Daratan sudah ditenggelami laut. Apa yang tinggal hanyalah sekangkang kera kawasan industri dan hamparan subur tanah tinggi. Buruh di Sarang bertungkus-lumus berkerja untuk membina utopia di Titiwangsa untuk mereka huni suatu hari nanti.
Jim, seorang penjaga stesen kereta api percaya yang kehidupannya di Sarang akan berakhir dan dia akan bahagia di utopia Titiwangsa. Keyakinan itulah yang menjadi paksi hidupnya.
Namun, pertemuan berdarah Jim dengan seorang pekerja industri bernama Savi di Stesen 50 telah mejerumuskan Jim ke dalam kemelut antara realiti dan ilusi, persimpangan hidup dan mati yang bakal menjadi permulaan bagi gabungan kuasa di Nusa Bah.
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Menamatkan bacaan buku ini empat hari lepas namun agak sukar untuk aku memulakan resensi buku ini. Mungkin kerana terlalu banyak perkara berlaku sehingga aku buntu bagaimana mahu mulakan bicara mengenainya.
"Sarang - sebuah kota besi dan konkrit yang binaannya berupa lingkaran demi lingkaran nan bersambung tanpa penghujung."
Penghuni Sarang dilakukan sebagai hamba untuk membina utopia di Titiwangsa buat mereka tinggal satu hari nanti. Namun begitu, adakah benar itu yang mereka bakal perolehi dengan hasil keringat mereka? Atau mereka hanya diperdayakan oleh orang atasan untuk kesenangan abadi?
Sebagai permulaan, aku agak pening dengan kemunculan beberapa organisasi, istilah yang digunakan dan sesungguhnya aku seorang insan yang sukar untuk memahami perihal begini. Namun begitu, menuju ke halaman 100, aku makin mengerti setiap hubung kait antara semua. Mula dapat rasakan keseronokan membaca naskhah ini.
Pujian diberikan kepada penulis kerana berjaya menyajikan pembinaan dunia distopia yang aku kira cukup bijak dan berkesan untuk aku membayangkan segalanya dengan jelas. Plot dan susunan cerita digarap dengan kemas dan teratur. Konflik dalam organisasi Sarang, Netra, dan Jatyaputra, juga kehadiran Laut, Tebing, dan Sarang cukup buat aku ingin tahu apa yang bakal berlaku. Bagaimana gabungan kuasa bakal menghapuskan sistem yang tidak mementingkan keseimbangan ekosistem. Sistem Integrasi, cara sistematik untuk menghapuskan ingatan, konsep Pusara, semua benda dalam buku ini sungguh menarik!
Mengenai watak, sejujurnya aku tidak begitu berasa dekat dengan dua watak utama, Jim dan Savi. Namun begitu, aku suka akan sikap dan tindakan mereka dan pendedahan mengenai siapa sebenarnya Savi buat aku terkejut dan rasa wow! Tak terlintas pula di fikiran mengenai Savi 😌
Ada ketikanya aku merasakan babak terlalu panjang sehingga aku agak lelah membacanya. Walaupun begitu, ia tidak mencacatkan keseluruhan buku ini. Dan entah kenapa Epilog Satu dan Epilog Dua buat aku rasa sedih mengenangkan hubungan Jim dan Savi 🥲
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Mahakarya kerana sudi mengirimkan buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku 🤌🏻
Jutaan tahniah diucapkan kepada penulis kerana telah menghasilkan satu karya yang bagiku cukup menarik bertemakan genre distopia. Rekomen untuk semua! 🫶🏻
Hats off to the author! Mad respect how author portray realiti dunia into sci-fi story & include kritikan sosial. Buktinya, you’ll find relatable characters & scenes – majikan tanpa empati, manusia lalai & betrayal 🥲
World building? A++ Fuh lama tak rasa camni (?) rasa in awe && amazed betul w how author susun dunia Nusa Bah ni. Kesempitan Sarang, ketamakan Jatyaputra, survival Tebing, keindahan Laut and … Pusara – it creeps me out! 🥵
🍃𝗜. 𝗔𝗠. 𝗦𝗧𝗨𝗡𝗡𝗘𝗗 !🍃
Kita suka gila ya, suka gila gila world-building Nusa Bah – each & every part of it gave different vibes, cater semua emosi yg ada time baca && paling penting, GENIUS! I cant stressed enough on how geniusss the world-building was. Science in me approved, my crave for fantasy satisfied - chincha jaemiisseo! 🤯🌪️
Good & evil in 2099 — both sides literally strategy brainiac in reaching endgame & by strategy I meant YEARS of strategy ya ☝🏻 Ngl, I kind of like the villain’s mind. I stan villain yg bijak, like you’re not just pure evil but smart too?! Always one step ahead & visionary. As much as how trash the villain was, kita suka dia 😂
Overall, habis baca buku ni, one word je yg mampu kita cakap — “𝐝𝐚𝐦𝐧” 😮💨✋🏻
✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿ Semua orang, PICK THIS BOOK UP, FAST especially Ready Player One movie/ Memories of Alhambra kdrama fans! _____
Sarang. Satu nama yang simbolik. Sarang menggambarkan tempat yang tersembunyi. Jadi bila mula membaca cerita ini, dunia Sarang mula terbentuk dengan gambaran kehidupan yang dilalui oleh penghuninya.
