Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awang Vampiro

Rate this book
Tika malam melabuhkan tirai... dia muncul. Kemunculannya mengundang misteri... misteri yang perlu dibongkar sejarahnya. Siapa dia sebenarnya? Pemburu... pemangsa... atau penyelamat? Jika dia pemburu... ya... sememangnya dia pemburu yang hebat. Penyamaran demi penyamaran membenihkan kepuasan yang mutlak bagi dirinya. Darah... kerana darah dia dimomokkan sebagai pemangsa yang kejam. Tiap titis darah yang mengalir bagaikan satu nikmat hingga sukar untuk diungkapkan dengan kalimah. Darah diumpamakan tenaga kehidupannya. Kerana semangat juang pahlawan Melayu begitu muncah di jiwa, dia mempertahankan bumi Melaka tercinta. Bersama Kasturi dia bermati-matian menegakkan kegemilangan Melaka. Dan bermula dari titik inilah lakaran sejarah seorang vampiro bermula. Dari seorang hamba... dia belayar, menjelajah serta meneroka keseluruh pelosok dunia. Namun matlamatnya hanya satu... umat manusia perlu diselamatkan.

537 pages, Paperback

First published April 1, 2008

Loading...
Loading...

About the author

Nizam Zakaria

9 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (43%)
4 stars
22 (33%)
3 stars
13 (20%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews30 followers
December 15, 2012
Saya mulakan ulasan novel saya ini dengan kenyataan berikut ini. Jika saya perlu membuat senarai 10 buah novel Melayu terbaik kontemporari,novel Awang Vampiro (AV),hasil tulisan Nizam Zakaria ini akan saya senaraikan di dalamnya! AV mengisahkan Awang,seorang pemuda daripada Melaka yang menjadi tawanan perang Portugis. Dirinya dijadikan hamba dan terpaksa mengikuti tuannya mengembara. Di satu peristiwa,dia dijadikan 'vampire' atau vampiro,makhluk yang mendahagakan darah untuk terus hidup,oleh Cassius. Selain mempunyai kekuatan yang luar biasa,Awang juga mampu untuk hidup lama sehingga beratus-ratus tahun lamanya. Sepanjang menjadi teman kepada Cassius,dia mendapat tahu bahawa terdapatnya ancaman dari golongan Daevas dan Frere Macon yang cuba mencapai agenda jahat mereka di bumi. Tanpa disangka-sangka,permusuhan antara vampiro (dengan bantuan Illuminati) dan Daevas ini bukannya sebuah konflik yang biasa. Ketahuilah kisah selanjutnya dengan membaca novel yang hebat ini!
AV merupakan sebuah novel yang bertemakan 'vampire' berbahasa Melayu yang pertama saya baca. Sepanjang pengetahuan saya,AV juga merupakan satu-satunya novel berbahasa Melayu pada ketika ini yang pernah dihasilkan bertemakan 'vampire'(betulkan kenyataan saya ini jika saya salah di ruangan komen di bawah) di Malaysia. Bukan itu saja,AV juga boleh dikategorikan sebagai sebuah novel sai-fi (fiksyen sains) atau 'science-fiction'. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kaitan antara vampiro dan fiksyen sains di dalam novel ini? Dapatkan jawapannya di dalam AV!
Secara keseluruhannya,saya amat berpuas hati dengan gaya persembahan novel AV ini. AV mempunyai plot dan jalan cerita yang menarik (dan kadang-kala mengejutkan). Bahasa yang digunakan juga berjaya disusun dengan baik,lantas proses pembacaan dan pemahaman tidak mempunyai masalah besar serta lancar. Saya juga berfikir penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam ilmu sejarah dunia dan Malaysia. Penulis juga membahagikan novel ini kepada empat (4) bahagian yang dipanggil Buku I,Buku II,Buku III dan Buku IV. Di dalamnya,penulis berselang-seli menggunakan gaya penceritaan perspektif orang pertama dan ketiga dalam penceritaan (naratif). Terdapat beberapa fakta sejarah yang boleh dipelajari di dalam AV kerana penulis ada menyelitkan beberapa fakta sejarah berkaitan di dalam penceritaan novel ini.
Terdapat unsur homoseksualiti di dalam novel ini. Namun,unsur ini tidaklah melampaui batas seperti mana yang sering terdapat di dalam beberapa novel FIXI. Sebagai contoh,terdapat adegan di mana Cassius (seorang lelaki) mencium Awang untuk memberikannya darah untuk diminum! (Buku 1,muka surat 90). Penulis juga tidak 'segan-silu' untuk menggambarkan sesuatu walaupun jika dibaca,ganas dan kejam sifatnya (gore and vivid).
Sesungguhnya,AV ini sebuah novel yang tidak mengecewakan. Novel ini saya sarankan kepada mereka yang berminat dengan novel yang bertemakan 'vampire' dan sains-fisyen. Dengan harga hanya RM19,nilai novel AV ini lebih bernilai daripada harganya!
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
December 23, 2012
Pada sesiapa yg meminati siri Twilight @ Vampire Diaries (VD)...boleh la layan novel nie...
Novel nie mempunyai 4 buku yg ada terkandung beberapa bab di dlmnya...
Buku awal menceritakan perihal watak utama Awang semasa Portugis dtg serang Melaka...& bgaimana Awang yg bertukar menjadi Vampiro...watak Vampiro dalam bab awal adalah Cassius..(proses penukaran ni memerlukan Awang mati terlebih dahulu...sperti VD...) dalam buku ini banyak di ceritakan hal2 sejarah berkaitan Portugis & Sepanyol berlayar mencari laluan rempah...cuma kekdang aku terfikir betul ke sejarah yg di paparkn penulis ni @ ianya sekadar imaginasi penulis shj...
Buku 2 - menceritakan perihal Damak...& pembaca akan terkejut bila di dedahkan siapa Damaknya sbnrnya...

