Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rembulan Berdarah

Rate this book
DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

786 pages

First published April 1, 2009

3 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Anita Aruszi

11 books29 followers
Mazni Aznita Awang

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (47%)
4 stars
28 (41%)
3 stars
6 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 3, 2010
Sudah tiga novel Kak Anita yang aku baca, dan jujurnya ini adalah novelnya yang menjadi pilihan aku. Suka sangat. Malah masa membaca prolog saja, ia sudah berjaya membuatkan rasa ingin tahu melonjak-lonjak naik. Langsung novel yang setebal 786 muka surat ini tidak dilepaskan. Sanggup pula tu berjaga malam hanya kerana ingin tahu noktah ceritanya hik3 lalala5 :P

Nasyriq Adli [Nasyriq] pulang ke tanah air selepas berkelana hampir 12 tahun di luar negara. Azamnya hanya satu, mahu bertemu semula dengan adiknya yang telah lama hilang. Walaupun Raihana bukanlah adik kandungnya tetapi, arwah ayah Nasyriq iaitu Zainal Ikram amat menyayangi Raihana. Apa saja yang dibelikan untuk Nasyriq, pasti Raihana ada juga. Zainal Ikram tidak pernah menganggap Raihana itu anak pemandunya, sebaliknya dia begitu menyenangi dan menyayangi anak gadis itu.

Namun siapa tahu kebahagiaan mereka tidak berpanjangan. Zainal Ikram dibunuh dan misteri di sebalik pembunuhan itu masih lagi menjadi tanda tanya buat Nasyriq. Walaupun Munif; ayah Raihana dikatakan pembunuh tetapi Nasyriq masih ingin mencari Raihana dan ibunya yang hilang itu.

Dalam pencarian Nasyriq, dia bertemu Duha Maisarah [Duha. Gadis yang melakukan dua kerja itu menarik hatinya. Nasyriq rasa kasihan pada Duha kerana sering saja menghadapi masalah ayahnya yang seorang kaki judi. Rasa kasihan itu akhirnya bercambah menjadi cinta. Tetapi sebagai lelaki, Nasyriq memang tersangatlah ego. Bekunya itu memang luar jangka, macam orang takde perasaan. Sehabis boleh Duha itu dibulinya, dimarah apalah lagi. Acap kali diherdik gadis kesayangannya sendiri. Memang aku tak faham apa faedahnya berbuat begitu? Direct je cakap suka tak boleh ke? ngee~ :P

Duha sebenarnya menyimpan sebuah rahsia lama. Malah baik Bustaman dan Zafran, keluarga angkatnya tidak pernah mengetahui akan rahsia tersebut. Apabila dia bertemu dengan Nasyriq dan kemudiannya bekerja dengan Nasyriq, barulah rahsia lama itu dibuka semula. Antara cinta dan dendam, Duha keliru. Apatah lagi Zafran yang dianggap sebagai abang sudah pula memasang angan untuk menyuntingnya.

Nasyriq yang mengambil alih tampuk pimpinan syarikat Mega Timur Construction tidak disenangi oleh pakciknya sendiri;Engku Iskandar. Hasratnya yang mahu membelot kesemua harta Mega Timur tak kesampaian bila Nasyriq dan dibantu oelh Erman dapat menghidu niatnya itu. Dalam pada itu Engku Iskandar juga mengesyaki Duha adalah Raihana yang disangkanya mati kemalangan dua belas tahun yang lalu. Malah rupa-rupanya ada skandal besar yang sengaja disembunyikan di sebalik pembunuhan ayah Nasyriq dahulu.

Akan terungkapkah rahsia lama yang cuba dikuburkan oleh Engku Iskandar? Benarkah Duha Maisarah itu Raihana; adik yang hilang itu? Kalau benar, bisakah cinta di hati Nasyriq itu dibiarkan mekar? Ha, kena bacalah novel ni :D
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
April 6, 2020
Sayang itu boleh jadi pengikat kasih dan pendorong kesetiaan. Sayang juga boleh jadi penyebab kepada benci menggunung. Yang membezakannya adalah kematangan dan jiwa yang tenang. Buku ini kalau tak silap saya pernah viral dengan very good reviews di kalangan peminat novel Melayu. Latar novel begitu komprehensif namun kelebihan Rembulan Berdarah terletak pada tema psycho / crime thriller.

Banyak watak memaparkan jiwa kacau penuh dengan dendam, naluri pelaku jenayah yang tidak berhati perut. Rembulan Berdarah juga membawa kisah kombinasi cinta tiga segi, kasih keluarga, kesetiaan dalam kesatuan walaupun kesatuan itu berlandaskan sisi gelap manusia. Ada juga tragedi benci dan iri antara dua darjat, kematian demi kematian, haloba terhadap harta, integriti berniaga... Hana yang periang dan comel, bertukar menjadi Duha Maisarah membawa dalam diam dendam membara demi melangsaikan hutang kepada mereka yang pernah dikasihi. Duha benci kepada mereka yang menzalimi ibu dan ayah yang difitnah.