Jim tinggal di kubikel yang dia bayar mahal untuk secebis langit. Mula rasa tidak enak, berapa agaknya kadar inflasi di Sarang. Dapat merasakan betapa sesaknya tinggal di dalam bilik tanpa mempunyai ruang terbuka.
Kehidupan Jim hanya antara tempat kerja (stesen keretapi REL) dan kubikel sewanya itu. Sekali sekala, Jim akan melawat pamannya di kilang. Menariknya, paman memiliki perpustakaan dan Jim suka membaca buku-buku di situ.
Seperkara lagi, Sarang dunia yang penuh dengan teknologi. Terdapat paparan-paparan iklan yang menabur janji. Betapa bagusnya hidup di Sarang. Nadi kepada Nusa Bah. Hidup seperti sudah dikawal dengan teknologi. Integrasi, produk maya yang popular dikalangan penghuni Sarang. Inilah aktiviti untuk mengisi masa lapang, sekiranya mereka tidak bekerja.
Savi, satu lagi watak penting turut menjadikan jalan cerita kisah ini lebih menarik. Awalnya, pertemuan penuh drama antara Jim, Savi dan Dex. Sebelum bertemu Savi, Jim hidup dengan impian, bahawa dia akhirnya akan bahagia di Titiwangsa nanti. Itulah yang Jim percaya selama ini. Tapi kehadiran Savi, menafikan semua itu.
Bermula dengan rantai kunci milik Savi dicuri oleh Dex, satu demi satu rahsia tentang Sarang terbuka. Walaupun masih sukar untuk dipercayai, Jim mula mencari kebenaran. Sarang, apakah kebenaran yang disembunyikan?
Keseluruhan, susun atur cerita kemas, cliff hanger yang buatkan saya hook dengan cerita ini sampai ke akhirnya. Turut buat saya terfikir, teknologi ada kebaikan dan keburukan. Terlalu bergantung kepada teknologi, boleh mendatangkan mudarat. Dunia ini ada golongan berkuasa, terus mengawal. Rakyat marhean dikumpulkan di Sarang untuk bekerja. Pusara buat mereka yang sudah tiada upaya dan Tebing mengumpulkan orang-orang yang ingin melawan kekejaman.
2099: Ilusi Utopia - kemelut antara realiti dan ilusi.
Aku pernah cakap dekat kawan aku, “bestnya kalau dapat baca buku dystopia berkenaan kerajaan yang ‘brainwash’ rakyat dia sampai tahap macam rakyat dia jadi docile dan tak melawan. Ilusinya nampak macam diorang duduk dalam dunia utopia, sekadar menurut untuk hidup sempurna. Tapi sebenarnya tanpa sedar, ‘freewill’ diorang ditarik.”
And soon enough, buku 2099: Ilusi Utopia karya kak Sri Rahayu pun keluar.
Bagi aku Kak Sri sangat pandai menyusun bait-bait perkataan untuk menghasilkan satu cerita yang bukan saja seronok dibaca tapi boleh membuatkan pembaca berfikir 1001 persoalan.
Kritikan sosial berkenaan jurang taraf hidup, pekerja yang digunakan sekadar sebagai alat kepada syarikat, kerakusan manusia dan kesan pemanasan global kepada dunia, semua isu ini dan banyak lagi dikupas dengan baik oleh Kak Sri.
Pembinaan dunia dystopia yang dibuat juga aku rasa cukup berkesan dan cukup luas sampai aku rasa macam aku berada dalam buku tu masa baca. Cara Kak Sri describe Sarang tu, aku rasa seolah-olah claustrophobic bila membayangkan tempat yang sempit, tertutup dan penuh dengan orang yang hidupnya sekadar untuk kerja.
Reveal di penghujung cerita tentang siapa sebenarnya Savi dan kenapa dia penting kepada cerita juga bagi aku dibuat dengan sungguh baik. Bila Savi dapat tahu kebenaran tentang Pusara, aku rasa betul-betul helpless dan marah. Memang hebat cara kak Sri invoke emosi dalam penulisannya.
Secara keseluruhannya, aku memang sangat-sangat rekomen 2099: Ilusia Utopia. Best sangat!
Permulaan cerita agak susah untuk aku hayati kerana terdapat beberapa istilah yang agak sukar untuk aku imagine. Walaupun kerapkali tertukar nama organisasi namun, aku menikmati keseluruhan cerita ini.
