Jump to ratings and reviews
Rate this book

Andai Itu Takdirnya

Rate this book
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

588 pages, Paperback

First published January 1, 2008

1293 people are currently reading
12563 people want to read

About the author

Siti Rosmizah

12 books2,297 followers
Novelist & Lawyer, Siti Rosmizah Semail.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2,714 (65%)
4 stars
819 (19%)
3 stars
358 (8%)
2 stars
119 (2%)
1 star
149 (3%)
Displaying 1 - 30 of 247 reviews
1 review13 followers
November 27, 2010
Kisah kehidupan antara Syed Adam Aizril bin Tan Sri Syed Abbas dan Nur Aleya binti Idris. Apa yang boleh saya kata, cerita ni sgt2 sedih...disebabkan pbezaan darjat/ kturunan/ pangkat, yang jadikan seseorang 2 lupa diri, ego n bongkak...Aleya n Syed Aizril ni lanjutkan pljaran dkt luar ngra...Aleya ni antara rbutan n dia pndai...Syed Aizril pn mcam agk tcabar...nk djadikn cerita, Aleya kbtolan dpt krja dkt syarikat kluarga Syed Aizril...byk la insiden yg jadi ntra diorg...Syed Aizril tpksa khwin ngn Aleya lps diorg kna tgkap basah....tu n ats pksaan Syed Abbas sbb nk jga mruah n rputasi syarikat...diorg kna ni pn sbb Faizal aka kwn Syed Aizril sndri yg prgkap diorg...ksah rumahtgga diorg sgt2 la mnydihkn...Aleya mmg tseksa zahir n batin...tmbah plak, Puan Sri Syarifah Aishah pn cm xbpa nk ska dkt Aleya...disbbkan ego n rasa tcabar, Aleya drgol suami sndri...korg dpt bygkn x cmna???trok kn...hsilnya dia mngandung...masa mngandung pn, dia tmpuh suma mslh sorg2...nasib baik kwan baik dia, Umairah n Ikram byk tlg...msa Aleya dh sarat, ada 1kjadian jd...scra pribadi nya, sy rs Syed Aizril sorg llaki yg bsifat binatang, kejam n tdakbperikmnusiaan!!! Dania n Danish dlhirkn tp si adk, Danish tak sesihat Dania n mnggal dnia...Aleya balik smla lps Syed Aizril kmlangn trok...byk la konflik yg jd antara watak Aleya, Umairah, Syed Aizril n Ikram...Aleya balik dmi msa dpn Dania sbb Aleya tau dia xmgkin hdup lama...Syed Aizril rs tcabr n kjdian lma brulang msa Aleya tgh mngandungkn Danny n Darwin...msa ni da 1bnda jd dkt Syed Aizril n dia brubah 100%...bnarlah, kbhgiaan prlukn pngorbanan...
Profile Image for Haslinda.
6 reviews5 followers
July 6, 2011
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
March 7, 2015
Tidak hairanlah jika novel nukilan Siti Rosmizah ini berjaya mendapat tempat di hati para gadis dan wanita. Mungkin jalan cerita yang dramatik, ataupun tragis dan menyayat hati, ataupun sangat romantik sehinggakan boleh 'diserang' kencing manis (?). Semestinya novel sebegini bukanlah genre saya, dan itulah punca saya meletakkannya di tahap 1-bintang. Dek kerana propaganda sahabat-sahabat terdekat mengenai novel ini, akhirnya saya terbuka hati untuk membaca novel ini.

Boleh jadi saja kisah hidup Aleya ini benar-benar wujud di luar sana. Namun saya sebenarnya tercari-cari dan sedikit bingung saat membaca novel ini. Ada sahabat saya yang beria-ia memberitahu saya, dia menangis dan malu-malu kucing ketika membaca novel ini. Benarkah? Sehinggakan saya mempersoalkan diri saya, adakah saya ini berhati kering? :D
Profile Image for SA.
302 reviews32 followers
January 15, 2023
I read this during my teenage years, and I can still remember how I got badly affected by it.

I still feel the same. But this time, I was able to see this from a different point of view. I know it's unfair to judge a book that was published 15 years ago, but I couldn't help to feel quite disturbed by it.

