Tak semua pergi adalah kehilangan. Tak semua pergi adalah sia-sia. Banyak yang kita temui di sebalik sebuah kepergian. Adakalanya lebih banyak dari kenangan yang sempat dibina bersama. Kita menjadi seseorang yang baru, setelah kita belajar menerima bahawa hidup tak perlu bergantung seperti dulu.
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).
Agak tak berstruktur isi dalamnya, dan ada sedikit pengulangan di beberapa bahagian. Saya kira kerana ini adalah catatan penulis mengenai rasa dan pengalaman beliau. Wajar sahaja pengulangan itu ada kerana itu mungkin jadi aspek penting bagi penulis.
Perasaan yang kuat selepas membaca buku ini adalah tentang MENGHARGAI DIRI SENDIRI SEBELUM APA PUN. Ketika kita mampu menghargai diri kita, barulah bahagia itu akan hadir. Ketika kita meletakkan nilai yang tinggi pada diri kita, barulah orang-orang lain akan turut berbuat demikian.
Terus berkarya Faiz! Membangunkan singa dalam diri lebih ramai orang, agar terus yakin diri dan betah melalui kehidupan yang sukar ini.
Naskhah ini mencampakkan ingatan aku kembali ke zaman usia 20-an. Saat aku menghadapi semua yang digarapkan dan setakat yang termampu waktu itu, memujuk diri dengan kata-kata yang agak serupa.
Duka dan lega bercampur-baur. Aku sedar sebenarnya yang saat itu, saat ini dan saat akan datang, aku tidak pernah sendiri menghadapi semua itu. Tinggal sahaja ada yang tercapai dek mata, telinga dan jiwa, atau tidak.
Buku ini dibaca untuk memujuk diri dan mengubat luka seiring menuju kedewasaan.
Bacalah. Mungkin ada ubat buat kamu di dalamnya. Pahit namun menyembuhkan, Insya-Allah.
Menjadi dewasa itu mengalah dengan semua perkara. Merayakan semua perasaan yang bertamu.
Pesan-pesan dalam buku ini kelihatan klise tapi disebabkan Faiz yang menulisnya, maka tiada yang klise. Semua catatan diberi sentuhan “Faiz-esque” (istilah yang saya reka sendiri)
Untuk lebih menikmati catatan dalam buku ini, disarankan untuk dengar lagu Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja oleh Judika sebagai peneman.
Terkadang kita manusia, sering menganggap kepergian itu sesuatu yang merengsakan, sesuatu yang bersifat buruk.
Pernahkah kita terfikir, boleh jadi pergi itu sebenarnya memberi bahagia pada kehidupan seharian kita?
Boleh jadi, pergi itu sendiri mampu menjadikan kita, kita yang harini. Yang terus bangkit mendepani takdir yang pangkalnya tidak kita tahu?
Berdamailah dengan apa yang telah pergi dari hidupmu teman, bisa jadi Tuhan menghadirkan kepergian untuk membawa duka dari hidupmu? Selagi hidup ini buat kamu terus bertahan, jalanilah ia dengan seikhlas hati.
Alhamdulillah saya direzekikan dapat meminjam naskah Tentang Pergi tulisan saudara Hafizul Faiz dari seorang teman yang juga berdepan dan berperang dengan masalah kesihatan mental. Saya cuba membaca dan menyelami sebagai seorang pembaca awam. Terdapat beberapa kritikan yang saya fikir wajar saya kemukakan dan mungkin beberapa persoalan yang saya sangat harap dijawab oleh penulis. Ya, sangat saya harapkan jawapan dari penulis.
Pertama, fungsi buku ‘healing’ itu sendiri sudah lama saya pertikaikan. Sebagai seorang Ahli Farmasi Komuniti, saya terikat dengan Evidence Based Medicine (EBM), satu konsep dalam perubatan yang perlu dirujuk apabila kita berbicara tentang penyakit, ubat dan rawatan. Sejauh mana tiga hal ini berkesan, perlu dibuktikan dengan kajian. Justeru, jolokan buku ‘healing’ itu apabila saya kaitkan dengan EBM, membuatkan saya buntu tidak menemukan jawapan. Jika benar ada kajian yang saya terlepas pandang, mohon dipanjangkan ya.
Kedua, kritikan dan pertikaian saya terhadap buku Tentang Pergi ini ialah harganya yang amat mahal untuk buku yang nipis, kecil, ringkas dan hitam putih. Soalan saya, kenapa harganya begitu mahal? Jika dahulu, buku indie nipis yang fizikalnya kurang lebih buku Tentang Pergi, mungkin akan dijual pada harga RM15 ke RM20. Itu agakan saya, mungkin inflasi atau faktor ekonomi yang membuatkan buku ini perlu dijual lebih mahal. Namun, apapun alasannya, saya tidak boleh berdamai dengan harganya yang mahal. Mujur saya sekadar meminjam buku ini dari teman.