Penceritaan yang lancar daripada satu bab ke bab yang lain membantu aku untuk membayangkan latar belakang keadaan di Sarang.
Plot twist bagi watak Savi membuatkan aku WOW dan OH... patutlah dia macam tu.
Jim, seorang penjaga stesen keretapi di Sarang yang mempercayai kebahagiaan akan menantinya di Titiwangsa. Namun, banyak persoalan yang timbul di minda Jim apabila dia bertemu dan menyelamatkan Savi yang juga pekerja industri di Sarang.
Permulaan cerita yang agak perlahan amat berlawanan di akhirnya. Banyak betul plot twist dan rahsia yang terbongkar menuju ke akhir cerita. Rentak penceritaan juga bertambah laju di sekitar pertengahan cerita.
Geram betul dengan pihak atasan yang mempergunakan dan memanipulasi orang bawahan ni. Membaca naskah ini membuat SH teringat kisah dalam novel KTDD. Mungkin sebab punya elemen yang sama iaitu manipulasi dan bah. Tetapi masing-masing punya jalan cerita yang berbeza. Dan masing-masing punya keistimewaan tersendiri.
SH tak sangka ye Savi adalah Savi. Nampak sama tapi bukan dia. Kalau nak tahu korang kena bacalah. Pandai penulis putarkan cerita yea. Geram tau. Tapi SH kagum dengan ingatan Jim. Dia boleh ingat segala lalulan rel keretapi yang berselirat di Sarang tu. Walaupun atas dasar tuntutan kerja tetapi tetap kagum.
Banyak benda yang di permulaannya menimbulkan tanda tanya untuk SH. Tetapi semakin hampir ke penghujung semakin banyak yang terbongkar. Banyak yang membuatkan ooooo yang panjang keluar dari mulut SH.
Ketagihan manusia di Sarang dengan Integ sememangnya kena dengan zaman sekarang yang mana ramai sudah yang tak mampu lekang dari gajet. Dari bangun tidur ke tidur semula gajet sering menjadi peneman. Malahan anak-anak yang tantrum juga disuap dengan gajet dek kerana ibu bapa kurang ingin memberi tumpuan kepada tantrum mereka.
Benarkah apabila hak kehidupan manusia dicabul, manusia akan hilang segala? Apa yang tinggal untuk mereka?
Dalam buku 2099 Ilusi Utopia, kak Sri telah memperkenalkan satu bangsa buruh zaman distopian yang dikerah hanya untuk kerja, dan ini sudah menjangkau limitasi seorang manusia.
Buku ini dimulakan dengan seorang lelaki dan diakhiri dengan seorang perempuan. Bagi aku mengambarkan bahawa apa yang kita lakukan saling bersangkut paut dengan orang lain, Tuhan pasti memberi cara menyatukan orang yang berbeza dengan visi yang sama meski jauh mana pun orang itu berada.
Di awal cerita, melalui Jim, kita dapat melihat keadaan dalaman Sarang dan bagaimana Sarang itu beroperasi dari kaca mata penghuninya. Kemudian kita melihat dari kaca mata Ingeniur Malek dan Ejen Dex, bahawa Sarang hanyalah sekadar lapisan nipis dari banyak lagi lapisan penipuan Konglomerat.
Fungsi utama Sarang adalah untuk melahirkan buruh yang hanya bekerja semata dan bodoh. Dari makan dan minum, entertainment, pengangkutan dan tempat tinggal diberikan limitasi dan disuntik ideologi menjadikan para buruh hidup hanya untuk bekerja kononnya demi kesejahteraan umat.
Kehidupan harian penghuni Sarang yang dipenuhi kerja dan Invi, tidak lain dan tidak bukan tapi pembohongan yang sengaja dilapik dengan kesejahteraan dan harapan yang membuatkan mereka lupa tentang impian. Lalu pertembungan Jim dengan Savi merupakan titik mula segalanya, kenapa dan mengapa mereka sentiasa bersama meski mereka tahu mereka bukan sesiapa, itu bakal dijawab dalam buku ini.
Melalui Savi, pembaca dapat mengembara di luar Sarang, tentang harapan yang masih ada, meski samar namun usaha itu masih ada. Disebalik keadaan Sarang yang memburuk dan masa depan manusia yang mendiaminya kian pudar, pembaca diperkenalkan dengan para revolusi iaitu penduduk Tebing dan Laut, siapa mereka? Kenapa mereka berjuang untuk membebaskan Sarang, kemana hala tuju mereka?
Segalanya tentang Savi boleh diagak tapi jari penulis berpengalaman kak Sri berjaya memberi kejutan di akhirnya. Intelektual itu boleh jadi sesuatu yang membanggakan namun jika disalah erti, impaknya membinasakan. Bukankah dengan kemajuan, manusia akan lebih maju? Kemajuan apa yang cuba dicapai andainya separuh bangsa manusia dijadikan korban?