novel ni memerlukan penumpuan yg tinggi gak sbb penulis banyak menggunakan "imbas kembali"...almaklumla ada mesin merentas masa...pada mulanya Awang di tugaskan untuk mencari Vampiro terawal iaitu Tiresias..kmudian tugasan seterusnya lak untuk menghalang Ahriman dari muncul kembali ke dunia...watak Ahriman nie leh dikatakan watak jahat dlm novel ni...ke2-2 watak ini sebenarnya ada perkaitan antara 1 sma lain...

ada juga watak2 toyol, pontianak, pelesit dll...anda tentu terkejut bila tau siapa sebenarnya Siti Nurhanim nnt...watak Siti Nurhanim merupakan seorang penyanyi dari Singapura tp berpindah ke Pahang...merupakan penyanyi terkenal Malaysia pd masa tu...yg kelakarnya mcm ada kaitan ngan penyanyi no.1 kita skrang nie...dlm novel nie...Siti dikatakan bergaduh ngan Faridah Aini berkaitan fitnah yg dilemparkan oleh Faridah Aini..
Profile Image for Sha Mohamed.
2,575 reviews1 follower
December 24, 2022
Sha baca di aplikasi Cereka..
Pengembaraan yang menarik namun macam tergantung.. Awang bertemu dengan Aliya dan kemudian menceritakan asalnya hinggalah saat kematian Tiresias..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books111 followers
March 17, 2014
tarik nafas.... sememangnya satu novel yang amat unik, kompleks dan membingungkan.. jika tidak dihayati sedalamnya. akal masih tak dapat nak berfikir macam mana nak mereviewnya.
di awalan, sedikit dikisarkan aliya, seorang gadis yang bertemu dengan awang yang mahu membawanya ke satu tempat yang lain dan dapat membantu manusia dengan kuasa istimewanya. diceritakan juga bagaimana aliya dijadikan vampiro..
seterusnya, bermulanya kisah sejarah.. penulis bijak memasukkan fakta-fakta sejarah di dalam ceritadan juga terselit watak2 sejarah seperti leonardo dan abdullah. secara kesimpulan dari awal dikisahkan bagaimana munculnya watak2 utama seperti awang, damak@kasturi, aliya, rashid dan pembantu2nya eva dan ivana. ada juga diceritakan bagaimana awang boleh melepak dengan pontianak (hehe... best kan?) yang akhirnya dipakukan dileher lalu menjadi wanita cantik bernama hanim.
di hujung2 buku banyak kesimpulan yang dapat menerangkan apa fungsi mereka. apa yang diperjuangkan. seperti ada dua dunia selari, satu yang diselamatkan dan satu yang menyelamatkan...
kalau tak menghayati dan tak fokus memang pembacaan akan tersasar. banyak teknik flashback tanpa disedari dan akhirnya pembaca sebenarnya dapat simpulkan kisah di penghujung pembacaan. banyak isi, banyak sejarah dan fakta dan banyak permainan emosi sepanjang nak menamatkan novel ni. ku suka buku ni.
Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews12 followers
June 16, 2026
Buku ini mempunyai banyak Part di apps Cereka dan dalam bentuk fizikal pula, ia memang sebuah buku yang tebal. 😅