Abang Hana waktu zaman kanak-kanak yang penuh kasih sayang iaitu Nashriq, dan abang Duha yang berbapakan seorang kaki judi iaitu Zafran, walaupun tiada pertalian darah, mengasihi gadis itu melebihi tahap keluarga. Keduanya sama mempunyai kelebihan tapi saya lebih prefer Nashriq Adli. Nashriq yang sangat tinggi kesabarannya. Nashriq yang ibunya telah menzalimi Hana, Nashriq yang Pakcik nya seorang pembunuh. Seperti yang saya harap kan, Suraya berjaya temui lelaki baik yang dapat mencintainya tanpa paksaan.

Rembulan Berdarah karya Anita Aruszi memang harus jadi pilihan untuk anda yang gemar baca novel sebagai salah satu cara libur, pada masa yang sama tidak terbuai dengan hanya lantunan emosi dan khayalan yang melalaikan.
Profile Image for CrystalGrey.
143 reviews15 followers
December 9, 2012
kisah yang penuh drama.. buku mudah dihadam..penulis berjaya buatkan aku terus membaca dengan penuh minat. Duha Maisara @ Raihana..perjalanan hidup mu sungguh penuh ranjau berduri. Nashriq...berlari dan terus berlari mengejar sejarah dan dikejar rindu menggunung.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
November 2, 2013
Rembulan Berdarah oleh Anita Aruszi terbitan Kaki Novel, mmg puas membaca karya thriller dari penulis, pada awalnya sy beranggapan ini karya seram berikutan dari judulnya, tp sy silap, ini kisah thriller pembunuhan, pada awal pembacaan sy agak lambat utk masuk dgn naskah ini krn seolah sy membaca 2 karya dlm 1 masa, tp lama kelamaan semakin lama sy membaca sy tak sedar yg sy sudah sampai kepenghuhungnya, penulis bijak mengabungkan cerita, Rembulan Berdarah mengisahkan Raihana a.k.a Duha Maisara yg hidup teraniaya akibat rasa hasad dengki dan tamakan harta, Rihana terpaksa mengubah identiti menjadi Duha Maisara, Nasriq seorang anak org berada yg hidup dgn kesenangan, sewaktu kecil Nasriq dan Rihana hidup bersama-sama, tp Rihana hidup sbg anak pembantu rumah, mereka terpisah akibat org yg ketamakkan harta Zainal Ikram iaitu bapa kpd Nasriq dan juga disebabkan satu rahsia yg sgt besar yg mampu mengubah sejarah keluarga mereka, bapa Rihana dituduh membunuh Zainal Ikram dan membuatkan isteri Zainal Ikram iaitu Engku Latifah membenci keluarga Rihana, Rihana berpura hilang ingatan dan menukar identiti dan hidup bersama Zafran dan ayahnya Bustaman. Cerita yg penuh aksi dan saspen yg menggetar jiwa tatkala membaca naskah ini, apa yg akan terjadi pada Rihana? Apa pula rahsia besar itu, dapatkah Rihana membersihkan nama bapanya yg dituduh sbg pembunuh kena baca naskah ini, bg pengemar novel genre thriller, anda pasti akan teruja tatkala membacanya, sgt berbaloi utk dimilikki, jika anda ternampak novel ini dipasaran segera dptkannya krn novel ini ssh utk dijumpai lagi, sebuah karya thriller penulis yg sgt menarik selain VENOM SURIA, STREET VANDETTA dan KASIHKU ARIANA, tahniah buat penulis
Profile Image for Kaki Novel.
18 reviews45 followers
December 1, 2009
Penulis : Anita Aruszi
RM Semenanjung : RM 24.00
RM Sabah Dan Serawak : RM 27.00
DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.
NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.
PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.
APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
April 11, 2016
yES!!!akhirnya aku sudah mengkhatamkan buku yang sudah lama ku pinjam dari kawan..Tahniah Cik penulis Anita Aruszi...Buku "rare" yang memang payah nk jumpa sb mmg tidak diulang cetak...RB kisah si gadis yang hidup dengan ihsan orang lain..perlu bekerja keras demi membalas jasa si ayah..Namun takdir Allah telah membawa "dia" dekat dengan seseorang yang sangat bermakna dalam hidupnya...Kisah yg ada juga misteri namun masih boleh dirungkai..happy ending...Tahniah buat Anita Aruszi..4.2*

Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
May 17, 2011
Raihana 'Duha Maisarah' & Nashriq 'Naz' Adli
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.