Egoistic, stubborn MMC, namby-pamby FMC, and a whole lot of irritating side characters all bundled up in a repetitive conflict. RED FLAG 🚩🚩🚩🚩🚩

I admit that the writing style has the ability to entice readers to continue reading. It also made me cry, but then again, the author works in the legal world and had the audacity to come up with such a plot? Hmm. Make that make sense.

TW: Domestic abuse, marital rape - I'd rather not elaborate further on this.
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
sy cume rase geram bace novel ni, especially dengan watak utama perempuan(Aleya)..
pelik la ada ke watak macam Aleya dlm dunia realiti... cube bayangkan, dah kena tangkap basah, tak dilayan sebagai isteri dengan sempurna, di rogol, lepas rogol campak tepi jalan, di pukul separuh mati time sarat mengandung... bole lagi dia balik dekat suaminya... ok la sy paham mungkin sebab anak... dah back together dituduh curang pulak...yg si suami curang bole pulak ye... berpisah lagi... yang kali kedua die terima suami die balik ni sy memang geram... kalau sy la, takkan sy terima balik... memang betul2 tak guna punya lelaki! tak logik la... macam bodoh je..sorry ye ini pendapat sy je, penulis ni kan peguam, mungkin die pernah laluinya sendiri kejadian2 ini...
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
June 17, 2011
Ada sesetengah penulis, cukup bijak bermain dengan emosi pembaca. Perkataan-perkataan yang ditulis mampu memberikan impak atau kesan terhadap jiwa, emosi danminda pembaca. Itu antara ciri-ciri penulis yang baik. Satu lagi ciri-ciri yang bagus pada seorang penulis, kemampuan menghidupkan karakter-karakter mereka. Bagi aku, Siti Rosmizah tergolong dalam kumpulan penulis yang bagus.

Heronya, Syed Aizril, walaupun kacak, kaya dan daripada keturunan yang baik, tidaklah sesempurna mana. Seorang yang baran, egois, selfish, sesekali sangat keanak-anakan dan macam-macam lagi cacat cela beliau yang telah dilukis oleh Siti Rosmizah. Ada masanya, aku benci gila dengan Syed Aizril. Kalau dia hidup dalam dunia nyata, dah kena penerajang sedas. Kekasarannya dengan karakter heroin, Aleya, cukup memualkan.

Aleya pula dilukis sebagai satu karakter yang tabah dan tersangatlah penyabar. Ditangkap khalwat, dipaksa berkahwin, dibuang keluarga, dikeji dan didera suami, dihina mentua... satu demi satu cabaran ditempuhi Aleya dengan hati dan jiwa yang kental. Entahlah... ada ke manusia yang begitu penyabar? Mungkin. Aku tak tahu.

Banyak pengajaran sebenarnya boleh diperoleh dari novel ini. Fitnah, contohnya, mampu merosakkan hidup seseorang. Salah faham mampu membawa ke arah satu permasalahan yang besar. Macam-macam pengajaran yang ada di sebalik kisah rumah tangga Aleya dan Syed Aizril.

Kalau tak kerana kesalahan di antara fine dan find, "I raise my case" (yang sepatutnya "I rest my case") dan beberapa kesalahan bahasa Inggeris lain yang terlalu nyata, mungkin aku bagi novel ini 5 bintang. Penyalahgunaan tatabahasa boleh menyebabkan kekeliruan pada pembaca. Ayat seperti "I'm very regret..." adalah salah. Aku kira editor perlu lebih memberi perhatian kepada perkara seumpama ini. Memang pantang sikit aku ni bab bahasa.

Apa pun, novel ini berjaya membuatkan aku menitiskan air mata, tahu? Jarang terjadi. Baca sendiri, baru tahu.

Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
May 20, 2014
tak tahu ek cemana nak ckp novel setebal 583 m/s ni.. banyak sgt konflik berulang2. kejap isteri dia ok, suami dia pulak meroyan, bila suami dia ok isteri dia plak meroyan. aiyoooo.. wa manyak fenin meh.. dah baca lompat banyak page pun still situasi yg sama ke? opening... huhu

