Impian adalah milik insan yang percaya pada keindahan mimpi mereka.
Hidup Aqirah berubah sekelip mata apabila dia ditakdirkan bertemu dengan Syakir. Kerana satu kesilapan, menjadi titik pemula kisah Aqirah sebagai seseorang tak bergaji di Vila Bahagia.
Itulah sebuah kenyataan pahit yang harus ditelan, umpama mimpi ngeri yang tak berpenghujung. Impian yang tersimpan langsung terkubur di tengah landasan.
Dua jiwa yang saling bertentangan itu andai dihamparkan dalam satu ruang dan waktu, pastinya menimbulkan bibit-bibit pertengkaran.
“Tuan risau kat saya, eh?” – RADZ AQIRAH
“Tak ada maknanya. Aku cuma tak nak kau sakit aje. Nanti siapa nak buat air untuk aku?” – SYAKIR IMAN
Kehadiran Syah, adik lelaki Syakir pula bagai knight in shining armor buat Aqirah.
“Abang akan jaga Kak Qirah macam abang jaga diri abang sendiri.” – SYAHRIZAD ILHAN
Tatkala pintu hati mula terusik, sekuat mana pun mereka cuba menidakkan, nama itu sudah terpateri di dalam jiwa.
Namun, langit yang terbentang luas tidak akan selamanya cerah. Saat Aqirah mula reda dengan suratan, takdir sekali lagi mencampak Aqirah ke lembah penuh luka.
Tika cinta dan kepercayaan menjadi taruhan, apakah rasa yang mula bertunas itu mampu membatasi pengkhianatan?
Masih adakah kepercayaan yang berbaki saat duri menguasai diri?
Jika benar cinta sudah berputik, mengapa digores hati yang sedang tumbuh berpaut pada harapan?
Tolong. Jika ini kisah dongeng yang berakhir tragis, dia hanya mahu bangun daripada lenanya kerana jauh lebih indah bila bersama seperti yang terjadi semalam menggapai bahagia, mengejar impian.
wehhhh comel 🥹🥹 walaupun waniel selalu kata 'hero i tak sweet lah, i insecure' lemme tell you, this man 🤌🏻🤌🏻🤌🏻 dia sweet tapi in an aggressive way (dan saya sangat suka lelaki begini ya 🫶🏼🫶🏼) cuma rasa tak cukup sebab ada pov Aqirah je. if ada pov Syakir, confirm confirm confirm! semua akan cakap Syakir ni sweet.
there's nothing special about the plot sebab memang typical plot tapi how Waniel describes it, serious interesting ya! and the slow burns 🤯 sakit jantung ya tunggu bila dorang nak okay, bila dorang nak comel comel. dahla, give up bagi chance buku slow burn ni (gurau).
ok jom cakap pasal the characters. my favourite one will always be Zizi (adik Syakir)!! yaallah budak ni comel gila?!?! siap ajak Aqirah kahwin?!?! siap merajuk!?!? (pls excuse me, i love kids so much) Zizi ni buat kita nak ada anak tau!!
Syakir. yall, the way Waniel sampaikan Syakir ni, memang buat saya sakit otak sebab perangai dia. sebabkan, when that incident happened, dia lelaki yang saya rasa nak campak dalam kolam tepi tu, pastu benam kepala dia dalam kolam. i was ready to fight for ma girl okeh! pastu when he begged, goshhh 🤌🏻🤌🏻🤌🏻 kalau saya jadi Aqirah, waktu tu juga ajak kahwin (hihi). this man is just the definition of an perfect imperfect guy!
Aqirah. ma girl, ma homey. mulut dia takkan kalah dengan Syakir, memang akan ada je nak jawab. she's strong as hell. after that incident, if i was her, sumpah dalam hidup akan rasa betrayed gila. kalau boleh memang taknak jumpa dah Syakir sampai bila bila, dan takkan boleh maafkan (i mean if the man is Syakir, i will lol) Aqirah juga kelakar ya! love her humor!
for Waniel, congratulations on your first baby! you did so great, jangan terlalu insecure tau! your baby is a good book and memberi pengajaran yang banyak. i bangga dan im happy for you! (sorry my reviews does not justify how good this book was, tapi semua sila baca.)
note: i masih nak Syah. Waniel, dah boleh kot bagi i borang jadi scandal syah :p
F beli sebab orang kata kelakar. Tapi F tak nampak apa yang kelakar. Dan F tak suka cerita love story triangle. Come on la. Kenapa nak buat cerita adik dan abang suka perempuan yang sama? Bila dah berkahwin, perasaan itu akan ada walaupun lama² akan hilang tapi tetap jadi kenangan. Yea.. past is history but it will linger for the rest of your life.