Karya ini mencabar pemikiran dan sifat kemanusiaan kita yang paling dalam. Ada hak yang tidak diberikan, dan ada yang menuntut untuk hak diberikan. Satu naskhah yang dahsyat, rumit, menakjubkan dan memberi harapan. Sesekali humor dan sarkasm diselitkan untuk menjentik nilai, ini adalah satu naskhah distopian yang cemerlang dari penulis tempatan.
Tahniah Kak Sri! Pasti akan membaca karya ini lagi.
Sejujurnya ini buku pertama dari kak Sri Rahayu yang Dija baca. Jadinya, Dija tak pernah tahu cara penulisan dan genre yang sering dibawa oleh Kak Sri Rahayu.
⭐ ISI KANDUNGAN Novel fiksyen sains yang menggambarkan kehidupan berpuluh-puluh tahun ke hadapan, ada sisi kehidupan yang maju dan berteknologi tinggi tetapi ada juga sisi kehidupan yang masih terselit kehidupan sediakala.
Bayangkan, bandar-bandar yang berkembang pesat, sehinggakan manusia pun dah jadi seperti robot, menjalani kehidupan seperti telah diprogram. Pergi kerja, balik kerja, hadap gajet, tidak bersosial, semuanya mengikut sistem.
Ada empat wilayah (Jayaputra, Sarang, Tebing dan Laut) dalam novel ni tetapi mempunyai budaya dan persekitaran yang berbeza. Nak tahu lebih, kalian kena baca sendiri.
⏳ YA/TIDAK YA ✅ kalau kalian mencari buku fiksyen sains. Seperti Dija bagitahu tadi, ni pertama kali Dija baca buku Kak Sri Rahayu dan pastinya Dija teruja nak baca buku-buku Kak Sri Rahayu yang lain pula.
👤 KARAKTER Semestinya suka dengan watak Jim dan Savi. Jim bekerja sebagai penjaga stesen keretapi manakala Savi seorang pekerja industri. Takdir menemukan mereka berdua dalam satu kejadian. Savi diburu oleh anggota Netra dan Jim rasa tertanya-tanya dengan perkara yang berlaku pada Savi. Disebabkan itulah Jim pula terjerumus dalam konflik Savi. Antara watak sampingan yang diminati pula ialah Halil dan Paman Teguh. Nak tahu pasal mereka ni, kena baca! 😂
📝 PLOT Permulaan tu susah sikit Dija nak hadam sebab persekitaran yang kita tak biasa, jadi susah kita nak bayangkan. 'Blur' jugalah pada awalnya sampai berhenti baca sekejap. Tapi bila dah dapat rentak bermula dari pertemuan Savi dan Jim, terus teruja nak tahu kesinambungannya.
Bahagian paling Dija suka masa Jim pergi ke wilayah Laut dan bersembang dengan Bapak. Sebelum ni, Jim hanya mengenali kehidupan 'robot' sehingga dia menidakkan kenyataan Savi tetapi setelah dia melihat kehidupan orang di Laut, dia belajar banyak perkara baru.
"Punca pencemaran ialah manusia itu sendiri." ".. Keseimbangan, hubung kait setiap elemen, dan hakikat yang kita semua hidup sebagai manusia yang saling memerlukan." "Orang dapat berteduh di bawah pokok kerana pada suatu masa dahulu, ada orang menanam biji benihnya."
Terima kasih Mahakarya untuk buku ini dan bagi peluang untuk Dija berimaginasi di dunia Nusa Bah. 💐
Tahniah juga untuk Kak Sri Rahayu untuk naskhah yang hebat ni. Btw, cover dan bookmark cantik sangat!
As someone yang kurang minat dan jarang baca genre saifai/distopia ni, saya sukakan 2099 Ilusi Utopia.
Cara Kak Sri terangkan keadaan dalam Sarang tu (macam kubikel yang sempit, REL yang sesak dsb) berjaya set mood saya seolah-olah saya sendiri ada dalam Sarang. Jadi setiap kali mula baca buku ni, automatik rasa muram, suram tu datang. Walaupun berlaku pada 2099, dalam keadaan manusia sedang berusaha untuk meneruskan kehidupan di bumi yang kian musnah, apa yang berlaku di Nusa Bah (terutamanya kehidupan dalam Sarang) sangat relevan dan relatable dengan kehidupan kita pada zaman kini.
Banyak kritikan sosial yang dikupas dalam Ilusi Utopia. Antaranya perbezaan taraf hidup, kerahan tenaga pekerja bawahan oleh pihak atasan yang cuma memikirkan untung dan kepentingan mereka, kerakusan manusia dalam penggunaan teknologi, kesan aktiviti manusia terhadap perubahan iklim dan banyak lagi. Semuanya diolah dengan baik dan buat pembaca untuk berfikir, bukan sekadar membaca.
