali pulak. Tak tahu la sebenarnya dia anggap Hadi ni kekasih atau abang je sebenarnya. Kejap dia cakap dia sayang Hadi sebagai abang, eh tetiba dia setuju kahwin sebab cinta pulak.
.

Aku sebenarnya nyaris bagi 3 bintang untuk ni. Yang buatkan aku kembali bersemangat ialah ketika tahu tentang kisah Andriyana dan Ku Fitri. Mereka ialah penyelamat buku ni.
.

Overall, karya Kaksu tidak dinafikan, memang cantik dan berseni bahasanya. Tapi untuk fast reader seperti aku, aku kena cari masa yang tenang supaya aku pun tenang membacanya.
Profile Image for Su Zainudi.
144 reviews
August 9, 2025
Saya memang suka penulisan Noor Suraya. Setiap penulisannya berjaya memasukkan saya sekali ke dalam buku tersebut.

Mengisahkan tentang cinta terhalang antara Fitri Hadi - Aliya disebabkan oleh permusuhan tradisi. Menarik jugak kalau ada satu novel untuk kisah Ku Fitri - Raden Andriyana. Sampai hati keluarga mengguna-gunakan Ku Fitri sehingga hilang kewarasannya. Tapi moyang Andriyana tidak berdendam dengan keluarga mertua dan madunya bahkan telah meninggalkan wasiat supaya segala permusuhan mereka ditamatkan.

Macam biasa novel Kak Suraya akan menjadi koleksi kesayangan saya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 8, 2020
Akhirnya habis baca Tanah Andriyana yg tebal mcm kamus ni. Kisah mengenai keturunan, harta, fitnah, kekeluargaan dan percintaan. Ade part pening2 sikit nak mengingat nama orang dulu2 dan keturunan siapa eh ni. Haha. Overall best!!! Dan Aku baru tahu yg Jemari Seni dah tak ada since hujung tahun 2018. So sad. Harap penulis2 JS masih kekal aktif berkarya.
28 reviews1 follower
February 1, 2025
jika mahu membaca karya kak su, pastikan anda dalam keadaan tenang.
novel ini pastinya istimewa sebab berjaya membuatkan aku sebak bila membaca kisah hidup raden andriyana dan pasangannya. kisah ini jauh lebih ummph...
Profile Image for Kamilia.
9 reviews
January 6, 2021
Suka dengan jalan cerita. Watak sangat dekat dengan iron lady stuff, lemah lembut macam perempuan melayu terakhir tapi masih bertegas dengan hidup.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
January 21, 2010
Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.


Persengketaan dua keluarga ekoran dari perkahwinan di antara Raden Andriyana dan Ku Ahmad Fitri yang masih berpanjangan sehingga ke hari ini telah memaksa Hadi dan Aliya untuk menidakkan perasaan cinta dan kasih di antara mereka. Tapi mengapa mesti mereka yang menjadi mangsa? Apakah yang sebenarnya berlaku dan berjayakah Hadi dan Aliya merungkaikan apa yang tersirat dan sekali gus menyatukan semula dua keluarga itu?

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kuasa Allah siapa yang tahu.


p/s Kalau Kak Su yang menulis novel tu, aku mesti suka dan jalan ceritanya pasti 'best' serta berbaloi untuk dijadikan koleksi
3 reviews
November 19, 2011
BESt Glerw...!! Ceriterw yg menarik,, terasa ape yg dialami aliya n hadi..

sian dkt adriyana x dpt jupe fitri lg lps...

kjadian dkt laut uh...
fuh.....!!
cdeh tol...
Bce novel nieyh...
confirm mengalir air mata....
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 2, 2014
Novel yang dibaca semasa remaja dahulu. Sarat dengan emosi dan cerita yang wajar dibaca. Sekarang novel yang begini sukar dicari lagi. Syabas!
Profile Image for Bawang.
74 reviews
July 29, 2013
sangat suka dgn gaya bahasa yang jarang di guna pakai pada buku melayu zaman sekarang.
Profile Image for Nuraina Akmal.
57 reviews
January 18, 2016
Seronok membaca buku ini, banyak elemen-elemen sejarah yang diselitkan. tak silap saya memang penulis ni ada buat kajian dalam bidang Sejarah Melayu.
Profile Image for Athirahs.
14 reviews
May 20, 2014
best giler..huhu..jarang jupe buku melayu yang sangat best
1 review
November 17, 2016
Novel yang paling mengusik jiwa..Sentiasa berada dalam senarai novel yang di kenang-kenang. Bait-bait ayat yang romantis ❤
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
May 7, 2019
Edisi kemas kini. Jalan cerita yang sama dengan versi yang sebelumnya.
Profile Image for Anggrenami.
72 reviews25 followers
August 21, 2021
sukaaa!
tapi bahagian andriyana dan ku fitri tu sangat sedih ya
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.