Dan watak Syakir. Seriously ego giler lepas itu masa incident Tan Sri kacau Aqirah itu Syakir taknak dengar penjelasan Aqirah. Bila dah tahu the truth terhegeh² pulak suruh Aqirah dengar dia.
7 months cari Aqirah.. lama betul. 🤔 maaf penulis watak lelaki ini kurang berkenan saya. Saya prefer Syah dari Syak. Nama pun syak memang sentiasa syak je la tanpa selidik 😄
Buku ni srsly KELAKO! 😂🙈Tahniah penulis kerana berjaya membuatkan kita bergelak mcm org gila. Jarang tau nak jumpa buku yg kelako ni. 🤭 Ni semua sebab Aqirah punye pasal. Pandai dia buat lawak eh. 🤪 Somehow, I love her characteristics. She's funny, easy going, matured, caring but clumsy at the same time. Especially when she's around with Syakir. 😜
𝗦𝘆𝗮𝗸𝗶𝗿 𝗜𝗺𝗮𝗻 First ii baca, I was like "poyo gila dia ni". Yes, he's poyo, grumpy and cold. But who knows someone like him actually fallen in love with Aqirah? In fact, he's so sweeeeet guys. Nampak je cold, but when he fall in love, he will fell harder. 😭 Masa Qirah jadi maid kat vila dia, Syak ni act banyak kali tease si Qirah. Dia tu sebenarnya suka dekat Qirah, cuma tak nak ngaku je. 🙈
"𝐀𝐪𝐢𝐫𝐚𝐡, 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐨𝐧 𝐢𝐬 𝐛𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐢𝐬𝐧'𝐭 𝐢𝐭?"
As for the plot, act kita geram la jugak dengan si Syakir ni. Sampai hati dia buat mcm tu. 😤 Nasiblah ending dia counter balik. 🤝
A light drama-based romance. Plot wise, I'd give it a 3/5. But what entice me to finish the story within 11 days is its characters. Ironically, I'm not into the main couple. But Syah, Syakirah, and Zizi are fun to read! Their closeness to Aqirah felt authentic. The family kind of love that just warms your heart. The found family trope. I'm a sucker for that.
Touching on Dear Aqirah's part where it could use some improvements:
1. Typos. There were just a lot of them. If the book is self-published I honestly would let it past but since it's under quite a big company, I wonder if they even have any editors to begin with? It looked raw to me.
2. The narrative was a bit childish to me. Might be because of it being wattpad originated. Because wattpad readers would definitely love thisss
Overall, I am a fan of the writer. I love their writing but Dear Aqirah wasn't really it for me. Nevertheless it was a joyful ride, diving into Aqirah's love story. Looking forward to waniel's next work!
A nice light rom com kalau kau tengah dalam mood nak baca cerita ringan yg takde konflik teruk2 sangat. Tambah lagi sekarang ni aku macam letuh kerja, so buku2 yg lihht hearted macam ni agak bagus utk aku maintain my reading pace.
Hampir nak DNF, tapi alang2 dah baca separuh, teruskan sahaja sampai ending. Mungkin cerita ini ditulis waktu penulis masih remaja dan target audiennya pembaca wattpad, jadi Lila rasa jalan ceritanya agak meleret dan perwatakkan agak kebudak- budakkan. kureng gemar sikit kalau awal2 watak hero dah start marah2 jerkah2 heroin, lepastu macam kejap suka kejap marah. Broo what do you want in lifeee
Baca DA ni mengingatkan Lila pada zaman muda remaja dulu, Lila pun suka baca dan pernah tulis cerita berangan2 macamni. Jadi, walaupun lila tak berapa enjoy dengan pembacaan kalini, tapi Lila faham apa yang penulis nak sampaikan. Lenggok bahasanya ditulis dengan baik, cuma banyak typo.
Overall cerita ni okay saja. Tentang Syakir & Aqirah, yang benci2 kemudian jatuh suka. Lila Vee yang berumur 17-20an tahun dulu mungkin akan suka dan lila tak pelik bila cerita ni ramai pembaca muda di wattpad yang suka. Cuma mungkin faktor usia menjadikan novel/cerita sebegini bukan lagi secawan teh yang Lila perlukan.
Apa pun, percubaan yang baik daripada Waniel, semoga tak jemu berkarya dan terus menambahbaik mutu penulisan.
