Jump to ratings and reviews
Rate this book

Keledang

Rate this book
KELEDANG mengisahkan pengalaman getir dan cemas - tapi penuh harapan - sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam cengkaman penjajahan Jepun. Dalam novel ini dipaparkan bagaimana di tengah-tengah ancaman - malah penipuan - penjajah dan warga sendiri, sekelompok orang Kampung Bukit Keledang masih tetap gigih bertahan mengharungi dan meyakini masa depannya.

171 pages, Hardcover

First published January 1, 1979

Loading...
Loading...

About the author

A. Samad Said

72 books438 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (6%)
4 stars
20 (46%)
3 stars
15 (34%)
2 stars
5 (11%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Shaharuddin.
472 reviews10 followers
May 12, 2025
Seperti kebiasaan cerita tentang keadaan masyarakat Melayu di tengah-tengah kancah pendudukan Jepun di Malaya. Tetapi kali ini bukan di Singapura tetapi di semenanjung walaupun tidak jelas di mana. Kegelisahan seorang isteri yang sedang sarat mengandung yang kehilangan jejak suami yang dibimbangi ditangkap untuk menjadi buruh paksa di Siam. Cerita dan bahasanya tidak terlalu rumit seperti kebiasaan novel-novel Pak Samad yang lain tetapi tetap dapat melukiskan suasana dengan berkesan.
Profile Image for Iza B. Aziz.
246 reviews36 followers
October 12, 2025
Jika pernah menikmati Sungai Mengalir Lesu, pasti lancar sahaja meneguk novel Keledang. Ia karya yang memfokuskan kelemut masyarakat ketika era penjajahan Jepun. Bezanya, Keledang tentang penduduk kampung yang terpisah dengan kekejaman bom dan kelaparan yang dahsyat.

Persekitaran di kampung walaupun terlihat tenang dan selamat, penduduknya tetap digeruni dengan gambaran bahaya. Mereka ditekan dengan keperitan peperangan dan pemerintahan kuku besi Jepun. Pak Samad mampu memindahkan dirinya dalam watak-watak lelaki, wanita, tua dan anak-anak kecil. Perasaan takut, hiba dan ada ketika fikiran tak keruan dicetuskan dengan baik sekali.

Masalah tekanan jiwa antara dapat saya rasai. Mana tidaknya kerana perang, keluarga terpisah hidup atau mati. Malah ada hilang tanpa khabar berita. Hubungan cinta dan keluarga ranap kerana ketamakan kuasa asing.
_____________________
Isu-isu halus yang muncul dalam Keledang sebenarnya memberi kunci untuk saya memahami kesulitan penduduk kampung. Memang ada masa saya jenuh dengan dua tiga pengulangan peristiwa yang boleh sahaja ditamatkan. Kendatipun, ia sebenarnya menayangkan pada saya ketika perang, memori dan ilusi masa hadapan menjadi lantai harapan untuk meneruskan hidup.

Membaca Keledang dan Sungai Mengalir Lesu memberi saya pengalaman menjadi manusia-manusia terasing semasa zaman yang penuh derita. Novel ini dinukil sendiri dari kenangan perih A. Samad Said. Bagi saya kenangan begini antara rekod sejarah yang wajar diteliti oleh semua.
_____________________
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
June 6, 2011
Sebagai apakah kita waris yang terlahir selepas era yang begitu menyesakkan akan bersyukur kerana takdir Ilahi begitu Penyayang melepaskan kita dari mendenai laluan yang berisi tragedi? Bacalah Keledang. Kerana harapan penulisnya begitu merayu supaya kita belajar menghargai.

http://budakkilang.wordpress.com/2011...
Profile Image for nana.
17 reviews1 follower
June 2, 2026
Naskhah ini merupakan kesinambungan emosi yang sangat wajar dibaca selepas menekuni novel Sungai Mengalir Lesu. Ia membawa saya menelusuri kehidupan penduduk kampung di bawah bayang-bayang penjajahan Jepun yang, meskipun penuh penderitaan, tidaklah segetir kesengsaraan di Singapura(Sungai Mengalir Lesu).

Perbezaan ketara dapat dilihat daripada aspek kelangsungan hidup, jika di Singapura penderitaan digambarkan dengan watak-watak yang terdesak mencari sisa makanan di sungai yang kotor, penduduk di dalam novel ini masih mampu bertahan melalui sumber alam. Walaupun bekalan makanan semakin menyusut, hutan dan sungai masih menawarkan pucuk paku serta ikan sebagai talian hayat buat mereka.

Di tengah-tengah suasana yang menghimpit itu, pengarang berjaya membedah psikologi manusia yang berdepan dengan ketakutan. Saya dapat melihat rupa-rupa watak yang resah, cemas, dan akhirnya memilih untuk menyerah kalah kepada takdir. Namun, di celah-celah kepasrahan itu, masih wujud jiwa-jiwa kental yang enggan tunduk. Mereka adalah watak yang gigih melawan kerana percaya bahawa maruah manusia adalah sesuatu yang kudus, yang wajib dipertahankan dan dipelihara meskipun nyawa menjadi taruhan.

Selain itu, cerita ini menjadi cermin yang menunjukkan betapa drastiknya perubahan sifat manusia apabila diasak oleh tekanan persekitaran yang ekstrem. Peperangan bertindak sebagai pemangkin yang memaksa seseorang untuk menjadi dewasa sebelum waktunya. Malah, lebih tragis lagi, peperangan juga mampu mengubah insan yang asalnya baik menjadi seburuk-buruk manusia. Ada yang memilih untuk membisu, dan ada pula yang sanggup menjadi tali barut demi kepentingan peribadi. Tekanan peristiwa membuktikan bahawa kebaikan seseorang itu adakalanya hanyalah lapisan nipis yang boleh terkoyak apabila nyawa dihujung tanduk ,berubah menjadi seburuk-buruk insan kepada kelompok teman yang sama-sama ditindas


Kesimpulannya, karya ini menegaskan sebuah hakikat yang pahit bahawa tidak ada satu pun peperangan di dunia ini yang mampu membawa keuntungan atau kebahagiaan kepada manusia.

Ia juga menyentuh perihal zahir manusia melalui kiasan pakaian; bahawa pakaian mampu merubah persepsi dan watak seseorang, sekali gus merahsiakan segala pekerti sebenar yang tersembunyi di sebaliknya.

Peperangan bukan sekadar perebutan kuasa, tetapi adalah medan ujian paling besar terhadap nilai kemanusiaan itu sendiri.
Profile Image for Ara Alfy.
12 reviews
September 6, 2024
Pembinaan dunia : ⭐⭐⭐⭐
Senang dibaca : ⭐⭐⭐.5
Keenakan bahasa : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Kelancaran plot : ⭐⭐⭐

Benda yang digemari tentang buku:
Perasaan yang berbaur ketika zaman perang dalam masyarakat.


Petikan kegemaran :
"Kata bulan, awak cantik."

Keseluruhan : 🌟🌟🌟🌟
Displaying 1 - 5 of 5 reviews