Ketiga, saya amat terganggu dengan tulisan demi tulisan penulis yang seakan tidak boleh keluar dari masa lalu. Bibit-bibit tulisan tentang cinta yang tak kesampaian, atau dalam bahasa orang sekarang, ‘tidak boleh move-on’ amat mengganggu. Saya risau generasi akan datang atau bahkan generasi sekarang akan semakin lembik jiwanya jika hari-hari yang dilalui dipenuhi dengan rasa tidak boleh berdamai dengan masa lalu. Ironinya, penulisan buku ini seakan ingin mengajar untuk berdamai dengan masa lalu, berserah dan pasrah dengan takdir dan sekadar mencari pasangan lain jika bunga atau kumbang yang kita cintai itu tidak membalas tepukan sebelah tangan kita, tetapi pandangan saya berubah kerana saya rasakan banyak halaman buku ini yang semakin mengekalkan ingatan masa lalu kepada hal yang tidak kesampaian terutama dalam isu perhubungan.
Saya pernah majukan soalan saya tentang isu kesihatan mental ini kepada Ustaz Nouman Ali Khan, di salah satu sesi Story Night beliau di Pulau Pinang. Saya timbulkan isu manipulasi soal kesihatan mental ini. Beliau antara lain menekankan isu ‘re-live the trauma’ dalam mekanisma ‘terapi’ hari ini yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Tegas beliau, trauma yang sudah kita lalui, tidak perlu kita ingati saban hari kerana hal itu sudah berlaku. Yang lebih produktif, jika trauma kita hari ini, kita jadikan punca kekuatan untuk kita bantu orang lain yang menghadapi trauma yang sama untuk keluar dari trauma tersebut. Mungkin hujah ini cuba digunakan penulis, bahawa beliau juga cuba membantu orang ramai yang menghadapi masalah serupa, tetapi saya katakan penulisan-penulisannya seakan mengimbau masa lalu yang keterlaluan dan memaksa pembaca hidup dalam zaman itu, dan semakin susah untuk keluar, bukan sebaliknya.
Keempat, saya gusar dengan perkataan ‘semesta’ yang beberapa kali digunakan penulis. Antaranya pada halaman 55 dan 87. Lebih menggusarkan jiwa, ‘semesta’ yang disebut itu cuba dikaitkan atau disinonimkan dengan Tuhan (saya harap tidak). Saya rujuk buku Tersesat – Kebatilan Gerakan New Age tulisan Ahmad Iqram Mohamad Noor, pada halaman 123, penulis menyebutkan:
“Akidah kesatuan alam ini melahirkan satu konsep kepercayaan bahawa setiap dari hidupan ini saling berhubung secara sedar atau tidak sedar. Ini kerana setiap hidupan yang hidup (memiliki roh) akan menghasilkan gelombang yang dihasilkan oleh minda atau seseorang yang akan mempengaruhi roh alam semesta samada dipanggil sebagai Tuhan, Universe atau Brahman.”
Saya risau dengan pesamaan istilah yang mungkin berlaku di sini. Saya bersangka baik mungkin ini ialah himpunan tulisan lama oleh penulis, mungkin penulis tersilap atau sudah mengubah tulisan beliau dengan perkataan yang lebih tepat atau mungkin beliau tidak tahu akan persamaan istilah ‘universe’ atau ‘semesta’ itu dengan isu kepercayaan New Age.
Hafizul Faiz dalam halaman 101 buku Tentang Pergi ada menyebutkan:
“Lagi banyak kamu membaca misalnya, lagi kukuh rasionalmu, dan lagi sukar untuk kamu hanyut dalam buaian emosi yang tidak menentu.”
Justeru saya tanyakan semula, bacaan yang bagaimana? Jika bacaan yang dimaksudkan ialah bacaan buku ‘healing’ semisal Tentang Pergi, saya tidak bersetuju kerana saya rasakan lebih banyak buku-buku semisal ini dibaca, lebih kerap diri dibuai emosi tidak menentu.
Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan penulis buku Tentang Pergi pada halaman 121 bahawa kita adakalanya perlu mencatat perasaan kita yang sedih, galau, marah dan sebagainya, sebagai cara kita menguruskan naik-turunnya emosi dalam kehidupan. Adapun berkongsi di media sosial atau mencetak tangisan emosi kita yang mendayu-dayu untuk dijadikan buku, saya berbeza pendapat.
Akhir kritikan, ada sesuatu yang saya perlu luruskan.