1. Kisah FL, Aqirah yang terpaksa menjadi pembantu rumah keluarga FL, Syakir untuk membayar ganti rugi. Aqirah seorang yang baik hati, funny, pemaaf. Syakir pulak typical malay hero, cold but care. End up Syakir fall in love dengan Aqirah. 2. Aku team Syah dalam buku ni. Paling suka watak Syah. Baik, handsome, dah la drummer. Memang taste akulah. Sorry Syakir 😆 3. Part yang aku tak puas hati sikit penulis tulis relationship Aqirah & Syakir ni macam one sided. Syakir je yang tunjuk effort dari awal cerita sampai akhir. 4. Storyline agak cliche tapi aku suka gaya penulisan penulis, santai dan ada elemen lawak. Penat asyik nak tergelak je. It's very good for a first novel. 5. Actual rating: 3.7/5
Cerita ni typical malay drama. Lebih kurang macam trope suami aku paling sweet. Perempuan tu jadi org gaji (tapi alasan dia lain la) lelaki tu majikan dia. Boleh layan la untuk novel first. Congrats waniel! Memang santai jalan cerita, konflik pon yang biasa typical drama punya. Kalau aku jumpa org macam syakir ni memang out of list la dia ni.
Alhamdulillah tamat 1.00pm. Best sangat novel ni. Sweet je si Shark ni. Cuma tak berkenan dia tak bagi Aqirah jelaskan perkara sebenar. Bila dah jadi baru menyesal. Padan muka kau ikan jerung. Karya pertama penulis. Mana tau la kan lps ni nak buat novel pasal Syah pulak. Apa2 pun terus berkarya ye dan saya tunggu novel yg seterusnya 😊
Ok first nak cakap cover buku so cantikk, it’s accurate with ml’s fav music instrument and the masquerades theme memang onz tapi geram kenapa baju that lady purple? should be grey i guess 🧐
Radz Aqirah. Seorang gadis berusia 24 tahun yang ingin mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliki dalam bidang akaun. Tetapi tidaklah disangka disebabkan satu insiden Aqirah telah diikat perjanjian selama 4 bulan untuk bergelar pembantu rumah di Vila Bahagia.
Syakir Iman. Seorang yang digelar The most dashing eligible bachelor di pejabatnya dan juga majikan kepada Aqirah di Vila Bahagia. Nampak je dingin dan kurang bersosial di pejabat tapi bila sampai ke rumah membuli Aqirah untuk membuatkan kopi adalah hobi baginya!
Perjanjian 4 bulan Aqirah nampak mudah lebih-lebih lagi kewujudan adik-adik kepada Syakir iaitu Syakirah, Syah dan si cilik ZIZI yang bawa pelangi dalam hidupnya. Tetapi pada hari terakhir dia menjalankan tugas, pergelutan berlaku antara dia dan Syakir. Syakir tidak percayakan Aqirah? Benarkah Aqirah yang bersalah? ha nak tau pi baca. . tbh, saya sebenarnya mengharapkan Syah as ml taktau kenapa tapi chemistry Syah & Aqirah macam more daripada Syakir & Aqirah.
Macam rushing sikit part last tu sebab sekali gus Syakir nak minta maaf dan luah perasaan. Tapi cara dia melamar paling best! One in a million 🫵🏼
ngl, saya suka jalan cerita and also the plot twist sebab issa light conflict walaupun bengang jugak dengan Syakir sebab ttbe nak attack Aqirah 😤 issa recommended guys! korang akan jatuh cinta dengan kecomelan Zizi haha 😆
p/s disebabkan Syakir tu Aqirah punya, saya nak minta Syah boleh tak 👉🏼👈🏼
if you’re in a book slump, you might want to read dear aqirah. i would say not bad for a first timer. light content filled with banter and grovel. even tho syakir might be a red flag but damn, he’s definitely a green flag when he’s married. for the weak girls out there, y’all gotta learn from aqirah.
“Kadangkala kau kene lawan. Jangan mudah maafkan orang. If they owe you an apology, make them beg for your forgiveness.” - Syakir
oh my. ok first of all, congrats to waniel for publishing this book. okay done mukadimah. disebabkan ini buku first waniel, yang diambil dari wattpad pulak tu, jadi saya tak nak la berkasar sangat dalam review ni.
plot cerita ada scene ii yang a bit draggy la for me. and ada unnecessary scene jugak. but its for ✨ pencukup rasa ✨ so i accept it HAHAHAH. and gaya penulisan waniel saya salutee. sebab dari gaya penulisan, boleh nampak orang tu jenis macam mana. dari first impression ke reality hits different 😂.
the first half is a bit boring for me. but the second half is cuteeee. start daripada syakir bagi hadiah birthday kat qirah tu, ha dah start dah comel ii nye tu HHAHAHAG.