Bagi aku, Part pertama merupakan bahagian yang paling menarik kerana mengandungi unsur sejarah yang diadun dengan baik. Aku memang suka bagaimana fakta dan latar sejarah disampaikan sehingga berjaya membuatkan aku terus membaca.

Namun, apabila masuk ke Part seterusnya, rentak cerita mula menjadi perlahan. Vibenya mengingatkan aku kepada Twilight dan ada beberapa bahagian yang terasa terlalu panjang serta sedikit meleret. Disebabkan itu, emosi aku sepanjang membaca lebih kepada, "cepatlah habis, aku dah nak give up ni." 😅

Secara keseluruhannya, aku beri rating 4/5, terutamanya kerana bahagian sejarah yang berjaya menarik minat aku. Kalau bukan kerana elemen itu, mungkin pengalaman membaca aku tidak akan sama.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
February 14, 2013
1511, Feringgi menggempur bumi Melaka dan peristiwa itulah titik permulaannya. Hidup semula hasil sebahagian daripada makhluk yang telah membunuh kejam seluruh keluarga dan sahabatnya adalah sesuatu yang tak terfikirkan oleh Awang. Sejak itu api dendam terhadap Cassius menjulang dalam diri Awang agar suatu hari nanti kematian keluarganya terbela apatah lagi dengan kuasa yang baru dimiliki. Namun kebergantungan Awang terhadap Cassius membuatkan hasrat awal kian padam setelah tanggungjawab untuk meneruskan misi menyelamat umat manusia tergalas dipundakya kini. Dalam pada itu, kemunculan semula Kasturi sebagai Damak sekaligus mengubah hubungan persahabatan antara mereka yang pernah terjalin teguh suatu ketika lampau.

Kejayaan Awang dan sekutunya menghasilkan mesin merentas masa akhirnya berjaya menemukan Aliya sebagai orakel pengganti Tiresias iaitu seorang vampiro paling berkuasa. Perubahan sejarah yang didalangi golongan Daevas memaksa kumpulan vampiro terutamanya Awang dan Aliya memikirkan penyelesaian baru untuk mengubah kembali titik sejarah demi menjamin kesejahteraan masa depan umat manusia. Maka Ahriman harus dimusnahkan sebelum sempat bersenyawa bersama Kira dan ratu-ratu lain yang menantikan kebebasannya ke bumi. Untuk itu hanya Damak yang mampu membunuh Ahriman dan pada masa yang sama Damak juga harus mati di tangan Awang.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,626 reviews40 followers
July 22, 2018
Awang Vampiro, ini satu lagi karya yang boleh buat anda terhibur, bukan dibuai perasaan kasih rindu dendam. Of course la, ia bukan novel cinta. Bagi saya episod-episod dalam buku ini sangat 'graphic' walaupun tak ada gambar, penulis ini begitu bijak membayangkan imej yang jelas untuk kita lebih menghayati kisah pengembaraan Awang Vampiro. Paling tak boleh nak lupa part yang Kasturi kena siat dengan Cassius. Ngeri babe. Ohh iya, sampai havis Cassius masih di bawah nun kan?

