Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan. Pertama, Iman kepada Allah. Kedua, percaya kepada sahabat.
Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.
Sahabat yang "ber-udang di sebalik batu" adalah seumpama anjing di tepi jalan yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Buku yang berkonsepkan soal jawab oleh Prof. Dr. HAMKA ini menyentuh beberapa isu evergreen dalam masyarakat. Sekali lagi beliau menegaskan tentang bahayanya pelacuran, jawapan kepada isu-isu pertentangan adat dan agama, sejauh mana kita boleh berfikir, juga perkaitan antara ilmu dan agama. Bacaan yang ringkas, tetapi mencerahkan.
Buku yang perlu untuk dibaca, lebih lagi kerana ia banyak mengupas mengenai hal semasa yang masih relevan untuk dirujuk sehingga kini. Saya amat tertarik terutamanya apabila penulis mengemukakan & mengulas mengenai kefahaman & kepercayaan tahyul yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat. Walaupun penulis menjawab persoalan tersebut dalam kalangan masyarakat Indonesia, sebahagian besar persoalan yang dikemukakan turut kita temui dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ianya amatlah penting untuk kita mengekang permasalahan kepercayaan tahyul & mistik dalam kalangan masyarakat agar akidah Muslim di nusantara lebih terjaga & kepercayan Tauhid lebih utuh buat semua umat Islam.
Alhamdulillah. Buku ini memberi pencerahan tentang topik-topik yang penting dalam hidup. Membuka pintu untuk terus belajar lagi, baca lagi!. Terimkasih Buya Hamka.
Before I read this, I already read the same format of the book made by Abi Quraish Shihab... I prefer the one by Abi Shihab.. But this one is older, sooooo... I guess it's good enough.