Dunia 'the young angry man' yang telah melahirkan pemimpin hebat masa kini melalui gerakan mahasiswanya yang begitu sarat dengan idea dan tenaga dalam menentang kezaliman, korupsi dan salah guna kuasa. Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Saufuddin Nasution, Syed Hamid Ali, Hishamuddin Rais antara yang lahir dari gerakan ini.
Bermula dengan idea sosialisme yang mendominasi namun pengaruh gerakan dari India dan Timur Tengah melalui pelajar luar negara mengubah tunjang perjuangan mahasiswa, mendasari Islam sebagai Way of Life.
ISA, AUKU, BTN, demonstrasi, FRU, SB, gas pemedih mata, air kimia menjadi asam garam mahasiswa dengan semangat 'the young angry man' mereka dalam menyatakan pendirian dan idea, malahan bersama-sama rakyat marhaen mempertahankan hak.
Universiti diwujudkan untuk melahirkan tokoh yang layak memegang jawatan penting, yang akan membuat polisi, yang akan mentadbir negara, yang akan menentukan hala tuju negara. Kalau minda mereka ditumpulkan dengan desakan dan himpitan malahan budaya hedonisme yang semakin menggila, entah apa akan jadi dengan masa hadapan.
Jika kelantangan mereka dimandulkan dengan ayat keramat 'listen', di mana dinamika para siswazah? Kampus ialah wadah latihan kepimpinan kepada pemimpin masa hadapan negara, menjadi pusat mencetak anak-anak muda yang sarat dengan idea-idea baru dan segar dalam memajukan negara bukan sekadar menjadi kilang mencetak tenaga kerja.
"Kita mendidik dgn dedikasi, bukannya mengherdik, mengindoktrinasi" - Dato Saifuddin Abdullah.
Mahasiswa memerlukan kebebasan berfikir dan membentuk pendapat sendiri. Kita nak sokong dengan fakta, sanggah dengan fakta. Cukuplah dengan budaya hedonisme yang telah merosakkan generasi masa kini, ditambah pula dengan indoktrinasi yang hanya akan memandulkan akal generasi muda.
Mungkin generasi lama lupa bahawa mereka dulu pernah menjadi 'the young angry man'. Sepatutnya tidak sulit untuk mereka memahami jiwa anak muda masa kini.