Betul, kalau ada masa baca lah buku ni. Unik. Cumanya, dah dekat nak ending tu, ada pening sikit, babak time travel di merata lokasi, banyak sangat aksi thriller pun iya juga.
Profile Image for astread.
83 reviews7 followers
January 2, 2023
Macam tengah baca movie twilight hahaha. First time baca di app Cereka. Tak pasti cerita tergantung atau ada lagi version lain. Best !!!
Profile Image for Far.Zana25.
147 reviews1 follower
June 12, 2026
˖ ݁𖥔┆27 𐙚 5/5 ⭐┆𖥔 ݁˖

- ᴀᴡᴀɴɢ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ -

๑ ᴘᴇʀsᴏɴᴀʟ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ๑

ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ᴛᴇʙᴀʟ sʙʙ ᴀᴅᴀ 3 ʙᴜᴋᴜ ʀᴜᴘᴀɴʏᴀ ᴅɪ ᴄᴇʀᴇᴋᴀ ᴀᴘᴘ. ᴊᴀᴅɪ, ʙɪʟᴀ ᴅɪᴊᴀᴅɪᴋᴀɴ ʙᴜᴋᴜ ғɪᴢɪᴋᴀɴ.. ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ɢᴀʙᴜɴɢᴋᴀɴ sᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ ᴊᴀᴅɪ 1 ʙᴜᴋᴜ. ᴛᴏᴛᴀʟ ᴘᴀɢᴇs ᴀᴅᴀ 500+.

ᴀǫ ᴍᴜʟᴀᴋᴀɴ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʙᴜᴋᴜ sᴀᴛᴜ. ᴘᴇʀᴍᴜʟᴀᴀɴɴʏᴀ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ᴋɪsᴀʜ ᴛʀᴀɢɪs sɪ ᴀᴡᴀɴɢ ᴅɪʙᴀɴᴛᴜ ᴏʟᴇʜ ᴋᴀsᴛᴜʀɪ sᴇʙᴀɢᴀɪ ᴡᴀᴛᴀᴋ ᴘᴇɴᴛɪɴɢ ᴋᴇᴅᴜᴀ. ʟᴀᴛᴀʀ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴘᴇɴᴜʟɪs ᴍᴇɴᴄᴇʀɪᴛᴀᴋᴀɴ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ᴋɪsᴀʜ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ɴɪ sᴇᴡᴀᴋᴛᴜ ᴢᴀᴍᴀɴ ᴋᴇsᴜʟᴛᴀɴᴀɴ ᴍᴇʟᴀʏᴜ ᴍᴇʟᴀᴋᴀ ʏᴀɴɢ ᴘᴀᴅᴀ ᴍᴜʟᴀɴʏᴀ ɪɴᴅᴀʜ ᴛᴀᴘɪ ʙɪʟᴀ ᴅᴀᴛᴀɴɢɴʏᴀ ᴘᴇɴᴊᴀᴊᴀʜ ᴘᴏʀᴛᴜɢɪs.. ɪᴛᴜʟᴀʜ ᴛɪᴛɪᴋ ᴘᴇʀᴍᴜʟᴀᴀɴ ᴀᴡᴀɴɢ ᴅɪᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ & ʜɪᴅᴜᴘɴʏᴀ ʙᴇʀᴜʙᴀʜ 360°.

ᴅᴀʀɪ ɴᴀᴍᴀ ᴀᴡᴀɴɢ ʙᴇʀᴛᴜᴋᴀʀ ᴋᴇ ᴇɴʀɪǫᴜᴇ. ɴᴀᴍᴀ ᴅɪʙᴇʀɪ ᴏʟᴇʜ ғᴇʀɴᴀᴏ sɪ ᴋᴀᴘᴛᴇɴ ᴋᴀᴘᴀʟ ᴘᴏʀᴛᴜɢɪs. ᴛᴜɢᴀsɴʏᴀ ɪᴀʟᴀʜ ᴍᴇɴᴇʀᴏᴋᴀ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ² ʏɢ ʙᴏʟᴇʜ ᴅɪᴊᴀᴅɪᴋᴀɴ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴊᴀᴊᴀʜᴀɴ ʙᴇʟɪᴀᴜ. ᴏғᴄʟᴀʜ ᴋᴇᴊᴀᴍ sʙʙ ᴅɪᴀ ʙᴜɴʜ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ ᴀᴡᴀɴɢ ᴛᴀᴘɪ sʙʙ ᴅɪᴀ ɴᴍᴘᴋ ᴀᴡᴀɴɢ ɴɪ ɪsᴛɪᴍᴇᴡᴀ ᴊᴀᴅɪ ᴅɪᴀ ᴛᴇʀsᴇʟᴀᴍᴀᴛ ᴛᴀᴘɪ ᴛᴜʟᴀʜ ᴅɪᴀ ᴋᴇɴᴀ ʙᴇʀᴋʜɪᴅᴍᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ғᴇʀɴᴀᴏ.