dh itu ajela kot review nya. sekarang nak baca Salina pulak. harap2 dapat bg 5* utk karya sasterawan negara tu! ^_*
Profile Image for Reader.
2 reviews1 follower
Read
May 20, 2013
'Novel terlaris?'
1) plot fav smua novelis cintan cintun- tangkap basah n kawen paksa... Again?
2) as usual- watak yg d gambarkan msti nk lawa, ayu bla bla bla..
3) byk sgt nk cerita..mana nk masukkn scene gaduh/jeles husb n wife yg ulang2 tu.. Pas husband sakit, wife pula sakit.. Repeat.. Cousin yg desperate..mertua yg mula2 pntgkn darjat pastu baik gila.. (Dah boleh agak)
4) fokus kurang pd family belah heroin? - dibuang keluarga..
Remarks: a good start for miss writer but.. appreciate blh cari idea yg lebih kreatif..sorry to say..for me, not deserve novel terlaris but recommended as to read~
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
April 29, 2023
if you want to stress up your day, please read this piece.

thank you.

(*books read in 2008 so i almost forgot the actual storyline. one thing i know this book make me stress)

2023 review: satu hari sebelum raya tahun 2021, aku tetiba rasa nak baca buku ni. jadi aku cari kat kedai buku tapi tak jumpa. then aku dapat beli ebook dia dari web karangkraf (ke alaf21 aku pun lupa sbb kat phone lama).

membawa dengan pemikiran seseorang remaja 16 tahun dan pemikiran orang dewasa yang nak masuk 30 series, memang lain. aku dah boleh faham apa yang SR cuba sampaikan instead of just rasa stress dengan 'kebodohan' aleya.

bagi aku, aleya tak bodoh. aleya melambangkan wanita2 kat luar yang ditindas and does not seem to find her way out from the toxic marriage. one day the husband is loving dovey macam lelaki kiriman tuhan and one day macam the devil from hell. in fact dalam novel ni, aleya tak sepenuhnya bodoh. dia mangsa keadaan cuma kita rasa geram kerana at most time dia hanya menerima tanpa melawan. kebanyakan pembaca berkongsi sentimen dengan umi. tapi in reality pun, seberapa banyak orang yang boleh memihak pada perempuan yang ditindas, hanya perempuan itu yang merasa ujian tersebut. kita kena hormat keputusan dia sama ada untuk stay atau untuk walk away. tak ada betul atau salah, sebab itu pilihan dia. dia dah cukup dewasa dan waras untuk timbang tara sebarang keputusan yang dibuat.

cuma untuk mereka yang membaca, terutama golongan muda, please dont see this as a romantic story. lelaki jahat yang bertukar jadi baik sebab kesabaran seorang wanita. yup, asiah perempuan yang baik tu boleh dijodohkan dengan firaun yang mengaku Tuhan. Tapi pastikan untuk tidak sengaja menjadi bodoh memilih firaun itu hanya untuk membuktikan kita boleh jadi sekuat dan sebaik asiah. ceritanya tak sama. cerita asiah adalah satu hikmah dari Tuhan untuk menjadi pembakar semangat pada wanita yang ditindas suami.

senang cerita, kalau kau dah nampak red flag, lari. tak payah nak acah nak ubah lelaki jahat jadi baik ke apa. bs semua tu.

dan perasan tak, sekarang ni. semakin suami tak guna didedahkan di media sosial, semakin menjadi jadi kes jenayah dari marriage abuse hingga ke kes haruan makan anak. jadi untuk writers yang mungkin rasa macam nak tulis cerita yang sama macam AIT sebab kepopularan siri ini di tv, stop it. lagi kau romanticize marriage abuse (konon just untuk beri pengajaran), lagi orang tak serik.

unless you are writing based on the actual case and providing some inspiration or solution towards marriage abuse, lets not romanticize this kind of story again and again.
Profile Image for ALIA.
33 reviews
February 6, 2021
Hari ini, selepas habis baca AIT, barulah saya tau rupanya AIT ni ada buku sambungan (AIT2) dgn jumlah muka surat hampir 2 kali ganda dr AIT. Yang ni pun nak dekat sebulan baru habis baca... Hahaha...

Saya susah utk 'benci' pada watak utama. Tp dalam novel ni saya mmg benci & jijik pd watak Syed Aizril. Egonya setinggi langit. Barannya tak menentu. Saya tak boleh nak hadam macam mana Aleya boleh terima semula Syed Aizril. Please lah.. Your so-called husband raped u. Campak tepi jalan. Nearly killed u masa kau tgh sarat mengandung. Pastu dia kata dia dah insaf, and then kau maafkan. Pastu dia buat hal lagi, kau maafkan lg. Enough is enough Aleya. Just move on!

