Sebuah alam yang luas tanpa sempadan. Apa sahaja boleh berlaku dan terjadi...
Kembara emapt remaja merentas alam mimpi dan alam khayalan.
Sebelum itu mereka telah bermimpi dengan mimpi-mimpi yang aneh. Rupanya mimpi itu berkaitan dengan pengembaraan yang akan mereka lakukan. Sebuah negeri Tamarek di alam khayalan sedang dilanda huru-hara. Mereka harus mendapatkan beberapa benda : badik buruk, selendang sutera, secebis kain kapan dan sebiji botol untuk menjawab mimpi yang mereka alami. Apakah rahsia mimpi tersebut?
Bergiat menulis pada tahun 1986. Novel pertama Dedaun Hijau di Angin Lalu sudah mencapai empat cetakan sekarang. Pernah menerbitkan 3 novel kanak-kanak bersama Utusan Publications Sdn Bhd pada tahun 2002.
Berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak dan bekerja sebagai pekerja perkilangan di syarikat swasta.
Pencapaian Hadiah Sastera Novel Anugerah Persuratan 2007 - Aylana