Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fiqh Al-Harakah #1

Fiqh Al-Harakah 1

Rate this book
Buku FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYAH, Jilid 1 adalah buku pertama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang sirah nabawi dan juga sejarah Islam. Edisi pertama buku ini diterbitkan dalam tulisan Rumi oleh Dewan Pustaka Fajar pada November 1987. Kemudian ia dicetak lagi untuk cetakan pertama dalam tulisan Jawi, berkulit tebal dengan tiga warna iaitu biru tua, hitam dan merun. Setelah itu, ia dicetak lagi dalam edisi Rumi beberapa kali sehingga yang terkini pada 2017. Buku ini adalah antara karya monumental Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai tokoh gerakan Islam. Beliau menyiapkan seluruh sirah nabawiyah dalam tiga jilid ini pada 2006.

Konsep penulisan buku ini bukannya kronologi sirah, walaupun ditulis secara kronologi. Tetapi ia lebih menekankan kepada kefahaman pergerakan Islam terhadap setiap peristiwa yang berlaku kepada Nabi SAW. Buku ini menyertai karya-karya Mustafa as-Sibaie, Muhammad Said Ramadhan al-Buti, Muhammad al-Ghazali, Munir Muhammad al-Ghadban dan Hassan Ali an-Nadwi al-Husaini yang disebutkan sebagai "fiqh as-seerah." Ia berbeza dengan karya klasik oleh Ibnu Hisyam atau karya moden oleh Hussein Haekal dan Martin Lings yang bersifat kronologi peristiwa atau konsep yang dibawa oleh Imam at-Tirmizi dan Ibnu Katsir yang beroreantasi hadis-hadis tentang Nabi SAW.

Pada jilid pertama buku ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memperihalkan sejarah hidup Nabi SAW dan ibrahnya bermula daripada zaman sebelum kerasulan sehingga berlakunya hijrah ke Madinah pada tahun 622. Tuan Guru Haji Abdul Hadi menghuraikan bagaimana dunia dan manusia seluruhnya sangat berhajat kepada petunjuk, lalu Allah mengutuskan Rasul akhir zaman. Kemudian dihuraikan tentang kelahiran dan peristiwa ketika kanak-kanak, remaja dan perkahwinan Baginda SAW dengan Ummul Mukminin, Siti Khadijah RA. Sesudah itu, Baginda SAW beruzlah di Gua Hira' sebelum menerima kerasulan. Peringkat-peringkat dakwah di Mekah juga dijelaskan sehinggalah akhirnya Nabi SAW berhijrah.
Loading...
Loading...

About the author

Abdul Hadi Awang

73 books92 followers
Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) (عبد الهادي اواڠ)mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969 hingga 1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974 hingga 1975. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983.

Di samping itu, Ayah Chik istiqamah mengajar secara mingguan pada setiap hari Jumaat di Masjid Rusila, Marang sejak tahun 1976 sehingga kini. Dalam tempoh 40 tahun, beliau telah mengkhatamkan pengajian tafsir al-Quran sebanyak dua kali; kali pertama khatam pada tahun 1996 dan kali kedua khatam pada tahun 2016. Atas faktor itu, terhasillah magnum opus beliau yang digarap daripada pengajian mingguan tersebut, iaitu Tafsir al-Tibyan, sebuah tafsir lengkap 30 juz al-Quran dalam bahasa Melayu.

Berbekalkan komputer riba peribadi, Ayah Chik aktif mengarang buku, artikel, dan khutbah. Pelbagai kitab telah dihasilkan oleh beliau yang menjadi rujukan ramai pihak. Antara yang terkenal ialah Ensiklopedia Aqidah Muslimin, Fiqh al-Harakah daripada Sirah Nabawiah (Jejak Nabi Muhammad ﷺ), Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin (Jejak Khalifah), Al-Bayanul Mubin Syarah Riyadus Solihin (Siri Pesan-pesan), Islam dan Demokrasi, Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu al-Quran, dan banyak lagi.

Ayah Chik telah dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada tahun 2001.

Demikian juga, Ayah Chik telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran “Tan Sri” oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada tahun 2021.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
61 (65%)
4 stars
19 (20%)
3 stars
9 (9%)
2 stars
2 (2%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
6 reviews
September 27, 2010
Kitab yang sarat dengan sirah perjuangan dan implementasi dalam harakah kontemporari.. Nice to read, im enjoy n done in 1 week.. Kitab ni kenangan time handle usrah dengan adik2 pimpinan time ngaji dulu... make me smile... =)
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 18 books21 followers
June 7, 2023
Buku ini ditulis oleh ulama yang berjuang!

Inilah mahakarya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Walaupun usianya telah mencapai 76 tahun, beliau tak pernah lelah membaca dan mengarang.

Kenapa buku sirah Nabi yang satu ini lain daripada yang lain?

1. Ia ditulis oleh ulama sirah yang hidup matinya berjuang menegakkan agama Islam.

2. Isi buku ini penuh dengan kisah dan dialog, bermula dari kelahiran Nabi Muhammad ﷺ sehinggalah kewafatan.

3. Buku ini telah disilang rujuk (takhrij) pada setiap hadis, kisah, dan peristiwa. Semuanya ada rujukan.

4. Ada 60 infografik pada setiap akhir bahagian untuk memudahkan kefahaman pembaca.

Banyak lagi! Kena beli dulu baru tahu. Jadi seronok baca sirah, mā shāʾ ALlāh.

Tahniah kepada Pustaka Permata Ummah atas penerbitan semula naskhah sirah nabawiah yang sungguh berkualiti ini!

Mudah-mudahan, Allah ﷻ senantiasa memberkati setiap usaha dan gerak kerja kalian bagi memastikan karya Tuan Guru benar-benar sampai kepada seluruh lapisan masyarakat.
4 reviews
April 30, 2020
Menceritakan sirah nabawiyyah yang tertentu dan dihuraikan untuk diambil pengajaran oleh masyarakat Islam.
Profile Image for Khadijah.
3 reviews
January 2, 2023
This book is so simple good and easy to understand plus itd not really thick and im sure i gonna run to the store and buy the sequel of fh 1
Displaying 1 - 5 of 5 reviews