Antara yang buat saya rasa "WOW" kejap dalam buku ni adalah kenyataan tentang SAVI 🤌🏻💖 Kalau baca tentang wilayah Laut, kita akan rasa hebatnya manusia dalam mencari cara untuk terus hidup secara bertamadun dan walaupun dalam keadaan sumber yang terhad, manusia masih lagi "manusia" jika dibandingkan dengan mereka di Jatyapura. Dan apa yang berlaku di Pusara akan buat kita fikir betapa gilanya bila manusia hilang kemanusiaan.
Penutup tirai 2022 aku yang penuh berkecamuk tapi disudahi dengan satu dunia yang aku pasti takkan lupa sebab ini realiti berpaksikan fiksyen.
Mungkin sebab aku jarang baca buku dystopian dan fantasi, untuk aku menyelami jalan cerita ini pada awalnya agak lambat tapi bila dah selesa dengan lenggok bahasa dan plot yang menarik, aku mula jatuh dalam dunia Sarang. Intens, mendebarkan, klaustrofobia, lemas, risau, ini emosi aku sepanjang aku berada dalam dunia yang dicipta. Walaupun berada pada tahun 2099, zaman yang kita sendiri takkan hidup, Ilusi Utopia rasa sangat relevan dengan zaman kini. Politik di mana yang berkuasa mengawal dunia, pekerja Sarang dikerah menjadi hamba industri untuk mengangkat kekayaan ahli politikus, orang Tebing dihina dan dibuang, wilayah Laut dilupakan dan mereka yang tua dan tidak mempunyai kekuatan untuk Jatyapura akan dihumban ke dalam Pusara
Aku suka topik sosial yang diangkat dalam novel ini seperti hubungan keluarga di mana konsep kekeluargaan semakin dilupai, perbezaan jurang kemiskinan dengan kekayaan, pengawalan manusia dengan teknologi, kemusnahan alam disebabkan bah dan aktiviti manusia. Rasa marah akan membara, benci akan kerajaan atas yang cuba mengawal manusia di dalam telapak tangan "artificial intelligence" demi keselesaan sendiri, kau akan rasa ingin memberontak bersama masyarakat Tebing dan berdiri dnegan mereka yang tertindas.
What I can say about this novel is that it offers an intriguing exploration of a futuristic and dystopian world, filled with unexpected twists and turns. I really enjoyed how the author vividly presents a technologically advanced society, complete with sophisticated tools and gadgets that are seamlessly integrated into daily life. While everything appears perfect at first glance, a darker truth slowly unfolds—one that reveals a deeply flawed social and governmental system.
The novel subtly reflects how, in pursuit of our dreams, we often work tirelessly without truly knowing whether those dreams are even attainable. It paints a realistic parallel to our own world, where effort doesn't always come with assurance.
One of the most compelling aspects of this novel, for me, lies in its protagonist characters—Jim and Savi. Jim’s confidence and bravery shine throughout the story. His decision to join the Tebing community and stand up to Sarang showcases his courage, despite his limited resources. As for Savi, I found her character mysterious and thought-provoking. There’s something about her that constantly made me wonder: what exactly makes her so important that even the enemy wants her?
However, if there's one thing I wish had been stronger, it would be the resolution of the main villain’s arc. The enemy leader was well-developed from beginning to end, but the way he was defeated felt a little underwhelming. After such a strong build-up, his downfall happened too quickly and lacked resistance, which slightly dulled the climax.
Despite that, the rest of the novel—especially the plot, language, and character development—was well-written. The main storyline is simple but enriched with interesting subplots. The number of central characters is just right, and they each get sufficient focus and depth.
One more thing I noticed, both in this novel and the author’s previous work, is the inclusion of feminist elements. Personally, I have no issue with this—in fact, I find it refreshing. However, I do think the male characters could be written more consistently. While their arcs start strong in the beginning and middle parts of the novel, I felt some of them lost impact towards the end.
Suprisingly buku ni lebih kepada drama daripada aksi dan membuatkan aku sangsi sebab jarang aku jumpa sci-fi yang lebih kepada drama. Tapi unsur drama dalam cerita ni yang buatkan cerita lebih menarik dan buatkan pembaca lebih sukakan watak-watak dalam buku ni. Dialog dan karakter memang on point. Karakter seperti bapak dan Aagya memainkan peranan penting untuk development character Jim dan Savi. Buku ni memang lebih kepada character-driven story sikit drpd plot-driven. Lagi satu gaya bahasa yang gramatis memang buat keep on baca je buku ni tak bosan langsung.
Novel 2099: Ilusi Utopia ini sememangnya adalah sebuah novel sains fiksyen bertemakan distopia. Jika utopia ditakrifkan sebagai suatu sistem masyarakat yang ideal dan mempunyai sistem sosio-politik yang sah,distopia ini pula adalah sebuah bayangan masa depan yang far more than perfect. Penuh konflik, penindasan, kezaliman dan dehumanisation.
