"Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku." -Nabi Muhammad-
"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir.
Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi. Dia adalah sahabat pilihan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik dan waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan rasul.
Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cintayang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman.
Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salasilah keturunan,kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi.
Dedikasi Kesaksian Nabi Pendahuluan Selayang Pandang Khadijah Mengapa Khadijah? Salasilah Khadijah Kediaman Khadijah Khadijah Semasa Prakenabian Perkahwinan dan Keturunan Sebelum Rasulullah Khadijah Penganut Agama Ibrahim Pernikahan yang Penuh Berkat Mengapa Nabi Muhammad Memilih Khadijah Putera-putera Rasulullah daripada Khadijah Puteri-puteri Rasulullah daripada Khadijah Khadijah: Potret Nyata Sebuah Keyakinan Kehidupan Semasa Berada di Gua Hira Permulaan Wahyu, Khadijah dan Waraqah bin Naufal Berita Gembira Khadijah Sembahyang Bersama Rasulullah Pemahaman Khadijah yang Mendalam Syahidah Suci Pemergian Khadijah Kalung… dan Sebuah Kenangan Indah Peringatan Kelahiran Khadijah di Kalangan Penduduk Mekah Peranan Syair dalam Memuliakan Khadijah Aku Datang Dengan Kemuliaan Hadis-hadis Mengenai Kehidupan Khadijah Penutup
Khadijah adalah kekasih pertama Rasulullah SAW. Idola saya. (kononnya). Khadijah adalah teman paling sesuai buat baginda Rasulullah ketika di awal kenabian. Khadijah sangat matang dan bijak. Tidak terbanding kita (sebenarnya saya sendiri) dengan Khadijah yang akhlaknya luar biasa dan di mana pandang sisinya nyata jauh, gaya isteri seorang nabi. Perumpamaannya Khadijah nyata seolah-olah penumpang kapal terbang sedangkan saya sekadar penunggang motosikal, tertinggal jauh.
Satu buku yang sangat baik untuk mengenali sosok dan peribadi Siti Khadijah.
Pada mulanya agak sukar mahu menghabiskan kerana ada pada beberapa bab penulis memasukkan komentar terhadap pandangan orientalis dan feminis terhadap Siti Khadijah. Pandangan beliau dihuraikan dengan jelas dan sangat memberi pencerahan kepada saya tatkala membacanya. Pandangan ini diulang pada bahagian-bahagian yang lain sebagai menguatkan hujahan pada tempat yang diperlukan. Ketika ini saya tertanya-tanya mengapa perlu diulang lagi hujahan yang sudah dibuat, namun setelah menamatkan pembacaan dan cuba membuat imbasan terhadap kesan dan faidah yang saya dapat, ternyata penulis mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Kita akan lebih memahami dan menghargai Siti Khadijah sebagai wanita kesayangan Nabi. Kita akhirnya akan lebih mencintai sosok hebat ini, dan pengalaman ini cukup bermakna buat saya.
“Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia meyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku).” - Muhammad Rasulullah Saw, Utusan Allah yangterakhir. ¬^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^^^^^^^ Syahdu membaca biografi Khadijah.. memang Allah telah pelihara keturunannya sejak dahulu lagi. Khadijah berasal dari keturunan yg sangat baik dan mulia, terhormat dan kaya dikalangan kaumnya. Masya Allah..memang Allah dah sediakan Khadijah utk Rasulullah. Walaupun beza sebanyak 15 thn dimana sewaktu berkahwin dgn Rasulullah, Khadijah berusia 40 tahun dan Rasulullah 25 thn. Tetapi Khadijah sanggup melahirkan zuriat utk Rasulullah. Seramai 6 org! Khadijah meninggal dunia pada usia 65 thn selepas 3 thn bersama2 Bani Hasyim yg terdera dek pemulauan oleh kaum Quraisy walaupun sebenarnya Khadijah tidak termasuk di dalam senarai pemulauan. Sebab beliau bukan dari Bani Hasyim. Dia memang seorang isteri yg sejati..tersentuh dengan kesanggupannya berjalan 3 batu menghantar makanan kpd Rasulullah. sedangkan org muda nak panjat Jabal uhud tu pun termengah2 apatah lagi Khadijah yg dah berusia… (n_n) Terasa berada di zaman tersebut. Saat Rasulullah ketakutan selepas menerima wahyu, Khadijah dgn tenang selimutkan Rasulullah dan menenangkannya. Memang Khadijah seorang yg matang, cerdas, dan bersifat keibuan. Kadang2 fikir…mmg Allah dah tetapkan..dgn usia Khadijah yg jauh berbeza, pernah berkahwin, mempunyai anak dah pasti Khadijah mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Rasulullah kan kehilangan ibu pada usia kecil – 6 thn. Jadi mmg patut Rasulullah selalu sebut tentang Khadijah walaupun isterinya dah lama meninggal dan menyebabkan Saidatina Aisyah berasa cemburu...
"Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia, yaitu Maryam binti Imran, Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah, isteri Fir’aun.” (Hadits Riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)
Waktu itu, stok buku yang akan dibawa merantau sudah habis dibaca, dan melihat dompet, sepertinya tidak cukup untuk membeli buku baru. Akhirnya, aku melirik-lirik perpustakaan punya Bapak di rumah, dan menemukan buku ini di salah satu tumpukannya.
Ya, yang jelas buku ini bercerita tentang salah satu wanita utama dalam sejarah hidup manusia seperti hadits yang aku tulis di atas. Seorang ummul mu'minin, yang pertama kali mengimani kenabian Muhammad saw, yang selalu membenarkan Rasul ketika beliau tidak lagi dipercaya oleh kaumnya, yang senyumnya selalu menyejukkan hati Rasul dalam sela-sela rintangan dalam dakwah, yang bersedia mengorbankan seluruh hartanya dan ikut menahan beban Rasul ketika terjadi pemboikotan oleh kaum kafir quraisy. Beliau juga menjadi referensi bagi wanita yang tidak hanya diam tanpa daya, tapi memiliki kekuatan dalam bidang bisnis. Disegani oleh kaumnya. Pun jadi referensi ketika wanita yang meminta calon suaminya (yang sudah beliau duga bahwa saat itu Muhammad akan menjadi seorang Rasul) untuk melamarnya.
Sebuah buku yang berbentuk kreatif, menceritakan kehidupan Khadijah binti Khuwalid r.a. sebagai wanita Muslimah pertama yang memeluk Islam, bersolat bersama Rasulullah s.a.w., dan juga isteri Nabi s.a.w, yang sangat dicintainya. Pengkisahan yang dibuat menarik perhatian dengan dialog yang diolah seolah-olah membaca sebuah cerita yang menarik. Kisah bermula dari pra-perkahwinan Khadijah dengan Rasulullah s.a.w. sehigga kewafatan Khadijah r.a. Itupun masih bersambung dengan kisah kalung Khadijah r.a. yang dihadiahkan kepada anaknya Zainab, yang diguna oleh Zainab r.a. untuk menebus suaminya yang pada ketika itu, masih kafir dan menjadi tawanan perang. Oh ini bahagian yang sangat menyentuh hati, digambarkan Rasulullah s.a.w. bergenang air matanya dan mengalir sehingga membasahi janggut baginda ketika menerima kalung tersebut dati Zainab r.a.
Buku ini juga menghimpunkan qasidah-qasidah tentang Khadijah r.a. wanita yang tetap berada di hati Rasulullah s.a.w. dan ditutupi dengan sebuah sajak tulisan penulis sini yang sereba sedikit menyentuh sanubari.
Syabas PTS kerana mengambil inisiatif untuk melesenkan buku ini di Malaysia!