Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langit Ilahi #1

Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Rate this book
Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.

Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.
Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita!

KANDUNGAN

Kita Makhluk Mulia
Hidup Itu Anugerah Allah
Kita Akan Kembali Bertemu-Nya
Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat
Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah
Hidup Itu Seluruhnya Ibadah
Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga
Kita Punya Tempat Mengadu

Hamba Itu Perlukan Tuannya
Allah Maha Mengetahui Apa Yang Baik Untuk Ciptaan-Nya
Kita Lebih Kecil Daripada Kuman
Hati Yang Hidup Mendorong Anggota Melakukan Kebaikan
Hati Yang Hidup Mendorong Kita Ringan Beribadah
Penyakit-Penyakit Hati Meragut Ketenangan
Hati Yang Sakit Akan Membuahkan Penyakit
Penyakit Hati Dapat Dirawat Dengan Amal
Dugaan Hidup Menguji Iman

Syukur Dan Qana’ah Kunci Bahagia
Marah Menyebabkan Akal Tidak Waras
Kenal Allah Menjadikan Hati Lembut
Ketenangan Itu Natijah Hubungan Baik Dengan Allah
Nyahkan Kegelisahan Untuk Mengundang Ketenangan
Kejahilan Memusnahkan Kebahagiaan
Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa
Carilah Bantuan Allah!
Limit Manusia Masih Jauh
Dunia Akhirat Tagihkan Ilmu
10 Sifat Peribadi Mukmin

Peribadi Dibentuk Dengan Membinaan Iman
Iman Yang Benar Buahnya Amal Soleh
Orang Beriman Tahu Nilaian Dunia
Solat, Tapi Belum Bersolat?
Cari Perisai Dengan Solat
Solat Itu Lambang Ketaatan
Ukhuwah Yang Benar Bawa Ingatan Kepada Allah
Sahabat, Lidahnya Ringan Memberi Nasihat
Kegagalan Akan Menambah Ilmu Untuk Lebih Berjaya
Waktu Ialah Ubat Penyembuh Dan Racun Pembunuh
Ayuh, Rancang Kematian!

Realistik Vs Idealisitik
Dengarkanlah Bicara Orang Yang Telah Mati
Inspirasi Dari Kisah Terdahulu
Motivasi Dalam Sirah
Sirah Mencorak Kehidupan Bermaruah
Mencungkil Sirah Agar Bermakna
Hidup Rasulullah Cerminan Wahyu Allah
Mereka Telah Mentaati Allah Dan Berjaya
Kisah Derhaka Buat Iktibar
Islam: Kunci Kebahagiaan

Islam: Rahmat Sekalian Alam
Islam: Mengangkat Martabat Manusiawi
Islam Bermula Dengan Usul, Bukan Dengan Furuk
Islam: Penyelasai Masalah
Penyelesaian Islam Memberi Manfaat Kepada Seluruh Alam
Jadikan Nilai Syarak Sebagai Neraca Petunjuk
Pengalaman Bersama “Abang Besar”
Pengalaman Bersama “Ayah”
Dia Menyinarkan Qudwah
Pengalaman Bersama Murabbi
Pengalaman Bersama Veteran

219 pages, Paperback

First published January 1, 2009

22 people are currently reading
368 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books862 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
187 (47%)
4 stars
127 (32%)
3 stars
57 (14%)
2 stars
14 (3%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 16, 2013
Dek terpandang nama penulisnya, aku tertarik dengan buku siri tarbiah rohani ini. Tak silap ada tiga siri langit ilahi ini dan ini merupakan siri pertama yang aku beli dan baca. Nanti aku cari lagi siri-sirinya yang lain.

Ada lebih kurang 60 tazkirah ringkas yang dimuatkan. Dalam siri yang pertama ini penulis cuba membincangkan tentang siapa kita yang sebenarnya, apa dan mengapa kita hidup di dunia ini. Apa yang paling penting, penulis cuba mengupas perhubungan kita dengan Allah. Kita ini hamba, jadi selayaknya menjadi hamba apa yang harus diutamakan.

Dan bila terasa hidup ini tidak adil. Cuba-cubalah mengerti mengapa Allah menciptakan sesuatu itu begitu. Jangan pernah berhenti mempercayai-Nya kerana Dia sememangnya tidak pernah melupakan kita. Hanya kita saja yang lalai. Asyik dengan kesenangan dunia dan bila terjatuh dalam lubang derita, saat itu baru sibuk mencari sejadah. Allahu Allah... teruknya perangai!

