Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fenomena Nizar

Rate this book
Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan islam terkini – menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuashati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih timah yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor RAKSASA di Putrajaya.

Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup real oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya.

Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.

Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian sama ada ia adalah tuah atau tragedi.

Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.

175 pages, Paperback

First published June 1, 2009

3 people are currently reading
10 people want to read

About the author

Wan Ji Wan Hussin

15 books18 followers
Nama : Wan Ji bin Wan Hussin (Pak Syaikh Muka Buku)
Kelahiran : Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan
Pendidikan :
1-Institut pendidikan al-Balaghul Mubin, pasir Mas Kelantan (tahfiz al-Quran);
2-Pondok Lubuk Tapah, pasir mas kelantan;
3-Karachi, Pakistan;
4-Al-Azhar, Mesir;
5-Universiti Malaysia Kelantan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (18%)
4 stars
4 (36%)
3 stars
5 (45%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Aidura.
8 reviews5 followers
July 8, 2009
Watak-watak utama yang ditonjolkan ialah MB Halal, MB Haram, PR, *MNO, B* dan RAKSASA!

Seputar kisah mengenai pergolakan dan percaturan politik 'kotor' di Perak, 3 ADUN yang terloncat-loncat ala2 kanggaru, politik WANG, jual-beli hamba politik yang bernilai jutaan RM, org2 politik yang gila kuasa & tamak tampuk pemerintahan, org2 politik yang tidak berakhlak dan tidak bermaruah, org2 politik yang hilang integriti dan jati diri, pengkhianatan, penculikan, penindasan dan makhluk bertopeng.

Iya, ringkasnya ceritera mengenai tokoh2 politik yg telah LUPA DIRI, terlupa bahawa diri mereka hanya hamba2 Allah SWT yang tumpang berkelana dan bermusafir buat seketika cuma di mukabumi ini dan kelak akan dipanggil untuk bertemu SANG PENCIPTA ALAM bila tiba waktunya, untuk diperhitungkan segala amalan2 beliau walau sekecil zarah sekalipun!

Sudah bersediakah SI PENGKHIANAT untuk menghadapi kemelut politik di ALAM KUBUR dan juga di ALAM AKHIRAT kelak yang PENUH dengan AZAB dan NIKMAT?!

Wallahu'alam.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.