Rating: 🌟🌟🌟🌟.5
This is my first book from this author, and definitely, it won’t be my last…🤩
Apa yang anda akan buat, kalau terlibat dalam satu pembunuhan? Do the right thing, or do the other way to protect your loved ones? Satu pembunuhan berlaku di hadapan seorang wanita dan lelaki. Instead of reporting to the police, pasangan tersebut decided to bury the body. Just because no one else knows, tak bermakna hidup mereka akan tenang. Mereka sentiasa dihantui dengan pembunuhan tersebut. Sehinggalah mereka diganggu oleh seseorang yang tahu tentang pembunuhan tersebut. Siapa orang tersebut? Siapa yang dibunuh? Siapa yang membunuh? And why pasangan tersebut tidak report kepada polis?
ML - Dzil
Oh dear…💖💛❤️ Sepanjang baca buku nie, memang jatuh cinta sangat2 dengan watak ML. Caring, berlemah lembut apabila bercakap and dalam masa yang sama, protective. Baik sangat cara dia layan FL. Tak memaksa and sentiasa bagi ruang pada FL. FL takut, dia sabar tenangkan ML.
“𝑴𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒏𝒊, 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒄𝒖𝒎𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒈𝒊𝒓𝒍𝒇𝒓𝒊𝒆𝒏𝒅 𝒔𝒂𝒚𝒂.” 𝑫𝒛𝒊𝒍 𝒕𝒐 𝒀𝒊𝒏.
Dengan macam tue jer ML declare FL girlfriend dia. Berterus terang. Mana nak dapat seketul Dzil nie? 😫
FL - Yin
Baik dan jenis setia kawan. Pada awal penceritaan, mula2 kita tak faham kenapa dia setia sangat pada kawan dia yang memang sah2 annoying. Tapi, bila kita teruskan membaca, faham kenapa dia nie jenis setia kawan. Walaupun, kesetiaan tue diletakkan pada kawan yang salah.
Buku nie ada banyak flashbacks. Through these flashbacks, kita akan lebih faham semua characters dalam buku nie. Suka sangat cara author bercerita tentang karakter masing2, melalui scenes, dan bukan melalui ayat penyataan semata2.
Ada beberapa plot twists dalam buku nie. To the points, memang agak tergamam jugak lah kita. Sebab tak sangka sangat2. One murder, leads to another one. Nak kambus satu rahsia, terkeluar lagi satu rahsia. So, the title of this book, really fits the story.
Pacing cerita just nice. Sentiasa buat kita tertanya2. Plot pun best. And paling kita suka, susunan ayat memang sedap. Takder kesalahan ejaan setakat yang kita nampak. Ayat English yang digunakan pun, setakat nie, grammar semua betul…👍🏻
The ending left me with so many questions. Even though the ending macam happy ending, will they be happy together? Sebabnya, ML dan FL nie menjalinkan hubungan selepas pembunuhan tersebut berlaku. So, there’s a trauma. And boleh ker mereka bahagia selagi mana, mereka masih mengalami / dihantui trauma tersebut?
Buku nie sentuh a few aspects. Toxic relationship and abusive marriage / relationship. Just nak pesan, kalau dah nampak orang yang kita rasa nak kahwin tue jenis abusive physical / mental, jangan teruskan hubungan. Selagi mana mereka tak dapatkan pertolongan, jangan harap kita nie boleh jadi jalan untuk mereka berubah. Terus jalan dan jangan toleh belakang dah.
Ada 1 benda yang author tak explain dalam buku nie, iaitu prank apa yang ML dan FL nak buat sebelum pembunuhan tersebut berlaku?
Apa2 pun, good job author sebab cuba menulis cerita bertemakan genre misteri, crime thriller. I really love this book, and hopefully, author terus berkarya dalam genre macam nie…👍🏻