Ada banyak pengajaran yang dikongsi oleh penulis. Apatah lagi ia diolah dalam bentuk penulisan yang cukup bersahaja. Membuatkan buku ini mudah dihadam dan dihayati. Cuma mungkin ada sesetengahnya aku rasa kurang dihuraikan. Dan bila dirisik-risik di GR, rupanya ia adalah catatan penulis di laman blognya sebelum dibukukan. Oh! Baru tahu mengapa ia jadi begitu.

Aku tak pandai sangat nak membedah buku sebegini. Sebab aku terasa cukup kerdil sekali. Jadi aku cadangkan baca saja buku ini. Letak hati anda di dalamnya. Selami hingga ke akarnya. Moga ada manfaatnya untuk kita bersama ;D

Ps: Resensi terakhir untuk buku 2012. Yay!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
September 27, 2010
Penulisan yang santai namun memikat hati. Mungkinkah ini koleksi artikel penulis di laman sesawangnya? Saya tidak tahu kerana tidak mengikuti secara serius penulisannya di lamannya. Walaupun bahasanya biasa-biasa sahaja, tetapi saya mengaku berubah sedikit demi sedikit selepas membaca bukunya. Mungkin ada yang terkena batang hidung, ada yang membuatkan saya tersentak dan terasa diperingatkan kembali. Bagi orang lain mungkin lain persepsinya :)

Terima kasih penulis atas untaian tazkirah yang dibukukan ini. Semoga ianya juga memberi manfaat kepada orang lain. Seperti mana saya yang mendapat manfaat itu :)
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
March 29, 2012
Isu dan tajuk yang disampaikan agak random. Isu pasal hati iaitu qalb sangat menarik untuk dibaca. A collection of advices and tazkirah yang boleh diambil iktibar dan difikir-fikirkan. Penulisan yang santai. Tapi kalau compare buku ini dengan "Bertanya Tentang Tuhan", saya lebih menyukai cara penulisan Ibn Rijal, sangat awesome!!!
7 reviews1 follower
October 15, 2010
a collections of advices and tazkirah regarding daily lives, behaviors.
10 characters of mukmin:
akidah sejahtera, ibadah sahih, akhlak mantap, luas pengetahuan, sihat badan, mampu berdikari, melawan nafsu, sangat menjaga masa, tersusun urusannya, bermanfaat kepada orang lain.
Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews4 followers
December 15, 2010
Kisah yang datang terus dari hati penulis. Dakwah yang ringan tetapi meresap dalam jiwa.
230 reviews4 followers
June 27, 2015
Sesuai untuk digunakan sebagai bahan inspirasi dalm kehidupan seharian. Cuma idea-ideanya sesuatu yang aku sudah biasa, lalu tidak memberi kesan yang terlalu mendalam padaku. Mungkin buku ini lebih sesuai untuk mereka yang belum biasa berfikir secara mendalam tentang Islam dan kehidupan. Buku ini tidak mencabar mindaku.
Profile Image for Hidayah Bani.
58 reviews35 followers
February 9, 2011
buku motivasi yang membina diri,pada peringkat ni,buku ni tak la berapa berat untuk dibaca,penulis banyak menceritakan pengalaman beliau bersama orang yang beliau hormati dan apa yang berada di sekeliling.buku ini agak bosan bagi siapa yang tidak berminat untuk membaca buku-buku motivasi
2 reviews2 followers
Read
January 16, 2010
A young man sincere view of how to be close to god.
Profile Image for pisangemas.
9 reviews10 followers
Want to read
July 15, 2011
beli masa expo usahawan kat Dewan Millenium hari tu.

:) terima kasih ya ibu sbab tolong sumbangkan ongkosnya :))
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
September 27, 2012
Penghilang dahaga buat rohani yang kekeringan dan pengubat hati agar tak keras selamanya.
Profile Image for Asmahan Abd Halim.
7 reviews
March 3, 2012
Menjawab 3 persoalan secara jelas, alhamdulillah banyak membantu dalam proses mengkoreksi diri dan melihat perspektif kebahagiaan dalam ruang lingkup yang lebih jelas.
Profile Image for Amiera Shahrir.
9 reviews
February 2, 2013
saya suggestkan buku ini sebagai langkah pertama untuk sesiapa yang mahu mencari Allah :)
2 reviews1 follower
Want to read
May 10, 2010
reminder!
5 reviews
Want to read
June 8, 2010
byk ilmu dpt....
psl agama...
dn khidupn sharian kte...
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.