Satu lg problem dgn novel ni adalah plot/ jalan ceritanya yg diulang/ recycle semula. Plot separuh pertama buku diulang semula menjadi plot separuh kedua. And drpd review readers lain AIT2 masih menggunakan plot yg sama? What????

Walaupun pd pandangan saya novel ni ada byk masalah, tp ada beberapa perkara yg membuatkan saya masih boleh 'terima' novel ni. Saya sgt suka hubungan Aleya dgn mak & bapak mertua yg sgt rapat, friendship antara Aleya & Umi mmg terbaik, cara penulisannya pula sangat cantik, teratur & 'rasa' tu sampai.

So bolehlah nak bg 3 bintang. Tp kalau ditanya sama ada nak ulang baca? Jawapannya mmg TIDAK. Penat weh baca buku ni.. Byk sangat nangis.. hahaha...
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
May 11, 2010
fuhh...1st time i read this novel..it make me feel same feeling when i read my 1st novel-Bicara hati...n buku novel ini telah membuktikan kepada diri aku bahawa wanita yg kononnya dikatakan keras hati n sukar mengalirkan air mata bila bace novel salah..!!kwn aku suka gelakkan aku bile mengalirkan air mata time bace novel sedih..dye kate aku jiwang karat r,terlebih feeling r..tp i just ignore about that..one day i suh dye try bace novel nih..u all nk taw tak...buat pertama kali and the 1st time dye mengalirkan air mata n menangis teresak2 bile bace this novel..dye cam xsangka n malu gan aku..aku terkejut bila nampak mta dye merah...then aku plak ckp mcm dye ckp kat aku..hehehehe...tak dinafikan dlm sekeras2 hati seorg wanita..pasti tersentuh sedikit bila bce novel nih....thanks siti rosmizah kerana membuktikan perkara itu benar..n membuatkan kwn sy menangis...

Andai itu takdirnya...ianya pasti berlaku...kite kene redha bkn pasrah..krn pasrah itu menyerah..
7 reviews
November 1, 2011
Saya menangis tak berhenti bila baca cerita ni. Pengorbanan Aleya, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu digarap kemas. Tragis, sedih, suka, geram. Ada rasa macam nak tembak je si Syed Aizril sebab egonya yang mengarut merosakkan jiwanya sendiri serta melukakan Aleya. Ketika Aizril benar2 terkhilaf tetapi sudah terlambat kerana hati Aleya sudah menjadi sekeras kerikil. Apa-apa pun tetap happy ending. :-)
Profile Image for Farahwahida adnan.
10 reviews4 followers
November 11, 2009
NOVEL NI ADALAH NOVEL YG DIBELI SELEPAS HAMPIR 2 THN TAK BACA NOVEL MELAYU..HAHAH...sb terlalu byk novel melayu sampai penuh rak buku tu....tp novel ni telah menyebabkan saya tak tido malam dan menangis teresak2 sampai bengkak2 mata...obviously author dia superb...sb pandai main emosi pembaca...best!!
12 reviews
February 4, 2010
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama seklai menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tidak boleh membuang pangkat itu ketepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim piatu sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-NYA, dia akan menemopuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya apabila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dengan hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia, aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras daripada kerikil."


Profile Image for Miss Rose.
28 reviews4 followers
November 27, 2013
aleya & syed aizril. tangkap basah, then ended up with marriage. mostly ramai orang yang burst into tears baca novel ni. yeah, i admitted that. boleh buat emosi aku berkecamuk. tapi i hate syed aizril so much! how could him menghina, rape, berlaku kasar time dia pregnant and i sighed. mana martabat seorang wanita? martabat seorang isteri? sebab itulah aku annoyed yang aleya boleh terima syed aizril balik padahal suami dia dah buat macam2 kat dia. terlalu ego. kalau akulah, si hero buat apa2 pun, aku maafkan dia and just leave.konflik berat sgt. pening. memanglah aleya cekal, tabah, tapi isteri pun ada hak. so, in fact, tak suka la perangai syed aizril tu walaupun dia dah berubah. xdapat diterima
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 12, 2013
Bagi yang gemarkan 'drama' dalam novel, ANDAI ITU TAKDIRNYA wajib ada dalam koleksi peribadi.