ᴄᴀssɪᴜs. sɪᴀᴘᴀ ᴅɪᴀ? ᴅɪᴀ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ (ᴠᴀᴍᴘɪʀᴇ) ʏɢ ᴛᴇʟᴀʜ ʜɪᴅᴜᴘ ᴅᴀʀɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ᴍᴇsɪʀ ᴘᴜʀʙᴀ ᴅᴜʟᴜᴋᴀʟᴀ, ʏɢ ᴢᴀᴍᴀɴ ғɪʀᴀᴜɴ ᴛᴜ sᴇᴍᴜᴀ. ᴀsᴀʟɴʏᴀ ᴏʀɢ ʙɪᴀsᴀ ᴛᴀᴘɪ ʙᴇʀᴛᴜᴋᴀʀ ᴊᴀᴅɪ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ.

ᴄᴜᴛ ɪᴛ sʜᴏʀᴛ, ʙᴜᴋᴜ sᴀᴛᴜ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴛɴᴛɢ ᴍᴄᴍ ᴍᴀɴᴀ ᴀᴡᴀɴɢ ɴɪ ᴍᴇɴᴊᴇʟᴀᴊᴀʜ ᴅᴜɴɪᴀ & ᴘᴜɴᴄᴀ ᴅɪᴀ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ.

ᴀǫ sʟᴏᴡ sɪᴋɪᴛ ʙᴀᴄᴀ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ sʙʙ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀᴀsᴀɴ ᴘᴜɴ ʏɢ ᴄᴇʀᴇᴋᴀ ɢᴀʙᴜɴɢᴋᴀɴ ᴛɪɢᴀ ʙᴜᴋᴜ ᴊᴀᴅɪ sᴀᴛᴜ 😂. ʟᴇᴘᴀsᴛᴜ ᴀǫ ʙᴀᴄᴀ sʟᴏᴡ ᴋᴀʟɪɴɪ sʙʙ ʙᴀɢɪ ᴀǫ ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴅɪᴀ sɢᴛ ᴅᴇᴛᴀɪʟ ᴅᴀʀɪ sᴇɢɪ ʙᴀʜᴀsᴀ, ɴᴀᴍᴀ² ʏɢ ᴅɪᴘɪʟɪʜ ᴛᴜ sᴇᴍᴜᴀ ʙᴇʀᴅᴀsᴀʀᴋᴀɴ ᴋɪsᴀʜ ʙᴇɴᴀʀ & ᴛᴜᴋᴀʀ sɪᴋɪᴛ² ᴊᴇ, ʟᴀᴛᴀʀ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ, ᴛᴀʜᴜɴ² & ᴋᴇᴊᴀᴅɪᴀɴ ʏɢ ᴅɪᴘɪʟɪʜ ᴛᴜ sᴇᴍᴜᴀ ᴘᴇʀɴᴀʜ ʙᴇʀʟᴀᴋᴜ sᴇᴡᴀᴋᴛᴜ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ᴅᴀʜᴜʟᴜ ᴊᴀᴅɪ ᴇɴᴛᴀʜʟᴀʜ ᴋᴇɴᴀᴘᴀ ᴘᴇʀᴀsᴀᴀɴ ᴀǫ ᴍᴀsᴀ ʙᴀᴄᴀ ɴɪ sᴇᴘᴇʀᴛɪ ᴍᴜʟᴀ ʀᴀsᴀ ʙᴇɴᴅᴀ ɴɪ ʀᴇᴀʟ😭😂. ʜᴇʙᴀᴛ ʙᴇᴛᴜʟ ɪᴍᴀɢɪɴᴀsɪ ᴀǫ ɴɪ ᴇᴋ 🤣🤣.

sᴇᴛᴇʀᴜsɴʏᴀ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ʙᴜᴋᴜ ᴋᴇᴅᴜᴀ. ᴍᴀsᴀ ɴɪ ᴀᴡᴀɴɢ ᴅᴀʜ ᴍᴜʟᴀ ʀᴀᴘᴀᴛ ᴅɢɴ ᴄᴀssɪᴜs ᴅᴀɴ sᴇᴛᴇʀᴜsɴʏᴀ sʟᴏᴡʟʏ ᴅᴇᴠᴇʟᴏᴘ ᴅɪʀɪ ᴅɪᴀ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ ʏɢ ʜᴇʙᴀᴛ. ʟᴇʙɪʜ ʜᴇʙᴀᴛ ᴅᴀʀɪ ᴄᴀssɪᴜs.

