Jump to ratings and reviews
Rate this book

Risalah Ta'alim

Rate this book

424 pages, Paperback

First published January 1, 2008

13 people are currently reading
170 people want to read

About the author

Muhammad Abdullah Al-Khatib

5 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (62%)
4 stars
10 (23%)
3 stars
1 (2%)
2 stars
2 (4%)
1 star
3 (6%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews42 followers
January 23, 2013
Aku kira keinginan aku untuk menelusuri fikrah Imam al-Banna bermula dengan pembacaan buku-buku Syed Naquib al-Attas (ironi sekali). Mulanya, aku begitu terkejut dengan pendekatan dekonstruktif yang diambil Prof Al-Attas di dalam mengkritik golongan modenis-modenis di dalam wilayah politikal Islam yang didakwanya telah menodai tradisi intelektual agama ini. Namun aku kira, usai habis membaca buku 'Penjelasan Sekitar Risalah Ta'alim ini, aku (hampir) memperoleh jawapannya.

Buku yang dikarang oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib ini wajar dianggap sebagai sebuah manual bagi dai'e yang jundiy lagi sufi. Lebih sinonim dikenali sebagai dai'e yang haraki. Maka, sesuai dengan sifat-tugasnya yang disebutkan tadi, Risalah Ta'alim mengaksikan pendekatan yang jujur dan keras, sesuai dengan hadafnya di dalam merencana-bentukkan sebuah gerakan Islam yang berteras ; suatu Harakah Islamiyyah.

Buku ini bermula dengan baik ; dengan menceritakan konteks zaman al-Banna ketika itu, yang hampa daripada sebarang penulisan-penulisan Islami, dan pemikiran-pemikiran yang bercorak tauhidik. Seterusnya menceritakan penyelewengan-penyelewengan yang berlaku di kala itu. Ini aku kira, faktor-faktor yang sering dipandang sebagai elemen marginal di dalam menanggapi pemikiran al-Banna, walhal hakikat yang sebenar jauh sama sekali.

Seterusnya, buku ini membentangkan ulasan ringkas sekitar prinsip-prinsip 20. Menerobos ke dalam fasal seterusnya yang menyentuh berkenaan rukun bai'ah yang 10, disinilah sebenarnya terpundak niat utama penulisan risalah ini. Penulis disini menceritakan dengan terperinci apakah kefahaman yang mahu digarap al-Banna daripada pemuda Ikhwanul Muslimin. Di dalam usaha tersebut, penulis tidak lupa memetik panjang lebar ayat-ayat daripada Quran dan sunnah Nabi. Ditambah pula dengan contoh-contoh yang praktikal daripada sejarah Mesir khususnya. Tidak dinafikan, di dalam fasal inilah tertegaknya sendi penulisan ini -yang mana penulis telah lakukan dengan jaya sekali-.

Tanpa menyamarkan pendapat aku berkenaan Risalah Ta'alim ini, buku ini sebenarnya merupakan sebuah penulisan yang jujur. Jujur di dalam menegur ; menegur sikap-sikap dai'e yang sambil lewa di dalam tugas dakwah, yang gelojoh di dalam menyampaikan risalah agama yang sebegitu agung, malah semberono menghukum dan melabel mad'uu-nya -yang kesemua ini lahir lantaran kefahaman yang gagal mendasar dalam-. Sekiranya pembaca mengharapkan suatu gaya penulisan yang menakjubkan dengan fakta-fakta yang menggeligakan, maka tentunya bab ini membuktikan bahawa risalah ini bukanlah tempatnya untuk puspawarna sebegitu.

Risalah Ta'alim juga aku sifatkan sebagai sebuah penulisan yang 'keras'. Walaupun tesis utama buku ini terletak di dalam penghuraian rukun bai'ah, wajahnya yang sebenar terzahir di dalam fasal selepasnya ; Kewajipan saudara petugas. Di dalam fasal ini, segala prinsip 20 dan rukun 10 mengambil bentuk. Di dalam rupa kewajipan-kewajipan yang harus seorang tentera (jundiy) laksanakan di dalam melangsungkan sesebuah gerakan Islam. Di dalam wilayah inilah, Imam al-Banna seolah-olah kelihatan mengesampingkan tradisi-tradisi agung keilmuan Islam (boleh dirujuk asbabnya di dalam karya-karya Prof al-Attas).

Lalu, atas dasar yang disebutkan tadi, Risalah Ta'alim pada pendapat aku yang kerdil ini, perlulah ditekuni di dalam kerangka sebuah manual yang ditujukan kepada seorang dae'i jundiy lagi sufiy.
Profile Image for Fahim89.
9 reviews
August 11, 2010
alhamdulillah..... bertambah2 semangat...
semangat!!
semangat!!!!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.