Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.
Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.
Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.
Gadis yang menjadikan 'Lailahaillallah Muhammadurrasulullah' sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.
Masa mula-mula beli buku ini ingatkan buku pasal motivasi rupa-rupanya novel pendek berunsur motivasi.
Kalau pernah baca "Denyut Kasih Medik" ini adalah kisah isteri doktor Muslih iaitu Qaniah.
"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu"
Menceritakan kisah Qaniah yang amat diminati oleh kaum Adam yang seringkali menyatakan keinginan untuk menyuntingnya sebagai teman hidup. Lamaran demi lamaran ditolak kerana solat Istikharah dan musyawarah kurang menyakinkan Qaniah untuk menerima lamaran mereka. Akhirnya, Qaniah yakin untuk menyatakan persetujuan pabila tertawan dengan cara dan sikap doktor Muslih.
" Aku bertambah yakin dengan agamanya kerana sepanjang pertunangan, dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadapku. Tiada SMS yang melalaikan. Tiada e-mel yang mengkhayalkan. Tiada ungkapan cinta dan sayang. Tiada ajakan untuk keluar berdua-duaan. Malah, tiada permintaan hak untuk melihatku walaupun dia berhak memintanya dariku sebatas muka dan tapak tangan. Semuanya dijaga dengan teliti melambangkan sensitivitinya pada agama. Mana mungkin hati ini tidak tertawan? "
Indahnya dan berkat sesuatu hubungan itu kalau berlandaskan al-Quran dan sunnah. Lain rasanya kalau rasa cinta halal. Untungnya Qaniah beroleh lelaki soleh seperti doktor Muslih dan untungnya seorang suami sekiranya beroleh seorang isteri solehah seperti Qaniah.
What's your call? Kalau nak orang yang soleh/solehah, saya percaya kita sendiri perlu muhasabah diri untuk menjadi lebih soleh/solehah. Vile women are for vile men, and vile men are for vile women. Good women are for good men, and good men are for good women. InsyaAllah. :D
Membaca buku ini, rasa jauhnya level iman aku dan watak wanita itu... Membaca buku ini, rasa jauhnya 'baitul muslim' yang kuidamkan... Membaca buku ini, aku rasa bersalah dengan semua org yang aku sayang... Membaca buku ini, aku memang menangis, tangisan keinsafan...
Betapa banyak peluang yang telah aku lepaskan... dan kini, ku harap ianya belum terlambat... Untuk ku mula kembali...kepada fitrah diri manusia yang sebenarnya..
Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui kesan pembacaanku kali ini... Ya Allah, hanya Engkau yang mendengar rintihanku... Ya Allah, dapatkah aku menjadi seperti wanita itu??? cemburunya aku...
Buku ini membuatkan aku memasang impian menjadi sepertinya, solehah sepertinya, suami yang soleh didapatinya semuanya membuatku membina impian setinggi langit tanpa menyadari diri ini punya iman yang sedikit cuma. Ku kira mungkin belum terlambat untuk ku berjodoh dengan yang soleh seperti yang didapati Qaniah itu. Sebab Allah pasti menemukan kita dengan apa yang kita ada. Allah itu maha adil. jika solehah diri kita, InsyaAllah soleh lah separuh dari jiwa kita itu..
Ku hanya mampu memperbaiki diri dan meningkatkan kecintaan dan keimananku pada yang Esa.. untuk ditemukan pemilik terbaik hati ini.
Pemilik hatiku selepas ALLAH dan Rasul adalah suamiku yang sah... buku nie memang bagus sebagai peringatan untuk gadis,perempuan,wanita islam agar menjaga adab pergaulan dengan lelaki asing...Allhamdulillah,lega rasenye lepas baca buku nie sebabnye?... lega sebab hati ini tak pernah dimiliki oleh sesiapa selain ALLAH dan Rasul...harapan,agar ia kekal tak dimiliki sebelum waktunya...