ᴛᴀᴘɪ, ᴘᴀᴅᴀ ᴘᴀɴᴅᴀɴɢᴀɴ ᴀǫ.. ʜɪᴅᴜᴘ ᴀᴡᴀɴɢ ɴɪ sᴇᴘɪ. ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴅɪᴀ ᴍᴀᴛɪ ʜɪᴅᴜᴘ sᴇᴍᴜʟᴀ sᴇʙᴀɢᴀɪ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ ᴅᴀɴ ᴀᴅᴀ ᴋᴜᴀsᴀ ʏɢ ᴘᴇʟʙᴀɢᴀɪ.. ʜɪᴅᴜᴘ ᴅɪᴀ ᴛᴇᴛᴀᴘ sᴇᴘɪ. ʙᴀʏᴀɴɢᴋᴀɴ ᴜᴍᴜʀ ᴋᴀᴜ ᴍᴍɢ ʙᴏʟᴇʜ ʜɪᴅᴜᴘ ʙᴇʀɪʙᴜ ᴅᴀɴ ᴍᴀʜᴜ ʙᴇʀᴊᴜᴛᴀ ᴛᴀʜᴜɴ ᴊᴀᴅɪ ʙᴏʟᴇʜ ᴊᴜɢᴀ ʙᴏsᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴀɴᴛᴀɴɢ ᴛᴀᴋ ʙᴏʟᴇʜ ᴋᴇɴᴀ ᴄᴀʜᴀʏᴀ ᴍᴀᴛᴀʜᴀʀɪ ɴʏᴀ ʟᴀɢɪ.

ᴜɴɪᴋɴʏᴀ ᴜᴛᴋ ᴀᴡᴀɴɢ sʙʙ ᴅɪᴀ ᴛᴀʜᴜ ᴅɪᴀ ᴘᴇʀʟᴜ ʙᴇʀsɪᴀᴘ sᴇᴅɪᴀ ᴜᴛᴋ ᴍᴇɴɢᴜʙᴀʜ ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ʙᴜᴍɪ ɴɪ ɴᴀɴᴛɪ ᴅᴀʀɪᴘᴀᴅᴀ sᴇʀᴀɴɢᴀɴ ɢᴏʟᴏɢᴀɴ ᴅᴀᴇᴠᴀs.

ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ ɪʙᴀʀᴀᴛ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ ʏɢ ɴᴀᴋ ᴋᴀᴛᴀ ʙᴀɪᴋ ᴛᴀᴋ ʙᴀɪᴋ ʙᴇʀʟᴀᴡᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴅᴀᴇᴠᴀs ʏɢ sᴇᴍᴇᴍᴀɴɢɴʏᴀ ᴊᴀʜᴀᴛ ᴅᴀɴ ɪʙᴀʀᴀᴛ ᴀʟɪᴇɴ ʏɢ ɴᴋ ʀᴏsᴀᴋᴋᴀɴ ʙᴜᴍɪ ᴅᴀɴ ᴍᴇɴɢɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ᴍᴀɴᴜsɪᴀ ᴜᴛᴋ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴍᴇᴍʙɪᴀᴋ.

ʜᴍᴍ ᴀǫ ʀᴀsᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴅɪᴀ ᴀɢᴀᴋ ᴍᴇʟᴇʀᴇᴛ ʟᴀʜ ᴅᴀɴ ᴍᴀʏʙᴇ ᴘᴇɴᴜʟɪs ʙᴏʟᴇʜ ᴄᴜᴛ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴘᴀʀᴛ.

ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴜᴋᴜ ᴋᴇᴛɪɢᴀ (ᴛᴇʀᴀᴋʜɪʀ), ɴɪ ᴘᴀʀᴛ ᴜᴛᴋ ᴀᴡᴀɴɢ ᴍᴇɴᴊᴀʟᴀɴᴋᴀɴ ᴍɪsɪ ᴅɪᴀ ᴍᴇɴʏᴇʟᴀᴍᴀᴛᴋᴀɴ ʙᴜᴍɪ ᴅɪʙᴀɴᴛᴜ ᴏʟᴇʜ ᴀʟɪʏᴀ (ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ ᴏʀᴀᴄʟᴇ), ʟɪʟɪᴛʜ, ʀᴀsʜɪᴅ, ᴅᴀᴍᴀᴋ (ᴋᴀsᴛᴜʀɪ) & ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ʟᴀɢɪ ᴏʀɢ ᴠᴀᴍᴘɪʀᴏ sᴇʀᴛᴀ sᴀɪɴᴛɪs ɪʟʟᴜᴍɪɴᴀᴛɪ.

ʏᴀ, ᴘᴇɴᴜʟɪs ʙɴʏᴋ ɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ғᴀᴋᴛᴀ² ᴋᴏɴsᴘɪʀᴀsɪ sᴇᴘᴇʀᴛɪ ɪɴɪ ʏɢ ᴛᴜʟᴀʜ sʙʙɴʏᴀ ᴀǫ ʀᴀsᴀ ᴍᴄᴍ ʙᴇɴᴅᴇ ɴɪ ʀᴇᴀʟ😂. sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛᴇʀʙᴀʏᴀɴɢʟᴀʜ ᴋʟᴜ ʙᴇɴᴅᴇ ɴɪ ʙᴇᴛᴜʟ² ʙᴇʀʟᴀᴋᴜ. ɪsʜ😭😂.

ᴏᴋᴀʏ ᴜᴛᴋ ʙᴜᴋᴜ ᴋᴇᴛɪɢᴀ ɴɪ ᴀǫ ʀᴀsᴀ ʟᴀᴊᴜ sɪᴋɪᴛ ᴛᴀᴘɪ x ᴘᴜᴀs ʜᴀᴛɪ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴇɴᴅɪɴɢɴʏᴀ. ᴛᴀᴍᴀᴛ ᴛᴀᴘɪ sᴇᴘᴇʀᴛɪ ᴛᴇʀɢᴀɴᴛᴜɴɢ.

ᴀᴅᴀ ᴊᴜɢᴀ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴍᴜᴋᴀ sᴜʀᴀᴛ ʏɢ ᴀᴅᴀ ᴀʏᴀᴛ ʙᴇʀᴜʟᴀɴɢ ᴅᴀɴ sᴀᴛᴜ ᴍᴜᴋᴀ sᴜʀᴀᴛ ᴀʏᴀᴛ ᴛᴇʀɢᴀɴᴛᴜɴɢ. ʜᴀʀᴀᴘ ᴄᴇʀᴇᴋᴀ ʙᴏʟᴇʜ sᴇᴍᴀᴋ sᴇᴍᴜʟᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴄᴇᴛᴀᴋᴀɴ ʙᴜᴋᴜ sᴇᴛᴇʀᴜsɴʏᴀ. ɴᴀɴᴛɪ sᴀʏᴀ ᴀᴋᴀɴ ᴘᴍ ᴄᴇʀᴇᴋᴀ ᴜᴛᴋ ʙᴀɢɪᴛᴀᴜ ʜᴇʟᴀɪᴀɴ ᴍᴀɴᴀ ʏɢ ʙᴇʀᴜʟᴀɴɢ ᴛᴜ.

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ ʙᴇsᴛ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ! ᴘᴇɴɢᴇᴍʙᴀʀᴀᴀɴ ʏɢ ʟᴜᴀʀ ʙɪᴀsᴀ sʙʙ ᴀǫ ᴛᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ʟᴀɢɪ ᴊᴜᴍᴘᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴍᴄᴍ ɴɪ. ᴛᴀʜɴɪᴀʜ ᴘᴇɴᴜʟɪs! ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴊᴜɢᴀ ᴄᴇʀᴇᴋᴀ ᴀᴘᴘ ᴜɴᴛᴜᴋ ɴᴀsᴋʜᴀʜ ɪɴɪ❤️

#AwangVampiro #NizamZakaria #cerekaapp #farzreads #bookreview
Profile Image for Casper Judati.
75 reviews2 followers
August 25, 2024
Sebuah cerita gabungan fantasi dan sejarah dimana kisah ‘vampire’ dan zaman Melaka dijajah Portugis menjadi tema. Novel dari Nizam Zakaria ini adalah hasil tulisannya yang pertama saya baca.