Best sangat! Aku suka idea Nusa Bah ciptaan penulis. Fuhh. Ini buku tentang bagaimana manusia hilang sifat alaminya akibat kerakusan manusia lain. Baca geng, tak rugi beli. Korang tak akan menyesal!
"Aku tahu kau sedang berusaha untuk membunuh Integrasi. Dan kerana itu juga, Tebing musnah." | 2099 Ilusi Utopia by @sri_rahayu_mohd_yusop 4🌟
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Alam yang jauh terkehadapan, mencerminkan dunia yang sudah nazak. Tinggal saki baki survivor melawan bencana alam yang semakin hari memakan daratan sedikit demi sedikit. Dari segi development, dalam latar belakang cerita yang (2 hari je). Macam2 berlaku. A bit slow for me, TETAPI cabaran dan struggle digambarkan dalam SARANG tu, terasa geram dengan kleptokrat. Lagi2 PUSARA. 😭.
What kind of brain 🧠 penulis kita ni. Mana dapat idea nk buat cerita sci-fi mcm ni. 👍
Plot tersangat mindblown ye. Dia punya twist tu 🤯 aku pun jadi tunggang terbalik. tambah lagi karakter bernama S.A.V.I. she's freaking awesome as lead character. Dia macam ingat dia ni genius or ada kongsi dna ingeniur Malek, TETAPI lebih dari tu ya.
Jim pulak beruntung sebab dia bukan macam orang lain yang jadikan alam maya sebagai escapism. Sanggup beli kubikel yang mahal walaupun langit yang dibeli secebis. Walaupun dia tak sempat jumpa Paman, hopefully ada ending yang baik untuk dua orang ni.
Sy jarang baca buku scifi versi BM tapi novel ini memang menarik dan sy dpt habiskan kurang dari seminggu.
Sy suka plot dan plot twist di akhir novel. Sy suka Kak Sri describe keadaan Sarang, Tebing, Laut, Jatyapura dan Menara. Semuanya sgt detail bg sy dan sy boleh bayangkan keadaan tahun 2099 yg bg sy amat menakutkan!
Sy suka karakter Jim dan Savi. Sy sgt benci karakter Inginuer Malik yg menganggap dirinya sgt hebat sehingga rs dia tu adalah tuhan. Sy juga tak suka penduduk Jatyapura yang hidup dlm serba serbi kaya tapi tiada empati terhadap org2 di Sarang dan Tebing. Boleh relate la dgn apa yg berlaku sekarang.
Sy harap cerita ni tak bersambung sebab sy suka ending macam ni. Haha!
Seperti biasa, penulis pakar dalam bermain bahasa tapi pada awal penceritaan saya nampak penulis sedang berusaha sehabis baik dalam mengarang di luar genre kebiasaan. Apapun tahniah kepada penulis!
"Apakah yang begitu penting sehingga nyawa rakyat biasa tidak punya makna?"
2099: Ilusi Utopia, sebuah novel bergenre fiksyen sains, mengisahkan seorang buruh bernama Jim yang bertugas sebagai penjaga stesen kereta api di Sarang. Sarang sebuah kawasan perindustrian yang menjadi teras utama kelangsungan Jatyapura, dua penempatan utama di Nusa Bah. Jim yakin bahawa segala keringat para buruh sumbangkan demi pembangunan Utopia Titiwangsa bakal menjadi ganjaran mereka kelak. Namun, pertemuannya dengan Savi mula menggugah pegangannya selama ini dan pada masa yang sama mula memercik api kebangkitan untuk menjatuhkan penindasan Konglomerat terhadap penduduk Sarang.
Novel ini bermula dengan penulis memberi perincian bagaimana suasana di Sarang melalui sudut pandang Jim di awal sepertiga cerita. Perincian tersebut sememangnya dapat menggambarkan begitu sempitnya ruang yang dihuni para buruh dan tentunya membuat pembaca yang mempunyai klaustrofobia berasa kurang selesa. Kemudian plot mula berkembang dengan baik apabila pertemuannya dengan Savi, begitu juga dengan tempo penceritaan yang lancar tanpa ada yang meleret hingga di penghujung novel. Kekurangan novel ini lebih kepada beberapa watak yang tak dapat dirasai emosinya, mungkin disebabkan dialog yang dirasakan agak kaku. Selain itu, bagaimana watak Ejen Dex dikendali agak kurang memuaskan kerana watak itu ada potensi potensi besar untuk pengembangan plot akan datang. Walaupun plotnya seperti kebanyakan distopia yang lain, tetapi cara binaan dunia penulis dengan mencipta Nusa Bah sebagai sebuah penempatan yang mempunyai sistem seperti Hidrat, Integrasi dan Pusara menjadikan distopia ini unik. Antara perihal yang disentuh ialah kesan penindasan oleh orang atasan terhadap masyarakat dan kepentingan orang tersayang demi meneruskan hidup.