Saya tidak menentang rawatan kepada penyakit mental. Seperti penyakit fizikal dan hormonal, penyakit mental juga perlu dirawat dan tiada aib jika kita menghidapnya. Carilah rawatan yang sesuai seperti sesi kaunseling, sesi berjumpa dengan psychiatrist dan patuhi pemakanan ubat-ubatan yang diberikan kepada anda jika ternyata anda (atau saya) menghidap penyakit mental dan perlukan rawatan.
Tetapi, jangan terus-menerus menjadikan buku healing sebagai tempat kita ‘menyembuhkan’ diri jika sebenarnya kita juga sedar, kita makin sakit selepas membacanya.
Setakat carian saya, saya tidak menjumpai Meta-Analysis atau Systematic Review yang menunjukkan buku ‘healing’ dapat menyembuhkan pesakit mental dalam skala yang besar. Jika ada, boleh nyatakan di sini, saya ingin membacanya.
Tiada niat buruk saya ingin menghina sesiapa dalam tulisan kritikan ini. Masih banyak buku ‘healing’ yang saya belum baca, mungkin pandangan saya akan berubah mengikut jenis buku yang mata saya tatap. Tetapi sekadar membaca buku Tentang Pergi, inilah suara jiwa kritis saya.
Wallahua’lam.
Talhah Wasabi, Salah Seorang Book Surgeon.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kepergian itu adalah permulaan. Mula untuk berjuang, Mula untuk bertahan, Mula untuk berdamai.
Kepergian juga boleh jadi bermula dengan hal-hal yang remeh. Tapi itu adalah lebih baik daripada ia membesar sehingga kita tak mampu usaikan; dibiarkan berterusan menghimpit setiap penjuru emosi dan perasaan.
Kepergian adalah pintu untuk bertenang. Kita percaya pada masa yang menyembuhkan, tetapi tidak melupakan. Kita percaya pada kemaafan, tetapi ia tidak menjamin peleraian.
Kepergian melahirkan keutuhan. Di situ kita diperlihatkan tentang pengorbanan disebalik perjuangan.
Kita pergi untuk sebuah kematangan. Kita pergi untuk sebuah kefasihan memaknai kehidupan.
Tak tahu lah kenapa tapi setiap ayat dalam buku ini membuatkan hati lebih pasrah melepaskan. Hilang rasa setelah sekian lama tetapi lambat sangat tersedar. Tak pelah, tersedar jua walaupun 9 tahun baru tersedar.
“Pergilah, dengan tenang, dengan bahagia, dengan percaya bahawa segalanya kan baik-baik saja, meski tanpa dia.”
“Kalau di situ ada masa depan, di situlah tempat kamu bertahan. Kalau di situ cuma ada masa lalu, di situlah tempat yang harus kamu lepaskan.”
📌 Tuhan tak pernah menghadirkan orang yang salah, tapi Tuhan menghadirkan orang kita sangka 'salah' untuk mempersiapkan kita. Agar nanti saat bertemu dengan orang yang tepat, kita menjadi versi yang paling hebat (halaman 12).
📌 Kadang hidup ini tak perlu rumit-rumit. Yang pergi, ikhlaskan. Tak perlu diingat, tak perlu ditahan. Manusia itukan sifatnya bergerak, berjalan, termasuk meninggalkan. Yang akan datang, sambut saja. Tak perlu tutup pintu. Hargai saja kemungkinan-kemungkinan dan dalam masa yang sama, berhati-hati. Kita sudah belajar dari apa yang telah berlaku, kan? (halaman 14).
📌 Usah pura-pura. Tidak perlu fikirkan apa yang orang lain fikir. Tiada siapa yang untung kalau berpura-pura, apalagi diri sendiri. Menerima keadaan diri seadanya, sejujurnya, itu penting. Jangan terbiasa berpura-pura untuk bahagia, kelak kita keliru yang mana bahagia sebenar dan yang mana tidak. Terlihat bahagia, ceria tapi luka di dalam masih berdarah. Yang ditipu bukan orang lain, tapi diri sendiri juga (halaman 23).
Rasa nak beli buku ni masa dia asyik duk kuar kat feed FB, tp kalau beli Xde masa nak baca. Tetibe terjumpa kat library terus pinjam. Buku ni dikategorikan sebagai buku galau dalam kamus saya. Kandungan buku ni lebih kepada menasihati dari nak menyampaikan rasa rusuh. Lebih therapeutic kot.
Apa yg best: - Ada sesetengah perkara yg kita rasa keliru dalam hidup ada dinyatakan dalam buku ni. Kalau direct English translation rasanya lebih menjurus kepada The Art of Letting Go kot
Apa yg Xbest: - Walaupun saya pinjam buku ni, tapi masih merasakan buku ni overpriced - RM40 (Xtebal plak tu). Jujur cakap saya sangat gembira untuk support penulis, dan harga buku ni secondary pada andai kita nak support writer, kita akan beli tanpa fikir justifikasi harga. If it's a good book, it's a good book. Cuma sangat tak paham kenapa nak print gambar rentung. Sebab gambar BW ni ada aesthetic dia, bukan sebab nak murah, jadi kita print BW. Oh marahnya saye.
