What do you think?

Noktah yang Memujuk #1
Noktah yang Memujuk
Healing buka soal melupakan. Tapi untuk menerima segala yang telah menjadi kenyataan. Sebelum kamu mampu menerima, kamu harus bersederhana. Sederhana itu kesannya besar buat hidupmu.
Kamu harus sedar kamu itu manusia tak mampu mewujudkan apa-apa. Kamu harus sederha dalam mencuba, berharap, mencintai, rasa ingin memiliki agar tiada luka-luka yang hadir kerana harapanmu yang menggunung tinggi.
Kerana manusia akan sentiasa perkecilkan keperluan untuk sederhana sehingga luka hadir menyapa.

- GenresLove
207 pages, Paperback
First published March 1, 2022
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
December 8, 2022
Buku yang baik. Himpunan kata-kata yang merawat hati. Namun, jika anda mencari puisi sastera, buku ini bukan jawapannya. Buku ini ditulis dengan corak puisi yang lebih kontemporari. Seolah-olah borak nasihat bersama kawan atau kenalan. Terasa dekat.
June 5, 2024
1. Anak (12 tahun) beli buku tanpa pantauan ibunya. Terikut-ikut kawan. Dan saya bukan sasarannya.
2. Buku ini bukan kategori puisi. Ia adalah petikan kata-kata daripada penulis tentang segala hal yang melingkungi dirinya.
3. Banyak kesalahan ejaan yang perlu diperbaik, apatah lagi ini terbitan tahun 2023 dan lebih lima kali cetak ulang. Upahlah editor untuk menaikkan nilai buku ini.
4. Kebanyakan kata-kata yang dikongsikan tidak jelas maksudnya dek struktur ayat yang tidak tersusun dan kurang lengkap. Walaupun ini bukan genre saya, tetapi saya baca semua buku dan buku ini lemah dari aspek penyampaian.
5. Bahagian belakang buku (blurb) umpama iklan untuk buku, pun banyak kesalahan ejaan dan teknikal. Mohon ketelitiannya supaya tidaklah pembaca rasa tertekan sehingga halaman penghabisan!
*sudah jual semula kerana tidak sanggup menyimpannya di rumah.

May 10, 2026
Konsep buku ini sememangnya mudah mendapat tempat di hati pembaca golongan muda sekarang. Oleh itu, saya sedia maklum akan golongan pembaca yang menjadi sasaran buku ini.
Isi buku ini juga sedap dibaca. Bukanlah puisi, tetapi lebih kepada bicara santai umpama berbual dengan kawan yang duduk di sebelah.
Cuma yang agak mengganggu saya adalah, buku yang sedang dibaca ini adalah cetakan yang ke-8, namun masih terlalu banyak kesalahan ejaan (tertinggal 1 huruf) dan tatabahasa (penggunaan 'di'). Setiap helaian buku ini tidaklah mengandungi perkataan yang terlalu banyak, dan saya percaya jika dibaca oleh seorang pembaca biasa pun, kesalahan sebegini akan mudah dikesan. Sesungguhnya, perkara 'remeh' sebegini akan mengubah mood pembacaan hingga jatuh merudum.
Keseluruhannya, naskhah ini satu karya yang baik dan seronok dibaca oleh pembaca sasaran yang tepat.

June 11, 2025
I asked my bff to get me a book, any book! Doesn't matter what & I promised i would not complain at all to their choice hahaha
Thus this book was what I received, such a pleasant surprise I might say. To this day I am not much of a Malay book reader and my (un)interest of trends on socmed made me unaware of this author, so it was with a childlike excitement & curiosity that I began reading the book ✨
This is a book filled with profound, kind, heart-mending & truthful words and advice for those who are looking for a salve for their heartaches; backed by the divine words of God from the Holy Quran.
I adore how the author wrote it so simply yet it made me so introspective 🧐 thank you for the lovely read 💚
(btw this is officially the 1st book that I fully annotated!)

October 29, 2025
Buku ni basically macam kumpulan catatan dan refleksi kehidupan, ditulis dengan nada lembut, menenangkan, dan penuh empati. Iddin Ramli menulis seolah-olah dia tahu kita semua pernah sampai ke titik letih, hilang arah, dan perlukan seseorang untuk cakap, “tak apa… kau cuma manusia.”
Buku ni bukan jenis yang suruh kau “kuat sekarang juga”.
Tapi lebih kepada — “kau rehatlah dulu, Tuhan tahu kau dah cuba.”
Healing slowly, in your own way.
Kalau kau jenis suka buku bercerita dengan plot atau watak, buku ni mungkin rasa “terlalu tenang” sebab dia lebih ke arah renungan dan perasaan.
Beberapa bab mungkin terasa berulang sebab temanya healing dan redha, tapi tu pun sebenarnya gaya penulis sebab healing memang proses yang berulang-ulang.

January 25, 2023
Terpujuk? Yes
Terasa? Yes
Jauh dengan Tuhan? This book make you closer to Allah. Not literally all about 'dakwah' there is some logic there.
Like hg tengah baca then oh yaa betul. Ada certain nukilan buat aku tersentak. Ada certain nukilan aku macam hmm cliche motivators' words. But overall okay je lah cuma tu lah dia perkataan kan setiap nombor nukilan tu aku mcm alaaa tak perlu pun takpa.

January 23, 2023
kita banyak belajar erti kehidupan tentang cinta
Want to Read
July 13, 2023Nak
This entire review has been hidden because of spoilers.
July 28, 2023
Thank you 🥰
March 25, 2024
Penulisan dan kata kata santai, tapi menusuk jiwa yg sedang rapuh.
June 4, 2024
Utk IQ rendah boleh la
July 17, 2024
Sebuah buku yang mengandungi puisi-puisi kontemporari untuk memujuk hati-hati yang galau.
Cadangan supaya penulis dapat membetulkan kesalahaan tatabahasa dan ejaan.
Cadangan supaya penulis dapat membetulkan kesalahaan tatabahasa dan ejaan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
January 6, 2026
Okaylah buku dia.. Penuh dengan nota ringkas yang menarik dan memujuk..
February 25, 2023
Buku yang sangat bermanfaat untuk semua jenis pembaca. Kalau rasa diri tu down dan perlukan nasihat untuk diri, bacalah buku ni.
Buku ini mengajar kita mengenal Tuhan. Menunjukkan bahawa Tuhan tu ada bila masa kita perlukan Dia dan Dia tak pernah melukakan hati kita, sebaliknya membawa kita ke arah masa depan yang lebih baik.
Banyak nasihat dan motivasi dari buku ini dan turut juga diserta dengan potongan ayat al-Quran sebagai rujukan.
Buku ini wajib dibeli dan ada dalam simpanan!

January 30, 2023
Terbaikkk👍🏾
Displaying 1 - 17 of 17 reviews