Walaupun (for me) ceritanya agak meleret dan penuh dengan drama airmata, tapi SITI ROSMIZAH memang SUPERB memastikan pembaca terus mengikuti kisah Aleyah dan Syed Adam Aizril hingga ke akhirnya.


Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
December 9, 2017
Penat juga baca. Drama air mata tulisan pertama dari Siti Rosmizah yang pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dahulu. Pertama kali saya membacanya dan perasaan tidak keruan sentiasa berlegar-legar menghantui saya. Cuma bila jalan cerita yang sentiasa diulang-ulang ini membuatkan saya sebagai pembaca merasa hambar dan bosan. Apa tidaknya, deraan perasaan dan mental terhadap hubungan suami isteri yang kurang matang sahaja yang sentiasa diulang-ulang. Apa pun, Siti Rosmizah berjaya membuatkan kelopak mata saya sentiasa ditakungi air mata. Drama sungguh! 😅
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
November 13, 2022
Reread sebab memang dah tak ingat jalan ceritanya..hahhaa

Walaupun buku yang saya beli dan baca ni merupakan cetakan ke-27, masih ada lagi susunan ayat yang berterabur. Ejaan pun banyak yang salah. Aigoo
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
November 14, 2014
Satu-satunya karya penulis yang sudah aku baca.. Dah ulang baca lebih dari sekali dan hasilnya tetap sama, tetap merembeskan airmata.. Tapi jangan ditanya jalan ceritanya sebab sekarang ni aku jenis mudah lupa.. Hari ni baca, lepas tu hilang terus apa yang dibaca.. Bukan untuk buku ni je, tapi boleh dikatakan untuk buku yang lainpun macam tu jugak.. Kecuali yang dulu-dulu, boleh la ingat sikit-sikit..

.
.
.
p/s: Sebuah lagi dah berzaman beli tapi masih lagi bersampul..
Profile Image for Faslina  Saidi.
22 reviews
October 26, 2011
Pertama kali menitiskan air mata dalam membaca novel, bila mengenangkan nasib sorang perempuan yang bernama Aleya. Nasib Aleya yg datang dari keluarga orang susah. Walaupun susah, ttp sampai jua kemenara gading dan kepayahan Aleya melalui liku liku kehidupan yang begelar isteri kepada org yg bermatabat tinggi dan akhirnya jua bahgia...ANDAI ITU TAKDIRNYA...
1 review1 follower
December 24, 2010
test
ianya sangat hebat dan apabila saya membacanya saya akan menangis atas sebab keluarganya yg tidak mempercayainya dan juga suaminya.selain itu,ianya boleh juga memberikan kesedaran kepada kita tentang keadilan. test
Profile Image for Intan.
1 review
December 12, 2011
Novel yg mempunyai jln cerita yg sgt menarik, romantis, sedih & penuh keredhaan. Berharap sangat novel ini dapat diadaptasikan dlm filem dgn jln cerita asalnya & pemilihan pelakon2 yg memenuhi kriteria watak dlm novel. Tak rugi membacanya...Tahniah Siti Rosmizah!!
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
June 13, 2014
hai..

buku lama tapi baru baca..

as usual (╥﹏╥)(╥﹏╥)(╥﹏╥)(╥﹏╥)(╥﹏╥)

story ni mmg xtgu lama utk buat saya nangis
dari mula samp dah nk ending (╥﹏╥)
bila sedey stop kejap sambg balik (╥﹏╥) huhu
heavy story tapi still nk baca
mmg best.. konflik samp kesudah pn ttp best..

Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
September 13, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

First time baca novel penulis. Not bad.

Watak Syed Aizril memang layaklah dilunyai dengan machine gun.
5 reviews
April 7, 2010
kisah perjalanan seorang wanita yang cekal...
1st novel beli sendiri dgn duit sendiri...
Suggestion dari my aunt (Mak Uda)..tQ..
Best..!!