2bintang je sebab nipis dan gambar rentung, also ada carbon transfer. Xberkualiti printing dia.
Dengan hajat membaca untuk tahu, ini buku ringkas yg padat dgn isi. Pada bahagian awal buku, barangkali saya boleh bersyahdu tanpa henti dengan baris² Dia yang memilih untuk pergi. Bait² penulisan ni mengajar saya untuk berpada meraikan emosi. Sedih, marah, kecewa, galau, luahkan. Namun tetap ada hadnya. Belajar untuk melihat lebih dari emosi dan kenangan. Kerana tiada sesuatu yg Allah hadirkan sia² dalam hidup.
Cuma sejujurnya, saya tak cadangkan buku ni untuk orang sedang bersedih. Bacaa, hanya selepas anda recover. Kalau tak, mau sedih tak berhenti pula. Baca untuk dapat aspirasi, dan pelajaran supaya kita tak tertinggal dalam kenangan lalu.
Hati dan perasaan adalah hal hebat dalam kehidupan. Tanpanya, kita mati sebelum mati.
Jagalah ia dengan baik. Benteng dengan tembok tinggi agar "toxic people" tak mudah mendekat.
Hafizul Faiz tak pernah mengecewakan saya dalam penulisannya. Antara penulis yang saya cukup cair dan tenggelam dalam karyanya.
Antara lain ialah, Ustaz Pahrol, Buya Hamka, Dr. Maza.
Terima kasih atas naskhah berbekas ini. Ada rasa yang ingin disampaikan. Semoga yang membacanya juga dapat keluar dari masa lampau, lalu berdamai dengan nya.
Naskah yang singkat tapi indah untuk dibaca. Naskhah yang luar biasa , moga menjadi jalan sembuh buat hati hati yang terluka, yang tiada arah mahupun tiada jalan pulang. Naskhah ini sederhana tapi penuh dengan jiwa yang dihidupkan. Bait bait kata Hafizul Faiz ini begitu dekat dengan jiwa kita.
Seakan validasi terhadap perasaan melepaskan sesuatu yang bukan dalam kerelaan kita. Biar berapa lama masa berlalu, biar rasa itu pergi dengan sendiri tanpa ada paksaan untuk berlalu.
Bacaan tenang di tumbuh coffee, berlatar belakangkan lagu mesin waktu - budi doremi, bertemankan lampu kuning dan cahaya senja.
Proses mendewasakan diri menuntut untuk kita meninggalkan perkara yang paling kita takut untuk tinggalkan, kesepian, keseorangan, ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Namun semua proses inilah mematangkan kita bahawa semuanya akan kembali jua kepada tuhan kita, Allah SWT.
Datang dan pergi itulah keseimbangan sebuah kehidupan. Kehidupan tidak memerlukan kesempurnaan namun hanya cukup dengan keseimbangan. Pergi bukan tandanya kita lemah. Kerna tiada yang kekal.
Alhamdulillah habis baca dlm few days weehoo thanks to Allah.
Thanks to book stand.
Apa saya dpt dari buku ni.
Mulanya saya yakin buku ni memang related dgn saya.. Like for someone yg tgh sedih and bangun balik. Tapi lepas beli, baru perasan oh buku ni utk someone yg in relationship and relationship to gone. Senang cakap utk yg couple lah gitu ha. Maka nya saya mcm omg silap beli buku lah pulak haha but di sebab kan penulisnya hafizul faiz, maka saya try baca juga. Berkobar kobar sis. Selama ni asyik baca ig caption dan iklan2 buku dan video ya shj. Dan YouTube sekali. Best sgt.
Buku ni boleh anggap mcm someone yg sedang memujuk reader utk bangun from the broken relationship. Saya layan je la. Dia mcm kalau u need someone tu pujuk u, yes pls read this book. Soothing gitu. At the middle part of the book, mesejnya general, not specifically utk couple. So best je lah saya baca yg tu. Ada 3 surat dlm tu for readers. Yg tu pun best sangat. Saya suka. Mesejnya, ialah bersyukur, bina boundary dan practise to say no.
Overall saya suka buka ni. It's a healing for me. I'm so glad and grateful that I have bought and finish read this book. Alhamdulillah :)
Membaca buku ini buat kali kedua pada tahun yang berbeza—juga punyai rasa yang berbeza. Kadang kadang begitulah, pelajaran hidup ini kita dapat daripada sesuatu yang berlawan. Semoga rasa dan perasaan kita dipimpin dengan pimpinan kalam Tuhan.