Habiskan dalam masa beberapa jam. Bila baca, rasa seolah-olah baca diari penulis sendiri. Sepanjang membaca, perasaan kagum tak hnti-henti, asyik tersenyum. Bahagia sungguh rumahtangga mereka, kerana menghidupkan sunnah sunnah baginda Rasulullah SAW.
Hingga kini, aku masih tertanya-tanya, masih adakah lelaki seperti Dr. Muslih yang begitu rapi menjaga pergaulannya dengan kaum wanita. Tidak bersms, tidak mengutus emel.
Ah,Qani'ah pun tak kurang hebatnya, kuat menghadapi ujian, dalam dunia penuh godaan. Maka itu mereka menjadi padan.
Dari lubuk nurani, syukur buat Ilahi, rahmatnya melimpah tak bertepi, terjalin mesra dua hati, mendamba cinta hakiki, moge kekal ke firdausi (nukilan Fatimah Syarha dari bukunya pemilik cintaku)
This book is the first of my read of its kind. A muslimah love story that gave insights of how a real Islamic way to be in love and in marriage. We all have been exposed to be in love like how everybody does but we were never taught or told, how beautiful marriages and being in love after marriage are in the Islamic way. Sweet, pure intentions and enveloped with the love of Allah. When we have good faith with Allah, we just don't have to worry how to find our true ones coz Allah will make lead our love to its own way <3<3<3
subhanallah..wanita solehah itu sebaik-baik perhiasan di dunia ini. tidakkah setiap lelaki menginginkan wanita solehah sebagai pasangan hidupnya? hormatilah wanita-wanita ini dengan cara yang sebenarnya... "bantu"lah antara satu sama lain untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
membaca buku ini seolah-olah membaca seluruh diary hidp penulisnya..dari kehidupan bujangnya n bagaimana Allah aturkan jodoh yg terbaik buatnya!!
dapat menjadi panduan buat yg masih single utk menjadi yg terbaik agar dijodohkan dengan yg terbaik dan juga utk yg telah berumah tangga agar mempraktikkan nilai2 murni didalam kehidupan berumah tangga :)
Jangan dipandang sebelah mata ketipisan buku ini, sesungguhnya ia memberikan sebuah panduan dan motivasi buat ummah. Terus diri ini berkobar-kobar ingin membentuk jati diri seorang muslimah nan sejati. Buat jodohku kelak, insya ALLAH :')
membaca buku ini membawa satu keyakinan tentang janji Allah.. cinta insan yang tidak halal bagimu adalah dusta. serahkan hatimu kepada Allah, nescaya di temukan pemilik terbaik
kisah tauladan yang sesuai untuk para remaja khususnya remaja perempuan yang terkeliru dengan cinta duniawi sehingga lupa ada cinta ukhrawi yang harus dikejar.
Subhanallah. Setinggi-tinggi penghargaanku dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi ilmu dan berjaya menghasilkan bingkisan yang cukup lengkap dan sempurna tidak kira untuk gadis remaja, wanita, isteri, ibu, lelaki bujang, suami atau ayah. Banyak ilmu dan maklumat berguna yang aku perolehi setelah membaca bingkisan cinta ini. Pendapat peribadi aku, karya ini antara bingkisan penulis yang memberi kesan yang amat mendalam dalam jiwa aku. Alhamdulillah, walaupun buku ini agak nipis tetapi penuh dengan panduan, nasihat dan kisah buat para isteri memuliakan suaminya. Juga sebagai penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya. Highly Recommended Book. PERFECT - bagaimana menikmati cinta halal.
Truly, a good read and beyond my expectations. Berdakwah dalam berbentuk cerita adalah sesuatu yang sangat menarik. Banyak perkara yang telah saya belajar dari buku ini, terima kasih Ustazah Fatimah Syarha.
Antara nukilan dari karya ini yang mengetuk jiwa saya:
"Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak setia kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata?"
"Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu"
buku ini amat menarik... boleh sy katakan bahawa buku ini merupakan buku "kisah cinta" yg sgt2 menarik dan menyentuh jiwa. selain itu, beberapa sisipan info atau maklumat yg telah diselitkan dlm buku ini menjadikan nya sebuah buku yg ringkas dan padat..
kepada yg ingin bercinta, sedang bercinta, dan yg seangkatan dengannya... sy syorkan anda dapatkan buku ini sebagai inspirasi sampingan(coz yg utama semestinya AL-Quran)...
walaupun nipis tetapi isi buku ni berjaya menyampaikan dengan sebuah cerita yang sangat tersirat maksudnya.
Aku tak tahu mengapa aku terasa sedih bila baca buku ni, rasa diri ini belum cukup layak lagi bila dipertanggung jawab sebegitu.
Hidup ni bukan sekadar bercinta sahaja, tapi diri kita sendiri tu kena banyak improve kalau nak bercinta. Layakkah kita kalau kita memilih orang yang soleh/solehah tetapi diri kita tu masih lagi teruk ?
Pemilik Cinta Setelah Allah dan Rasul mengisahkan tentang perjalanan penulis mencari cinta yang membawanya lebih dekat dengan Cinta kepada Rabbnya. Sesuai dibaca oleh mereka yang sedang merancang untuk mendirikan mahligai cinta ataupun melayari bahtera rumah tangga dalam usia yang muda. Sesuai juga dibaca oleh mereka yang sudah pun berkahwin di usia yang sangat muda. Kisah percintaan penulis dan suami doleh dijadikan pengajaran kepada kita semua.
A short story about Qani'ah & her husband, Dr Muslih. Perjalanan cinta y diberkati y ptut dicontohi.
'Jodoh utk mu adalah pilihan. Pilihan ttg sesusuk peribadi dan akhlak y mdampingimu. Nama si dia tlh pn tercatat di lofmahfuz utk mu, namun peribadinya dtentukan oleh peribadimu. Allah akn mjadikannya kufu pd kebiasaannya. Jika kau mngimpikan peribadinya soleh, soleh & solehahkanlah dirimu' -Qani'ah-
tulisan ini seperti diari seorang isteri. cerita dari mula bagaimana Qaniah dan suaminya taaruf hingga lah pelbagai cubaan seperti rumah mereka dimasuki pencuri. part yang saya suka adalah time suami Qaniah mengajar isterinya memandu, walaupun Qaniah sesat sampai berjam2, namun suami nya tetap bersabar dan tidak memarahi Qaniah. banyak ilmu yang dikongsikan. bacalah yer.
buku ni sangat menarik dan tidak memboringkan.banyak unsur-unsur kebahagiaan rumah tangga yg diterapkan.buku ni juga menyelitkan cara hidup islam dan batas pergaulan antara bukan mahram yang perlu dijaga.very interesting sebab banyak sunnah Rasulullah s.a.w yang diamalkan oleh watak dalam novel ini :)
Aturan Allah itu yang terbaik.. telah Allah tetapkan di Luh Mahfudz jodoh kita, namun sesuci mana usaha kita untuk memperolehnya. Serahkan seluruh hati dan cinta pada Allah, nescaya yang terbaik akan menjadi pemilik cintanya :)
Sebagai seseorang Muslimah yang ingin memperbaiki diri, buku ini telah memberi inspirasi untuk memperbaiki lagi diriku. turut dapat mengintai keindahannya sebuah perkahwinan jika sesuatu keputusan itu dibuat berlandaskan agama. =)
bukan shaja cerita, tapi terselit nasihat dan bimbingan cthnya.. kewajiban seorang muslim dengan dikuatkan lagi drpd sumber al-quran dan hadith dan operasi yg perlu di lakukan.. rase nak hadiah je kat kakak kalau dy dah kawin nanti,, hehe ..inyaAllah sya
Some says that its impossible, the story is too ideal. But what ever it is, it shows that a marriage that starts well, is bound to go well, smoothly.. and to me, its not impossible.