Secara keseluruhannya, novel ini berjaya menggambarkan apa yang bakal berlaku apabila golongan yang mempunyai kuasa dan wang di waktu darurat. Ini kerana kecaknaan penulis terhadap keadaan politik dan kelestarian Bumi menjadikan novel ini bukan sekadar karya fiksyen biasa kerana keberangkalian untuk perkara tersebut berlaku dapat dirasai pembaca melalui penjelasan yang disampaikan. Pada masa yang sama, novel ini juga berjaya memberi pengenalan awal kepada pembaca tentang apa yang bakal berlaku di Nusa Bah.
Konsep distopia semakin rancak dalam dunia penulisan. Maksudnya, makin hebat novel sebegitu...ataupun makin hambar? Tolak tepi sentimen peribadi aku terhadap konsep sebegitu (aku memang addicted!), novel 2099 Ilusi Utopia tidak mengecewakan.
Ini merupakan novel distopia Melayu yang kedua yang aku baca akhir-akhir ni. Sebelum ni, aku baca novel pertama dalam trilogi Kapal Terakhir Di Dunia. Kapal Terakhir gah dengan lakaran terperinci dunia dalam kapal tu. Untuk 2099 ni, dunia yang diolah penulis memang hidup, tapi yang lebih mengkagumkan aku adalah elemen kemanusiaan yang diketengahkan dalam sebuah dunia yang gersang dengan jiwa manusia.
Bencana telah menghilangkan hampir kesemua daratan. Laut dimana-mana! Lahirlah komuniti buruh - Sarang. Semuanya memerah tenaga tanpa kenal henti dengan harapan pengakhiran manis di Titiwangsa, utopia idaman.
Tunjang plot tertanam dalam agenda politik dalam Nusa Bah (aku kira sebuah negara), yang menjadi pentas pertemuan dua watak utama - Jim, penjaga stesen kereta api, dan Savi, pekerja industri yang penuh intrig bagi Jim.
Kalau setakat konflik dalam dunia distopia, aku kira tak begitu unik untuk sesetengah pembaca. Tapi melalui watak Jim dan Savi, penulis berjaya membuatkan aku rasa sebak. Terdapat adegan yang mengingatkan pembaca betapa sementaranya hidup ini.
Dari awal novel hingga ke pertengahan buku, jalan cerita berkembang dengan baik tanpa singgah terlalu lama di mana-mana adegan. Aku tak rasa macam penulis ikut formula - jelaskan dunia distopia, kenalkan watak, tembak dengan konflik. Sebaliknya, semua elemen-elemen tu ditampilkan secara semulajadi. Aku selami watak sambil kenali dunia, aku amati Nusa Bah sambil ternanti-nanti macam mana pengakhiran plot. Triple threat!
Cuma satu aku kurang gemar. Di bahagian akhir novel, aku rasa macam sedikit berlarutan dan aku hilang sedikit momentum.
Wajib baca untuk peminat distopia. Untuk yang lain, aku tetap rasa worth trying!
Tahu tak apa aku rasa setiap kali membaca atau menonton karya-karya bergenre distopia sebegini? Ia seolah-olah memberikan aku satu persediaan atau panduan atau bayangan serba sedikit jikalau kita suatu hari nanti duduk dalam dunia sebegitu. Dan, sekarang pun dalam dunia nyata ini, kita sudah dapat rasakan bunga-bunga distopia itu.
Pada saya, ini sebuah karya yang mindblown daripada Kak Sri, sebagaimana mindblown-nya saya baca novel distopian Fahrenheit 451 — perasaan saya lepas baca novel 2099 ni seperti baru lepas menonton siri sci-fi Black Mirror (terutamanya episod Fifteen Million Merits).
Peminat distopian wajib baca novel ni. Yang dah pernah baca Kapal Terahir Di Dunia karya Teme (dan Teme sekalilah hahah XD ) should give this novel a go!
Ini review saya yang bebas spoiler.
Novel ni bawa pembaca ke sebuah dunia yang sangat sesak, sempit, monotonous, semua orang jalani kehidupan seperti mayat hidup - latar hidup di sebuah kediaman bernama "Sarang" yang menempatkan setiap orang dalam kubikel-kubikel kecil, yang mana rutinnya bangun pergi kerja, kerja, balik kerja berhibur dengan teknologi hiburan yang mereka subscribe namanya "Integ" (hampir sama dengan hidup orang dalam cerita Black Mirror episod Fifteen Million Merits), tidur dan bangun ulang cycle hidup yang sama - sampai 'expired'.