Andai Itu Takdirnya..~
Profile Image for Anis Nabilah.
1 review1 follower
January 20, 2011
tragically i've seen the live action from this book. happened to one of my relatives. exactly the same. making the experience of reading it affect me very much..
1 review
June 10, 2021
بسٹ گلے سمپی سیا بات لگ۔۔۔تقحن 2016
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 11, 2013
Andai Itu Takdirnya -- Sebuah novel karya Siti Rosmizah yang menjadi favourite RAMAI peminat-peminat novel. I first read this novel few years back, tapi I couldn't remember novel siapa yang I read. Semasa I re-read this novel yesterday, I have a feeling... some sort of deja vu yang I bought this novel before.

Anyways, novel ne memang amazing and brilliantly written. Watak utama lelaki, Syed Aizril -- watak yang PALING ego yang pernah aku baca. Sudah sedar and menyesal sekali, tetapi dalam jangka masa yang short, ulang balik kesilapan yang sama. Menyampah.

Membaca novel ini buat kali kedua (or was it tiga?), I still cried when I read parts yang sedih and mengharukan walaupun I already know the story. Well -- You can see how powerful SR's writing really is.

Cerita bertemakan kahwin paksa yang terjadi di antara lelaki kaya yang berpangkat dan perempuan yang miskin. Tema kahwin paksa... my favorite. Part antara dua darjat tu, I don't really like. I do like the fact that parents yang kaya tu tak lama kejamnya, tapi I don't know if I like the fact that the mother sedar akan kesilapannya selepas accidentally terdengar apa yang dia tak sepatutnya dengar. But not a big deal...

I still prefer Cinta Kau dan Aku though, sebab tu not always focusing on drama macam novel ne... but both are great. Kalau suka nangis-nangis semasa membaca novel, this should be your number 1 choice.

Again, fully recommended. :)


Sinopsis belakang cover:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."
Profile Image for Doctor reads.
132 reviews
November 3, 2020
Bought this preloved book from Carousell the other day, I'm curious seeing the high rating it received in Goodreads and find that it is not printed any longer. So when it is sold online, I grab it at pricing that is more expensive considering its condition. Sometimes I wonder if I'm just a bibliophile or becoming bibliomania as well. I guess all of us book lover is both.

I'm seriously impressed with the amount of drama that this book possesses 😅. The same plot was repeated over and over again in the same order (I count it, three times) where a woman was mistreated by her husband (let's not touch on how the marriage happen, in early 2000 it is known that being forced to marriages rates in a novel is high). Tons of misunderstanding happen with no further investigation, the assumption will be done. Subsequently, the spouse/partner will punish their others mentally or physically. The wife then forgives her husband as the husband had changed. But it doesn't end there as the drama has to be continued, so add another same third party again and again with same plot but spicier. This book seriously has 3 climaxes and resolution in it.

Regarding the character, I think I can safely say that Aizril is the cruellest, inconsistent, judgemental, bad-tempered lead character that I have ever read this far. Among all of the other anti-heroes, this guy drives to surprise me in how crueller he can treat his wife as the story proceed. Till the end I still don't think what he did is redeemable. Aizril keep making the same mistake, and his roughness toward any lady is obsolete, a man that behaves this way is a red flag alert and abusive. In the real world, I would suggest to just pack your bag and leaves. Other than that, the sudden fatal illness and healed was too good to be true (I'll ignore this part for the sake of fiction).

The only thing that drives me to give this rating is on how beautifully Siti Rosmizah wrote this book, the choice of word is elegant, finally, the English dialogue is really good, the grammar is on point. And utmost importance is the emotion that I experience reading this novel is 100%, I cried badly when Aleya was hurt, and the relationship between her and Umairah just remarkable. I can see how this book has a high rating despite my criticism, as much as I think the drama is repetitive and the lead character doesn't make sense. I enjoy the read very much. I'm ordering more of the author recent work.

4.5⭐
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
May 16, 2016
Aku suka buku ni sebab penulis berjaya buat aku kejap sedih, kejap happy. (tapi lagi banyak sedih, geram & rasa nak maki orang)

Memang jalan cerita ni typical novel cinta melayu yang lain.
- kahwin terpaksa/sebab kena tangkap basah
- hero yang kaya, hensem & heroin yang ayu, putih, almost segalanya perfect.
- percintaan antara dua darjat

One by one konflik yang datang and each memang buat emosi. Aku tak boleh nak stop baca, kalau boleh nak stay up menghabiskan cerita ni. Kudos to the author sebab buat cerita ni captivating macam ni.
Displaying 1 - 30 of 247 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.