*this is on total on what i dislike in this book, beware* jujur, saya tak suka sangat trope yang ada dalam buku ni. dah la love tringle ( saya tak suka dah ) pastu antara adik beradik pulak tu. ha memang kene bertaubat sikit aa. dia cam, what on earth is this 🥲 and then masa scene syakir marah qirah kat balcony tu lagi. rasa cam ee sumpah nak masuk nak hempuk si shark mengganas ni. and scene truth or dare masa part syah tu. nooooo. it makes things awkward tho 😭 give justice to syah. i dont know la. dia sebab syakir salah, syah yang kene ( means in this, syah yang ada masa qirah down tu ). pastu syakir pulak menang. sumpah tak adil untuk syah.
and then, this is a bit absurd la but aqirah terlampau banyak nangis. sorry tho but annoying 😭🙏🏻 dia cam, sikit ii sudah la. lebih ii sape nak layan. the way this book is 80% about aqirah's chaotic hopeless romantic life, its annoyed me. like, girl its just a crush, dont put your hope up setinggi gunung ganang for a crush please. you have to expect the unexpected. nak broken boleh tapi jangan la sampai nangis macam hilang suami. (okay part ni mungkin cam tiber sikit. mungkin sebab saya ni jenis senang move on so i dont know how'd people in this situation handle it) its up on people's feeling. but this is my opinion only. last, saya bukan penggemar words of affirmation. i dont want to discuss pape kat sini. cukup la sampai situ.
typo takyah cakap la. dah kalau terbitnya sesebuah buku itu dibawah fajar pakeer, kita memang kene expect aa typo dia tu memang hebat sikit. i dont blame the author. i blame fp for this. rasanya kalau buku terbit kat wattpad pun, typo dia takde la maha dasyat macam ni.
ok tu je. last, congrats on you waniel. may you fly higher with your next book.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Perjalanan hidup Aqirah berubah bila berjumpa dengan Syakir. Belajar tinggi-tinggi, tapi dipelawa Syakir kepada Aqirah kerja sebagai orang gaji. Jatuh suka ke mereka? Oh tidak guys. Bergaduh aje kalau bertentang mata. Dari situ juga, Aqirah mula berkawan dengan Shah, adik Syakir. Berbeza ye perwatakan dua beradik ni. Jadi Aqirah end up dengan siapa?
*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐
Ad officially jatuh cinta dengan buku-buku from Waniel. Tak main eh bodek ni tulus dari hati 😏 Storyline menarik, watak menarik, penulisan senang faham, conflict best, banter tertarik, manis? Fuh Ad lurve.
Waniel kata jarang orang kata Syakir cute, but for me YES CUTE 🫶🏻 yes, dia annoying at first but dimaafkan sebab changes dia we lurve 😍 ha dari gaduh terus pickupline aje keluar dari mulut tu.
How about Shah? Dia kelakar and suka bagi pickupline juga. Ish pening lah adik abang ni. Macam Ad yang tersepit nak choose mana satu 🤣 *imagined ada kat tempat Aqirah sat* 🤔🤭
Dear Aqirah (DA) is a page-turner in its own way!!
I suka sangat sangat dengan semua watak dalam DA. Daripada Aqirah dan Syakir kepada Syah kepada Zizi dan Syakirah, keluarga mereka hinggalah kepada Pika dan kawan-kawan Aqirah yang lain. Semuanya ada function masing-masing dalam menggerakkan plot cerita. LURVE!!
Syakir ni... Haih. Sudahlah kacak, hot pula. Suka sangat sebab dia sweet2 dengan Aqirah je <8 COMELL.
And I love Aqirah so very much. She's not your typical submissive type of pembantu rumah. Dia tak ikut arahan Syakir secara melulu, tapi dalam masa yang sama, dia still hormat Syakir sebagai tuan rumah. I love her energyyyyyyy!! And comel sangat tau banter diorang berdua.
AND SYAH. Man is legit a walking green flag. Zizi jangan ditanyalah, sangat menarik ya si kecil ni. Boleh pulak dia ajak Aqirah kahwin aduhaiiii. Hubungan antara Aqirah dengan Syakirah pun comel jerpss.
Ringkasnya, saya suka Dear Aqirah! Storyline and plot-wise memang agak cliche, tapi sesuatu tentang penulisan Waniel yang membuatkan cerita ini sangat enak untuk dibaca. Tahniah Waniel, semoga terus berkarya <8
Dah aim buku ni lama sbb dah baca time kat wp dulu, personally suka dgn watak aqirah ni, dia santai pastu kata² yang keluar tu mmg spontan lah jadinya 😂 watak zizi dalam ni aduh cannot lah comel sgt 🤧 pape pun saya tetap sedih dgn Syah..mcm tu je hubungan dia dgn aqirah renggang😔