Kehidupan mereka ni buat saya ikut rasa sesak sebab tak jauh sangat dengan kehidupan saya sekarang - pergi kerja, kerja, balik tak sabar nak tengok Netflix atau main Playstation yang saya subscribe bulanan/tahunan, dan saya pun literally hidup dalam 'kubikel' @ studio house. Perasaan existential crisis tu menusuk betul dalam jiwa semasa baca novel ni :')
Dan, seperti kebanyakan cerita distopian, novel 2099 ni pun bawa tema perbezaan dan penindasan kasta sosial - ada 3 kasta dalam cerita ni iaitu; kasta buruh yang tinggal di Sarang, kasta ala-ala law enforcement dipanggil Netra, dan kasta kayangan yang duduk di Jatyaputra (imagine ni perumahan orang kaya-kaya, jauh daripada kesesakan kehidupan Sarang). Dan ada juga golongan yang tidak hidup dalam sistem ini, rebel dan duduk luar daripada Sarang; sebab mereka sedar sebenarnya golongan buruh di Sarang semuanya dipergunakan dan diperhambakan, mereka melawan untuk kebebasan dan inginkan masa depan yang baik untuk semua, bukan jadi korban untuk sebilangan.
Hal yang paling menarik diketengahkan Kak Sri sebenarnya ialah golongan buruh yang jadi 'rela' diperhambakan, sebab sebenarnya semangat melawan atau berjuang tu sudah dihilangkan - dengan menyogok hiburan demi hiburan, dipasarkan sebagai tempat untuk semua orang hilangkan stress, escape dan hidup bahagia. Bila fikir balik, apalah sangat bezanya dengan hidup sendiri, hiburan memang melekakan kita dan sangat appealing berbanding kita hadap isu hidup, masyarakat dan negara :') Kemudian, semangat juang manusia dalam ni, dihilangkan dengan hilangnya sejarah atau ingatan manusia. Subtle, tapi sebenarnya sangat benar - dan pada saya Kak Sri berjaya angkat sisi ini dengan baik.
Saya juga suka watak-watak yang ditulis dan dikembangkan Kak Sri kali ini, penuh beremosi jika nak dibandingkan dengan karya sebelum ini, dan nampak kematangan watak berjalan seiring cerita. Dinamik Jim dan Savi memang chef's kiss.
Pengakhiran cerita ini memang buat saya termenung. Terus saya teringat pada game Scorn (yang dah baca akan faham); latar dunia game Scorn tu ialah apa yang saya bayangkan jika sistem di Pusara kekal tanpa ada sesiapa yang interfere. Pada saya ini ending yang epik dan meninggalkan sebekas perasaan yang bercampur-baur antara existential crisis, disgusted, unsettled dan sedikit rasa bungkam - dalam masa yang sama puas hati bagaimana cerita ini ditutup dan ditamatkan, biarkan yang selebihnya jadi perbincangan antara pembaca dan penulis (saya sangat harapkan sesi ni!)
Dari segi kritikan, ada beberapa yang saya kira boleh diperbaiki lagi: - Emosi Aagya pada saya kurang ditonjolkan sebagaimana Savi dan Jim, buatkan saya sukar sikit nak mendalami sepenuhnya apa yang jadi kekesalan atau kerisauan Aagya. - Peleraian buat Dex agak abrupt bagi saya
Overall, saya nak ucap terima kasih Kak Sri sebab tulis novel ni. Sangat puas membacanya, lama saya termenung lepas baca novel ni hahah. Moga Kak Sri giat lagi menghasilkan karya-karya begini :)
I AM SPEECHLESS. i wish i could read it for the first time again, i wish i could read more about jim and savi, i wish this book never ends because it is THAT good. i love the characters, they are very lovable especially jim. he has my whole heart. the world building is sooo detailed. i am so interested in how all these regions, sarang, tebing, jatyapura and laut look like irl. senang cerita, everything about this book makes me forget i am reading a book. it feels like im watching a movie, and it feels really close to me.
one thing thing that i dont like very much is the dialogue because they sound very awkward but at the same time i think it is very logic too because this is the language people use in 2099, which is so many decades in the future. it is understandable that the language changes as the time goes by. other than that i really have nothing else to complain. this book is perfect. 💯
Naskah yang mudah difahami tanpa bahasa teknologi yang terlalu tinggi. Jalan cerita yang tersusun dan bilangan watak yang sederhana dan tidak berserabut.
Latar / lokasi cerita yang digambarkan juga mudah diimaginasikan. Jatyapura = Putrajaya mungkin? =)
Watak Malik yang membelakangi kemanusiaan dek mengejar ketamadunan terpaksa berpatah arang dengan pihak Aagya yang cintakan pembangunan dalam kelestarian alam. SAVI seakan permata dalam naskah ini.
NOTA : Syabas buat penulis. Jarang penulis wanita yang mengetengahkan penulisan bergenre distopia sebegini.
Mindblown. I think this is my third book of the year? I started reading 2099: Ilusi Utopia when I was unwell. Probably not a good idea, but I have no regrets. The pace of the story, the plot. I wish there’s more of the book. Highly recommended. Scary how close actually our lives nowadays are moving towards sci-fi.