Awang atau namanya dikenali dunia sebagai Enrique manusia pertama berlayar mengelilingi dunia adalah watak utama dalam cerita ini. Dikisahkan bagaimana perjalanan Awang daripada manusia biasa sehingga bertukar menjadi ‘vampire’.

Pembaca perlu fokus untuk memahami kerana terdapat banyak fakta sejarah dan teknik imbas kembali di dalam jalan cerita.

Cuma pendapat peribadi saya, jalan ceritanya sedikit meleret. Namun tidaklah membuatkan saya terasa bosan. Susunan dan gaya bahasa mudah difahami.

Paling mengerikan adalah di bahagian babak kulit watak bernama Kasturi di siat-siat sampai mati. Terbayang-bayang ketika saya membacanya. Dan sedikit lucu ketika babak Awang berbual bersama pontianak di dahan pokok.

Kemudian watak Damak dimana bagi saya itu adalah plot ‘twist’ yang mengejutkan. Begitu juga dengan watak Hanim. Imaginasi penulis memang tinggi.

Keseluruhan untuk novel ini bagus dan sedap dibaca. Dan saya sarankan kepada pembaca yang meminati genre ini untuk mencari novelnya.

Profile Image for Mirul.
48 reviews6 followers
December 18, 2022
Cerita yang sangat menarik. Ada vibe kisah Hikayat Merong Mahawangsa sedikit yang berlatarkan era dahulu kala.

Aku rasa macam aku tengah baca cebisan sejarah yang hilang semasa menelusuri masa lalu Awang.

Sebenarnya ia bukan lah time travel kalau nak dikategorikan tapi disebabkan jangka hayat Awang yang panjang, cukup terasa ala-ala time travel tu.

Aku sebenarnya dapat tahu karya ni dari aplikasi Cereka, tapi aku tak sure kalau ianya full version atau memang tergantung sampai situ je kisah ni sebab aku agak nantikan kisah tentang Aliya, ternyata tak.

Apapun, aku sangat respect penulis kerana mampu cetuskan idea yang pada aku begitu unik sekali.


( 4⭐ )
Profile Image for Mieya.
43 reviews
April 24, 2021
For me absolutely 5⭐..
I don't how many times I repeat this books...
It was history fiction..Awang was real person that being fictional as vampire...In this book a lot of real characters history that being fictional...love this book so much...
Profile Image for Atiqah Ahmad.
240 reviews2 followers
May 29, 2020
Wow, just wow! Perjalanan karakter2 seiring dengan tinggalan sejarah, present day dan masa depan. Imaginasi penulis sangat di luar kotak, thumbs up!
Profile Image for Kern.
46 reviews5 followers
September 3, 2021
Anda boleh baca semua genre dalam satu buku. Ada sejarah, aksi, kisah cinta dan sci fi. Sangat wow!
Profile Image for Norizan.
17 reviews
July 5, 2026
Mula2 best-pertengahan so so-Ending tergantung
Profile Image for Kaki Novel.
18 reviews45 followers
October 13, 2009
Penulis : Nizam Zakaria
RM Semenanjung : RM19
RM Sabah Dan Serawak : RM22
Sebuah novel fantasi misteri yang berkonsepkan pontianak “vampire” di negara kita sendiri di era penjajahan. Watak utama iaitu Awang Vampiro di spin off daripada drama misteri bersiri di Astro Ria yang ditayangkan setiap Selasa, Gaia.
Jika anda suka pada cerita misteri berkomedi, inilah novel yang paling sesuai untuk anda.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
June 26, 2009
Sebuah novel fantasi misteri yang berkonsepkan pontianak "vampire" di negara kita sendiri di era penjajahan. Watak utama iaitu Awang Vampiro di spin off daripada drama misteri bersiri di Astro Ria yang ditayangkan setiap Selasa, Gaia.
Jika anda suka pada cerita misteri berkomedi, inilah novel yang paling sesuati untuk anda.
Displaying 1 - 23 of 23 reviews